Ahad, 4 Mei 2014

Chentamu ditolak? Ada Aku Kesah?

 
 

 "Macam mana ek, aku takut salah lobang. Aku perlu berkahwin atau tidak?"

Secara jujurnya, saya sendiri pun menghadapi masalah ini walaupun menjadi rujukan sahabat-sahabat yang ada masalah chenta. Adakah saya Dr Love? Ye. Itulah jawapan yang kurang tepat. *Tangan dimata, bahu keatas.

Tidaklah saya diruangan yang terhad ini hendak menjawab bagaimana cara hendak berkahwin dan sebab-sebab mahu berkahwin. Itu semua kalian lebih master tahap gaban. Cuma, apa yang saya nak tekankan persediaan kita kearah perkahwinan. Ditahap asas tadika PASTI atau erm kita pun tak pasti.

Sekarang ini, proses berkahwin payah. Perlu melalui banyak urusan. Itu belum masuk bab tok kadi. Tok kadi tanya 3 soalan je tetapi berpeluh-peluh dah dia. "Berikan saya rukun syahadah dan rukun taubat. Apa tak boleh jawab? Saya belum tanya lagi apa dia rukun negara dan rukun tetangga."

Antara faktor-faktor kerumitan pernikahan yang disebut oleh Ustaz Mohamad Nidzam Abdul Kadir al-Jarumi  didalam bukunya Bolehkah BerCouple?:

1.      Kursus pernikahan yang diwajibkan.
2.      Mas kahwin yang telah ditetapkan.
3.      Hantaran belanja mengikut adat masyarakat.
4.      Pelbagai syarat yang perlu dipatuhi untuk berpoligami.

Berzina? Oh. Senang sahaja. Lorong mana celah mana, ada yang dah expert. Kondom pula berlambak-lambak tinggal kondom tu sunat atau tak je. 

"Zahir tu payah nak bagi, tetapi batin boleh."

Kita salah belajar! Ramai orang ingat batin itu seumpama uncang teh dimasukkan didalam jug air. Salah! Batin itu meliputi ilmu bukan semata-mata.. er er sukan leka antara suami isteri.

Orang yang bercinta itu buta. Prove? Orang yang sedang bercinta itu meraba-raba.

Cinta itu seperti kurap, semakin digaru semaki sedap! Kruik Kruik.

Apakah matlamat orang yang bercinta ini? Syok ber pegang-pegang. Untunglah dah boleh pegang-pegang. Adakah sekadar pegang-pegang matlamat berkahwin? Kalau sekadar pegang-pegang. Ada yang belum berkahwin pun dah pegang-pegang. Syok siaaaa. Tetapi HARAM. HOHO.

So, apa matlamat kita berkahwin?

Kita ingin sekali mengembara. Berbekalkan dompet bergambar SpanBob yang didalamnya terkandung kupu-kupu dan sedikit wang kita pun mengembara. Akhirnya apabila sampai dikedua penjuru, kita dah mula konfius. Manakah satu jalan yang benar? Menggunakan ilmu yang ada kita pun tanya orang yang bermastautin disitu. Mungkin Mak Cik Semah jual nasi lemak kot. "Makcik, kemanakah kedua jalan ini menuju?" "Anak citer dulu anak ni nak pergi mana? ceCiter ceCiter."

"Saya pun tak pasti la makcik." "Anak, kalau macam tu baik anak jalan je mana-mana. Anak ni dah tak ada matlamat. Pergi kekiri pun sama, ke kanan pun sama."

Tak ada matlamat. Jika ada pun hanya didunia. Sedang dunia itu fana. Yes, sementara kita memang nampak macam Fun-Fair. tetapi Fun-Fair pun akhirnya lingkup jugak kerana Eye-Of-Malaysia dah habis bateri gamaknya.

Matlamatnya ialah kita kembali kepada Allah. Ada yang komplen kekasih tidak setia, sahabat tidak setia, adik angkat tidak setia, masyarakat tidak setia. So, ada dua kemungkinan sahaja. Apakah dia?
Sama ada kita tidak setia dalam menjaga hubungan dengan Allah atau mereka yang tidak setia menjaga hubungan dengan Allah.

KECEWA?

Jangan bro. Sedih tak apa jangan kecewa. Tidak ada kecewa dalam Islam. Sedih kehilangan orang yang kita sayang memang perlu tetapi jangan sampai ianya menjadi racun, akhirnya kita pun ikut jejak langkahnya.

Dalam kehidupan ini, kadang kala perlu kita rasa kita ini dibelakang kerana kita akan usaha untuk kedepan. Berbanding kita rasa kita kehadapan kita pun rilek je dan melupakan yang belakang.

Jangan sedih jika dia bukan jodoh kita. Bayangkan, jika dia menjadi jodoh kita, kita menjadi riak takbur ujub sum'ah kerana memiliki isteri miss universal tahun 1440 Hijrah. Erk. Sebab itu. Mungkin ada hikimah disebalik yang berlaku. PAAANGG!*penampar. Mana ada mungkin. Pasti ada hikmah mengapa sesuatu perkara itu berlaku. Allah hendak didik kita mungkin supaya boleh tabah menghadapi perkara mendatang yang memerlukan perkara yang lebih tabah. Sebab itu mengapa Nabi mengembala kambing? kerana hendak mendidik diri baginda supaya boleh menghadapi pe'el manusia ini.

Seseorang melalui jalan yang sama, namun pandangannya berbeza. Ada yang leka berbual dan ada yang sentiasa pandang kebawah. Maka yang leka tak nampaklah apa yang ada disepanjang perjalanan. Tetapi yang pandang ke bawah? Apa yang dinampak? Nampak tawadhuk? Er er. nampak sesuatu yang berharga dijalanan, benda yang tercicir. Misalanya VCD kuliah Dato Ismail Kamus ke, sepasang set XBOX 360 ke, Neolafa ke dan sebagainya.
 
Sebab itu saya katakan, nilai sebenarnya kita kembali kepada Allah. Persoalannya, sama tidak kita chenta Allah dengan chenta kita kepada makhluk? Tepuk dada tanya iman. *Untuk orang yang buta bercinta ni saya suruh tepuk dada sendiri bukan dada kekasihnya.

Matlamat kita berkahwin tidak lain tidak bukan hanyalah untuk tujuan menuju akhirat. Bukan semata-mata kedoniaan!

Allahu'alam.

Al-Faqir Ila Allah,
Muhammad Irfan Abdul Rani,
4 Rejab 1435
Shah Alam.

RUJUKAN:
[1] Mohamad Nidzam Abdul Kadir al-Jarumi (2013), Bolehkah BerCouple?, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan