Rabu, 8 Januari 2014



Tajuk : Bekam Sunnah Rasulullah.

-Apa itu bekam?
  "Bekam ialah mengeluarkan darah dari kulit dengan cara menghisap, kemudian melakukan sayatan nipis pada permukaan kulit, kemudian disedut lagi agar darah boleh keluar dan menimbulkan kesembuhan dengan izin Allah s.w.t."

Proses pengubatan bekam mempunyai 3 peringkat iaitu :
1)Penyedutan
2)Penyayatan
3)Pengeluaran darah.

-Sejarah Bekam
         Penggunaan bekam pertama kali oleh manusia ialah pada zaman Nabi Lut a.s, kaum Nabi Lut a.s apabila ada orang asing lalu dikawasan mereka, mereka akan melempari kepala orang itu dengan batu sehingga mengalirkan darah, lantas mereka mendatangi orang tersebut dengan meminta bayaran daripadanya sebagai upah atas darah kotor yang telah mereka keluarkan.
          Kisah ini mengisyaratkan sudah lama penggunaan bekam sebagai cara pengubatan sejak zaman itu sehingga zaman Rasulullah s.a.w dan pada masa kini.

-Bekam Merupakan Pengubatan Yang Dipakai Oleh Rasulullah s.a.w

    Sabda rasulullah s.a.w :
"Penyembuhan itu terdapat pada tiga hal, minum madu, torehan alat bekam, kay (bakar dengan api) sesungguhnya aku melarang umatku dari 'kay'."
(HR Bukhari)

"Jika ada yang terbaik pada ubat-ubat kamu maka ia terdapat pada alat torehan bekam, minum madu atau 'kay', tetapi aku tidak suka berubat dengan api."
(HR Bukhari)

-Janji Rasulullah s.a.w Bahawasanya Bekam Di Satu Titik Sekitar Kepala Sahaja Dapat Menyembuhkan 72 Jenis penyakit.

     Sabda rasulullah s.a.w.:
"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di Qomahduah (satu titik dibahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit."
(HR Thobroni)

-Penduduk Langit Menganjurkan Supaya Penduduk Bumi Berbekam.

Sabda Rasulullah s.a.w. :
"aku tidak berjalan dihadapan sekumpulan malaikat pada malam ketika aku diisrakan kecuali mereka (para malaikat) berkata : Wahai Muhammad! Perintahlah umatmu berbekam"
(HR Tarmizi & Baihaqi)

Daripada kedua-dua hadis tersebutndapat difahaminbahawa bekam ini merupakannsatu kaedah pengubatan yang sangat ampuh bagi umat manusia sejagat.

-Bekam Adalah Sunnah Nabi s.a.w Dan Merupakan Mukjizat Perubatan.

"Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah s.w.t tidak menciptakan sesuatu penyakit, kecuali dia menciptakan ubat baginya... Diketahui bagi yang mengetahui dan tidak diketahui bagi yang tidak mengetahui."

Dari Jabir r.a beliau berkata Rasulullah s.a.w bersabda :
"setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujudlahnkesembuhan dengan izin Allah taala"
(HR Muslim)

Dapat difahami daripada hadis tersebut,bahawasanya berubat adalah merupakan perintah syariatndan juga merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.

-Manfaat dan kelebihan bekam
1)Dapat mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w
2)Meningkatkan daya tahan tubuh badan.
3)Mencuci darah
4)Dapat mengatasi kemalasan dan kelesuan
5)Sangat berkesan mengatasi racun.
6)Bermanfaat mengatasi luka-luka berdarah.
7)Dapat mengatasi sakit kepala dan sakit gigi.
8)Mengatasi gangguan tekanan darah.
9)Merawat pelbagai jenis penyakit yang tidak boleh diubati dengan kaedah rawatan moden.

