Bismillahirrahmanirrahim.
"Sebaik sahaja mengangkat takbir, segala keluh-kesah dunia hilang.
Kalau tidak, terasa dunia ini sangat sempit ibarat penjara.
Tapi, sebaik diri 'berhadapan' dengan-Nya, jiwa ni rasa terus lapang"
~Demikian kata Aizuddin kepada Umar.
"Betul. Bila perasaan khusyuk datang, diri ni terasa kerdil sangat di sisi-Nya.
Seolah-olah Dia sedang perhatikan kita.
Lebih-lebih lagi bila baca Al-Fatihah, diri terasa seperti sedang 'berbicara' dengan-
Nya.
~Umar membalas terhadap Aizuddin.
Indahnya hidup sebagai Muslim yang sentiasa dapat bertemu dengan Penciptanya hari-hari.
Bagaimana kita ingin merasai semua ini?
A-Z Solat
Caranya adalah dengan mengenali dan memahami setiap selok-belok solat
dari A hingga Z tenangnya:
a. Makna bacaan. Ia perlu difahami bukan sahaja dengan
akal, tetapi juga hati.
b.Syarat-syarat sah dan rukun-rukun solat.
c. Hikmah disebalik perlakuan bermula daripada takbiratulihram
hingga salam.
Andai ketiga-tiga ini dapat dikuasai dengan baik dan mampu 'dibawa' dalam solat,
InsyaAllah kita akan merasai kerehatan dan kemanisan 'bertemu' dengan Allah lima
kali sehari.
Bahkan, kita pula terasa seronok dan tertunggu-tunggu waktu solat.
Magis Al-Fatihah
Uniknya surah ini, Allah telah menyimpulkan kandungan al-Quran pada lima perkara utama:
1. Pengetahuan
2. Tindakan
3. Kejayaan
4. Kemurkaan
5. Kesesatan
1. Pengetahuan
- Ini proses kita mengetahui siapa Dia. Daripada tahu siapa Dia akan membuatkan kita akan kenal siapa
kita di sisi-Nya.
2. Tindakan
- Tindakan ini sebagai manifestasi hubungan kita dengan-Nya. Selepas melalui dua fasa ini, ia menjadi
penentu pilihan destinasi trek kehidupan selepas itu.
3. Kejayaan
Formula: Pengetahuan yg benar + tindakan yg tepat = Berjaya di dunia dan akhirat
(insyaAllah)
4. Kemurkaan
Formula: Pengetahuan yg benar - tanpa melakukan apa2 tindakan = Mengundang kemurkaan
Allah. (Na'uzubillah)
Allah. (Na'uzubillah)
5. Kesesatan
Tanpa pengetahuan yg benar, tetapi bertindak dgn tindakan yg gelojoh = Kesesatan yg nyata.
(Na'uzubillah)
Sengaja, Terlupa & Tak Mampu
Demikianlah peranan Al-Fatihah yang begitu istimewa. Sebab itulah membacanya dalam solat pada setiap rakaat merupakan rukun solat. Ia formaliti pembuka sesi menghadap Allah.
Meninggalkan secara sengaja bermakna solat yang dikerjakan terbatal. Manakala yang terlupa meninggalkannya wajib untuk mengulangi berdiri dan menyempurnakan bacaan al-Fatihah itu semula.
Hal ini dipersetujui oleh majoriti mazhab. Terdapat banyak hadis yang membuktikan kewajipan tesebut. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak sah solat bagi mereka yang tidak membaca al-Fatihah." (HR Bukhari dan Muslim)
Biarpun begitu, menurut kitab al-Mughni al-Muhtaj dalam sesetangah keadaan bagi sesiapa yang tidak mampu membacanya, maka dibolehkan membaca mana-mana ayat daripada al-Quran yang diingati. Hal ini berdalilkan pada surah al-Muzammil ayat 20.
Sesungguhnya Tuhanmu
(wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang
Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu
perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan
oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak
menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan
dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak
sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia
menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan)
kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya
dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di
antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang
musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan
yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela
agamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari
Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah
pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan
(ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk
diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah,
-sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan
mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.
Jom Relaks Dengan Solat
Apabila Rasulullah SAW menyuruh Sayidina Bilal r.a mengumandangkan azan, Baginda akan berkata:
"Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat." (Riwayat Ahmad)
Inilah nilai solat di mata Rasulullah. Solat itu merehatkan dan menenangkan, bahkan solat itu tempat kita mencari kekuatan dengan bantuan Allah. Tika Rasulullah menghadapi saat kesukaran, Baginda memilih untuk merehatkan diri dengan solat.
Diriwayatkan oleh Huzaifah:
"Apabila Rasulullah SAW mengalami sesuatu kesulitan, Baginda akan segera mengerjakan solat." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Ketenangan dan kerehatan itulah kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup. Kita menghadapi ujian bukan dengan kekuatan otot dan fizikal, tetapi dengan kekuatan hati. Hati yang tenang tidak mudah untuk putus asa,kecewa,marah dengan kegagalan dan kekurangan dalam kehidupan. :)
Sebab itulah awal-awal lagi Allah SWT memberi penyelesaian kepada manusia tentang masalah dunia ini:
"Dan pintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat." (Al-Baqarah:45)
Sebagai penutup, sama-sama kita hayati Firman Allah SWT dalam Surah Taha ayat 14 yang bermaksud:
"Dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu"
Sekian. Yang baik dtg dari Allah, yg kurang dtg dari diri yg serba lemah ini.
Wallahu'alam :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan