Khamis, 19 Disember 2013

Hukum Menyebarkan/Retweet/Like Gambar Tidak Tutup Aurat?




Apa hukum Ambik Gambar Tak Tutup Aurat dan Menyebarkannya


S:Apa hukum kita menyebarkan gambar tidak tutup aurat dengan gunakan fungsi share/Retweet ?

J: Setiap yg haram dilihat maka haram pula diperlihatkan kpd org lain samada dimuatkan pd majalah, akhbar, internet dll. Selama mana gambar2 tersebut belum di delete, maka selama itulah  mendapat saham dosa. Walaupun bukan gambar kita, tetapi kerana kita sudah menyebarkannya maka kita pun subahat.

S: Adakah haram like/fav gambar tidak tutup aurat?

J: Tidak tutup aurat memang satu perbuatan yang haram. Jadi bukan ke, menglikenya atau fav nye adalah memberi satu sokongan? Kamu setuju dengan perbuatannya. Malah apabila dia yang mengupload gambar itu pasti akan merasakan untuk melakukan lagi. Jadi boleh jatuh haram.

11 ulasan:

  1. assalamualaikum,

    bagaimana pula kalau kawan kita upload gambar kita tanpa pengetahuan kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambeklah kaki dia.. Dan tikamlah tlpak kakinya

      Padam
    2. BODOH PUNYA JAWAPAN OTAK MANA OTAK ?

      Padam
  2. Balasan
    1. Aurat lelaki dengan sesiapa pun still dari pusat hingga lutut kecuali dgn isteri dan mahram.

      Padam
  3. Kalau kita terhantar gambar kita menutup aurat di dalam group secara tak sengaja ?

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Aurat yang ada pada laman sosial atau di internet tidak sama hukumnya dengan aurat yang sebenar-benarnya di alam realiti. Melihat aurat yang bukan sebenar-benarnya atau aurat yang diserupakan sahaja seperti ukiran patung, gambar, paparan digital di skrin atau hologram tidaklah haram kerana ini bukan aurat yang beranggota jasad, tetapi sesuatu yang diserupakan dengan aurat. Maka, memperlihatkannya, menyebarkannya dan "like" gambar tersebut tidaklah haram selagimana ia masih di lingkungan alam maya. Fahami perbezaan antara aurat yang pada anggota jasad sebenar dan aurat yang diserupakan. Saya telah membahaskannya dengan lebih lanjut di sini : http://yukioharuaki.strikingly.com/blog/hukum-melihat-aurat-yang-bukan-hakiki

    Silakan semak dan fahaminya. Fatwa yang kamu keluarkan ini langsung tidak menepati kaedah fiqh dan menyalahi pendapat fuqaha' mazhab terdahulu.

    BalasPadam
  6. Aurat dlaman sosial tidak sama dengan aurat dunia nyata...?? Aurat itu apa? Kenapa ada aurat, kenapa mesti di jaga dari terlihat orang lain? Fikir logik shaja dlu, belum lagi dalam quran atau hadis jelas2 dikatakan

    BalasPadam
  7. Ikmal haruaki jangan bicara sembarangan. .Hati2 jangan sampai orang lain salah tafsir kata2 anda..

    BalasPadam
  8. agak kontra dengan jawapan mufti wilayah persekutuan:
    http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/117-artikel/irsyad-fatwa/2412-irsyad-al-fatwa-227-hukum-memuat-naik-gambar-tidak-menutup-aurat-di-media-sosial

    BalasPadam