Bismillahhirrahmannirrahim.
Asslammualaikum.
Taubat?
Apa senanya maksud tobat ni?
Taubat atau dalam Bahasa Arabnya juga تَوْبَة (taubah) berasal dari perkataan تَوَبَ (tawaba) yang dari segi bahasa bermaksud kembali. Seseorang itu dikatakan تابَ (taaba – telah bertaubat) sekiranya dia telah kembali dari melakukan dosa atau telah meninggalkan dosa itu.
Adapun dari sudut istilah, apabila dikatakan seseorang itu telah bertaubat maksudnya dia telah kembali dari melakukan maksiat atau dosa terhadap Allah untuk dia mentaati Allah. Jadi jelas kaitan di antara maksud taubat menurut bahasa dan juga istilah Syaraknya.

----------------------------------------------------------------------------------
PERINTAH BERTAUBAT
Adapun tentang bagaimana perintah Syarak kepada kita sebagai manusia untuk bertaubat, hal ini memang jelas dan banyak disebutkan dalam nas-nas Al-Quran dan juga Sunnah. Antaranya firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai
orang-orang yang beriman semoga kamu berjaya.” (Surah Al-Nur, 24: 31)
وَأَنِ اسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُواْ
إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُم مَّتَاعًا حَسَنًا إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ
ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ وَإِن تَوَلَّوْاْ فَإِنِّيَ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ
يَوْمٍ كَبِيرٍ
|
Dan
hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubatlah
kepada-Nya; supaya Ia memberi kamu kesenangan
hidup yang baik hingga ke suatu masa yang tertentu, dan Ia akan memberi kepada
setiap orang yang ada kelebihan akan kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling
maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari Kiamat yang besar.
(Surah Hud ayat 3).
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada
Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan
memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada
hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama
dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan
mereka, sambil mereka mengatakan: “Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami
cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala
sesuatu”.
(QS At-Tahrim, 66:8 )
Dalam Surah Al-Zumar ayat ke-53 Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Katakanlah wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas
ke atas diri mereka; janganlah kamu berputus harapan dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa-dosa. Sesungguhnya Dia Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
(Surah Al-Zumar: 53)
(Surah Al-Zumar: 53)
Dalam ayat ini Allah memberi peringatan kepada hamba-hambaNya yang melampaui batas ke atas diri mereka; melampaui batas iaitu dengan melakukan dosa-dosa dan maksiat.
Juga firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat ke-135,
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
“Dan mereka (orang-orang beriman) apabila melakukan
perbuatan keji atau menzalimi diri mereka sendiri, mereka segera ingat akan
Allah lalu meminta keampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat
mengampunkan dosa selain Allah? Dan mereka tidak terus menerus dalam perbuatan
dosanya itu, sedang mereka mengetahui (kesalahan dan akibat dari dosa itu).” (Surah
Ali Imran: 135)
Jika dalam ayat sebelum ini Allah memilih perkataan mereka yang ‘melampaui batas’, dalam ayat ini pula Allah mengatakan mereka yang telah ‘menzalimi diri mereka’. Mungkin kita tidak perasan; apakah maksud orang yang menzalimi diri mereka? Orang yang menzalimi diri mereka adalah orang yang melakukan dosa dan maksiat. Bagaimana dia menzalimi dirinya?
Dia menzalimi diri sendiri kadangkala tanpa kita sangka. Barangkali ketika melakukan perbuatan maksiat itu dia bersuka ria dan berseronok dengannya. Tetapi realitinya dia menzalimi diri sendiri kerana perbuatan itu menambahkan dosanya dan paling tidaknya di Akhirat nanti dia mendapat balasan buruk iaitu Api Neraka. Perbuatannya akhirnya membawa mudarat dan binasa kepada dirinya. Itu yang dimaksudkan menzalimi diri.
Tiga ayat ini sudah memadai di mana faedah yang dapat diambil dari ketiga-tiga ayat ini cukup banyak. Antara faedah yang dapat kita sebutkan;
1. Kewajipan taubat. Seperti mana firman Allah,وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا (dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah). Sepertimana sedia maklum, para Ulama menjelaskan bahawa sekiranya ada perintah dari Syarak sama ada dari Al-Quran atau Hadis, bererti hukumnya adalah wajib. Jadi apabila Allah mengatakan bertaubatlah kamu sekalian, itu merupakan satu perintah dan perintah membawa makna wajib. Maka hukum bertaubat adalah wajib.
2. Taubat menjadi kunci kejayaan. Seperti mana Allah berfirman لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (semoga kamu berjaya). Jadi sesiapa yang ingin tahu apa kunci kejayaan untuk hidupnya di dunia apatah lagi di Akhirat, jawapannya antara lain adalah dengan bertaubat.
3. Jangan berputus harapan dari rahmat Allah walau sebanyak dan sebesar mana pun dosa yang pernah dilakukan. Walau apapun maksiat yang kita lakukan, dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya, baik perkara-perkara maksiat, bidaah, khurafat yang mungkin selama ini kita amalkan dan kita percaya, jangan berputus harapan bahawa pintu taubat terus terbuka.
Bahkan walaupun perkara-perkara kufur atau syirik sekalipun, misalnya orang kafir yang menyembah selain Allah, mensyirikkan Allah, tentu sahaja dia juga boleh bertaubat. Ini kerana Allah berfirman, إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا (Sesungguhnya Allah mengampunkan kesemua jenis dosa-dosa). Tidak ada dosa yang dikecualikan dari pengampunan Allah. Jadi janganlah berputus harapan dari mendapat keampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
4. Sifat orang beriman adalah sentiasa mengawasi dirinya, memerhatikan tindak tanduknya, atau secara ringkasnya sentiasa bermuhasabah. Firman Allah, maksudnya: “Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka, mereka ingat kepada Allah.” Ingat kepada Allah maknanya sentiasa muhasabah.
Dia tidak sibuk tentang orang lain, dia lebih pentingkan dirinya kerana dia bertanggungjawab ke atas dirinya dulu sebelum orang lain. Dia sentiasa muhasabah kerana dia mengetahui, yakin dan percaya bahawa sehebat mana pun dirinya pasti dia ada kesalahan dan kesilapan seperti mana disebut dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam,
كُلُّ بَنِي آدَم خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ
“Setiap anak Adam melakukan
kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang-orang
yang bertaubat.” (Hasan. Riwayat Ahmad)
Ini adalah sifat orang yang beriman kerana orang yang sesat lagi menyimpang sifatnya terbalik sama sekali. Kita perhatikan apa sifat orang menyimpang, semoga kita tidak tergolong dalam orang yang mempunyai sifat ini. Firman Allah dalam Surah Al-Kahf ayat ke-103 hingga 104,

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِاْلأَخْسَرِينَ أَعْمَالاً الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيَهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
“Mahukah kalian kami ceritakan
tentang mereka yang telah rugi di dalam amal perbuatan mereka? Iaitu mereka
yang telah sesat lagi menyimpang dalam usaha mereka semasa hidup mereka di
dunia sedang mereka menyangka apa yang mereka lakukan itu adalah baik.” (Surah
Al-Kahfi. 18: 103-104)
Ini sifat orang-orang sesat. Adakah orang sesat lagi menyimpang mengaku bahawa mereka sesat? Bahkan terbalik, semua orang yang sesat lagi menyimpang mengatakan bahawa apa yang mereka buat adalah betul. Bahkan mereka mengatakan apa yang mereka buat itu baik. Ini biasa kita dengar.
Sedangkan realitinya ia tidak baik kerana ia menyalahi Syariat Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ini adalah sifat orang yang tidak sedar diri, tidak sedar akan kesalahan dan dosa yang mereka lakukan. Kalau tidak sedar, adakah harapan untuk dia bertaubat? Jauh sekali kerana dia merasakan apa yang dia buat itu betul. Inilah yang dapat kita lihat pada pelaku bidaah secara khasnya. Mereka menyangka apa yang mereka lakukan adalah baik-baik belaka.
5. Orang yang beriman antara sifatnya apabila melakukan salah silap, dia akan cepat ingat kepada Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana orang yang beriman mengetahui bahawa salah silap yang dilakukan itu perlu kepada taubat dan taubat yang dilakukan itu tidak lain dan tidak bukan hanya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dia hanya bertaubat kepada Allah dan sama sekali dia tidak akan kembali kepada selain Allah.
Dia tidak akan meminta keampunan daripada mana-mana Syaikh atau wali, dia tidak akan meminta keampunan daripada mana-mana orang yang telah mati, nenek moyang atau sesiapa. Dia tidak akan mendatangi mana-mana perkuburan untuk meminta keampunan.
Jika orang Kristian Katolik ada confession, di mana seseorang itu masuk ke dalam sebuah bilik, paderi di sebelah, dia menceritakan dosanya dan paderi itu pun mendengar, kemudian dosanya pun diampunkan, tetapi tidak ada praktik sebegitu dalam Islam. Tidak ada mana-mana Ustaz, ulama dan sebagainya yang dapat mengampunkan dosa sesiapa kerana itu hanya milik Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahkan Nabi atau Rasul sekalipun tidak akan mempunyai kuasa untuk mengampunkan dosa sesiapa pun. Kita sedia maklum bahawa Nabi sendiri tidak dapat menyelamatkan bapa saudaranya.
6. Orang yang beriman tidak akan terus menerus dalam melakukan dosa dan salah silap. Sebaliknya dia akan cepat-cepat kembali ke pangkal jalan apabila menyedari kesalahannya. Dia tidak akan terus melakukan kesalahan itu; baik maksiat, bid’ah, khurafat, apatah lagi kufur dan syirik. Sebaliknya dia cepat-cepat meninggalkannya, berhenti daripadanya dan berlepas diri daripadanya. Maka perlu kita ingat, kalau kita sudah sedar sesuatu kesalahan di mana sebelum itu mungkin kita sangka betul, kita kena cepat berlepas diri daripadanya. Contohnya muzik, bahkan ada satu istilah iaitu muzik Islam.
Kita telah tekankan banyak kali bahawa tidak ada istilah muzik Islam seperti mana tidak ada istilah syaitan Islam. Muzik adalah alunan Syaitan, seperti mana Al-Quran adalah Kalamullah. Tidak boleh disamakan antara Al-Quran dengan muzik. Al-Quran itu daripada Allah, muzik itu daripada Syaitan. Al-Quran itu pahala, muzik itu dosa. Tidak ada istilah dosa Islam, tidak ada istilah Syaitan Islam, maka tidak ada istilah muzik Islam.
Perkara-perkara bidaah; kalau sebelum ini kita jahil, tidak tahu, tetapi pada hari ini kita sudah tahu, contohnya yasinan, tahlilan, talqin, marhaban, barzanji, dan macam-macam lagi perkara bidaah, kalau kita sudah sedar bahawa ini semua tidak boleh dan bukan datangnya dari ajaran Islam, tanggungjawab kita adalah jangan kita main-main lagi. Jangan kita kata “aku duduk je” dalam majlis bidaah dan seumpamanya.
Siapa yang memberi keamanan kepada engkau bahawa rumah itu tidak akan runtuh ke atas engkau, sedang engkau berada di majlis yang dimurkai oleh Allah. Majlis-majlis seperti ini sudah tentu tidak diredhai oleh Allah. Maka kalau dia sudah tahu, dia kena cepat-cepat berhenti dan berlepas diri daripadanya.

CARA BERTAUBAT DAN BERLINDUNG DARI DOSA
- Jika dosa yang dilakukan itu adalah akibat dari kejahilan dan kealpaan, kerana tidak tahu bahawa ianya dosa, atau sebelum itu dia menyangka ianya baik, maka cara bertaubat daripadanya adalah dengan menuntut ilmu. Adapun sekiranya dosa yang dilakukan itu adalah kerana tertewas dengan nafsu syahwat atau kerana terikut dengan hawa nafsu, cara bertaubatnya adalah dengan bersabar dan mengharapkan pahala dari kesabaran itu.
Lihat bagaimana Syarak memelihara
seseorang itu dari terjebak dalam kancah dosa atau maksiat. Syarak antara lain
menuntut supaya seorang itu berwuduk, ataupun solat, ataupun berpuasa. Seperti
mana dalam hadis di mana seorang itu kalau hendak menghindari dirinya dari
bertindak atas kemarahan yang tentunya akan membawa kepada dosa, Syarak
menuntut supaya dia berwuduk.
Solat juga mampu mengekang seseorang itu dari terjebak kepada dosa. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ
“Dan mintalah pertolongan dengan
sabar dan mengerjakan solat.” (Surah Al-Baqarah, 2: 45)
Begitu juga dalam ayat yang lain, firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ
“Sesungguhnya solat itu mencegah
dari perbuatan keji dan munkar.” (Surah Al-Ankabut: 45)
Ini semua untuk mengelakkan kita dari terjebak ke dalam kancah dosa dan juga maksiat.
2. Berlindung dengan Allah. Ini kerana barangsiapa yang mencari perlindungan dengan Allah di mana dia kembali kepada Allah, tentu sahaja Allah akan membantu dan menolongnya untuk menewaskan dua musuh ketatnya yang sentiasa berdamping dengannya untuk memusnahkan dirinya; iaitu nafsu dan juga Syaitan. Seperti mana firman Allah,

إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ
“Kerana sesungguhnya nafsu itu
sentiasa mendorong kepada kejahatan.” (Surah Yusuf, 12: 53)
Seperti kita sedia maklum, syaitan juga adalah musuh ketat manusia. Jadi bagaimana kita hendak berlindung daripada dua musuh ini adalah dengan kembali kepada Allah seperti mana firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat ke-101,

وَمَن يَعْتَصِم بِاللهِ فَقَدْ هُدِىَ إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
“Dan barangsiapa yang berlindung
dengan Allah, sungguh dia diberi petunjuk ke jalan yang benar.” (Surah Ali
Imran, 3: 101)
3. Perlu ada perasaan takut bahawa akan dipercepatkan kepadanya balasan perbuatan dosanya itu di dunia; iaitu dia mungkin diharamkan dari memperoleh rezeki kerana dosa yang dilakukan, atau ditimpa kemiskinan dan penyakit sekiranya dia terus menerus melakukan perbuatan dosanya itu.
4. Memperelokkan makan minumnya, iaitu hanya menjamah makan dan minuman yang halal. Ini sangat penting dan Alhamdulillah masyarakat kita memberi kepentingan pada perkara ini, mereka sentiasa memastikan adanya tanda halal pada makanan. Namun ini tidak menghalang kita untuk terus memperkemaskan dan menjaga perkara ini. Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menyebut,

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِىَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
“Seorang lelaki yang dalam
perjalanan jauh (bermusafir) sehingga rambutnya menjadi kusut dan badannya
berdebu (tertekan dan kesusahan), dia mengangkat kedua tangannya ke langit lalu
berdoa: “Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku.” Sedangkan makanannya haram, minumannya
haram, pakaiannya haram dan rezekinya dari sumber yang haram, maka bagaimanakah
Allah akan memperkenankan doanya?” (Riwayat Muslim)
Ini doa secara umumnya, maka begitu jugalah dalam kita hendak bertaubat. Bagaimana kita hendak meminta supaya Allah menerima taubat kita dan mengampuni dosa kita kalau kita terus menerus bergelumang dalam dosa, menjamah makanan dan minuman yang haram, pakaian haram, dan sumber rezeki juga haram.
5. Menjaga dengan siapa kita berkawan dan bersahabat. Kita perlu beri perhatian pada perkara ini kerana saya melihat adanya kelalaian dalam perkara ini secara khasnya. Perlunya kita menjauhkan diri kita dari teman-teman yang buruk. Ini kerana banyak keadaan di mana teman-teman kita inilah yang membawa kita kepada dosa atau membuat kita terus di dalam dosa.
Akibat tersalah memilih kawan, akibat duduk dengan kumpulan yang tidak baik membuatkan kita terjebak dengan dosa dan sehingga kita terus menerus di dalam dosa kerana kita mengekalkan kawan-kawan yang tidak baik ini. Ini seperti mana yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,

مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ كَحَامِلِ الْمِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيرِ ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً ، وَنَافِخُ الْكِيرِ إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَة
“Permisalan teman yang baik dan
buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan tukang besi. Adapun penjual
minyak wangi, sama ada dia akan menghadiahkan kamu wangiannya, atau kamu akan
membeli darinya atau kamu akan mendapat bau harum darinya. Adapun tukang besi,
sama ada dia akan membuat pakaianmu terbakar, atau kamu akan mendapat bau yang
busuk.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Maka perhatikan teman kita, adakah dia seperti penjual minyak wangi atau adakah dia seperti tukang besi. Penting bagi kita menjaga dengan siapa kita bergaul. Adakah kita bergaul dengan orang-orang yang baik, orang saleh, orang sunnah, atau adakah kita bergaul dengan orang-orang yang tidak baik, orang-orang yang buruk, orang-orang yang melakukan maksiat, atau orang-orang yang melakukan bid’ah, atau Khawarij.
Dari hadis yang disebutkan, dapat dibuat satu kesimpulan bahawa seseorang itu mudah terpengaruh dengan persekitarannya. Sekiranya persekitarannya baik, dia akan mendapat faedahnya. Sepertimana kalau persekitarannya buruk, kawan-kawannya buruk, kampung halamannya buruk, kawasan tempat tinggalnya buruk, tidak ada masjid contohnya – dukacitanya ini banyak berlaku di kawasan orang kaya-kaya. Rumah besar-besar, kawasannya luas, tetapi masjidnya tidak ada.

وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعاً
“Dan mereka menyangka bahawa mereka
sedang hidup dengan sebaik-baiknya.” (Surah Al-Kahfi, 18: 104)
Syarak menitik beratkan persekitaran. Oleh kerana itu, Syarak turut menegah kita meniru orang kafir, seperti mana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam,

وَمَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa menyerupai suatu kaum
maka dia tergolong daripada mereka.” (Sahih. Riwayat Ahmad)
Maka kalau seseorang itu menyerupai orang kafir, Rasulullah berkata dia tergolong daripada kaum itu. Na’uzubillah.
Di situ terdapat tegahan dan larangan dari kita menyerupai orang kafir sama ada dari segi tingkah laku, tatacara, bahkan pakaian sekalipun kita perlu berhati-hati. Barangkali ada yang bertanya apa masalahnya? Kita katakan, ia bermula secara zahir, tetapi akan memberi kesan kepada hati.
Barangkali pada mulanya kita menyerupai mereka dari segi tingkah laku, contohnya orang kafir apabila bertemu sesama mereka mengucapkan “Hi! Hello!” kita pun meniru mereka, melupakan memberi salam dan mengucapkan Hi, Hello, Good Morning, Selamat Pagi dan sebagainya menyerupai amalan orang kafir. Ia bermula dengan perkara sekecil itu tetapi akhirnya akan terkesan dalam jiwa. Pada mulanya dia menyerupai orang kafir secara zahir, tetapi percayalah, kalau dia tidak bertaubat daripadanya, lambat laun dia akan menyerupai orang kafir secara batin. Dia menyerupai orang kafir seperti mana orang kafir.
Begitu juga Syarak melarang orang Islam untuk tinggal di negara Kafir. Hal ini seperti mana hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam mengatakan,

أَنَا بَرِيءٌ مِنْ كُلِّ مُسْلِمٍ مُقِيمٍ بَيْنَ أَظْهُرِ الْمُشْرِكِينَ
“Aku berlepas diri daripada semua
orang Islam yang tinggal bersama-sama dengan orang-orang musyrikin.” (Sahih.
Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Hadis ini sangat jelas, tidak ada ruang untuk takwil. Ini sangat penting dan sangat bahaya kerana dukacitanya kita melihat ramai yang mengambil mudah hal ini. Berapa ramai orang Islam tinggal di negara orang kafir, dengan gembiranya lagi. Kenapa dilarang umat Islam tinggal di negara kafir? Sebabnya sama; kerana persekitaran akan memberi kesan kepada seseorang itu.
Maka akhirnya kita melihat rata-rata orang Islam yang tinggal di negara orang kafir adakah masyaAllah mereka menjadi orang-orang saleh belaka? Jangan kita lihat pada minoriti. Dari persoalan kita, apa jadi kepada majoriti orang Islam yang tinggal di negara orang kafir? Adakah janggutnya panjang, memakai jubah, kopiah, wanitanya pula memakai purdah, jubah, anak-anaknya pula menghafal Al-Quran, adakah begitu?
Jangan kita tipu diri kita. Majoriti mereka terbalik. Sekali pandang nampak sama, si Ali sama dengan si John. Kita tidak tahu hendak bezakan. Kita hendak beri salam pun kita tidak tahu orang itu Islam atau bukan Islam. Ini realitinya.
Begitu juga Syarak menegah daripada duduk bersama dengan orang-orang yang sesat lagi menyimpang. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al-An’aam ayat ke-68. Allah berfirman,

فَلاَ تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَى مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
“Dan janganlah kamu terus duduk
bersama kaum yang zalim setelah datang kepadamu peringatan.” (Surah Al-An’aam,
6: 68)
Ini juga perlu menjadi peringatan kepada kita khususnya kepada kita yang cinta kepada Sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, yang ingin mendokong sunnah Nabi dan menjauhi perkara-perkara khurafat, bidaah dan sebagainya.
Maka kalau kita sudah tahu bahawa perkara ini dilarang dalam Syarak, perkara ini maksiat, perkara ini bid’ah, bercanggah dengan Sunnah Nabi, maka jangan sama sekali kita ambil mudah lagi. Jangan kita duduk juga dalam majlis tahlilan. Jangan kita masih lagi memberi alasan “aku tak tahlil, aku duduk je”. Untuk apa kamu duduk, adakah untuk mendapat berkat? Hendak ambil hati? Ambil hati siapa? Adakah kita ingin mengambil hati orang-orang bid’ah dan menarik kemurkaan Allah? Adakah kita sanggup buat begitu? Kerana apa yang pasti, Allah memurkai majlis-majlis yang seperti ini, halaqah-halaqah yang seperti ini. Sekarang ada halaqah-halaqah baru; halaqah Ya Hanana, Ya Banana. Ini apa? Mana ada majlis-majlis seperti ini (dalam Islam). Apa yang pasti majlis-majlis seperti ini bukan majlis zikir, tetapi lebih kepada majlis-majlis nyanyian dan joget yang dimurkai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Apakah kita masih lagi mampu merasa aman untuk duduk di dalam majlis-majlis seperti ini? Dikhuatiri tidak semena-mena kita terikut-ikut dengan apa yang dinyanyikan kerana betapa mudahnya kita terkesan dengan persekitaran.
Dukacitanya, manusia tidak mengambil perhatian tentang hal ini. Dia menjaga persekitaran, tetapi persekitaran zahir semata. Kita semua setuju bahawa tidak ada siapa yang hendak duduk dengan penagih dadah kerana khuatir nanti kita pun jadi penagih dadah. Anak-anak kita, adik-adik kita, kalau ada orang hisap rokok kita kata jangan duduk dengan dia kerana kita khuatir anak-anak dan adik-adik kita akan hisap rokok. Ini kita faham. Sedangkan mudaratnya tidak lebih daripada mudarat fizikal. Adapun mudarat kepada spiritual, akidah, agama, dan akhlak, kita tidak memberi kepentingan. Sedangkan tentu sahaja mudarat agama jauh lebih bahaya daripada mudarat fizikal seperti bergaul dengan penagih dadah dan penghisap rokok.
6. Berlindung dengan Allah dari Syaitan yang direjam seperti mana dalam surah Al-Fussilat ayat ke-36,

وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Dan jika engkau dihasut dengan
hasutan syaitan maka hendaklah engkau meminta perlindungan Allah, sesungguhnya
Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Fussilat, 41: 36)
TANDA-TANDA TAUBAT DITERIMA
Perlu kita ketahui bahawa taubat tidak cukup hanya dengan melafazkan dan meminta taubat daripada Allah. Sebaliknya, taubat itu dianggap sebagai taubat yang benar apabila disusuli dengan tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi menunjukkan seseorang itu benar-benar telah bertaubat.
Maka kita lihat, apakah tandanya bahawa taubat seseorang itu diterima;

- Setelah bertaubat, seseorang hamba itu menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Ini tanda yang paling kuat dan jelas. Sesudah bertaubat, keadaan orang itu berubah. Kalau sebelumnya dia melakukan maksiat, setelah taubat dia menjadi orang yang saleh. Kalau sebelumnya dia melakukan bidaah, sekarang dia melakukan perkara sunnah. Kalau sebelumnya dia melakukan perkara khurafat atau kufur dan syirik, sekarang dia mempraktikkan Tauhid dalam ertikata yang sebenarnya.
2. Terus diselubungi rasa takwa dan
takut terhadap dosanya dan tidak pernah merasa aman dari siksa Allah walau
sekelip mata. Jangan timbul perasaan merasa cukup dengan taubat yang
dilakukan, atau jangan terlintas dalam fikiran bahawa aku sudah bertaubat maka
habis cerita. Seolah-olah taubat itu pasti sudah diterima oleh Allah Subhanahu
wa Ta’ala. Kita bertanya, dari mana datang keamanan itu? Apakah kita pasti
bahawa taubat kita telah diterima?
Tidak ada sesiapa yang boleh menjamin dan berkata kepada kita “Ya, taubat engkau telah diterima.” Maka kerana itu, merasa aman dengan taubat yang dilakukan perlu kepada taubat. Ini kerana perasaan seperti itu sendiri merupakan satu dosa.
3. Berhenti dan berlepas diri dari dosa yang dilakukan kerana penyesalan dan rasa takut. Dia tidak mengulanginya lagi dan menyesal dengan dosa yang dilakukan itu. Dia merasa sedih dengan apa yang telah dilakukan dan berharap dia tidak pernah melakukan dosa itu.
4. Lembut hatinya setelah bertaubat. Hatinya merasa lunak dan merasa hampir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
DEFINISI TAUBAT NASUHA
Taubat Nasuha adalah satu istilah bahasa Arab bahkan disebut dalam Al-Quran. Nasuha berasal dari kalimah yang sama dengan ‘Nasihat’ yang maknanya bersih, jujur lagi benar. Taubat Nasuha bererti taubat yang benar lagi jujur, bukan kerana sebab yang lain tetapi semata-mata kerana hendak bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hal ini disebut dalam Surah Al-Tahrim ayat ke-8,

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا تُوبُوا إِلَى اللهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا اْلأَنْهَارُ
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu
kepada Allah dengan taubat Nasuha (taubat yang benar). Moga-moga dihapuskan
dari kamu dosa-dosa kamu dan kamu dimasukkan ke dalam Syurga yang mengalir di
bawahnya sungai-sungai.” (Surah Al-Tahrim, 66: 8)
InsyaAllah, moga-moga kita tergolong di dalam golongan yang apabila melakukan dosa mereka bertaubat dan moga-moga taubat kita adalah taubat Nasuha, dan kita meminta daripada Allah semoga Allah menerima taubat kita dan insyaAllah kita tergolong di dalam golongan yang terselamat dari api Neraka di Hari Akhirat kelak dan terus masuk ke dalam Syurga.

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
(Teks disalin dari rakaman Forum Bertaubatlah Menurut Al-Quran
dan Al-Sunnah, 26.05.2013)
Artikel ini telah diringkaskan dan disiarkan di akhbar pada Sabtu, 27 Julai 2013
Petikan dari Kitab Riyadhus Sholihin.
Dari Abu Hurairah RA, ia berkata : "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Demi Allah sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah dan bertaubat dalam satu hari lebih dari 70x" . HR Bukhari.
Dari Aghaar Bin Yasar RA, ia berkata : "Rasulullah SAW bersabda : Wahai manusia bertaubatlah kepada Allah dan mintalah ampun kepada-Nya!, sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari 100x". HR Muslim.
Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a, pembantu Rasulullah SAW, ia berkata : "Rasulullah SAW bersabda ; "Sungguh allah lebih gembira dengan taubat seorang hamba-Nya daripada salah seorang kamu yang jatuh dari untanya dan untanya pergi meninnggalkannya, sedang ia berada di tengah gurun". Muttafaq 'alaih.
Dalam riwayat Muslim "Sungguh Allah lebih gembira dengan taubat seorang hamba-Nya ketika ia bertaubat

Tiada ulasan:
Catat Ulasan