Ahad, 22 Disember 2013
Lelaki beriman dengan wanita cantik di dalam lif
Sabtu, 21 Disember 2013
Jika Allah tidur
"Aku nak pakai tudung"

Jumaat, 20 Disember 2013
Qiamullail
Bismillahirahmanirahim
Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW : “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)
Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka.
Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.” (HR; Muslim)
Hebatnya Malam
Malam adalah waktu paling istimewa dan hebat. Allah SWT menyifatkannya sebagai malam yang berkat. Firman Allah SWT;وَآيَةٌ لَّهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُم مُّظْلِمُونَ ﴿٣٧
“Dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran Allah) untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;” (Yaa Siin 36:37
)
.
Firman Allah SWT: وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا ﴿٧٩
“Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’: 79)
Banyak perkara-perkara kerohanian berlaku pada waktu malam, contohnya Nabi Muhammad SAW mengalami Israk dan Mikraj pada waktu malam, al-Quran turun pada malam Lailatul Qadar, Allah SWT berdialog dengan Nabi Musa a.s. setelah baginda bermunajat selama 40 malam di Bukit Tursina juga berlaku pada waktu malam. Kitab-kitab terdahulu juga diturunkan pada waktu malam, Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan pada waktu malam dan Baginda mendapat perintah Allah mengorbankan anaknya Ismail a.s. pun berlaku pada waktu malam.
Terdapat keistimewaan dan kekuatan luar biasa pada waktu malam.
* Menghidupkan dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan yang sebenar.
* Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan
* Dapat muhasabah kekuatan diri
* Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.
* Menghindari sifat riak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT sahaja.
Nas Keutamaan Mengamalkan Qiamullail
Orang-orang yang melalui malam hari dengan bersahur dan berdiri untuk Tuhan mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang berqiamullail di malam hari semata-mata kerana Allah Ta’ala. Allah SWT juga bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu ialah orang-orang yangberiman.
Firman Allah Taala :إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ , تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ , (السجدة : 15-16)
“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.”
Apabila manusia mendekatkan diri kepada Allah maka Allah SWT mengatur dan menjamin kehidupannya. Rasulullah SAW menerangkan bahawa, Allah SWT berfirman:
“Manusia menjadi hampir dengan Daku apabila dia melakukan perbuatan yang Daku sukai iaitu amalan fardhu yang diperintahkan kepadanya. Dia kemudian terus berusaha mendekatkan dirinya dengan-Ku dengan melakukan amalan sunat, sehingga Daku mencintainya. Apabila Daku mencintainya, maka Daku menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar. Daku juga menjadi penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk memegang dan kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Apabila dia memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Daku kabulkan. Apabila dia memohon perlindungan, pasti Daku memberikan perlindungan kepadanya.” (HR; Bukhari)
Berkata Salman Al-Farisi, Rasulullah SAW. telah bersabda: “Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai, kerana ia ibadah kelaziman orang-orang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan.”
Berkata Abdullah bin Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai manusia! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makanan, hubungilah silaturrahim, dan kerjakanlah solat waktu malam dikala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Dan berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW, lalu berkata: “Hai Muhammad! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan hamba akan dibalas, dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan meninggalkannya. Dan ketahuilah bahawakemuliaan seseorang mukmin itu ialah Qiamullai dan harga dirinya ialah terkayanya (tidak meminta-minta) dari manusia.”
WAKTU AFDAL QIAMULAIL
Adalah lebih afdal dilewatkan Qiamullail sehingga kepada salah satu pertiga yang akhir dari malam.
Rasulullah SAW bersabda: “Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir.
Maka Allah berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya.” (H.R. Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya)
Maksud hadis ini : Bahawasanya pintu rahmat Allah ituterbuka pada malam hari seluas-luasnya, khususnya pada akhir-akhir malam. Segala permohonan diterima pada ketika itu.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan solat malam dan baginda menggalakkannya sehingga ia bersabda: “Hendaklah kamu mengerjakan solat malam itu walaupun satu rakaat.” (Al-Tibrani)
DOA QIAMULAIL
AMALAN QIAMULAIL
Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menunaikan solat malam, antaranya membersihkan diri sebelum tidur, mengambil wuduk dan tidur menghadap kiblat.
* Solat malam perlu dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan sebanyak mungkin rakaat mengikut kemampuan.
* Ketika Qiamullail digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut:-
* Solat Sunat Tahajjud
* Solat Sunat Taubat
* Solat Sunat Tasbih
* Solat Sunat Hajat
* Solat Sunat Witir
3. Disamping itu beramallah juga dengan amalan sepertimembaca Al-Quran, berzikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya.
FADILAT QIAMULAIL
* Sentiasa mendapat keredaan dan pengawasan Allah SWT.
* Memudahkan menyeberangi jambatan siratulmustakim.
* Waktu mustajab doa dikabulkan Allah SWT.
Jabir mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada malam hari, ada satu saat (yang berkat) yang jika seseorang Muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia dan akhirat, nescaya Allah kabulkan doanya. Saat itu wujud pada setiap malam.”
HIKMAH QIAMULAIL
Bangun bersolat dan bertasbih pada sebahagian malam akan;
* Ayat-ayat bacaannya lebih sempurna dan betul.
* Membawa kesan iman yang mendalam,
PENUTUP
Rasulullah SAW meminta umat Islam bangun beribadat pada tengah malam dan Baginda sendiri melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Aishah meriwayatkan:“Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersolat hingga bengkak kedua-dua kakinya, maka aku (Aishah) berkata kepada Baginda: Mengapa, Ya Rasulullah, tuan hamba melakukan ini semua? Bukankah tuan hamba telah diampunkan perkara terdahulu dan terkemudian?”
Jawab Baginda SAW: “Bukankah aku ini hamba yang bersyukur.”
Lihatlah walaupun Rasulullah SAW itu maksum dan telah diampunkan segala dosa dan kesalahannya, Baginda tetap bangun Qiamullail sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT pada sebahagian akhir malam untuk bersolat hingga bengkak kedua-dua kaki Baginda.
Hakikat Kembara Manusia ke 4 Alam

Walaupun manusia tidak mengetahui tentang hakikat roh, apatah lagi mengetahui tentang alamnya, manusia diminta supaya meyakini dan mempervayai bahawa perkara roh itu adaalah urusan Allah SWT. Allah SWT menciptakan roh untuk setiap makhluk yang bernyawa sebelum mencipta dan membentuk jasadnya. Ini bermakna walaupun kita baru dilahirkan ke dunia, namun roh kita telah pun wujud lebih lama dahulu, hanya menunggu masa untuk dipindahkan dan ditiupkan ke dalam jasad ketika berada di alam rahim ibu."Bukanlah telah berlalu kepada manusia suatu ketika dari masa yang (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi dan) tidak menjadi satu perkara yang disebut sebut"
ALAM RAHIM
Setelah roh ditiupkan, maka berlakulah perpindahan dari alam roh yang tidak diketahui di mana dan bagaimana, masuk ke alam baru yang disebut sebagai alam rahim. Suasana alam ini jauh berbeza dengan alam roh sebelumnya. Di alam rahim, manusia bergantung hidup sepenuhnya kepada ibu yang mengandungkannya selama tempoh sembilan bulan. Sepanjang tempoh tersebut manusia tidak perlu bekerja dan berusaha untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ia terus hidup dan membesar hinggalah saat ia perlu berpindah ke alam lain pula. Kelahiran merupakan perpindahan, iaitu dari alam rahim yang sempit dan gelap, disebut dengan kegelapan yang tiga, ke alam dunia yang luas dan terang. Allah SWT berfirman dalam surah [Az Zumar : 6] yang bermaksud :
"ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat peringkat) dari suatu kejadian ke suatu kejadian dalam tiga suasana yang gelap gelita, yang demikian Dia adalah Allah Tuhan kamu, bagi-NYA kekuasaan yang mutlak, tiada Tuhan melainkan Dia, oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan"Tiga kegelapan yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah gelap kerana berada dalam tembuni yang tidak bercahaya. Tembuni itu pula berada di dalam rahim, manakala rahim pula berada dalam perut ibu. Ada pendapat lain mengatakan bahawa tiga kegelapan yang dimaksudkan dalam ayat ini ialaah gelap terpejam, berada di dalam rahim yang gelap gelita dan gelap kerana tidak mengenali suatu apa pun.
ALAM DUNIA
Alam dunia merupakan tempat persinggahan sementara dalam rangka pengembaraan manusia untuk menuju ke alam yang lain pula, iaitu alam akhirat. Kehidupan di alam dunia tidak sama dengan alam sebelumnya. Ketika di alam ini manusia perlu bekerja dan berusaha untuk meneruskan kelangsungan hidup dan untuk menentukan corak hidupnya di dunia dan hidup di alam berikutnya. Manusia juga perlu berusaha untuk untuk mengumpul secukup bekalan untuk menempuh alam yang bakal ditempuhi selepas ini. Ini kerana, pada alam berikutnya manusia tidak akan berpeluang lagi untuk bekerja dan berusaha bagi mengubah keadaan dirinya seperti mana ketika ia berada di alam dunia. Oleh itu, manusia perlu pandai seimbangkan hidup di dunia dan kepentingan di akhirat nanti kerana alam akhirat ialah alam yang menjadi penentuan sama ada kita akan beroleh bahagia atau derita, ianya adalah hasil daripada usaha yang kita lakukan semasa hidup di dunia. Dunia ini hanya ibarat sebidang tanah yang digunakan sebagai tempat bercucuk tanam, hasilnya akan dituaai di akhirat nanti.
ALAM BARZAKH
Setelah hidup dalam jangka masa yang ditetapkan, akhirnya manusia akan meninggalkan dunia di mana ianya adalah suatu perpindahan iaitu berpindah dari alam dunia ke alam barzakh iaitu alam kubur. Alam yang tidak memerlukan manusia untuk bekerja dan berusaha. Cuma cara hidupnya semasa di dunia akan mempengaruhi dan menentukancara hidupnya di alam barzakh sma ada bahagia atau celaka yakni derita dan setiap manusia akan menempuhnya secara bersendirian tidak lagi berkumpulan. Apakah ia akan beristirehat berpanjangan atau akan merasai azab dan kesakitan yang berterusan? Semua keadaan ini bergantung kepada persediaan kita semasa hidup di dunia. Dunia adalah penentu segala galanya. Oleh itu rebutlah peluang keemasan yang dikurniakan oleh Allah SWT ini. Ingat! Hidup di dunia tidak akan berulang buat kali keduanya, maka gunakanlah kesempatan yang Allah bagi untuk menentukan corak hidup kita di alam berikutnya yang sama ada akan bahagia selamanya atau azab yang tidak tergambar kesakitannya. Allahu'alam.
"Perjalanan hidup ibarat sebuah kembara musafir yang merantau dari satu destinasi ke satu destinasi lain. Langkahnya mengikut hayunan kaki yang bergerak tanpa henti sehinggalah tiba ke tempat yang dituju. Kehidupan manusia juga boleh diumpamakan seperti seorang musafir, bezanya perjalanan dan langkah manusia ada arah yang hendak dituju, sedangkan dalam hidup ini terkadang tiada arah dan matlamatnya"
KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT
Sebuah pepatah Arab ada menyebut :
"Berusahalah kamu untuk dunia kamu seolah olah kamu akan hidup selama lamanya dan berusahalah untuk akhiratmu seolah olah kamu akan mati pada esok hari"Pepatah ini memberi gambaran bahawa kehidupan manusia di alam dunia tidak diketahui tempoh masanya. Maka dalam jangka masa yang tidak diketahui inilah manusia seharusnya menggunakan peluang yang ada dan memanfaatkan sebaiknya untuk menentukan corak hidupnya sama ada untuk dunianya mahupun untuk alam lain yang bakal ditempuhi.
Dalam mengharungi kehidupan di dunia, manusia dikurniakan akal dan nafsu. Melalui akal manusia boleh merancang dan melaksanakan kehendak serta keinginan nafsunya dalam menunaikan kewajipan terhadap dirinya sendiri. Kewajipan ini sama ada untuk memenuhi keperluan hidupnya ketika berada di dunia ini ataupun kepentingan dan kebaikan untuk dirinya setelah berpindah ke alam berikutnya nanti.
Tujuh Golongan Yang Akan Mendapat Naungan Allah SWT
Assalamualaikum
Bismillahirahmanirahim
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
“Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya :
Pertama : Imam (pemimpin) yang adil.
Kedua : Pemuda yang membesar dengan beribadah kepada Allah.
Ketiga : Insan yang hatinya terpaut dengan mesjid.
Keempat : Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.
Kelima : Insan yang di ajak (di goda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik, lalu ia berkata :
‘Sesungguhnya aku takutkan Allah’
Keenam : Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di belanjakan oleh tangan kanannya.
Ketujuh : Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu menitiskan air matanya."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan daripada hadis di atas , dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang beriman dan bertakwa akan mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah SWT di hari akhirat nanti ketika itu tidak ada perlindungan lain yang akan dapat menyelamatkan manusia.
Golongan tersebut adalah seperti berikut :
Pertama : Imam (pemimpin) yang adil.
Seorang pemipin akan ditanya di akhirat nanti adakah mereka memimpin dengan adil, amanah ,jujur dan sentiasa berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah.
Maksud adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya, tidak boleh di katakan adil selagimana seorang pemimpin itu tidak menggunakan neraca Islam dan neraca Allah SWT di dalam setiap keputusan dan perlaksanaan di dalam pemerentahannya. Tidak ada undang-undang dan peraturan yang lebih adil melainkan ianya datang dari Pencipta manusia dan alam semesta iaitu Allah SWT.
Kedua : Pemuda yang membesar dengan beribadah kepada Allah.
Pemuda (rijal) adalah golongan penting di dalam masyarakat Islam, kerana merekalah yang akan mewarisi kepimpinan negara akan datang. Sesuatu umat akan menuju kepada kehancuran apabila pemuda-pemudinya telah rosak akidah dan akhlaknya , lemah daya pemikiran dan intelektualnya dan hilang semangat jihad.
Pemuda yang menjadi ahli ibadah ini, yang terpilih mendapat naungan Allah adalah mereka yang hati dan jiwanya sentiasa mengingati Allah , kuat imannya dan baik akhlaknya dan sentiasa berterusan dan istiqamah dalam menjalani proses tarbiah dan dia juga berusaha mengajak pemuda lain untuk duduk dalam Jemaah Islam dan melaksanakan amal makruf nahi mungkar.
Ketiga : Insan yang hatinya terpaut dengan mesjid.
Mesjid adalah tempat ibadah , di sinilah tempat umat Islam berkumpul untuk melaksanakan ibadah khusus terutama solat, membaca al-Quran , berzikir , tempat majlis-majlis ilmu di jalankan dan tempat perhimpunan dan perbincangan umat Islam untuk menyelesaikan masaalah mereka.
Para malaikat mendoakan dan mohon rahmat kepada Allah SWT. kepada ahli-ahli mesjid yang menunaikan ibadah dan menuntut ilmu di sini. Di zaman Rasulullah SAW mesjid berfungsi menjadi tempat semua urusan umat Islam (pusat pemerentahan, ibadah dan majlis ilmu).
Mereka-mereka yang terpaut hati dengan mesjid dan melaksanakan semua fungsi tadi akan mendapat naungan Allah di akhirat nanti.
Keempat : Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.
Apabila dua orang saudara muslim bertemu adalah semata-mata untuk mereka merapatkah rasa ukuwah dan kasih sayang, saling nasihat menasihati, lengkap melengkapi dan merancang sesuatu atas tanggung jawab macamana cara-cara untuk menyelamatkan umat ini daripada hanyut di bawa arus jahiliyah dan terselamat daripada mendapat azab Allah SWT.
Bagaimana penyebaran Islam , kerja-kerja dakwah dan tarbiah dapat di jalankan dengan berkesan dan memenuhi sasarannya. Mereka berpisah adalah semata-mata kerana Allah di sebabkan masing-masing kembali ketempat asal mereka untuk memenuhi tuntutan dakwah dan tarbiah , walaupaun berjauhan namun perasaan ukuwah dan kasih sayang tetap berterusan.
Allah SWT. akan memberi pahala dan ganjaran yang besar apabila seluruh masa, tenaga dan wang ringgit di curahkan semata-mata untuk menjadi khalifah Allah SWT di muka bumi. Di atas usaha-usaha yang berterusan seperti ini , bertemu dan berpisah kerana Allah SWT. memang sesuailah mereka mendapat naungan Allah SWT di akhirat nanti.
Dalam sebuah Hadis Qudsi yang diriwayatkan di dalam Kitab Al-Muwattha' Imam Malik, Nabi S.A.W telah bersabda bahawa Allah SWT telah berfirman yang bermkasud: "Kasih-sayangKu lebih utama untuk mereka yang berkasih-sayang pada jalanKu, golongan berhimpun dan berkelompok semata-mata keranaKu, golongan yang saling ziarah-menziarahi keranaKu, dan golongan yang sentiasa berbelanja dijalanKu"
Kelima : Insan yang di ajak (di goda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik, lalu ia berkata :
‘Sesungguhnya aku takutkan Allah’
Perbuatan zina adalah satu perbuatan yang keji dan hina. Zina boleh merosakkan keturunan , menimbulkan pergaduhan dan perpecahan dalam keluarga dan masyarakat. Seseorang yang melakukan zina, dan hasil daripada zina ini apabila mendapat anak , ia sanggup membunuh bayi yang tidak berdosa atau pun membuangkannya merata tempat tanpa belas kasihan semata-mata untuk menutup malu pada keluarga dan masyarakat. Peribadi seperti ini kedudukannya lebih rendah dari haiwan kerana haiwan pun mempunyai perasaan kasih sayang pada anak-anaknya.
Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Dan siapa-siapa yang berzina dengan seorang perempuan, sewaktu berbangkit dari kuburnya kelak, sesungguhnya ia merasa sangat haus.”
Oleh kerana betapa besarnya mudharat zina ini, Allah SWT. akan memberi ganjaran pahala yang besar dan memberi naungan-Nya di akhirat nanti kepada sesiapa sahaja di kalangan hamba-hamba-Nya yang sanggup menolak ajakan zina oleh perempuan cantik dan berpangkat dengan kata-kata, “Sesungguhnya aku takut kepad Allah.” seperti mana Nabi Yusof a.s. menolak ajakan isteri pembesar Mesir ketika itu untuk melakukan zina.
Keenam : Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di belanjakan oleh tangan kanannya.
Harta adalah salah satu komponan penting di dalam pembinaan masyarakat Islam.Tanpa ada harta dan kekuatan darisegi ekonomi sesebuah negara Islam itu tidak mempunyai kekuatan untuk mempertahankan diri daripada musuh-musuhnya. Dengan adanya harta dan kewangan yang kukuh dapat mempertingkatkan pertahanan negara dengan senjata dan peralatan yang cangih , mempertingkatkan pembangunan dan ekonomi negara.
Islam menggalakkan sedekah dari golongan kaya kepada golongan miskin , supaya jurang perbezaan di antara mereka dapat di kurangkan.Di dalam hadis yang lain Nabi SAW ada menyatakan bahawa salah satu golongan yang akan masuk syuraga bersama-sama golongan yang mati syahid dan ulama adalah dermawan yang menyumbangkan hartanya di jalan Allah semata-mata mencari keredan-Nya. sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di berikan oleh tangan kanannya. Dari sumbangan golongan yang berharta ini , di berinya tanpa di canang-canangkan di dalam akhbar , akan mengharmonikan hidup bermasyarakat dan membantu mengukuhkan kekuatan negara. Insan budiman lagi dermawan ini akan mendapat naungan Allah SWT di akhirat nanti.
Ketujuh : Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu menitiskan air matanya.
Doa dan munajat adalah senjata orang mukmin. Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang-Ku, sesungguhnya Aku dekat. Aku menyahut doa orang berdoa, tatkala dia berdoa kepada-Ku, justeru sahutlah seruan-Ku.” (Surah al-Baqarah ayat 186).
Orang mukmin pada siang harinya dia menjadi ‘singa’, bekerja bersungguh-sungguh dalam semua urusan . Dalam urusan kerjayanya mencari nafkah, dalam urusan dakwah dan tarbiah dan dalam urusan membantu masyarakat. Tetapi pada malam hari menjada abid , membaca al-Quran , berzikir , bersolah tahajud dan berdoa kepada Allah hingga menitiskan air mata.
Dia rasa diri ini kerdil dan terlalu banyak dosa-dosa yang di lakukan, sekiranya tanpa belas kasihan Allah SWT dia merasakan dia tidak dapat menyelamatkan diri dari azab Allah di hari akhirat nanti.Peribadi mukmin seperti ini akan termasuk dalam golongan ketujuh iaitu golongan yang mendapat naungan Allah SWT. di hari akhirat nanti.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan amal ibadah dan amal soleh kita semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Jalan keselamatan untuk terselamat dihari akhirat telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW kepada kita semua iaitu tujuh golongan manusia yang akan mendapat perlindungan Arasy Allah SWT, oleh itu berusaha dan berdoalah semoga kita menjadi salah satu golongan yang dipilih oleh-Nya untuk mendapat perlindungan-Nya nanti.
Khamis, 19 Disember 2013
Hukum Menyebarkan/Retweet/Like Gambar Tidak Tutup Aurat?
Apa hukum Ambik Gambar Tak Tutup Aurat dan Menyebarkannya
S:Apa hukum kita menyebarkan gambar tidak tutup aurat dengan gunakan fungsi share/Retweet ?
J: Setiap yg haram dilihat maka haram pula diperlihatkan kpd org lain samada dimuatkan pd majalah, akhbar, internet dll. Selama mana gambar2 tersebut belum di delete, maka selama itulah mendapat saham dosa. Walaupun bukan gambar kita, tetapi kerana kita sudah menyebarkannya maka kita pun subahat.
S: Adakah haram like/fav gambar tidak tutup aurat?
J: Tidak tutup aurat memang satu perbuatan yang haram. Jadi bukan ke, menglikenya atau fav nye adalah memberi satu sokongan? Kamu setuju dengan perbuatannya. Malah apabila dia yang mengupload gambar itu pasti akan merasakan untuk melakukan lagi. Jadi boleh jatuh haram.











