Memaparkan catatan dengan label Ulama'. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ulama'. Papar semua catatan

Isnin, 18 Ogos 2014

Tentang Isu Niqab Dijawab Oleh Syeikh Nazul Nasir

Berkata Syeikh Nazrul Nasir


Saya diminta untuk membahaskan tentang niqab oleh salah seorang sahabat kita. Terima kasih diucapkan kepada beliau. Kalau saya menerangkan ketika sedang mengajar memang agak mudah kerana saya cuma memberikan pendapat ulama tanpa perlu memberitahu mukasurat dan sebagainya. Tetapi bila menulis , kita perlu terangkan semua perkara termasuk mukasurat dan cetakan kitab . Ini merupakan amanah ilmu. Zaman sekarang bukanlah seperti zaman Syeikh al-Imam Anwar al-Kashmiri rahimahullah yang tidak perlu lagi melihat kepada rujukan . Pada zaman tersebut , jika para ulama seperti al-Imam menyampaikan fatwa maka itu sudah mencukupi dan tidak perlu lagi kepada penuntut ilmu melihat kepada kitab-kitab.Sebelum kita membahaskan tentang niqab dan hukum pemakaiannya, elok kiranya kita membahaskan apakah yang dimaksudkan dengan niqab.Niqab ialah sesuatu yang digunakan oleh wanita bagi menutup bahagian wajah mereka.Cuma yang dipamerkan hanya bahagian mata sahaja.Terdapat lagi istilah-istilah yang ada kaitan dengan niqab.Antaranya ialah khimar, burqa’ , hijab, dan litham. Saya akan terangkan secara ringkas satu persatu kaitan antara istilah-istilah tersebut dengan niqab.


1. الخمار : ini ialah nama bagi kain yang digunakan untuk menutup bahagian kepala bagi wanita.Ini berdasarkan firman Allah taala di dalam al-Quran surah al-Nur ayat 31:
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya: dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.
Kaitan di antara niqab dan khimar ialah niqab digunakan untuk menutup wajah,manakala khimar digunakan untuk menutup kepala.Kedua-duanya merupakan pakaian muslimah.2. الحجاب: Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan wanita tersebut.3. البُرقَع : Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan wajah wanita.Menurut Ibn Manzhur ,pengarang kitab Lisan al-Arab: Terdapat sedikit ruang untuk memperlihatkan mata bagi burqa’. Jika kita mengambil dengan takrif yang diberikan oleh Ibn Manzhur maka ianya sama maksud dengan niqab.4. اللِثام : Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup bahagian mulut.Kaitan di antara niqab dan al-Litham ialah , niqab digunakan untuk menutup keseluruhan wajah kecuali kedua mata. Manakala al-Litham pula digunakan untuk menutup bahagian mulut dan ke bawah. Bilamana niqab digunakan untuk menutup bahagian wajah wanita maka ianya mempunyai kaitan rapat dengan aurat. Ini kerana, aurat adalah merupakan anggota yang wajib ditutup. Maka para ulama berbeza pendapat, adakah wajah termasuk di dalam aurat bagi wanita?Jumhur para ulama iaitu Hanafiyah, Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilah berpendapat mengatakan bahawa wajah wanita bukanlah aurat. Ini bermakna, diharuskan bagi wanita untuk menutup wajahnya dan dibenarkan juga baginya untuk membuka wajahnya.Menurut para ulama bermazhab Hanafi: Wanita muda dilarang mempamerkan wajahnya di hadapan lelaki yang ajnabi . Larangan di sini bukanlah disebabkan wajah mereka aurat. Tetapi adalah untuk mengelakkan fitnah.Ini juga merupakan pendapat al-Imam Ibn Abidin rahimahullah, salah seorang ulama Hanafi.Manakala para ulama bermazhab Maliki pula berpendapat: Makruh bagi wanita untuk memakai niqab( yang dimaksudkan dengan niqab oleh para ulama Maliki ialah yang menutup keseluruhan wajah termasuk mata)sama ada semasa solat atau selainnya.Ini kerana ianya terlalu berlebih-lebihan. Maka berdasarkan pendapat ini, golongan lelaki adalah lebih utama tidak memakai niqab, kecuali jika ianya menjadi adat bagi tempat tersebut.Para ulama Maliki juga menyebutkan bahawa: Jika wanita tersebut muda dan cantik serta dibimbangi ianya akan menimbulkan fitnah, maka wajib baginya memakai niqab(purdah), serta menutup kedua tapak tangannya(dengan memakai sarung tangan).Para ulama bermazhab Syafie pula berbeza pendapat didalam masalah niqab ini.Sebahagian ulama bermazhab Syafie berpendapat wajib bagi wanita memakai niqab,sebahagian lagi mengatakan ianya sunnah manakala sebahagian lagi mengatakan ianya merupakan Khilaf al-Aula.Didalam hadis baginda sallallahu alaihi wasallam disebutkan:
عن سيدنا ابن عمر رضى الله عنهما أن النبي صلى الله عليه و سلم قال: لا تنتقب المرأة المحرمة و لا تلبس القفازين

Maksudnya: Diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Umar radhiyallahu anhuma, Sesungguhnya Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: Janganlah seorang wanita tersebut memakai niqab dan memakai sarung tangan ketika dalam keadaan ihram.


Disebutkan oleh Ibn Taimiyah rahimahullah : Hadis ini menjadi dalil bahawa wanita pada zaman Baginda sallallahu alaihi wasallam memakai niqab dan sarung tangan. Oleh sebab itulah baginda sallallahu alaihi wasallam melarang pemakaian tersebut pada ketika waktu menunaikan ibadah haji.
KESIMPULAN


Jika kita menilai dengan baik pendapat para ulama tersebut, maka jelas menunjukkan bahawa niqab adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam. Cuma perlu difahami, bukanlah saya bertujuan untuk menyuruh semua wanita memakai niqab secara total. Amalkan berdasarkan kemampuan kita. Jika wanita tersebut merasakan bahawa jika dia tidak memakai niqab maka ianya akan menjadi lebih bahaya dan fitnah(manusia akan memandang kepadanya dengan syahwat),maka wajib baginya memakai niqab. Tetapi jika dia merasakan bahawa tiada masalah jika dia tidak memakai niqab, maka tidaklah menjadi dosa jika dia tidak memakai niqab sekalipun. Mereka boleh mengunakan sebahagian pendapat yang dipegang oleh ulama bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa ianya merupakan Sunnah. 

Wallahu a’lam


Rujukan:

Mausu’ah Kuwaitiyah jilid 41 mukasurat 134

Mausu’ah Yusufiyah oleh Syiekh Doktor Yussuf Khattar hafizahullah mukasurat 605-610

Mohd Nazrul Abd Nasir
Rumah Kedah Hayyu 10,

http://nazrulnasir.blogspot.sg/2009/04/perbahasan-berkenaan-niqabpurdah.html

Cara Memakai Cincin Mengikut Sunnah





Ada beberapa perkara yang akan terlintas di dalam persoalan berkaitan cincin :

1.    Adakah terdapat berat yang khusus untuk memakai cincin?

2.    Adakah kita boleh mengambil segala jenis logam untuk dijadikan cincin seperti tembaga, besi dan lain-lain?

3.    Adakah harus bagi kita memakai lebih daripada satu cincin perak di tangan bagi lelaki?

4.    Adakah cincin yang dipakai oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam mempunyai batu? Apakah jenis batunya?

5.    Di jari manakah Baginda sallallahu alaihi wasallam memakai cincin , kanan atau kiri? Dan bagaimana pula keadaan batu cincin Baginda sallallahu alaihi wasallam, samada dipusingkan ke tapak tangan atau tidak?
Ini antara soalan yang terlintas di dalam pemikiran kita. Sekarang kita lihat pula bagaimana para ulama memberikan jawapan bagi permasalahan ini. Jawapan yang akan saya kemukakan adalah menurut turutan soalan di atas. Di harap para pembaca mengambil perhatian terhadap perkara ini.

JAWAPAN

BERAT CINCIN

1.    Para ulama berbeza pandangan di dalam permasalahan berat cincin yang dibenarkan. Al-Imam Haskafi rahimahullah, ulama bermazhab Abu Hanifah mengatakan bahawa sesebuah cincin tidak boleh melebihi berat satu Mithqal yang bersamaan 4.680 gram. Al-Imam Ibn Abidin yang merupakan ulama bermazhab Abu Hanifah juga merajihkan pandangan pengarang kitab al-Zhaqirah bahawa berat yang dibenarkan hanya satu Mithqal.

2.    Para ulama Malikiyah pula berpandangan dibenarkan untuk seseorang memakai cincin dengan kadar 2 dirham ke bawah. Berat dua dirham menurut pengiraan moden ialah  3.125 gram ×  2 = 6.25 gram

3.    Para ulama Syafieyah pula mengatakan bahawa berat cincin bergantung kepada adat atau uruf setempat. Jika melebihi daripada adat tempat tersebut maka ianya dianggap membazir.

4.    Para ulama Hanabilah  pula berpandangan tiada masalah untuk memakai cincin yang beratnya melebihi satu mithqal.  Tetapi dengan syarat tidak terkeluar daripada uruf atau adat setempat yang ditetapkan. Jika melebihi uruf maka hukumnya adalah haram.

LOGAM YANG DIBENARKAN UNTUK MEMBUAT CINCIN

EMAS

1.    Para ulama bersepakat mengatakan bahawa emas dibenarkan kepada wanita untuk memakainya, manakala bagi lelaki ianya adalah haram.

2.    Manakala untuk kanak-kanak yang belum baligh, para ulama Syafieyah di dalam pandangan muktamad di dalam mazhab berpendapat bahawa dibenarkan bagi mereka untuk memakai emas samaada kanak-kanak lelaki atau perempuan.

PERAK

1.    Para ulama bersepakat mengatakan bahawa cincin perak dibenarkan kepada wanita. Manakala bagi lelaki pula terdapat perincian oleh para ulama .

2.    Para ulama Hanafiyah mengatakan bahawa harus bagi lelaki memakai cincin perak. Ianya menjadi sunnah kepada para sultan, para qadhi dan yang seumpama dengannya. Manakala kepada selain sultan, qadhi dan yang seumpama dengannya terlebih afdhal bagi mereka tidak memakai cincin perak.

3.    Para ulama Malikiyah pula berpandangan bahawa memakai cincin perak bagi lelaki adalah harus dan jika dipakai dengan tujuan mengikut sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam hukumnya adalah sunnah dan haram memakainya dengan tujuan berbangga diri.

4.    Para ulama Syafieyah pula berpandangan bahawa disunatkan kepada sesiapa sahaja untuk memakai cincin perak bukan dikhususkan kepada sultan dan qadhi semata-mata.
 
5.    Para ulama Hanabilah berpandangan bahawa memakai cincin perak bagi lelaki adalah harus.

SELAIN DARIPADA EMAS & PERAK

1.    Para ulama Malikiyah ( dalam pandangan yang muktamad ) dan ulama Hanabilah berpandangan bahawa memakai cincin daripada besi, tembaga dan seumpama dengannya adalah makruh berdasarkan larangan Baginda sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis. Hukuman ini merangkumi lelaki dan  wanita.

2.    Para ulama Malikiyah berpandangan bahawa mengambil cincin daripada kayu, kulit dan batu adalah harus bagi lelaki dan wanita. Manakala para ulama Hanabilah pula berpandangan diharuskan bagi lelaki dan wanita memakai cincin daripada zamrud, yaqut, jed dan lain-lain jenis batu.

3.    Para ulama Syafieyah pula mempunyai dua pandangan di dalam permasalahan ini. Sebahagian mengatakan bahawa hukumnya makruh memakai cincin selain emas dan perak. Manakala sebahagian lagi mengatakan tidak makruh. Al-Imam Nawawi rahimahullah berpandangan dengan mengatakan tidak makruh memakai cincin daripada selain emas dan perak . al-Imam Qalyubi di dalam Hasyiyahnya juga mengatakan bahawa tiada masalah untuk memakai cincin daripada tembaga , besi dan lain-lain.

4.    Para ulama Hanafiyah pula seperti al-Imam Ibn Abidin rahimahullah mengatakan bahawa dihalalkan bagi lelaki memakai cincin perak dan diharamkan memakai cincin emas, tembaga atau besi. Manakala mengambil cincin daripada batu adalah dibenarkan khususnya batu aqiq.

Syaikh al-Allamah Abdullah Fad aq hafizahullah..Lihat pemakaian cincin pada jarinya

HUKUM BERBILANG-BILANG CINCIN

1.    Para ulama Malikiyah mengatakan bahawa diharamkan bagi seseorang lelaki memakai lebih daripada satu cincin.

2.    Para ulama Syafieyah pula berpandangan bahawa dibenarkan untuk memakai 2 bentuk cincin perak dalam satu masa. Ini seperti yang disebutkan oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuti rahimahullah. Makruh hukumnya memakai lebih daripada 2 bentuk cincin. Al-Imam Isnawi rahimahullah juga berpandangan sedemikian dan kata al-Imam Khawarizmi di dalam al-Kafi : Makruh memakai kedua-dua cincin tersebut pada satu jari.

3.    Para ulama Hanabilah pula berpandangan bahawa dibenarkan bagi lelaki memakai dua cincin dan lebih selagi mana tidak keluar daripada adat setempat.

4.    Manakala para ulama Hanafiyah tidak pula kedapatan mereka mengeluarkan pandangan di dalam masalah ini.

 

BENTUK CINCIN RASULULLAH

1.    Cincin Baginda sallallahu alaihi wasallam ada dua jenis. Ada yang diukir perkataan “ Muhammad Rasulullah” dan ada yang diletakkan batu.

2.    Jenis batunya menjadi perbahasan para ulama, sebahagian mengatakan bahawa ianya adalah jenis aqiq dan al-Imam Jalaluddin al-Suyuthi mengatakan bahawa beliau melihat di dalam kitab Mufradat fi  al-Tibb  
karangan Ibn al-Baithar bahawa jenis batu tersebut adalah zabarjad.
 
JARI YANG SUNNAH DILETAKKAN CINCIN

1.    Bagi wanita tiada tempat yang khusus diletakkan. Terpulang kepada mereka untuk memakai cincin dimana sahaja anggota. Samada di kesemua jari tangan atau jari kaki sekalipun. Ini kerana itu adalah perhiasan bagi mereka.

2.    Para ulama berbeza pandangan tentang kedudukan jari yang sunnah dipakaikan cincin bagi lelaki. Para ulama Hanafiyah mengatakan bahawa disunnahkan bagi lelaki untuk memakai cincin di jari kelingking sebelah kiri dan bukan pada jari lain walaupun kanan. Sebahagian daripada ulama Hanafiyah mengatakan bahawa diharuskan untuk memakai cincin pada jari kelingking kanan.

3.    Manakala al-Imam Malik radhiyallahu anhu, guru kepada al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu mengatakan bahawa disunnahkan memakai cincin di jari kelingking kiri dan beliau sendiri memakai cincin di jari kelingking kiri. Al-Imam Ibn al-Arabi al-Maliki mengatakan bahawa sunnah memakai cincin pada jari kelingking kiri dan makruh memakainya pada  kelingking kanan.

4.    Para ulama Syafieyah mengatakan bahawa harus untuk dipakai cincin pada jari kelingking kanan atau kiri sekalipun. Tetapi pandangan yang masyhur ialah memakainya pada jari kelingking kanan kerana ianya merupakan tempat untuk berhias. Manakala memakai cincin pada jari manis adalah dibenarkan. Jari tengah, telunjuk dan ibu jari adalah dilarang bagi kaum lelaki untuk meletakkan cincin padanya. Ini kerana terdapat larangan daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam kepada Sayyiduna Ali radhiyallahu anhu untuk memakai cincin pada jari-jari tersebut.

5.    Para ulama Hanabilah pula berpandangan bahawa afdhal memakai cincin pada jari kelingking kiri. Mereka juga berpandangan bahawa dibenarkan untuk memakai cincin pada jari manis dan ibu jari. Manakala jari telunjuk dan jari tengah adalah dilarang untuk meletakkan cincin padanya kerana terdapat larangan yang jelas daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam.



KE ARAH MANAKAH BATU CINCIN DIPUSING?

1.    Para ulama mengatakan bahawa dibenarkan untuk kita menzahirkan batu cincin ke atas. Namun yang lebih afdhalnya menurut sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam adalah dengan memusingkan arah batu tersebut ke telapak tangan.

Semoga kita semua dapat mengambil manfaat dengan perbahasan ini bagi menghidupkan sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam.

RUJUKAN :

1.    Mausu’ah al-Kuwaitiyah Jilid 11

2.    Al-Hawi lil Fatawi oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuthi radhiyallahu anhu , jilid 1 mukasurat 75-76 cetakan Darul Kutub Ilmiyah tahun 1982



Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Ilmu Masjid al-Azhar al-Syarif & Masjid al-Asyraff,
Rumah Ayah & Bonda di Pedu,
Kedah, Malaysia

http://nazrulnasir.blogspot.sg/search?updated-max=2011-04-17T17:15:00%2B02:00&max-results=3

Khamis, 27 Februari 2014

Kata Kata Hikmah Imam Al Ghazali






Ilmu yang tidak disertakan dengan amal itu namanya gila dan amal yang tidak disertai ilmu itu akan sia-sia. [imam al Ghazali]

"Barangsiapa yang menghabiskan waktu berjam-jam utk mengumpul harta kerana takut miskin. Maka dialah org miskin." - Imam Al-Ghazali


---------------------------------------------

 Seorang lelaki yang berakhlak buruk menzalim dirinya sendiri.
[Imam Ghazali]

Carilah teman untuk menenangkan hati dan fikiran, maka perhatikanlah baik baik tentang keselamatanmu dan kesejahteraannya. [imam al Ghazali]

Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan
menahan kehendak yang berlebih-lebihan. (Imam al Ghazali)

 Hiduplah sebagai mana yang kau sukai tetapi ingat bahawasanya
engkau akan mati , cintailah pada sesiapa yang engkau kasihi tetapi
jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya dan
buatlah apa yang engkau kehendaki tetapi ketahuilah bahawasanya
engkau akan menerima balasan yang setimpal dengannya. [imam al Ghazali]

Bersungguh – sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah
kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan
berada dalam bahaya kesesatan. (Imam Al Ghazali)

Barangsiapa yang memilih harta dan anak – anaknya daripada apa
yang ada di sisi Allah, niscaya ia rugi dan tertipu dengan kerugian
yang amat besar. (Imam Al Ghazali)

Yakinlah semata- mata dengan memiliki ilmu belum tentu lagi menjamin keselamatan di akhirat kelak. [imam al Ghazali]

Jangan brteman dengan teman yang hanya ada ketika sihat atau kaya, kerana teman seperti itu sungguh berbahaya sekali bagi kamu dibelakang hari - Imam Ghazali

Kecintaan kepada Allah melingkupi hati, kecintaan ini membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal. (Imam Al Ghazali)

Bersikap tawadduklah dalam segala bidang pergaulan. [imam al Ghazali]

carilah teman untuk menenangkan hati dan fikiran, maka perhatikanlah baik baik tentang keselamatanmu dan kesejahteraannya.[imam al Ghazali]

'Salah satu ketentuan Allah SWT yaitu dengan berdo'a , karena do'a sebab dari tertolaknya bala" (Al Imam Ghazali)

Yang dekat itu 'kematian' Ingat ajal selalu mengiringi langkah kita di sepanjang waktu.(imam al Ghazali)

Yg ditunggu ALLAH swt itu 'taubat' Sesungguhnya ALLAH sngt menyukai hamba hamba-Nya yang bertaubat dari maksiat dan perbuatan dosa.(imam al Ghazali)

Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana
mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas
kesalahannya. [imam al Ghazali]

Rusaknya negara krn rusaknya penguasa. Rusaknya penguasa krn rusaknya ulama. Dan, rusaknya ulama krn rusaknya hakim. (Imam al-Ghazali)

Yang menenteramkan hati itu 'teman sejati' Jadilah teman sejati yang selalu ada untuk seseorang dalam suka dan duka. (Imam al Ghazali)

Yang mendorong ke neraka itu 'lidah'
Salamatul insan fi khifdhil lisan. Akan selamat manusia jika ia pandai
menjaga lidahnya. (Imam al Ghazali)

Pilih kawan yang berakal jangan pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati - Imam Al Ghazali

Jadikan kematian itu hanya pada badan kerana tempat tinggalmu
ialah liang kubur dan penghuni kubur sentiasa menanti
kedatanganmu setiap masa. (Imam Al Ghazali)

Cinta merupakan sumber kebahagiaan dan cinta terhadap Allah harus
dipelihara dan dipupuk, suburkan dengan shalat serta ibadah yang
lainnya. (Imam Al Ghazali)

Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah.
Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad.
(Imam Al Ghazali)

"Kamu mesti meyakinkan hati bahawa apa yang Allah telah menetapkan yang paling sesuai dan paling bermanfaat untuk kamu." (Imam Al-Ghazali)

Siksa buat ulama adlh kematian mata hatinya: ketika mrk memburu dunia melalui amalan akhirat -Al-Ghazali

"Semua orang-orang yang kamu bimbang tentang mereka,  Adakah mereka yang mencipta kamu?" - Imam Al-Ghazali 

Taqwa adalah menjalankan perintah-perintah Allah yang Maha Tinggi dan berpaling dari apa yang Allah telah dilarang (Imam Al-Ghazali)

Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan. (Imam Al Ghazali)

 "Untuk mendapatkan apa yang kamu suka, kamu mesti bersabar dengan apa yang anda benci ..." - (Al Ghazali)

Peringkat pertama ikhlas itu adalah bahawa perbuatan ketika kehidupan perindu dan ketika di awam kamu hendaklah sama"-Imam Al-Ghazali


Yang Besar itu Nafsu, 
Yang Berat itu Amanah,
Yang indah itu Solat,
Yang dekat itu Mati... 

(Imam Al-Ghazali)

 "Jika kamu melihat seorang ulama mengumpat ulama lain, elakkan dia." - Imam Al-Ghazali

Celakalah bagi orang yang jahil  untuk tidak belajar. Celakah bagi ulama seribu kali untuk tidak mengamalkannya.

 Jadikan kematian itu hanya pada badan kerana tempat tinggalmu liang kubur ، penghuni kubur sentiasa menanti kedatanganmu. (Imam Al Ghazali)

 "Rosaknya rakyat disebabkan rosaknya Pemimpin"

'Jika seorang lelaki tidak tahu dirinya sendiri, yang merupakan perkara yang paling dekat dengannya, maka apa yang penggunaan dia mendakwa tahu orang lain' Imam Al Ghazali

 "Aku akan mencari ilmu hanya karena Allah, dan aku tidak akan mencari jika untuk selain Allah"-Imam al-Ghazali

 Orang-orang yg mempunyai hati mengetahui.. Kebahagian takkan tercapai kecuali dengan 'Ilmu & Ibadah [Imam Al Ghazali]

"Barangsiapa yg menghabiskan waktu berjam-jam utk mengumpul harta kerana takut miskin. Maka dialah org miskin." - Imam Al-Ghazali

Yang mendorong ke neraka itu 'lidah' Salamatul insan fi khifdhil lisan. Akan selamat manusia jika ia pandai m'jaga lidahnya. (Imam al Ghazali)

“Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia.
Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.” – Imam Al-Ghazali

Orang beriman akan melihat rupa Malaikat Maut sebagai pemuda tampan, berpakaian indah dan sangat harum. - Imam Ghazali -

Aku hairan dengan manusia yang selalu mencuci mukanya, tapi tidak selalu mencuci hatinya.  ( Imam Al Ghazali )

 "Sesungguhnya Kebanyakan Jeritan Penghuni Neraka Adalah Disebabkan oleh Penangguhan Taubat... allahuakhbar :') -Imam al-Ghazali"

 Kecintaan kepada Allah melingkupi hati, kecintaan ini membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal. 
-Imam Al Ghazali-

makhluk paling mulia ialah manusia, Bagian yang termulianya HATI ~Imam Al Ghazali (ahli teori filosofi muslim persia)

Yang Paling Dekat dgn kita adh "MATI" 
Yang Paling Jauh dgn kita adh "MASA LALU"
Yang Paling Besar di dunia ini adh "NAFSU"
(#ImamGhazali)

"nafsu menjadikan hamba daripada raja-raja dan kesabaran menjadikan raja-raja daripada hamba." -Imam al-Ghazali -

“Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.”
(Imam Al-Ghazali)

Imam Al-Ghazali mengingatkan kita "Setan itu selalu menampakkan keburukan dalam bentuk kebaikan"

 “Dalam penciptaan alam semesta, tiada yang lebih hebat dari yang telah diciptakan.” (Imam Al Ghazali)

Yang plg besar dibumi ini bkn gunung dan lautan, melainkan hw nafsu yg jk gagal dikendalikan mk kt akn menjadi penghuni neraka. -Imam Al Ghazali

“Ulama yang sebenar, dia tidak akan
berdamping atau bersama dengan
pemimpin yang zalim."
(Imam al-Ghazali)

 Orang yang rasa dirinya TIADA dosa . Itu tanda sebenarnya , dia BANYAK dosa "  - Imam Al-Ghazali -


Yang dekat itu 'kematian' Ingat ajal selalu mengiringi langkah kita di sepanjang waktu.(imam al Ghazali

“Kalau kamu bukan anak raja dan engkau bukan anak ulama besar, maka jadilah penulis”. [Imam Al-Ghazali]

 Pelajari ilmu syariat utk
menunaikan segala perintah Allah
 &juga ilmu akhirat yg
dpt menjamin keselamatanmu d
akhirat nanti -.Imam Al Ghazali

Rabu, 26 Februari 2014

Kata-Kata Hikmah Imam As Syafi'i RH



 "Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya,cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta"  — Imam As-Syafie

"Jika Ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepada ku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya." (Imam Syafi'e)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan." (Imam Syafie) 

Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang di tenun. (Imam As-Syafii)

Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman, tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang.  (Imam Syafii)

Aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan tujuan aku lebih senang jika ia berpendapat salah. (Imam Syafií)

Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu - (Imam Syafie)

Barang siapa yang menginginkan Husnul Khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan Manusia. (Imam As-Syafie)

"Pentingnya menyebarkan ilmu agama. (Imam syafie)

Ilmu itu seperti air. Jika ia tidak bergerak ، Menjadi mati lalu membusuk." (Imam syafie)

"Doa di saat tahajud adalah umpama penah yang tepat mengenai sasaran." (Imam syafie)

"Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah." (Imam as Syafie)

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia. (Imam syafie)

Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”   — (Imam syafie)

Seorang sufi tidak menjadi sufi hingga ada pada dirinya 4 perkara, malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan (Imam syafie)

 Sesiapa yang menasihatimu sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu dikhalayak ramai,ia sebenarnya menghinamu'' (Imam syafie)

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

4 perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
(Imam syafie)

"Dosa-dosa ku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dgn keampunanMu, ternyata keampunanMu jauh lebih besar." - (Imam syafie)

"Bumi Allah amatlah luas namun suatu saat apabila takdir sudah datang angkasapun menjadi sempit" - (Imam syafie)

Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu.  
(Imam syafie)

Sebesar-besar aib (keburukan) adalah kamu mengira keburukan org lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri - Imam Syafi'e

Aku mampu berhujah dgn 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah pada seorang yg jahil kerana mereka tak tahu akan landasan ilmu. - Imam Syafie 

"Andaikan kekurangan diri dijadikan alasan untuk tidak berdakwah, nescaya tiadanya dakwah yang akan berjalan dimuka bumi ini.."[Imam Syafie]

" Semakin banyak ilmuku, semakinku insafi diri, bahawa terlalu banyak yang aku tidak ketahui "  - Imam As-Syafie

Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat.
-Imam Al-Syafie-

Setiap kali ilmu aku bertambah banyak, maka aku bertambah tahu bahawa akulah orang yang jahil. -Imam Syafie

Orang yang membuat kesalahan dan berdusta untuk menutupnya bererti membuat dua kesalahan -Imam As Syafie-

"Sebelum tidur solat Isya' dan banyakkan istighfar, sebab kita tak tahu mati itu (Imam Syafi'e)

"Apabila ajal datang padamu maka tidak sejengkal bumi dan tidak pula sebidang langit yang dapat melindungimu" - Imam As-Syafie

Jangan kau berjalan di atas bumi dengan sombong dan bongkak. Kerana sebentar lagi kau akan masuk ke dalam bumi yang kau pijak. (Imam Syafie)

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. -Imam As Syafie

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi, kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera -Imam As Syafie

"Di antara tanda-tanda benar dalam ukhuwah ialah menerima kritikan teman, menutupi aib teman dan mengampuni kesalahannya." (Imam syafie)

"Janganlah kamu melihat akan kejahilan seseorang itu kerana sesungguhnya kejahilan itu ada pada dirimu sendiri. (Imam syafie)

"Barangsiapa mempersenda, mempermain, menafikan sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah, maka dia kafir serta-merta" (Imam syafie)

Jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya. - (Imam syafie)

Sesuatu yang benar Tetapi Bahaya iaitu pujian manusia. Ramai yang rosak akibat terlalu hanyut dengan pujian - (Imam syafie)

"Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya,cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta" (Imam syafie)

Ilmu itu adalah Cahaya dan Cahaya itu tidak akan menyimbah di Hati orang-orang yang melakukan Maksiat. - (Imam Syafi'e)

Jika Ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepada ku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya. (Imam Syafi'e)

Setiap manusia adalah dalam keadaan mati kecuali mereka yang mempunyai ilmu. Dan setiap yg mempunyai ilmu adalah dalam keadaan tidur, melainkan mereka yang mengamal kebaikan. Dan setiap yang mengamal kebaikan adalah dalam keadaan tertipu, kecuali yang ikhlas. Dan mereka yang ikhlas sering dalam keadaan risau (ditakuti jika amalannya tidak diterima) (Imam Syafi'e)

Khamis, 23 Januari 2014

Pandangan 4 mazhab tentang aurat wanita






Maliki
Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah(harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya di jalan dan di hadapan lelaki ajnabi,tetapi dengan syarat aman daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup
Hambali
Ada dua qaul :
  1. Semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka dan dua tapak tangannya halal dilihat lelaki ajnabi, jika aman daripada fitnah. Tetapi wajib ditutup sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah.
  2. Semua badannya, tampa kecuali. Ini berdasarkan kepada satu riwayat daripada Iman Ahmad dan inilah qaul yang paling sahih.
Syafi’i
Ada dua qaul berdasarkan dua riwayat daripada Iman Syafi’i :
  1. Semua badan, tanpa kecuali. Inilah qaul yang paling sahih atau paling nyata atau mu’tamad, sebagaimana diterangkan oleh Ibnu Hajar al-Haytamiyy di dalam az-Zawajir dan Al-Baydawiyy di dalam Tafsirnya dan juga para Ulama’ Syafi’iyah.
  2. Semua badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Mubah didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.
Hanafi
Ada dua qaul, derdasarkan dua riwayat daripada Iman Abu Hanifah :
  1. Semua badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah di dedahkan muka dan dua tapak tangan di jalan dan di depan lelaki ajnabi dengan syarat aman dari fitnah. Jika ditakuti mendatangkan fitnah atau membawa kepada fasad, maka wajib ditutup.
  2. Semua badannya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua qadam (iaitu tapak kaki) dan pergelangannya.

Sumber: Ustaz Nor Amin