Dikisahkan ada seorang lelaki Muslim yang berasal morocco datang ke America untuk bekerja. Dia adalah seorang yang dari keluarga yang sederhana, tidak susah atau kaya. Tetapi dia sangat bertaqwa kepada Allah.
Pada satu hari, lelaki ini pun hendak keluar dari apartment dia. Dia pun terus menaik lif dan menekan butang "1".
Semasa lif itu turun, lif ini berhenti dekat satu tingkat. Apabila pintu lif itu buka, ada seorang wanita American yang sangat cantik pun masuk ke lif itu. Wanita itu bukan sahaja cantik. Tetapi dia sedang memakai baju yang terdedah. Memang sangat menggoda.
Astaghfirullah ..
Bisikan hati lelaki beriman itu. Apabila wanita itu masuk lif itu, dengan secara automatic terus tunduk pandangannya.
Kini, cuma mereka berdua sahaja di dalam lif itu. Dan lelaki itu dari tadi tunduk pandangannya, tidak ambil sedikit untuk melihat wanita itu.
Wanita itu perasan dengan gelagat lelaki itu lalu rasa bengis sebab tidak dipandang. Dia menghentakkan kaki dia sebab tidak puas hati dengan cara lelaki itu.
Akhirnya lif itu pun berhenti di tingkat satu. Lelaki beriman itu terus dengan laju potong wanita itu dan keluar dari lif itu. Sebab dia tidak ingin untuk berjalan belakangnya.
Tiba-tiba wanita itu dengan kuat jerit kepada lelaki itu.
"Hey you! Aku tak puas hati dengan kau sebab kau tk tengok aku! Kenapa? Aku ni hina sangat ke? Kotor ke aku ni?!"
Lelaki beriman itu dengan nada yang perlahan terus menjawab.
"Miss, saya cuma hendak hormat mu. Tidak elok saya sebagai lelaki memandang awak sebab macam2 boleh berlaku. Ini lah agama saya ajar."
Wanita itu terus terdiam. Lalu dia pun tanya.
"Agama mu apa?"
Lelaki itu pun terus jawab,
"Islam"
Wanita itu rasa sangat terharu dengan jawapan itu. Betapa indahnya Islam yang mengajar untuk menghormati wanita.
Wanita itu pun tanya lagi
"Boleh ke kamu ambil sye sebagai isteri mu?"
Lelaki tu berkata
"Tidak boleh sebab awk bukan Muslim"
Lalu wanita itu pun berkata lagi
"Maka sya akn masuk Islam."
Allahu Akbar. Mereka tidak penah kenal tetapi kerana agama Allah, wanita itu tertarik nak nikah lelaki itu.
Ini adalah sebuah kisah yang benar, lelaki itu dan wanita tadi pun sudah nikah. Dan wanita itu adalah anak orang kaya. MashaAllah lelaki itu bukan sahaja mendapat zaujah yang cantik tetapi jugak kaya.
Hendak lah saya kongsi kan ayat suci Al Quran tentang janji Allah kepada orang yang bertaqwa. :)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan