Jumaat, 22 Julai 2016

Tasawwuf dan Sifat Mazmumah




Sebenarnya di dalam Ilmu Tasawwuf ini teramatlah luas. Apa yang akan dibincangkan pada malam ini adalah pasti sedikit dari ilmu Tasawwuf ini.

Ilmu Tasawwuf ini apa sebenarnya? Kita katakan dalam kata mudah, ia adalah ilmu untuk penyucian jiwa.

Sebab ibadah ini dibagi kepada dua; ibadah zahir dan batin. Yang zahir adalah kita buat solat, puasa, zakat, sedekah dsb. Kerana apa ia dinamakan zahir sebab ia dapat kita lihat.

Adapun ibadah batin adalah yang tersembunyi iatu penyucian jiwa. Pastikan hati kita ini sentiasa bersih dari sebarang kekotoran. Jua, untuk pastikan kita amalkan sifat yang mahmudah ya’ni sifat yang terpuji. Dan membuang sifat mazmumah yakni sifat yang tercerla. Nanti kita akan bincang tentang ini nanti.

Ramai yang buat ibadah zahir tapi lupa bahawa ada juga ibadah batin yang WAJIB dibuat.

Maka ilmu tasawwuf ini adalah panduan ditulis dan ditunjuk oleh Ulama’ untuk amalkan ibadah batin tersebut.

Mungkin kita akan dengar orang kata, “Eh Ilmu Tasawwuf ini tidak ada di zaman Nabi. Sebab perkataan Tasawwuf ni pun Nabi tak pernah kata.”

Perkataan ini seperti menafikan ilmu tasawwuf ini dari ajaran Islam dan sunah Nabi SAW.

Ada lagi yang langsung mengaanggap ilmu ini ilmu sesat. Ada yang mengejek pula ini ilmu TasaWOLF.

Kita jawab, mereka yang kata ni.. sebenarnya tidak faham apa itu Tasawwuf. Ada pula yang jahil tapi masih nak tunjuk hebat dalam men-condemn ilmu yang mulia ini.

Sebenarnya segala isi ilmu Tasawwuf ini semuanya diambil dari sunnah dan ajaran Nabi SAW. Memang benar bahawa perkataan Tasawwuf ini tidak ada di dalam ucapan baginda SAW.

Kita kata, ia hanya baru dari segi istilah sahaja. Tetapi intipatinya semua bersumberkan Quran dan Sunnah.

Sebagai contoh, kita kata dalam Tasawwuf ini kita diajarkan untuk buang sifat hasad. Apakah ilmu ini tidak ada dari ajaran Islam? Salah sekali. Sebab ajaran ini diambil dari sunnah Nabi SAW.

Baik. Apa sebab perlu amalkan ilmu Tasawwuf?

Penting sekali malah wajib bagi semua umat Islam untuk amalkan. Tidak guna jika dia belajar aqidah dan hukum feqah tetapi meninggalkan ilmu ni. Hakikatnya dia tetap cacat. Amalannya masih tidak sempurna.

Misalnya, dia pandai solat. Tapi dia tak belajar ilmu tasawwuf untuk membuang sifat yang mazmumah spt, riak. Maka solatnya hakikatnya tiada nilai.

Begitu lah kata ulama spt. Imam Malik,

“Man tasawaffa wa lam yatafaqa faqad tazandaqa, wa man tafaqaha wa lam yatasawaf faqad tafasaq, wa man tasawaffa wa taraqaha faqad tahaqaq”.

Yang artinya : “Barangsiapa mempelajari/mengamalkan tasawuf tanpa fiqih maka dia telah zindik, dan barangsiapa mempelajari fiqih tanpa tasawuf dia tersesat, dan siapa yang mempelari tasawuf dengan disertai fiqih dia meraih Kebenaran dan Realitas dalam Islam.” (’Ali al-Adawi dalam kitab Ulama fiqih, juz 2, hal. 195 yang meriwayatkan dari Imam Abul Hasan). Selengkapnya : http://www.kompasiana.com/heripurnomo/tahukah-anda-semua-ulama-madzab-mempelajari-tasawuf_5517df28a333117d07b660ea

Sebenarnya ilmu Tasawwuf ini telah dipuji oleh ramai ulama’ yang hebat. Ajib (pelik) sekali jika ada orang anggap ia adalah ilmu yang asing dari Islam.

Baik.. Sekarang kita akan pergi kepada tajuk kita. Yaitu Sifat Mazmumah.

Seperti kita sebut tadi bahawa Sifat Mazmumah adalah Sifat yang tercerla. Hukumnya WAJIB kita buang dari dalam diri kita.

Apa sifat tersebut?? (antaranya)

1.     Riak
2.     Ujub
3.     Takabbur
4.     Hasad
5.     Sum’ah

InshaAllah kita cuba bahaskan 5 sifat ini dulu.

1.     SIFAT RIAK

Riak ini paling bahaya sekali. Ia selalu datang kepada orang yang ingin membuat kebaikan sebab musuh Riak adalah Ikhlas. Sering sekali, syaitan akan guna riak ini untuk memastikan orang yang baik ini tidak memperoleh pahala.

Riak ini apa? Ia adalah sifat yang suka menunjuk-nunjuk (dengan bertujuan untuk menunjukkn dirinya hebat dan baik)kepada manusia.

Bahaya riak ini sehingga amalan kita tidak diterima oleh Allah. Mana mungkin Allah akan terima jika kita buat bukan kerana Dia tetapi kerana makhluk.

Sebab tu dalam hadis, Nabi saw sebut riak ini adalah SYIRIK KECIL. Bukan maksud kita jadi kafir tapi nak khabarkan bahawa dosa ini sangat lah besar. Nauzubilah.
Pernah dikisahkan ada seorang lelaki ini solat bersendirian di masjid. Ketika sedang solat, dia dengar bunyi pintu masjid terbuka. Maksunya pasti ada orang masuk masjid itu.

Lelaki yang sedang solat ini dah mula nak menunjuk-2. Dia sengaja lamakan rukuk, sujud, baca dengan penuh kusyuk, cara solat pun lihat spt org soleh dan abid.

Selepas sahaja dia habis solat, dia pusing ke belakang.. rupanya yang masuk tadi seekor anjing. Dia langsung rasa insaf.. selama ni dia nak menunjuk-2 rupanya untuk seekor anjing.

Tapi ada kala, tak salah kita nak menunjuk-2 dengan niat untuk ajarkan kepada manusia atau jadikan sebagai contoh teladan.

Misalnya, lelaki ini adalah seorang Tok Guru. Tok Guru ni memberi sedekah di hadapan anak muridnya. Perbuatan Tok Guru bukan niat dia nak riak tapi nak jadi contoh buat anak muridnya.

Dalam hal ni, takde masalah cuba wajib kita berhati-hati .. pastikan niat itu sentiasa betul.

Ulama juga ada buat panduan untuk jaga dari riak.

Antaranya, jika kita baca quran dari surah yang kita sudah hafal. Untuk elak riak, pergi ambil Quran dan baca walaupun kita sudah hafal.

Contoh, baca surah Yasin. Kalau kita dah hafal, alhamdulillah. Tapi tak salah nak amik Quran dan baca  dari situ.

Membuat cara ini memberi dua kebaikan
1.     Elak dari riak
2.     Dapat pahala melihat Quran

Lagi satu point penting, JANGAN batalkan niat untuk manusia sebab itu juga riak.

Saya bagi contoh, ada orang ni nak baca Quran. Tiba-2 roommate dia masuk, lelaki tadi tutup Quran dan batalkan niat nya. Sebab takut nanti jadi riak pula.

Ni sebenarnya riak juga tanpa kita sedar. Kenapa? Sebab kita buat tu (batalkan niat baca quran) adalah sebab manusia.

Buat ni pun akan buat syaitan bergembira.. Dia lagi suka jika kita tak baca Quran.

Baik. Setakat ni semua faham? (tanya pembaca)

Sifat yang seterusnya.

2 SIFAT UJUB

Ujub itu adalah sifat bangga diri. Dia menyangkakan bahawa dia sempurna.

Tiada ada dalam hatinya rasa hina dan rasa penuh ketidaksempurnaan.

Sifat ini hampir dengan Takabbur

3.     SIFAT TAKABBUR

Sifat Takabbur ini maksunya sombongkan diri. Bezanya dengan ujub adalah Takabbur ini bukan hanya rasa dirinya sempurna malah dia rasa yang lain semuanya hina di bawah kakinya.

Sifat ini yang paling dibenci oleh Allah swt. Allah benci orang yang sombong padahal dia langsung tiada apa-apa meskipun secalit habuk pun .

Kerana sifat ini juga Iblis rasakan dirinya lebih hebat dan mulia dari Nabi Adam hingga dia ingkar perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam.

Sebab tu mafhum mukholafahnya (maksud vice versa) adalah orang yang tawadhu’ akan buat dia mulia dan disayangi oleh Allah swt.

Mafhum hadis nabi saw, Barangsiapa yang tawadhu maka Allah akan naikkan derajatnya.

Dikisahkan ada seorang wali Allah ini diberikan sebuah karomah iatu ketika dia berjalan akan ada awan yang melindunginya.

Ketika dia sedang berjalan, dia lalu seorang lelaki ahlul maksiat. Apabila ahlul maksiat ini melihat wali Allah tu, dia rasa segan sekali.. rasa dia tidak layak untuk lalu di hadapan orang yang mulia.

Pada masa yang sama, Wali Allah ini dalam fikirannya mengatakan ahlul maksiat ni patut masuk neraka. Dia juga pandang serong kepada lelaki ahlul maksiat itu.

Kerana satu jadi takabbur dan lagi satu jadi tawadhu’ maka awan yang asalnya atas kepala wali Allah tu berpindah kepada atas ahlul maksiat.

Lihat tak apa pengajarannya?

4.     Hasad

Sifat Hasad ni kita panggil Sifat Dengki

Untuk faham mudah sifat hasad ni kata guru kami, Ustaz Muhadir Hj Joll. Sifat Dengki adalah SMS.

SMS = Suka melihat orang susah. SMS = Susah melihat orang senang.

Apabila ada orang ni berjaya, dia susah hati. Rasa tak puas.. dan mula lah niat nak jatuhkan orang itu.
Orang yang ada hasad ini kalau boleh taknak orang lain lagi berjaya dari dia. Dia lebih sanggup kalau dia sendiri pun tak berjaya (iatu dua-dua rugi) yang penting takde orang berjaya dari dia.

Ni memang sifat yang sangat tercerla. Nabi SAW sebut dalam hadisnya; sifat hasad ini akan menghapuskan amalan kita seperti kayu dibakar oleh api.

Kerana sifat ini juga akan buka banyak lagi pintu kerosakan. Sebab tu kita selalu dengar orang melayu kita suka jatuhkan orang melayu lain dengan “buat orang”. Ini semua berpunca dari mana?? Dari sifat hasad ini..

Macam mana nak ubat sifat ini?

Kata para guru , kita boleh amalkan “Sentiasa bersangka baik dan doakan kebaikan buat nya.”

Kita apabila doa untuk saudara kita. Kita akan mula redha.. inshaAllah Allah swt akan memberi kebaikan buat kita sebab doakan untuk saudara kita.

Kita juga perlu lah didik untuk sentiasa ingat bahawa REZEKI itu Allah yang tentukan. Jika saudara kita lebih berjaya dari kita, maka itu adalah rezeki ALLAH yang bagi buatnya. Bagian kita.. Allah sudah sediakan Cuma kita tak tahu sahaja.

Kalau kita pegang ini. InshaAllah tak jadi hasad.

5.     Sum’ah

Sum’ah ini pula hampir sama seperti dengan riak.

Sum’ah ini ada kaitan dengan deria “DENGAR”. Sum’ah ini apabila seorang ini membuat sesuautu supaya dapat dengar pujian manusia. Bezanya dengan riak, dia menunjuk di hadapan manusia.. Sum’ah pula dia rasa seronok apabila dengar orang puji dia.

Misalnya, dia buat perkara yang baik. Ketika ada orang puji dia .. “ MashaAllah budak ini  baik, hebat bla bla..” maka dia akan seronok. Dalam kata mudah, dia beramal sebab nak dipuji.

Ini juga merupakan menyebab amalan kita ditolak oleh Allah swt.

Malah, orang pertama sekali masuk ke neraka adalah orang yang sama ada berjihad, bersedekah, mengajar agama dan baca Quran.. yang beramal SEMATA untuk dapat pujian manusia.

Nauzubillah, berat sekali..

Sebab tu ketika dipuji itu banyak lah beristighfar. Jangan rasa seronok dijulang tu. Tak layak sekali .. Sebab kita tahu diri kita di mana, kita ni hina mana Allah swt yang tahu.

Dikisahkan ketika sahabat Nabi SAW yang bernama Abdullah ibn Mas’ud ketika dipuji.. maka katanya, Kamu tidak tahu apa kecacatan aku.. jika kamu tahu sudah tentu kamu tidak akan puji aku seperti itu.

Ketika Bilal ibn Rabah dipuji , dia terus menangis dan kata bahawa dia hanya hamba Allah swt.

Para solehin semua tahu betapa bahaya pujian manusia ini. PUJIAN itu boleh menjadi UJIAN. Biarlah Allah yang puji kita.. pujian manusia itu kita hanya katakan sebab kerana aib kita dijaga oleh Nya.

Semoga perkongsian malam ini dapat memberi manfaat inshaAllah.

Banyak lagi sifat yang mazmumah yang kita tidak sebut..  seperti dikatakan di awal usrah ini.. Tasawwuf ini sangat luas maka yang terbaik untuk belajar nya adalah dengan bertalaqqi dengan guru.

Baik lah. Kita akan jumpa lagi untuk minggu depan. Wallahualam.

Kita akhiri perkongsian kita dengan surah Al Asr dan Tasbih kifarah.

Ditulis oleh Mustaqim Ahmad.



Jumaat, 2 Oktober 2015

Khurafat Orang Melayu


Tajuk post ini agak gempak dimana kita akan bongkarkan antara kesilapan besar dalam bangsa kita. Walaupun bangsa kita sendiri, tetapi apabila sudah bercanggah dengan agama Islam, kita akan sokong dan bersama dengan Islam dan kita akan membantah bangsa kita.

Muqadimah

Islam adalah agama tauhid iaitu agama yang berasakan iman kepada keesaan Allah yang Maha Kuasa, maka ukuran sempurna atau tidaknya Islam seseorang adalah bergantung kepada kesempurnaan tauhidnya. Namun demikian, masih terdapat di kalangan sesetengah umat Islam yang belum benar-benar sempurna tauhid mereka. Ini adalah kerana mereka mencampur adukkan fahaman khurafat dalam akidah mereka yang bertentangan dengan dasar tauhid.

Orang Melayu kebanyakannya begitu mengambil berat dalam perkara-perkara yang berhubung dengan adat, sehingga ada pepatah Melayu yang menyatakan ‘Biar Mati Anak Jangan Mati Adat.’ Pepatah ini menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya pegangan orangorang Melayu tentang adat istiadat mereka. Persoalannya golongan manakah yang mengadakan dan memperkenalkan adat istiadat dan perkara khurafat tersebut dan sejak bilakah mulanya adat istiadat dan perkara khurafat itu telah bertapak dalam masyarakat Melayu?

Persoalan yang lebih besar dan penting ialah adakah adat-istiadat yang diamalkan oleh orang-orang Melayu itu bertepatan dan selari dengan Hukum Syarak atau bertentangan sama sekali dengan Hukum Syarak? Amalan Khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak yang masih terdapat dalam aktiviti masyarakat Melayu moden sehingga ke hari ini.

Kepercayaan yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat Melayu itu seolah-olah telah menjadi satu pegangan mesti dilakukan dalam majlis-majlis atau perayaan tertentu. Apakah maksud KHURAFAT? Khurafat adalah perkataan Arab yang di asaskan dari akar kata: خراف ات اف ةخر خرف

Dalam kamus al-Marbawi khurafat itu diberi makna cerita karut atau karut marut. Di dalam al-Munjid disebut: اف سده اخرف ة ق سد خرف ال م ضحك ال خرف حدي ث اف ة ال خر 

Al-khurafat juga disebut sebagai ث حدي ال باطل ال قا ل مط
percakapan yang tidak betul sama sekali. Istilah khurafat telah diterima pakai di dalam masyarakat Melayu dan pada umumnya diketahui maksudnya kerana ianya semacam menjadi bahasa Melayu. Khurafat maksudnya kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dengan mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala bencana atau membawa tuah keberuntungan.

Sebenarnya banyak perkara Khurafat yang dilakukan oleh masyarakat Melayu antara contohnya ialah apabila ada majlis perkahwinan. Begitu juga apabila ada sesuatu kematian, dan selepas kematian mesti diadakan kenduri masuk kubur, 3 hari (makan serabai), kenduri pecah perut pada hari ke 7, kenduri 40 hari iaitu ruh berpisah dengan waris dan kenduri 100 hari iaitu turun batu nisan dan bagi ruh itu memasuki dalam jemaahnya sebagai ahli kubur.

Perkara Khurafat yang menyeleweng dan bertentangan dengan syariat Islam ini adalah datang daripada Bomoh, Pawang, Bidan, Dukun, Guru latihan pertahanan diri, Mak Andam dan seumpamanya. Jadi apa antara contohnya?



1. Apabila Mendirikan Rumah Baru.

 Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti menggantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi/ emas/ perak/ tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut. Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh Bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut.

Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.

2. Upacara Menurunkan Perahu/ Kapal yang baru ke laut. 

Upacara ini di lakukan oleh Bomoh dengan harapan perahu/ kapal tersebut selamat daripada gangguan hantu laut dan sebagainya semasa belayar di lautan luas. Upacara dilakukan dengan perahu itu di pulihkan dengan jampi serapah dan mentera dengan menggunakan tepung tawar dan sebagainya. Sepatutnya mereka buat la doa selamat. Tapi buat yang sebaliknya sembuh jampi dan bacaan mantra. Seperti minta bantuan dari selain Allah.

3. Bila Mengandung/ Kelahiran bayi. 

Sebelum ibu melahirkan anak, Bidan dijemput untuk mengadakan upacara lenggang perut. Semasa kelahiran bayi persiapan di buat dengan menyediakan kain kuning tujuh lapis, tilam dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di letakkan di bawah rumah supaya jangan di ganggu oleh hantu penanggal.

Sementara itu, pantang larang selepas bersalin pula adalah selama 45 hari. Ini semua tidak diajar oleh Nabi صلى الله عليه وسلم. Ini semua rekaan sahaja.



4. Adat meninggal dunia dan selepas kematian. 

Semasa seseorang meninggal dunia Bomoh akan meletakkan gunting di atas mayat semasa baru meninggal dunia. Semasa hendak menghantar mayat ke kubur diadakan pula kenduri masuk kubur, selepas 7 hari kematian, diadakan kenduri pecah perut, selepas 14 hari di adakan kenduri makan serabai (sejenis kuih).

Kenduri 40 hari sebagai tanda ruh berpisah dari waris. Kenduri 100 hari sebagai kenduri turun batu nisan dan ruh si mati telah masuk ke dalam kumpulannya di alam kubur. Seharusnya memperbanyakkan sedekah bacaan ayat-ayat Al-Quran dengan apa cara sekalipun, asalkan tidak menyalahi syarak. Bagus kalau diniatkan pahala sedekah itu untuk disampaikan kepada ibu bapa yang telah mati daripada waris-warisnya yang masih hidup terutamanya anak-anak adalah digalakkan dalam Islam.



5. Susuk

Ini adalah botox cara lama untuk kekalkan kecantikkan atau mempertingkan lagi kecantikkannya. Bagi mereka yang belum tahu, susuk adalah perbuatan memasukkan bahan asing seperti emas, perak, berlian, besi, jarum ke dalam badan untuk memperoleh kelebihan tertentu, biasanya untuk menambah seri wajah bagi sentiasa nampak cantik, muda, menawan hati pasangan atau sesiapa sahaja. Bagaimanapun, pemakaian susuk melibatkan pantang-larang yang harus diikuti pemakai.

Pantang-larang tersebut seperti tidak boleh memakan beberapa jenis makanan seperti pisang tanduk, pisang abu, labu air, daun kelor atau tidak boleh melintas bawah ampaian kain atau lalu bawah tangga. Ini bergantung kepada jenis susuk. Jika pantang-larang dilanggar, ia menyebabkan susuk hilang kuasa dan yang paling dirisaukan, susuk boleh menjadi racun kepada si pemakai dan memakan diri.

Pengamal ilmu susuk akan memasang susuk di beberapa anggota badan pemakai. Ada memasang susuk di anggota badan selain muka dan malah ada yang dipasang pada alat sulit! Untuk pengetahuan, sebenarnya tiada barang fizikal dimasukkan ke dalam tubuh badan pemakai. Apabila pemakai melihat pengamal susuk memasukkan sesuatu ke dalam badan mereka, itu adalah sihir ilmu khayalan bagi meyakinkan pemakai bahawa logam berharga dimasukkan ke dalam badan mereka. Sihir ilmu khayalan adalah perbuatan syaitan dan iblis yang ingin menyesatkan manusia, agar pengamal ilmu susuk kelihatan hebat dan mempunyai kuasa istimewa.

Kaedah pemakaian susuk biasanya ada kaitan dengan amalan sihir melibatkan syaitan dan iblis. Apabila membabitkan sihir, pasti ada penyelewengan yang boleh merosakkan akidah seseorang Muslim. Walaupun didakwa mempunyai unsur Islam dan penggunaan ayat AlQuran, ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menyatakan bahawa penggunaan susuk tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Demikianlah kecelaruan yang wujud dalam amalan kebatinan Melayu.

Allah memerintahkan setiap makhluk-Nya memohon pertolongan dan perlindungan hanya kepada-Nya dan tidak memohon kepada makhluk lain. Seperti firman Allah di dalam Surah Al-Fatihah ayat 4; “Hanya kepada Engkau tempat kami menyembah dan memohon pertolongan.” Kita sebagai hamba Allah harus sentiasa ingat bahawa syaitan tidak melakukan sesuatu, selain menyesatkan manusia supaya jauh daripada batasan Islam dan akhirnya menemani syaitan di neraka jahanam yang kekal selamanya akan seksaannya.

Amalan susuk adalah rahsia ilmu ghaib yang tidak didedahkan kepada umum untuk difahami. Amalan ilmu susuk ‘tidak masuk akal’ dan tidak dapat diterima akal fikiran yang waras seperti memasukkan berlian, serbuk emas, jarum emas dan sebagainya. Anggota badan yang sering dipasang susuk adalah kening, bawah dagu dan di muka seseorang sehingga menyebabkan wajah kelihatan cantik, manis, tidak awet muda dan tergoda siapa yang melihatnya.

Bagi lelaki pula susuk membuat pemakai menjadi kebal dan tenaga batin menjadi kuat. Apa yang jelas amalan susuk termasuk dalam kategori sihir, iaitu iblis. syaitan, atau jin dan amalan tersebut boleh menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah! Ketahuilah dosa syirik amat besar sehingga tidak mendapat keampunan Allah meskipun dengan bertaubat.

Allah memberi amaran, di dalam al-Quran bahawa syaitan adalah musuh nyata orang beriman. Ingatlah akan amaran Allah di dalam surah an-Nisa’ ayat 48; “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa selain (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar."



6. Menggunakan tangkal azimat. 

Pakai tangkal azimat dengan keyakinan tertentu seperti menjadi kebal, pelaris perniagaan, penolak bahaya, penyembuh penyakit, penggerun, penunduk musuh dan sebagainya. Keyakinan kepada azimat yang sedemikian boleh membawa kepada syirik terhadap Allah! Rasulullah صلى الله عليه وسلمmelarang keras amalan memakai tangkal azimat.

Di dalam sebuah hadith baginda yang bermaksud: “Sesungguhnya jampi mantera, tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah syirik.“ [Sunan Abu Daud].

Ini adalah meminta kebaikan selain dari Allah sedangkan kebaikan tu hanya datang dari Allah! Kalau gunakan pewaris rezeki, kita minta benda itu yang beri rezeki dan bukan minta kepada Allah. Nauzubillah min zalik.



7. Mandi bunga untuk buang kecelakaan. 

Ada yang percaya dengan mengamalkan amalan mandi bunga, seseorang itu akan lekas mendapat jodoh maka ini adalah khurafat. Percaya dengan mengamalkan amalan mandi bunga seseorang itu akan dapat terbuang kecelakaannya maka ini juga khurafat. Percaya dengan mengamalkan amalan mandi bunga rezekinya akan menjadi luas juga adalah khurafat bahkan akan jatuh hukumnya kepada syirik. Jatuh syirik kerana secara sedar meletakkan kebergantungannya kepada sesuatu selain Allah.

Ketahuilah, segala sesuatu telah ditetapkan Allah dengan ketetapan yang disebut taqdir termasuklah dalam soal jodoh, nasib dan rezeki. Seseorang yang masih belum berkahwin pada usia muda pada hakikatnya bukanlah disebabkan kerana ‘berat jodoh’ tetapi mungkin telah ditetapkan Allah jodohnya pada usia lewat. Seseorang yang sentiasa dirundung masalah pada hakikatnya bukanlah disebabkan kerana ‘nasib malang’ yang menyelubunginya tetapi mungkin Allah mahu mengajarnya tentang kesabaran.

Seseorang yang dalam kesempitan pada hakikatnya bukanlah disebabkan kerana rezekinya mahal tetapi mungkin saja Allah mahu mengajarnya tentang tawakal. Oleh itu, berbaik sangkalah dengan Allah.

8. Ketika sanding seperti renjis air dan beras. 

Amalan yang sering dilakukan oleh bangsa kita adalah bila hari persandingan. Mereka akan renjis air dan tabur beras pada pengantin dengan percaya ia akan mendatangkan rezeki buat mereka. Tidak diajar oleh agama, malah agama mengajar kita untuk berdoa!

9. Ramal nasib. 

Nabi صلى الله عليه وسلمbersabda, تأ م َن ا ى رافَ ا س ا َ ل َم ٍ َأ َى ا َن ف سل ب َل ل قَ َ س ت َ ل َر ب بَي ن ٌة الَ ى َيل ةَ ل “Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal, maka solatnya selama 40 hari tidak diterima.” [HR. Muslim no. 2230].

Ini cuma sekadar membaca sahaja. Maksud tidak diterima solatnya selama 40 hari dijelaskan oleh ulama seperti An Nawawi: “Adapun maksud tidak diterima solatnya adalah orang tersebut tidak mendapatkan pahala. Namun solat yang ia lakukan tetap dianggap dapat menggugurkan kewajiban solatnya dan ia tidak perlu untuk mengulangi solatnya.” [Syarh Muslim, 14: 227].

Dalam hadis lain, “Barangsiapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu ia membenarkannya, maka ia bererti telah kufur pada Al Qur’an yang telah diturunkan pada Muhammad.” [HR. Ahmad no. 9532, hasan].

Tapi ulama juga kata, “Namun jika seseorang membaca ramalan tadi untuk membantah dan membongkar kedustaannya, semacam ini termasuk yang diperintahkan bahkan dapat dinilai wajib. [Al Qoulul Mufid ‘ala Kitabit Tauhid, 1: 330].

Bomoh yang tukang tilik adalah haram untuk kita jumpa untuk menilik nasib kita. Zaman sekarang ada zodiak dan horoskop, itu pun kena berhati-hati, sebab itu pun termasuk dalam menilik nasib.

10. Mempunyai kepercayaan yang khurafat.

 Melayu pun banyak kepercayaan yang tidak masuk akal dan tentangan dengan agama. Mereka percaya jika buat sesuatu perkara akan mendapat kemudaratan, ataupun kebaikan, ataupun dapat beritahu tentang masa hadapan.

Contohnya:
i) Kupu-kupu datang maknanya akan ada orang datang.
 ii) Gambar berbingkai yang jatuh maknanya orang dalam gambar tersebut akan mendapat musibah. iii) Korek pensil dibahagian depan dan belakang akan mati ibu bapanya.



11. Mempercayai sesuatu tarikh yang boleh mendatangkan malang.

 Kepercayaan khurafat yang lain ialah mempercayai hari-hari tertentu contohnya hari rabu boleh mendatangkan keburukan kepada sesuatu pekerjaan seperti majlis kahwin, majlis pelancaran atau perasmian sesuatu program. Disebabkan yakin kepada kecelakaan harihari tersebut, maka terdapat di kalangan sesetengah masyarakat kita terpaksa menangguh atau melewatkan sesuatu pekerjaan. Sesungguhnya semua hari adalah baik dan boleh dilaksanakan apa juga pekerjaan.

Mutakhir ini kita dapati segelintir masyarakat mula mempercayai bintang dan angka-angka tertentu yang didakwa boleh membawa tuah dan keberkatan. Justeru, ada yang sanggup membelanjakan puluhan ribu ringgit membeli nombor-nombor tertentu seperti nombor pendaftaran kenderaan yang diyakini boleh membawa tuah.

Demikian juga kepercayaan kepada bintang-bintang yang dihubungkan dengan tarikh kelahiran seseorang sehingga dijadikan ukuran untuk memilih pasangan hidup. Kesemua ini adalah kepercayaan karut marut yang jelas bertentangan dengan akidah.

Contoh: ‘Friday 13’ atau angka 13 membawa nasib malang.

12. SMS Atau Surat Berantai. 

Tercetus daripada kemajuaan teknologi yang dikecapi oleh masyarakat masa kini. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak perasan, terlepas pandang dan tidak mengambil berat perkara ini membentuk amalan ini mempunyai unsur-unsur khurafat yang amat halus. Jika kita selidiki setiap surat berantai atau SMS berantai tapi sebaliknya pula di akhir helaian atau pun SMS.

Contoh pengakhiran suatu SMS atau surat berantai lebih kurang begini: “Kalau tidak kongsi, anda akan mati. Jika kongsi, anda akan dapat kebaikan.” Justeru, orang yang menerima SMS atau surat tersebut pun terpedaya dan menyebarkannnya.

Dia percaya mesej ini boleh beri kebaikan dan mudarat. Bukankah Allah sahaja yang mampu beri kebaikan dan mudarat? Namun itu bukanlah persoalannya utamanya, persoalannya di sini mereka yang mempercayai perkara ini telah dipesongkan akidahnya. Susunan ayat seperti di atas telah mengalihkan keyakinan mereka daripada Maha Pencipta secara halus.

 Jadi kita mohon kepada Allah supaya selamatkan kita dari perkara yang khurafat dan dosa syrik. Nauzubillah! Wallahualam.

Perkahwinan Yang Berkah (Dari Ta'ruf Hingga Ke Akad)



Assalamualaikum Warahmatullah. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Robbil A'lamin. Segala pujian tertentu kembali pada Allah, Wasolatu Wassalamu A'la Asyrafil Anbiyai Wal Mursalin, Walhamdulillahi Rabbil A'lamin. 

MUQADIMAH

Kita akan kongsikan berkenaan dengan cara-cara untuk meraih keberkatan dalam sesebuah pernikahan. InshaAllah. Dalam setiap perbuatan, kita mencuba untuk meraihkan keberkatan dalamnya dengan harapan keberkatan yang diberikan oleh Allah akan menjamin perbuatan tersebut berjalan dengan lancar lagi sempurna. 

Misalnya kita masih belajar, jadi keberkatan merupakan kunci untuk janjikan ilmu yang kita dapat itu adalah ilmu yang bermanfaat. Begitu juga dengan pernikahan, yang dimana kita ingin mempunyai rumahtangga yang indah dan bahagia buat selamanya. Jadi kuncinya adalah keberkatan yang Allah turunkan dan janganlah kita mengambil ringan sebab rumahtangga yang tidak mempunyai keberkatan dalamnya diibaratkan seperti bunga yang cantik tetapi tidak mempunyai bau yang harum ataupun buah yang tidak manis rasanya ataupun makanan yang pahit rasanya.

Jadi bagaimanakah untuk mendapatkan keberkatan dalam pernikahan? Pada post ini, kita akan huraikan antara cara-cara yang diajar oleh Nabi صلى الله عليه وسلم. Untuk cerita tentang pernikahan, kita akan mulakan dari awal. Dari bagaimana kedua pasangan itu bertemu. Dan bagaimanakah pasangan itu jaga diri mereka sebelum bernikah. Lalu apabila dihari pernikahan mereka, bagaimana pula mereka meraihkannya. 

Permulaan sebelum Bernikah

" Kalau kita ingin tanam sebuah pokok yang dapat mengeluarkan buah-buahan yang sedap lagi manis, kita bermula dengan biji pokok itu. Jika bijinya buruk maka jangan kita berharap buahnya akan jadi manis."



Sebab permulaan yang penting, kalau kita ingin tanam sebuah pokok yang dapat mengeluarkan buah-buahan yang sedap lagi manis, kita bermula dengan biji pokok itu. Jika bijinya buruk maka jangan kita berharap buahnya akan jadi manis. Zaman sekarang, kita melihat pelbagai maksiat yang dilakukan oleh kedua orang manusia yang sedang bercinta, padahal mereka tidak dihalalkan lagi untuk membuat beberapa perkara tetapi mereka sudah buat sesuatu diluar garisan pernikahan. 

Inilah yang dinamakan sebagai “berpasangan” atau “couple”, banyak soalan berkenaan berpasangan ini, adakah ia haram ataupun tidak. Untuk menjawab soalan ini, kita mesti faham jika berpasangan ini haram. Berpasangan ini haram bukan kerana namanya “couple” tapi sebab perbuatan yang dilakukan itu haram. Contohnya, ada seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duaan, lalu mereka berpimpin tangan padahal mereka belum halal. Kita pun kata, “Eh, kamu berdua ‘couple’ eh?” Mereka menjawab, “tidak, kami bukan ‘couple’. Kami cume ‘steady‘” “‘Steady’ itu apa?” Mereka menjawab, “‘Steady’ itu ‘steady relationship’. ‘Steady’ tidak haramkan? Sebab yang haram hanya ‘couple’ sahaja. Kami tidak ‘couple’. Kami ‘steady’” Nampak tak? Jadi bukan kerana namanya ’couple’ atau ‘steady’ jadi haram. Istilahnya tidak penting. Sekali pun mereka kata tunang. Ada yang sampai terlajak hingga membuat zina, dan jangan terperanjat jika sudah buat zina sekali, tidak mustahil untuk buat seterusnya. Nauzubillah. 

Bayangkan macamana mahu ada keberkatan jika awal-awal hubungan tersebut sudah penuh dengan maksiat. Hukumnya diambil dari perbuatan mereka. Jadi balik ke hukum ‘couple’. Jika ‘couple’ yang dimaksudkan adalah mereka berdua-duaan, mereka berpegang tangan, bermesra maka jelas hukumnya haram. Sekali pun mereka akan bernikah tidak lama lagi. Tapi jika mereka buat dengan cara ini, adakah Allah redha? Janganlah kerana nafsu semata-mata, sanggup buat maksiat dalam hubungan yang belum halal. Ramai yang ‘couple’ dan apa jadi selepas nikah? Mereka bercerai. Kenapa? Kerana tiada keberkatan dalamnya.

Niat sebelum Nikah

Pernikahan ini adalah membina sebuah rumahtangga yang dimana kta ada tanggungjawab untuk memainkan peranan sebagai suami isteri. Jika niat kita untuk bernikah sebab untuk membina keluarga yang bertaqwa, soleh dan solehah, InshaAllah ada berkat dalam pernikahan itu

Dan juga yang paling penting adalah niat. Jika niat kerana mahu puaskan nafsu, apabila sudah bernikah, dan puaskan nafsu. Bila sudah mula rasa bosan maka akan berlaku penceraian. Ini bukan cerita rekaan, tapi sudah banyak terjadi. Kita tengok sebelum kahwin, sangat sweet sana-sini. Siap panggil I dan You lagi, tapi semua itu hilang apabila telah bernikah. Dan apabila sudah bernikah, selalu bergaduh, bertengkar dan akhirnya bercerai. Itu kerana niat sudah salah. Kita kahwin bukan hanya semata-mata demi nafsu, malah lebih dari itu. 

Pernikahan ini adalah membina sebuah rumahtangga yang dimana kta ada tanggungjawab untuk memainkan peranan sebagai suami isteri. Jika niat kita untuk bernikah sebab untuk membina keluarga yang bertaqwa, soleh dan solehah, InshaAllah ada berkat dalam pernikahan itu. Jadi apakah cara Islam mengajar kita untuk menjaga hubungan sebelum nikah? Islam sama sekali tidak mengharamkan untuk mempunyai perasaan suka, rindu atau cinta sebab ini merupakan fitrah manusia. Untuk jatuh cinta adalah menjadi kebiasaan.

 Jika seseorang itu meluahkan perasaan dia kepada si bukan mahram, itu belum lagi haram tapi yang salah apabila cara mereka meluahkan cinta itu dengan membuat perbuatan yang haram. Islam mengajar untuk bernikah. Jika sudah ada perasaan cinta itu, barulah ajak bernikah, itulah Islam ajar. Islam pun tidak mengharamkan untuk berkenalan tapi berkenalan ini kenalah tahu jaga batas pergaulannya. Baiklah, itu adalah dari sudut sebelum nikah. 


Pembaziran dalam pembelanjaan

Nikah menjadi mahal. Zina menjadi murah malaha percuma!


Apabila pasangan sudah bersetuju untuk bernikah, ada ibu bapa yang suka letak nilai mas kahwin yang tinggi hingga tidak termampu si lelaki itu. Ada yang 10 ribu, 12 ribu dan sebagainya, ini merupakan suatu membaziran. Hantaran pula yang dimana yang hanya merupakan sunat tapi bagi adat melayu adalah satu kewajiban. Hantaran tidak wajib tapi yang wajib adalah mas kahwin. 

Sungguhpun begitu disunatkan agar dikurangkan mas kahwin atau mengikut kemampuan seadanya. “Sabda Rasulullah bermaksud: ‘Perkahwinan yang paling banyak berkatnya ialah yang paling murah mas kahwinnya.’” [HR Ahmad]. 

Selain itu, perbelanjaan menyediakan jamuan, ditokok tambah dengan hiasan bunga telur, hiasan pelamin, menempah mak andam, menyewa baju berberapa helai, perhiasan rumah, kad jemputan dan kumpulan kompang. Oleh itu amat penting perbelanjaan perkahwinan tidak dilebih-lebihkan. Buat sekadar mampu, kerana yang penting ialah majlis akad nikah. Jadi apabila sudah mahal, pasangan akan tangguhkan pernikahan mereka. Jadi jangan menyusahkan pernikahan, kerana apabila sudah ditangguh maka akhirnya mereka berzina, sudah terlambat untuk menyesal, bila sudah berzina, barulah kahwin sebab mahu tutup malu. Itu adalah dari segi mas kahwin

Pilih pasangan kerana keduniaan

Ada juga ibu bapa yang masalah dalam memilih calon. Mereka mahu lelaki yang kaya dan berjaya dalam dunia. Ini pun berlaku kepada ibu bapa yang materialistik. Tapi apabila lelaki yang hafal al-Quran, bagus akhlak dan agamanya, walaupun tidak kaya tapi asalkan cukup untuk hidup, ditolak dan tidak setuju oleh ibu bapa. 

Jadi apa mahu buat, jawapnya memang benar redha Allah terletak di atas redha ibu bapa, tapi jika ada lelaki yang dah bagus agama dan akhlaknya, tidak diredhai ibu bapa, jangan risau, teruskan sahaja pernikahan itu, sebab ibu bapa tidak patut untuk tidak redha dengan perkara yang bagus dalam agama. Tapi bagaimana jika ayah tidak mahu menjadi wali nikah? Tiada masalah, seorang wali tiada hak untuk menolak untuk jadi wali. Maka wali yang tidak mahu menjadi wali boleh laporkan kepada pejabat agama. Jadi itu adalah masalah zaman sekarang, yang dimana ibu bapa boleh tolak yang bagus agamanya disebabkan dunia. 

Ilmu dulu. Baru Nikah!

Apabila mahu bernikah, ingatlah sekalian mestilah ada ilmu terlebih dahulu. Ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam tapi nikah itu adalah sunnah. Jadi mana yang patut kita utamakan? Sudah tentu ilmu. Memanglah ilmu ini jika tuntut sampai bila tidak akan habis. Tapi cukup dengan tahu ilmu fardu ain atau pun yang asas. 

Contoh, macamana mahu nikah kalau dia masih tidak tahu untuk solat ataupun mahu mandi hadas besar? Sebab ini akan menjadi masalah bila sudah nikah. Imam Nawawi sanggup tidak nikah dan bujang hingga akhir hayatnya sebab mahu mengarang kitab. 

Imam Nawawi pernah ditanya mengapa beliau tidak berkahwin dan jawab beliau sebab beliau takut beliau akan melakukan dosa apabila nikah. Apa maksud Imam Nawawi? Imam Nawawi takut tidak dapat jalankan tanggungjawabnya sebagai suami apabila sudah nikah lalu mendapat dosa. Takut terlalu sibuk dalam mengarang kitab hingga tidak dapat beri nafkah kepada isterinya, sebab itu beliau tidak bernikah. Tapi lihatlah betapa banyaknya kitab beliau yang sampai sekarang digunakan sebagai rujukan. MasyaAllah

Walimatul Urus yang tidak berkat

1. Pembaziran

Baiklah, sekarang kita bincang bab walimatul urus. Walimatul urus adalah juga merupakan sunnah Nabi صلى الله عليه وسلمtapi ramai yang tidak ambil berat hingga melakukan maksiat ketika walimatul urus. Apa salahnya? Pertama sekali adalah membazir. Kita tahu kita kaya, tapi janganlah membazir. Habis ribuan ringgit sebab mahu buat di hotel, katering untuk ribuan tetamu, decoration lagi. Sanggup buat sebab mahu nampak grand. Tapi adakah ini berkat? Cukuplah dengan bersederhana. Tidak perlu buat grand. Duit tidak menjaminkan kebahagiaan. Yang menjaminkan kebahagiaan adalah berkat yang Allah turunkan. 

2. Tidak menjemput orang miskin

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: “Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya.” 

Nampak tak? Orang miskin dan orang yang susah tidak dijemput sebab orang ini tiada ‘class’ kan? Tapi itulah seburuk-buruk majlis. Lalu hadirin yang dijemput datang dengan pakaian yang terdedah, tidak tutup aurat, lelaki dan perempuan bercampur, macamana mahu berkat majlis itu? Sibuk dengan menjemput orang begini hingga malaikat rahmat tidak mahu datang ke tempat maksiat. 

3. Majlis Maksiat



Ulama kata kalau mahu buat majlis nikah, letak kod pakaian “hanya tutup aurat dengan sempurna sahaja boleh masuk.” 

Nasiblah kalau terasa. Apa jadi kalau pengantin lelaki ternampak perempuan yang lebih cantik? Sudah tiada hati mahu kahwin dengan bakal isteri dia. Jangan ambil mudah dengan hal ini. Dengan muzik, perempuan nyanyi, berjoget dan hiburan yang melalaikan. Lagi satu yang paling ramai tidak mengambil berat adalah tabaruj jahilyah, pengantin perempuan sudahlah tidak tutup aurat, tabaruj lagi. 

4. Tabarruj

Tabaruj adalah mencantikkan diri yang melebihilebih, dicukur kening yang jelas perbuatan ni dilaknat. Pakai pakaian ketat yang menjolok mata. Yang peliknya si suami itu tidak rasa cemburu apabila isteri dia dilihat oleh lelaki lain. Ini adalah antara sebab-sebab tiada keberkatan. Kita mahu makan pun baca bismillah supaya makanan itu berkat, tapi kalau tidak baca, apa jadi? Tiada keberkatan. 

5. Syirik

Begitu juga dengan nikah dan walimatul urus tapi sudah melakukan maksiat, ada juga yang sampai melakukan syirik, Seperti amalan mencampak beras yang dipercayai mereka akan dimurahkan rezeki, walhal tiada pun diajar dalam agama. Boleh jadi syirik sebab anggap beras itu boleh mendatangkan rezeki

Ada juga yang tangguhkan tarikh atau bulan tertentu sebab takut nasib malang. “Eh, jangan kahwin pada hari yang ke13 dalam bulan sekian sekian, nanti nasib malang.” 

Ini semua syirik. Nabi صلى الله عليه وسلمsabda, “Barang siapa yang tangguhkan hajatnya kerana al thayrah (bad luck) maka dia telah syrik.” [HR Ahmad]. 

Juga ada yang buat kuda kepang sebagai hiburan yang jelas khurafat. Baiklah, jadi itu adalah antara kesalahan kesalahan yang dianggap remeh oleh orang melayu. Bila sudah nikah dan sah. Maka pelbagai masalah akan timbul berpunca dari permulaan pernikahan mereka. Jadi jika kita inginkan keberkatan, buatlah apa yang diajar oleh agama. 

Tidak perlu buat secara grand majlis tersebut tapi cukuplah dengan sekadarnya. Jemput orang miskin dan organg susah untuk menghadiri majlis. Bila sudah azan, solat dalam majlis, jangan duduk diatas pelamin lagi. InshaAllah, dengan berbuat seperti ini. kita doa untuk dapat keberkatan. Baiklah, sekian sahaja usrah kita pada post ini.


Ditulis oleh Serban Putih (aka Akhi Mus) 
Twitter- _Serbanputih
Diambil dari Usrah TeamTazkirah tajuk "Perkahwinan yang berkah" 


Khamis, 11 Jun 2015

ADAB Muslim : Berhikmah Dalam Teguran

 
 
Bismillahirahmannirrahim , Assalammualaikum.





Merujuk kepada firman Allah SWT yang bermaksud : "Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik.. " (Surah An-Nahl : 125)

Islam membawa pengertian yang jelas dalam menangani kemungkaran manusia. Namun, berapa ramai dikalangan kita yang menjadi duta kecil Islam di mata pelbagai bangsa dan agama ini menuruti kehendak Allah SWT dan rasul-Nya dalam berdakwah?

Kadangkala kita merasa diri kita ini adalah benar, tatkala menegur insan yang tersalah secara "semberono" atau cakap lepas dan kita mengenepikan nilai persaudaraan serta merobek aib si mangsa.

Dalam tafsiran Imam Al - Qurtubi, ayat ini adalah suruhan pada para pendakwah agar menyebarkan dakwah dan memberikan nasihat dengan cara yang penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi.


BAGAIMANAKAH CARANYA?

  • Menjauhi sifat keras ketika memberi nasihat.
  • Jangan menegur kesalahan peribadi seseorang di khalayak ramai.
  • Berikan nasihat yang positif,bukan menghukum.
  • Cari waktu yang sesuai untuk menegur kesalahan.
  • Guna bahasa yang lembut.
  • Memahami kedudukan (keadaan) orang yang ditegur.
  • Tidak mengaibkan orang yang ditegur.

 Ini adalah antara tips-tips yang sesuai digunakan untuk memberi teguran dan nasihat sesama insan.
Biarlah teguran yang dilafazkan membina ukhuwah dan persaudaraan, bukan mencipta persengketaan.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. "Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat. " (Surah Al-Imran : 104-105)

Jazakumullah khairan khatira

-Afiqah Al Azmatkhan
Admin Fellah Iman

Rabu, 10 Jun 2015

Celik Di Dunia, Buta Di Akhirat



Alhamdulillah. Sudah lama blog ini tidak diisi dengan entri-entri tazkirah. Sudah berhabuk nampaknya blog ni huhu. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas dan menulis blog pada kali ini setelah senyap sepi dek kerana kesibukan MasyaAllah. Pada entri kali ini bertajuk Celik Di Dunia, Buta Di Akhirat. 
(Entri ini dipetik dari khutbah Jumaat JAKIM pada suatu ketika dahulu)
Semoga bermanfaat! InsyaAllah ^_^



Ramai manusia yang diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan celik, tidak buta, mata boleh melihat dengan sempurna, boleh melihat ciptaan Allah SWT, boleh makan dan minum, berjalan dan lain-lain lagi. Tetapi di hari akhirat nanti mereka yang celik di dunia ini dibangkitkan oleh Allah SWT dalam keadaan menjadi buta. Persoalan besar timbul di sini kenapakah mereka ini dibangkitkan dalam keadaan sedemikian? Jawapannya ialah kerana  mereka ini berpaling daripada ajaran Allah yang sebenar, tidak melakukan aturan-aturan Allah, melakukan maksiat dan membuat dosa-dosa besar serta menzalimi orang lain, matanya tidak digunakan untuk melihat kebenaran, sebaliknya digunakan untuk melihat kebatilan akibatnya hidup di dunia akan disempitkan, tidak tenang, menderita dan ditimpa musibah. Malahan di akhirat pula, mereka menjadi buta sebagai balasan keengkaran semasa di dunia. Firman Allah SWT di dalam Surah Taha ayat 124-125 yang bermaksud:

 “Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta. Ia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu celik?.”

Bayangkan betapa azabnya golongan ahli neraka yang diseksa fizikalnya dengan seksaan yang dahsyat, ditambah pula dengan mata yang dibutakan, tidak melihat kawasan sekeliling. Ini adalah satu bentuk seksaan spritual yang amat dahsyat daripada Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang ingkar. Firman Allah SWT di dalam Surah al Hud ayat 106-107 yang bermaksud:

Maksudnya: “Adapun orang-orang yang celaka (disebabkan keingkaran dan maksiatnya), maka di dalam nerakalah tempatnya. Bagi mereka di situ, hanyalah suara memekik-mekik dan mendayu-dayu (sepaerti suara keldai). Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi, kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.”


Ingatlah, sebagai seorang Islam kita mestilah bijak melayarkan bahtera kehidupan ke arah yang benar mengikut petunjuk yang telah digariskan oleh al-Quran dan al-Hadith. Bukannya mengikut hawa nafsu atau kepentingan diri dan lebih malang lagi jika sanggup tunduk dan mengikut kehendak musuh Islam. Ingatlah bahawa dalam menuju ke akhirat maka hendaklah kita mencari dan mengumpul seberapa banyak  bekalan  pahala kebajikan dan kebaikan semasa hidup di dunia. Ingatlah sebagaimana pesan Saidina Ali: “Seharusnya manusia yang berakal tidak bersungguh-sungguh melainkan dalam tiga perkara: Berusaha untuk keperluan hidupnya, beramal untuk hari kemudian dan bersuka-suka di dalam perkara yang tidak haram.”

Perbuatan kita semasa di dunia menentukan kedudukan kita di sisi Allah SWT di akhirat dan begitulah sebaliknya. Jika kita benar benar taat dan akrabnya di dunia dengan Allah SWT , maka di akhirat pastinya Allah SWT akan mendampingi kita.  Seorang sahabat  Nabi yang bernama Samurah bin Jundab pernah berkata: Sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah SWT, maka periksalah kedudukan Allah di sisinya. Barangsiapa yang menghormati perintah Allah, lalu bersegera melakukannya, menjauhkan diri daripada larangan Allah,  juga berusaha menghiasi diri dengan adab-adab Islam, maka kedudukan di sisi Allah pun terhormat.

Satu riwayat menceritakan bahawa suatu hari tiga orang lelaki berjalan di depan masjid ketika Rasulullah SAW sedang berceramah menyampaikan wahyu Allah SWT kepada manusia. Salah seorang daripada tiga orang itu berjalan begitu sahaja, ia tidak tertarik untuk mendengar apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW, sementara dua daripadanya memutuskan untuk singgah, mendatangi majlis Nabi SAW, salah seorang memilih tempat kosong di celah-celah majlis dan seorang lagi memilih untuk duduk di belakang. Apabila selesai daripada ceramah, Rasulullah SAW bersabda, mahukah aku beritahu perihal ketiga-tiga orang ini? Salah satu daripada mereka datang kepada Allah SWT, maka Allah SWT menyambutnya. Salah seorang merasa malu-malu, maka Allah pun malu kepadanya. Adapun seorang yang berpaling daripada Allah SWT, maka Allah berpaling daripadanya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ingatlah bahawa segala amalan kita di dunia ini  akan dibentangkan di akhirat, tidak terkecuali walaupun ianya sekecil zarah. Pada ketika itu kita akan melihat segala amalan semasa hidup ini dalam suratan amal, ada yang berpahala, ada juga yang berdosa. Mereka yang berdosa itu akan merasa takut dengan keadaan sedemikian. Janganlah demi untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati, kita sanggup melakukan tindakan yang ternyata boleh mendatangkan musibah pada bangsa dan agama serta  mengundang dosa dan kemurkaan Allah SWT.  Firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi ayat 49 bermaksud:

Maksudnya: “Dan Kitab-kitab Amal dibentangkan, maka engkau akan melihat orang yang berdosa itu merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka berkata: Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau besar, melainkan semua dihitungnya! Dan
mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu ada tertulis di dalamnya. dan ingatlah Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun.”



Dalam pergaulan hidup sehari-hari sudah tentu berlaku kesilapan sama ada disengajakan atau tidak. Kesilapan itu boleh mengundang dosa terutama jika ia menyentuh pelanggaran hak yang berkaitan dengan tubuh, maruah diri dan harta benda.  Dalam banyak-banyak anggota, lidah dan matalah yang paling banyak kesalahan yang melibatkan sesama manusia. Mata jika tidak dihalakan kepada kebaikan ianya akan mendatangkan kemaksiatan dan dosa lidah dan mata boleh menyebabkan seseorang itu menerima azab di akhirat. Hujatul Islam Imam al-Ghazali pernah berkata: menerusi lidah akan berlakulah pendustaan atau pembohongan, buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, bertelingkah, mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan penuh dengan kesombongan. Percayalah, walaupun sewarak mana seseorang itu, banyak solat, puasa, akan tetapi apabila tidak mampu menjaga lidah dan akhlaknya dari memfitnah, berbohong, hasad dengki dan dendam, pasti dia akan tergolong dalam golongan orang yang rugi.
Oleh itu, untuk hidup dalam suasana yang tenteram, aman dan damai, hendaklah diawasi lidah kerana melalui lidah tutur kata akan menjadi lebih benar, beradab dan bahasanya lebih bersopan. Sikap tidak menjaga lidah bukan sahaja menimbulkan kemarahan orang yang mendengarnya, malah menimbulkan implikasi buruk kepada hubungan sesama manusia yang mengakibat keadaan menjadi huru hara dan kacau bilau. Berkatalah perkara yang benar dengan penuh keberanian walaupun ianya sangat pahit untuk ditelan lebih lebih lagi jika kita sebagai pemimpin kerana ianya mengambarkan pendirian dan sikap kita sebagai seorang yang beriman. Berwaspadalah kita akan setiap tutur kata kerana bahayanya lidah bukannya hanya pada individu tertentu tetapi kesannya juga boleh meruntuhkan sesebuah negara dan bangsa.

Marilah sama-sama kita menghitung diri kita, adakah kita ini sudah cukup amalan untuk bertemu dengan Alllah SWT di akhirat kelak, adakah segala amalan kita di dunia ini dijamin pahala di akhirat. Ingatlah segala amalan kita akan diperhitungkan samada ia berpahala atau berdosa dan semuanya terserah kepada neraca keadilan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. lngatlah wahai  muslimin sekalian bahawa setiap pergerakan kita sentiasa diawasi oleh dua malaikat iaitu Raqib dan Atid. Elakkan daripada terjerumus ke dalam dosa termasuk melemparkan tuduhan, mengeluarkan kata-kata yang boleh membangkitkan kebencian pada individu tertentu, prasangka buruk serta bercakap bohong. Setiap apa yang diucapkan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Hanya perkataan-perkataan yang diredai Allah akan dicatat, manakala perkataan-perkataan yang mendatangkan kebencian Allah akan dicatat atas kemurkaan-Nya sampai hari kiamat. Janganlah kita tergolong dalam golongan mereka yang celik di dunia tapi buta di akhirat. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Zalzalah ayat 7 dan 8 yang bermaksud:

Bermaksud: “ Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! .”


Wallahu'alam.
Semoga mendapat 'ibrah daripada entri kali ini. Mohon maaf jika ada kesilapan mohon maaf juga kerana sudah lama tidak sentuh blog ini. :')
Yang baik datang dari Allah, yang kurang datang daripada hamba-Nya yang kerdil ini.

Sekian.
Akhukum Fillah. :)

Khamis, 19 Mac 2015

Syoknya Solat Berjemaah


"Adakah para sahabat (yang berada di masjid) sudah selesai menunaikan solat?' tanya Rasulullah SAW kepada Saidatina Aisyah R.ha.
"Belum, mereka semua sedang menunggu kedatangan Tuan." jawab Aisyah dan para sahabat. Baginda SAW yang sedang sakit tenat menggagahkan diri bersuci dan berwuduk untuk ke masjid. Setelah itu, Baginda pun mula bangun untuk pergi menunaikan solat. Tiba-tiba Baginda jatuh dan pengsan.

Peristiwa ini dirakam oleh Imam al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari. Diriwayatkan, peristiwa Rasulullah SAW bangkit dan berusaha untuk pergi menunaikan solat berjemaah, namun kemudiannya pengsan berulang sebanyak tiga kali. Pada kali keempat, apabila Baginda menyedari bahawa diri amat tenat, Baginda mengarahkan Sayidina Abu Bakar untuk mengimamkan solat berjemaah. Nukilan peristiwa ini amat meruntun hati para pencinta Rasulullah SAW. Ketabahan dan kesungguhan Nabi untuk bangkit menyempurnakan misi solat berjemaah amat dikagumi. Bayangkan ketika sedang berjuang melawan kesakitan, rasa lemah, sedar dan pengsan silih berganti, Baginda tetap berusaha menjadi seperti orang sihat untuk menyempurnakan solat berjemaah di hadapan Allah SWT.
Peristiwa ini menjadi ketukan di pintu hati umat Islam agar berikrar menjaga solat secara berjemaah. Sirah Rasulullah SAW merupakan teladan sepanjang zaman buat umatnya. Apatah lagi jika peristiwa sirah itu berlaku berulang-ulang, maka sudah tentu ia menjadi suatu 'penegasan' agar dihayati dengan bersungguh-sungguh. Sekadar bermuhasabah, hari ini berapa ramai orang sihat tubuh badannya bangkit untuk menunaikan solat berjemaah tatkala azan berkumandang?  Adakah kita ini termasuk dalam kalangan mereka? Renung-renungkanlah...
Kehebatan solat berjemaah ini hanya dapat dirasai secara alami oleh sesiapa yang melaksanakannya. Ibarat hidangan makanan, ia hanya dapat dinikmati  kelazatannya apabila kita menjamahnya.
Sehingga ke hari ini, tiada siapa yang mampu menafikan kesan positifnya. Malah, penemuan semasa menguatkan lagi testimoni hebatnya amalan solat berjemaah.
Kajian terbaru Prof. John Herbert, pensyarah fizik di Amerika Syarikat merungkai keajaiban yang terdapat di sebalik solat berjemaah. Beliau menyatakan sentuhan yang berlaku antara sesama ahli jemaah mewujudkan keseimbangan antara cas positif dengan negatif yang wijud dalam tubuh manusia.

Walaupun solat berjemaah hukumnya fardu kifayah (kecuali solat Jumaat), tetapi ini tidak bermaksud cukup dengan hanya menyerahkan tugas ini kepada sekelompok umat Islam sahaja untuk melaksanakannya. Bisikan "solat jemaah bukan wajib pun" perlu dikikis sehingga kita mampu mewajibkannya pada diri sendiri. Bayangkan jika setiap umat Islam bersikap lepas tanggungjawab kepada diri umat Islam yang lain, maka masjid akan menjadi kosong dan terbiar akibat sikap ini.

Anas bin Malik menceritakan ketika kaum Muslimin melaksanakan solat subuh yang dimami oleh Sayidina Abu Bakar r.a pada hari Isnin, tiba-tiba Rasulullah SAW menyingkap tirai bilik Aisyah r.ha dan melihat kami berdiri di saf. Baginda tersenyum puas.
Saat itu kaum Muslimin hampir membatalkan solat kerana gembira melihat Rasulullah SAW. Lalu Baginda memberikan isyarat dengan tangan agar mereka meneruskan solat.
(Riwayat al-Bukhari)

Ia berlaku setelah peristiwa Baginda SAW pengsan sebanyak 3 kali kerana sakit tenat dan tidak dapat menunaikan solat jemaah di masjid seperti biasa. 
Sebahagian ulama mentafsirkan Baginda SAW senyum kerana menyaksikan keindahan pemandangan solat berjemaah yang dilakukan oleh para sahabatnya. Tanpa dijangka, senyuman yang dikukir kepada jemaah solat para sahabat itu merupakan yang terakhir. Rasulullah SAW wafat pada hari tersebut.



Dipetik dan diubahsuai dari Majalah Gen-Q isu 42.
Update by: Amirul TT