Memaparkan catatan dengan label Hijab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hijab. Papar semua catatan

Isnin, 16 Disember 2013

Tudung Labuh ... Tapi .......









“Yang penting hati”
“Dosa pahala itu antara kita dengan Tuhan”
“Ramai di luar sana yang pakai tudung labuh.. tapi.. perangai tak senonoh, lebih teruk dari yang bertudung biasa dan free-hair
Mesti semua orang pernah dengar ni.
Perasan tak yang mesejnya sangat sensitif?
Terutama kepada golongan yang bertudung labuh.
Betulkah cara kita menyampaikan dakwah macam ni?
Tak terasa kah macam ada sesuatu yang tak kena?
Kenapa perlu membuat perbandingan yang ketara,
Menjejaskan pemahaman setiap insan yang mendengarnya.
Perlu kah kita mengaitkan yang bertudung labuh,
Dengan yang tak bertudung labuh dan yang tidak bertudung pun?
Perlu?
Pernahkah Nabi ajar kita menyampaikan dakwah sebegini?
Yang wajib, tetap wajib.
Semua manusia adalah manusia biasa.
Baik yang bukan Islam, yang bertudung labuh, yang tak bertudung labuh dan yang tidak bertudung.
Semuanya manusia biasa.
Tak lari dari membuat kesilapan.
Jadi mengapa perlu mengaitkan kesilapan mereka yang paling hampir kepada kebaikan?
Dunia ni seperti sudah terbalik.
Tapi perlu kah kita mendorong ke arah lebih terbalik?
Ia sudahpun diterbalikkan dengan amalan-amalan songsang.
Cuba bayangkan, jika kita ditakdirkan lahir di Bumi Arab?
Yang mana di situ hampir kesemua golongan wanita,
Mengenakan tudung labuh dan berpurdah?
Malah ramai yang berniqab.
Adakah masih akan ada ‘dialog ala berdakwah’ seperti ini?
Sekali lagi perlu diingatkan, yang wajib itu tetap wajib.
Bukankah ‘yang penting hati’?
Jadi kenapa perlu kaitkan yang bertudung labuh,
Tetapi perangai tak senonoh;
Dengan yang tidak bertudung labuh,
Dan ditambah lagi dengan yang free hair?
Tak ternampakkah yang ini bercanggah?
Tidakkah bimbang akan menambahkan lagi,
Bilangan Muslimah yang enggan bertudung labuh?
Tak siapa kata bertudung labuh itu wajib,
Tetapi menutup aurat dengan sempurna itu wajib.
Sekurang-kurangnya, yang bertudung labuh itu,
Berusaha untuk menyempurnakan kewajipan itu.
Atau paling tidak pun, paling hampir kepada sempurna.
Sungguh, ia tak masuk akal jika difikirkan kembali.
Sepatutnya apa yang patut disampaikan,
Tidak berbunyi seolah-olah menghalalkan apa yang ditetapkan haram.
Ye, haram.
Bukan aku yang mengharamkannya, tapi Allah!
Bukan juga Nabi s.a.w.
Tetapi Tuhan!
Seolah-olah.
Cuba tanya pada diri sendiri,
Yang bertudung labuh itu tidak senonoh pada siapa?
Pada manusia kan?
Adakah dia tidak senonoh di hadapan Tuhan?
Wallahua’lam.
Bukan hak kita untuk menilai.
Dan yang tidak labuh dan free hair itu pula,
Pada siapa pula mereka kelihatan senonoh?
Ok, perangai mereka baik, senonoh kan?
Pada siapa? Pada manusia juga kan?
Adakah mereka dipandang senonoh oleh Tuhan?
Wallahua’lam juga.
Tetap bukan hak kita untuk menilai.
Jadi tidakkah kedua-dua mereka itu berhak dikatakan
“Itu antara dia dengan Tuhan”?
Nampak?
Dialog tu sepatutnya sudah lama dibuang.
Kalau dikutip kembali, harus dicampak pula.
Kemudian ditanam dan mereput ditelan tanah.
Sepatutnya.
Tak betulkah?
Kalau tak, jadi mungkin hanya sensitif pada aku yang baharu saja berjinak-jinak dengan tudung labuh.
Memang terasa.
Mendalam sangat.
Betul – yang bertudung labuh tidak semestinya baik.
Tetapi mereka adalah yang paling hampir untuk menjadi lebih baik.
Kenapa tak guna cara yang sepatutnya untuk mendorong ke arah kebaikan?
Yang paling hampir itu sudah tentunya dalam proses perubahan ke arah yang lebih baik.
Dan jika tidak,
“Itu antara dia dengan Tuhan”
“Yang penting hati”
Biar Allah saja yang menilai.
Semoga aku dan semua muslimah di dunia ini istiqomah dalam menyempurnakan setiap kewajipan yang telah ditetapkan.
“Wahai Nabi (Muhammad s.a.w.), suruh isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan mukmin (beriman) supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.” (Surah Al-Ahzab, ayat 59)
Amin.

Ahad, 15 Disember 2013

Kesalahan muslimah bila berniqab




Tanpa ragui, amalan memakai niqab adalah salah satu Sunnah isteri Rasulullah SAW. Bagi siapa yang memakai niqab dengan niat yang betul sudah tentu diberikan pahala sebab mengagungkan syiar Islam. Sebab orang yang bukan Islam boleh berminat untuk mempelajari Islam. Orang yang tidak bertudung akan berazam untuk berhijrah. Tetapi ketahuilah, Ada segelintir di dalam masyarakat kite yang berniqab tetapi salah. Malah, ada yang membuat dosa bile berniqab. Semoga Allah memberi kite fahaman dalam agamaNya yang suci ini.

Niat yang salah 
Ada yang berniqab tetapi niatnya bukan kerana Allah semata tetapi kerana lain. Lagi lagi dari kalangan niqabi yang mengunakkan sosial media sebagai medium dakwah. Sebab ada yang berniqab tetapi dengan niat hendak mencari publisiti dan populariti semata. Nauzubillah. Dia mengunakan gambar dia berniqab sebagai display picture supaya dapat mendapat ramai followers. Walau bagaimana pun, ini cuma segelintir kerana tidak semua yang begitu. Hukumnya boleh jatuh haram kerana mempermainkan syiar Islam. 

Berniqab tetapi menggoda
Ada juga yang sengaja mencantikkan matanya dengan menggunakan eye liner, mascara, eye shadow dan sebagainya. Niat sedemekian supaya dapat menarik perhatian orang, lagi-lagi perhatian lelaki. Ada yang membuat sedemekian lalu upload di Facebook, twitter supaya dapat pujian orang. Jujur kata, seorang muslimah yang membuat sedemekian dapat menggoda kaum Adam. Malah, dapat mengoncang iman mereka. Jangan terperanjat jika seorang niqabi juga boleh menggoda lelaki. Jadi apa tujuan berniqab? 

Niqab on off
Ada juga yang berniqab tetapi tidak beristiqamah. Kata orang putih on/off. Sekejap berniqab, sekejap berhijab. Walaupun dia masih berhijab tetapi jika dia buka niqab tanpa alasan sudah tentu dia sudah mempermainkan niqab itu. Seperti Ustaz Azhar Idrus kata, dia sudah mempermainkan niqab itu melainkan dia terpaksa membuka niqab kerana kerja atau alasan yang lain. 

Tidak mahu dipandang tetapi nak dipandang
Ini juga adalah salah satu kesalahan yang  selalu dilakukan oleh muslimah yang berniqab. Tujuan asal berniqab adalah untuk supaya tidak dipandang ajnabi dan perhiasannya hanya buat yang halal sahaja. 

Sebaik-baik wanita adalah wanita yang tidak dipandang ajnabi maupun yang memandang ajnabi.
Tetapi ada yang berniqab supaya dapat menarik perhatian orang. Suka bila dipandang orang. Dan apabila dipandang lelaki yang soleh, hatinya berharap sekali lelaki itu suka dia. Memang ini sangat salah sekali.

Riak, sum'ah dan ujub
Syaitan tidak pernah menyerah diri dalam menyesatkan anak Adam. Seperti mana iblis telah janji kepada Allah untuk sesatkan manusia. Oleh itu, seorang yang berniqab sudah tentu lagi berat ujian nya. Syaitan itu akan datang menghasut dia dengan cari yang lain, iatu meletakkan sifat-sifat yang munkar iatu riak, ujub, sum'ah dan penyakit hati yang lain. 

Riak itu apabila dia berniqab untuk tunjukkan dirinya mulia dari yang lain. Dia mahukan dipandang sebagai muslimah yang bertakwa. Maka sifat yang tunjuk-tunjuk ini lari dari niat yang sebenar iatu kerana Allah ta'ala. 

Sum'ah apabila dia berniqab semata-mata hendak mendengar pujian orang. Ia lebih teruk dari riak. Dia harapkan sekali untuk orang memuji dia dengan berkata seperti "dia itu berniqab tau. Dia mmg perempuan yang baik." Apabila orang puji, maka hatinya berasa suka. Sifat macam ini juga boleh membuat seorang hamba untuk memasuk neraka. 

Takabur dan ujub adalah penyakit hari yang paling teruk. Ia adalah salah satu sifat iblis. Seorang yang takabur tidak akan masuk syurga walaupun sekecil zarah di dalam hatinya. Ini sangat bahaya, apabila dia rasa dia yang paling mulia. Lagi lagi apabila seorang yang berniqab itu apabila melihat wanita yang tidak menutup aurat lalu terdetik dalam hatinya kata kata seperti  "aku lebih baik dari kau. Kau ni mmg neraka." Dia mengganggap orang yang seksi itu adalah ahli neraka dan dia adalah ahli syurga.Maka wanita yang niqab itu yang akan masuk neraka. Nauzubillah.

Perasaan ini memang selalu timbul di dalam hati apabila hendak melalukan kebaikan. Penyakit ini memang dari syaitan Maka banyakkan istighfar untuk mengusir syaitan itu. InshaAllah semoga Allah selamatkan kita dari sifat itu.

Berniqab tetapi tidak berakhlak
Sebaik-baik mukmin adalah akhlak yang baik. Akhlak yang baik adalah termasuk ibadah batin. Apabila dia berniqab sudah tentu orang akan pandangnya berilmu dan beriman. Tetapi jika niqabi tidak menjaga akhlaknya dan perlakuannya maka sudah tentu orang akan tidak suka. Ini sering berlaku di sosial media, apabila ada yang berniqab tetapi kata-kata yang kesat, tidak menjaga akhlak. Apabila ditegur, dia berasa marah dengan teguran orang itu. 

Semoga Allah selamatkan kita dari dosa yang tidak kita sedari. Semoga Allah berikan kita fahaman dalam agamaNya supaya terselamat dari lubang jahilyyah. Ameen ya rabbal alamin

- posted by Serban Putih