Sekian sahaja perbincangan Usrah ini.
Wallahu alam :)

credit by Irfan Hakim

LAYAR CINTA

Ya Hannan,
Denai hijau, langit biru, gunung kelabu.
Bukanlah sekadar bingkai satu pemandangan.
Yang menyuratkan sebuah keindahan.
Tapi potret hakiki menyerlahkan kebenaran.
Cerminan alam yang memantulkan keindahan Tuhan.
Denai, langit dan gunung.
Adalah satu cubitan kasih pada satu kealpaan.
Pada limpahan nikmat selaut indah.
Ke mana tumpahnya munajat seraut sembah ?
Sekian lama melihat alam penuh teratur.
Mengapa hatinya masih lupa bersyukur ?
Denai, langit dan gunung.
Adalah pantulan lambang biasan tamsilan.
Gunung... bagai pasak teguh kemurnian iman.
Langit... bagai hamparan saujana kelapangan Islam.
Denai... lembah subur kelembutan ihsan.
Adalah citra di kanvas hati yang dihiasi,
Rasa kehambaan.
Ketika sunyi,
Berwacanalah diri di dalam hati.
Ya Hannan, teguhkanlah imanku.
Seteguh gunung itu...
Ya Mannan, lapangkanlah Islamku,
Selapang langit biru...
Dan lembutkanlah ihsanku,
Selembut rumput di denai itu.
Nescaya bertamulah diri yang hakiki,
Di kamar hati yang cintakan Ilahi.
Credit by @MissMujahidah

Sabtu, 4 Januari 2014

Kekasih Nabi Penggenggam Bara

     
Pada suatu hari Rasulullah SAW telah menyatakan kerinduannya terhadap kekasih kekasih Baginda SAW. Lantas ditanya oleh para sahabat: "bukankah kami ini kekasihmu wahai Rasulullah?" Baginda SAW lantas menyatakan: "Tidak. Bahkan kalian sahabatku. Kekasihku ialah sekelompok manusia yg lahir pada akhir zaman. Mereka itu menggenggam agama mereka umpama mereka menggenggam bara".
 

Siapakah golongan yang istimewa ini? Golongan yang sahabat berasa iri hati kerana kerinduan Baginda SAW terhadap mereka? Ya, mereka itulah golongan yang dikatakan oleh Baginda SAW sebagai segolongan daripada ummatnya yang bukan sezaman dengan Baginda SAW yang bukan bertemu dengan Baginda SAW dan bukan juga yang berperang dengan Baginda SAW. Sebaliknya mereka adalah golongan yang datang pada akhir zaman. Wahhhh! Mengapakah mereka ini amat dirindui oleh Baginda SAW? Ya... kerana mereka ini sanggup menggenggam bara walaupun ia panas membakar. Mereka sanggup menggenggam walaupun tangan mereka terbakar hangus. Mereka sanggup menggenggam bara walau ia menyakitkan dan mencederakan.
Mengapakah Diumpamakan Mereka Seperti Menggenggam Bara Api?

     Baginda SAW telah pun menyatakan bahawa mereka ini adalah mereka yang datang, dan hidup pada akhir zaman. Iaitu zaman yang tersangat sedikit perkara perkara kebaikan. Akan tetapi ia adalah zaman yang tersangat banyak dan tersangat mudahnya berlaku kejahatan dan kezaliman.
     Tiada yang tinggal melainkan Islam yang hanyalah pada nama, Al Quran melainkan hanya pada mashafnya. Di kala iman manusia mulai lemah, kekuasaan berpecah belah. Musuh melawan dari depan dan belakang yang sentiasa bekerja keras untuk melawan Islam secara terang mahupun jelas semata mata untuk menjatuhkan Islam dan ummatnya.
      Walaupun demikian, mereka ini tetap berpegang teguh dengan agama. Mereka tetap berjalan di atas sunah Baginda SAW walau dalam kepayahan dan keperitan. Ini kerana masyarakat dan orang sekeliling yang sangat jauh daripada amalan Islamnya dan memandang agama dengan pandangan yang janggal dan pelik. Suatu zaman yang fitnah menyesatkan berleluasa. Pada suatu zaman yang berlakunya fitnah dan subahat terhadap agama. Pada suatu zaman yang berleluasanya nafsu dan syahwat terhadap dunia. Pada suatu zaman yang imannya amat teruji.
       Akan tetapi, mereka ini termasuk dalam golongan yang tetap berhadapan dengan kepayahan, kesulitan dan keperitan itu dengan hati dan jiwa yang kental. Tidak gentar dengan ancaman dunia. Tidak tertipu dengan janji janji manis dunia yang sementara. Mereka inilah yang diumpamakan seperti menggenggam agama seperti menggenggam bara api.
Menjadi Ummat Yang Kuat.
       Maka bagaimanakah cara untuk menjadi ummat yang kuat untuk menggenggam bara api ini? Ummat yang mempunyai jatidiri dan kuat peribadi? Pada saya, kekuatan itu terpasak pada dua perkara yang penting dan utama iaitu:
  1. Mempunyai Tasawwur dan Pandangan yg Jelas Tentang Islam.
  • untuk mendapat tasawwur serta pandangan yang jelas ini kita perlulah mengisinya dengan ilmu ilmu Islam yang betul dan benar benar menepati Al Quran dan Sunah. Ilmu yang berdasarkan kepada ayat Al Quran dan hadith yang diterima. Bukan yang semata mata berpaksikan pemikiran logik akal. Kita juga perlu kenal apakah itu ajaran ajaran yang bertentangan dengan Islam agar kita tidak tergelincir tatkala kita mencari ilmu. 
  • pada saat dan ketika ini, pada pandangan saya, kita sangat perlu mengenali apakah itu ajaran Syiah, apakah liberal dan Islam liberal. Dua arus pemikiran ini sangat berleluasa di negara kita dan sangat mengancam ummat Islam di Malaysia khususnya.
   2.    Mempunyai Keimanan dan Keyakinan yang Tinggi Terhadap Agama.
  •   iman adalah hati dan jantung kepada kehidupan seorang Muslim. Iman yang sejahtera akan membuatkan seorang Muslim itu taat kepada Allah dan Rasul melebihi segalanya. Yakin kepada janji Allah melangkaui yakinnya kepada janji manusia.Yakin bahawa Allah akan mengurniakan syurga-NYA buat yang mentaati-NYA dan menjanjikan azab neraka-NYA buat yang mengingkari. Maka ia akan melakukan suruhan sama ada suka ataupun tidak. Sama ada mendapat ganjaran dunia atupun dicerca. Baginya redha Allah paling utama. Kebahagiaan akhirat adalah cita cita.
  • maka marilah kita menjadi ummat Nabi yang sentiasa menghidupkan hati dengan iman dan menyuburkan akal dengan ilmu.
NOTA KAKI! 
  1. 3 ASAS TAAT
  • Takut- tandanya adalah meninggalkan segala yang haram
  • Harap- tandanya seseorang itu rajin melakukan ketaatan kepada Allah
  • Cinta- tandanya, dia rindu dan khusyuk kepada-NYA  













                                                                                                                                        SeorangUkhty~

                                                                                                                                       
                                                                                                                    

Jumaat, 3 Januari 2014

Makna 2014



Alhamdulillah hari ni ana masih diberi kesempatan nak post kat blog team tazkirah ni. asiff sangat sebab ana lambat post, kalau ikut duty ana post semalam. tapi bulan ni ana busy. jadi ana minta izin nak post lewat, Alhamdulillah diberi keizinan. 

ana bukanlah nak berpolitik. tajuk ni memang nampak macam politik semata, tapi seriously ana tak akan masukkan bab politik dalam tajuk ni. jadi dan banyak sangat ana membebel, ana pun mulakan.



makna 2014 adalah mati semakin mendekat. kenapa ana cakap macam ni? sebab bila umur kita semakin meningkat, mati semakin dekat. memang mati tak kenal usia. tapi bila kita masih hidup masa muda, sudah tentu kita akan mati pada usia tua. kalau yang mati masa muda tu lainlah ceritanya. 

"Kullu nafsin zaaiqatul maut."-Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Tak kisahlah kita mati bila. masa muda atau masa tua. semua itu ditangan Allah. semua itu kerja Allah. kerja kita adalah beribadah cari pahala sebab pahala adalah tiket nak ke sorga yang abadi. kalau kita takde tiket macam mana nak masuk? tak gitu? haa jom beribadah walaupun sikit. bak kata pepatah 'sikit sikit lama-lama jadi bukit'. jadikan pepatah tu as kata-kata semangat. biar kita semangat nak beribadah. takde lah malas sentiasa. 

selain itu, ingat mati selalu. biar kita tambahkan ibadah. biar iman kita melambung kelangit dan tak akan pernah turun. macam masuk bab mati pulak kan? 

"Ingat mati sebaik-baik motivasi,
Ingat kekasih hati umpama makan roti basi."

boleh lah ye kalau ana melencong sikit kepada bab mati ni? sebab kita kena selalu bersedia untuk mati. macam mana nak bersedia? adakah kena beli keranda? beli kain kafan? gali kubur siap-siap? tak perlu. kita cuma perlu tambah pahala menuju barzakh. walaupun kita semua dah tahu soalan kat kubur nanti,tapi pasti boleh jawab? walau kita dah hafal jawapan dia, pasti boleh jawab? kalau amal tak ada, jangan harap. walaupun kau dah hafal 100%

sekian, ini sahaja daripada ana. Assalamualaikum wa ilal liqa'

Penulis; Fitri Nabihah

Khamis, 2 Januari 2014

Siapakah itu Qarin?

Siapakah itu Qarin?



Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana
yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa
jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)
Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata:
“Aku merasa cemburu.” tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Riwayat Muslim) 
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”
Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia..

Rabu, 1 Januari 2014

Jodoh itu rahsia Allah



Janji Allah itu pasti. Dia akan berikan apa yang kita minta tepat pada masanya.
Pada satu petang, aku kesunyian tinggal seorang diri di dalam rumah. Ku capai laptop dan online facebook. Ada seseorang yang seperti pernah aku jumpa sebelum ini ingin berkenalan denganku. Setelah lama ku renung nampak  seperti kawan lama sekolahku. Lalu aku ‘approve’ dia sebagai kawan.
Tak lama kemudian dia menyapa di ruangan chat. Memandangkan  sendirian aku melayan ‘kawan lama’ itu berbual. Apabila tiba waktu maghrib dia meminta izin untuk solat dahulu. Dalam hatiku terdetik, bagusnya ‘kawanku’ ini. Usai solat kami sambung berbual. Dengan perencanaan Allah, kami ada ‘reunion’ dua hari selepas berbual di fb. Entah kenapa hatiku teruja untuk pergi ke ‘reunion’ sedangkan waktu itu kawan yang menguruskan ‘reunion’ bukanlah kawan rapatku. Aku sms beberapa kenalan rapat mengajak pergi ke ‘reunion’tapi tiada seorang pun yang bersetuju. Masing-masing ada urusan petang itu. Dengan perasaan hampa, aku tidur.
Dalam hatiku tertanya-tanya kenapa aku begitu teringin pergi ‘reunion’ seperti ada magnet yang menarik. Lewat petang itu, aku terima sms yang mengajak aku pergi ke ‘reunion’. Dengan perasaan gembira aku bersiap ala kadar untuk berjumpa kawan lama di warung ABC. Kawan-kawanku sibuk menceritakan persiapan mereka untuk mendirikan rumahtangga, aku diam seribu bahasa. Aku tiada perancangan untuk berkahwin apatah lagi teman istimewa pun aku tiada.
IN29_FB_152800f
Hampir waktu maghrib aku tiba di rumah. Malam itu aku online fb seperti biasa. ‘Kawan lama’ tegur aku dan bertanya kenapa diam sahaja ketika ‘reunion’ tadi. Setelah berbual, dia bertanya akan statusku…. dengan tenang aku menjawab masih ‘single’.
‘Kawan lama’ terus melamar aku untuk menjadi teman istimewanya. Aku terkesima. Berbekalkan gerak hati, aku bersetuju dengan syarat dia boleh terima diriku seadanya dan tidak berjumpa berdua-duaan. Aku teringat kata-kata seorang senior dalam usrah ketika zaman belajar dahulu agar jaga batas pergaulan ketika couplekerana ia akan mencorakkan sedikit sebanyak akhlak anak kita nanti. Seseorang itu dibentuk dan dididik sejak zaman percintaan ibu bapanya lagi.
‘Kawan lama’ juga bersetuju dengan syarat yang telah aku berikan..
Sebelum tidur, aku terfikir betulkah tindakan yang aku lakukan ini? Dengan doa istikharah aku mohon diberikan petunjuk. Keesokkan harinya aku bangun tidur dan hatiku tenang. Kukira inilah jawapan Allah.
Aku minta pada ‘kawan lama’ supaya minta izin ibu bapanya sebelum meneruskan niat  untuk mengenaliku lebih dalam… begitu juga dengan diriku. Setelah kedua belah pihak memberi restu kami teruskan proses perkenalan ini. Semuanya berjalan dengan lancar.
‘No dating’ walaupun rumah kami hanya dua minit. Tapi aku tidak kenal di mana sebenarnya rumah ‘kawan lama’ aku walaupun kami sekampung. Aku berkongsi mutiara kata dan email-email menarik untuk kami jadikan motivasi dan panduan dalam hidup.
Hampir setahun berkenalan, kami mengambil keputusan untuk mengakhiri perkenalan ini dengan ikatan yang sah. Aku tidak impikan majlis pertunangan, cukup sekadar ibunya menghantar sebentuk cincin sebagai tanda. Dalam tempoh 4 bulan bertunang, kami diuji.
Tanggal 2 Jun kami sah sebagai suami dan isteri. Paling tidak disangka, rumah yang pernah aku tumpang untuk reverse kereta dulu adalah rumah suamiku. Waktu reverse kereta hatiku terdetik kalaulah rumah ini buat kenduri mesti senang kerana kawasannya yang lapang.
Kini dia menjadi suamiku dan kami dikurniakan seorang puteri penyeri rumahtangga kami. Alhamdulillah kami bahagia meskipun diuji dengan tinggal berasingan dan hanya berjumpa di hujung minggu.
‘Kawan lama’ ini sebenarnya adalah rakan sekelas sejak  darjah 1.
zaman sekolah rendah4

Allah Maha Besar, ‘kawan lama’ ingat aku disebabkan pernah dimarahi ketika darjah 1 dulu.  Bila aku fikir kembali, begitu cantik aturan Allah. Kita merancang, Dia juga merancang tetapi yang terbaik itu dari Dia.
Ada rahsia di sebalik rahsia yang tidak kita ketahui. Berdoa dan bergantung haraplah kepada Allah kerana Dia Lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan bilakah masa yang sesuai.
Sumber : ILUVISLAM.COM

Siapakah Azazil ?


Siapakah Azazil ? 

Siapakah sebenarnya Azazil ? Barangkali persoalan ini tidak pernah terlintas dalam fikiran kita kerana tidak pernah tahu akan wujudnya makhluk bernama Azazil ini . Namun , Makhluk ini masih lagi hidup sehingga kini dan ia berada dekat dengan kita . Ada juga diantara kita yang beranggapan bahawa Azazil ini merupakan sejenis malaikat . Namun sebenarnya ia bukan malaikat tetapi ia adalah sejenis makhluk yang berasal daripada golongan jin dan  kerana kuatnya ia beribadat , dia telah diangkat menjadi ketua malaikat . 

 Oleh kerana keangkuhannya , dia telah menjadi makhluk yang paling dilaknati Allah S.W.T. dan dialah yang dikenali sebagai iblis perosak anak cucu Adam sehingga hari kiamat . Nama asal iblis adalah Azazil dan dia tinggal di bumi , Dia sangat taat dengan perintah Allah S.W.T  dan telah menyembah Allah selama 100 tahun . Oleh kerana itu , Allah S.W.T telah mengangkatnya ke langit pertama . Disitu juga telah menyembah Allah S.W.T selama 1000 tahun lalu diangkat lagi ke langit kedua , Dia terus beribadah tanpa rasa jemu bertahun lamanya dan dia terus diangkat dari langit hingga ke syurga dan akhirnya dia telah dilantik menjadi ketua atau imam kepada semua malaikat , Ibadahnya kepada Allah S.W.T selama 80,000 tahun dan tiada tempat didunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya kepada Allah S.W.T 
Berdasarkan satu riwayat , pada satu ketika malaikat Israfil telah melihat akan suatu perkara tersurat di Loh Mahfuz iaitu : "Adanya satu hamba Allah yang telah beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan , maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari kiamat " Maka , menangislah Israfil apabila melihatkan suratan tersebut kerana khuatir perkara trsebut merujuk kepada dirinya . Israfil terus menceritakan kepada sekalian Malaikat . lalu menangislah mereka kerana takut dan bimbang akan nasib diri mereka . Mereka pun bertemu Azazil dan memintanya mendoakan keselamatan seluruh malaikat , Azazil pun mendoakan mereka dengan doa " Ya  Allah , Janganlah engkau murka terhadap mereka (para malaikat)"
Namun , malang buat Azazil kerana dia terlupa mendoakan untuk dirinya sendiri . Lantas Azazil terus menuju ke syurga , dia terlihat suatu suratan yang menyatakan :" Ada satu hamba daripada kalangan hamba hamba Allah yang muqarabbin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan , tapi hamba tersebut mengingkari perintah Allah . Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat . "
Selain daripda doanya yang mustajab , Azazil juga dikenali sebagai Sayyidul Malaikat atau penghulu kepada sluruh malaikat dan Khazinuk Jannah ( Bendaharawan Syurga ). Semua lapis langit dan para penghuninya menggelarkan Azazil dengan gelaran yang berbeza dimana dilapisan langit yang pertama dia digelar sebagai Aabid yang merujuk kepada Ahli ibadah yang mengabdikan diri secara luar biasa kepada Allah S.W.T 
Dilangit kedua pula , dia digelar Raki iaitu Ahli Ruku' kepada Allah S.W.T . Saajid atau ahli sujud pula gelarannya dilangit ketiga , manakala Khaasyi dilangit keempat dan seterusnya . 
Azazil si penghulu segala malaikat telah menyandang semua gelaran terhormat dan kemuliaan selama 120 ribu tahun sehingga tiba satu ketika dimana seluruh malaikat melakukan musyawarah besar atas undangan Allah S.W.T .Pada waktu itu , Allah telah mengutarakan maksud untuk menciptakan seorang Khalifah (Pemimpin) di muka bumi .Sekalian malaikat kemudiannya menyatakan bahawa " Ya Allah , mengapa engkau hendak menjadikan khalifah dimuka buminya hanya akan membuat KEROSAKAN dan MENUMPAHKAN  dibumi , padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau "
Surah Al-Baqarah (30)

Lalu Allah menjawab segala kekhuatiran para malaikat dengan meyakinkan bahawa ' Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui " Surah Al-Baqarah (30)
Lalu Allah menciptakan khalifah pertama iaitu Adam dan memerintahkan agar seluruh malaikat unutuk sujud hormat pada Nabi Adam A.S . Dia enggan sujud sementara itu para malaikat terus sujud tanpa dipimpin Azazil . Bukan sahaja Azazil enggan untuk sujud malah dengan angkuhnya dia menjawab kepada Allah " Patutkah aku sujud kepada (makhluk ) yang Engkau jadikan daripada tanah (yang diadun )- Surah bAl Israa(61) -

Kengganannya untuk sujud kerana berpunca drpd hasad dengki dan iri hatinya apabila Allah hendak melantik Adam sebagai khalifah dibumi dibumi krn ia dijadikan darpd api sedangkan manusia dijadikan daripada tanah yang busuk dan melekat , Akibat daripada keangkuhannya , dia telah dihalau dari syurga . Namanya telah ditukar kepada iblis dan iblis berjanji untuk menyesatkan manusia serta keturunannya .
"Khabarkanlah kepadaku , inikah orangnya yang engkau muliakan mengatasiku ? JIka Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat , tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya , kecuali sedikit (diantaranya) - Surah Al Israa (62)
Allah berfirman kepada iblis , Pergilah (lakukan apa yang engkau rancangkan ). kemudian siapa yang menurutmu diantara mereka , maka sesungguhnya Neraka Jahannam lah balasan kamu semua , sebagai  balasan yang cukup . - surah Al - Israa(63) -

Bibit kesombongan Azazil sudah tersemai sejak Israfil dan para malaikat mandatanginya agar mendoakan mereka kepada Allah . Waktu itu , ketika mendengar penjelasan Israfil , Azazil berkata " Ya Allah ! HambaMu yang manakah yang berani menentang perintah-MU , sungguh aku ikut , mengutuknya , "

Azazil lupa bahawa dirinya juga adalah hamba Allah dan tk menyedari bahawa kata ' hamba ' yang tertera pada tulisan dipintu syurga , juga boleh menimpa kepda sesiapa sahaja termasuk dirinya . 
Lalu , demi mendengar ketetapan Allah , Iblis bertambah nekad seraya meminta kepada Allah agar diberi penangguhan . Katanya , " Ya Allah . beri tangguhlah aku sampai mereka ditangguhkan " .

Allah bermurah hati dan iblis mendapat apa yang dia minta iaitu masa panjang selama manusia masih hidup sebagai khalifah " Maka kata Allah , yang benar adalah sumpah - Ku dan hanya kebenaran inilah yang kukatakan . Sesungguhnya aku pasti memenuhi NERAKA JAHANAM dengan jenis dari GOLONGAN KAMU dan ORANG ORANG YANG MENGIKUTIMU DI ANTARA MEREKA SEMUANYA . "

Jadi , mari renungkan bersama ! Sedangkan hamba Allah yang telah beribadah beribu tahun lamanya dan disebabkan KEANGKUHANNYA saha sudah cukup untuk dia menjadi musuh Allah .. Sedangkan kita hamba-Nya yang solat entah kemana , , , termasuk ana  .... Perintah-Nya  , suruhan-Nya ada kita lakukan ? Kita pun hanya manusia biasa yang banyak buat dosa . Jadi , renungkan ya :)