BERKATA BENAR , MENEPATI JANJI , MENUNAIKAN AMANAT ,
MENJAGA KEMALUAN , MENUNDUKKAN PANDANGAN DAN MENAHAN TANGAN
Dari Ubaidah bin Shamit r.a ., bahawa Rasululllah
s.a.w bersabda : ‘ Amalkanlah enam pesanku , pasti kujamin dengan syurga iaitu
benar bila berbicara , tepat janji , menunaikan amanat jika diberi amanat dan
memelihara kemaluan , menundukkan pandangan serta menahan tangan “ . ( Ahmad
dan Ibnu Hibban dalam Sahihnya. Juga riwayat Hakim , yang mengatakan bahawa
isnadnya sahih. )
Yang dimaksud “ benar bila berbicara “ dalam hadis
di atas ialah tetap terhadap pembicaraan , tidak berdusta kecuali dalam hal-hal
yang dibolehkan oleh syariat , seperti melerai dua orang yang sedang berselisih
, dalam keadaan perang dan sebagainya
Adapun maksud “ menahan tangan “ adalah tidak
diperkenankan seorang muslim menyakiti saudaranya (sesame muslim ) , kerana “muslim
“ sebagaimana erti katanya adalah jika orang lain selamat dari lidah (perkataan
) dan tangannya
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :” Hendaklah kamu
jujur kerana jujur membawa kepada kebajikan sedang kebajikan menunjukimu ke
syurga . Seseorang tidaklah jujur dan memilih kejujuran , melainkan ia akan
ditulis di sisi Allah sebagai “ shiddiq “ (orang yang amat jujur ) . Dan
hindarilah dusta kerana ia menunjukimu kepada kederhakaan sedang kederhakaan
membawamu ke neraka. Dan tidaklah seseorang
sentiasa berdusta dan memilih kedustaan , melainkan akan ditulis di sisi
Allah sebagai pendusta “ ( Bukhari – Muslim dari ibnu masud r.a. )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan