Selasa, 6 Mei 2014

Pencipta dan Penciptaan



Tajuk : Pencipta dan Penciptaan.

Bismillahhirrahmannirrahim. 
Assalammualaikum.





Patutkah manusia itu berkata demikian dan tidak memikirkan bahawa Kami telah menciptakan dia dahulu sedang ia pada masa itu belum ada sebarang apa pun?
(Surah Maryam : 67)

Allah Maha Pencipta

Pernahkah kita terfikir?
“Bagaimana alam ini terbentuk?”
“Bagaimana matahari dan bulan terbentuk?”
“Di manakah kita kita sebelum kita dilahirkan?”
“Bagaimana lautan, pokok-pokok dan haiwan muncul?”
“Bagaimana buah-buahan yang harum dan berwarna-warni seperti pisang,tembikai,ceri,strawberi dan lain-lain dapat muncul daripada tanah ini? Siapa yang memberikan ia warna? Bau? Rasa?”
“Daripada siapakah lebah yang kecil ini belajar membuat madu yang begitu enak untuk di makan?”
“Bagaimana ia membuat sarang yang mempunyai persimpangan-persimpangan yang lancar?”


“Siapakah manusia pertama?”
Ibu telah melahirkan kita ke dunia dan kita dapat merasakan betapa nikmatnya apabila kita lahir itu kita disambut dengan seruan Azan dari seorang Bapa.
Tetapi, bagaimana dengan manusia pertama? Tidak mungkin mempunyai ibu dan bapa. Jadi, bagaimana manusia pertama muncul?”
Allah telah menjadikan kita,mata kita,rambut kita,kaki kita dan anggota badan yang lain. Dia juga mencipta keluarga kita, kedua ibubapa, abang dan kakak,kawan-kawan dan guru-guru. Allah telah menjadikan makanan yang kita gemari untuk kita makan seperti coklat,kek,gula-gula,buah-buahan,sayur-sayuran dan lain-lain supaya kita menjadi kuat dan sihat. Jika Allah tidak menjadikannya, kita tidak dapat tahu bagaimana rasanya coklat,buah-buahan dan lain-lain.

Allah juga mengurniakan kita deria rasa dan bau. Jika Dia tidak memberikan kita keistimewaan ini, kita tidak mungkin dapat merasa makanan yang kita makan. Sama sahaja sama ada kita makan ayam,susu atau kek. Allah tidak hanya menjadikan makanan yang lazat dan harum. Dia juga menganugerahkan kita keistimewaan yang membolehkan kita menikmatinya.

Kerana Allah mengasihi hambaNya. Dia sentiasa memberikan kita perkara yang baik dan indah.

Mulanya kita tidak wujud. Tetapi, fikirkan kita tidak wujud sebelum kita dikandung oleh seorang ibu iaitu di dalam perut ibu. Kita kosong. Tetapi Allah menjadikan kita. Dia menjadikan kita daripada kekosongan. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa bersyukur setiap detik di dalam hidup kita. Di dalam setiap perkara yang kita nikmati dan gemari, kita hendaklah mengingati Allah dan berkata, “Saya sentiasa mensyukuri setiap apa yang Kau berikan”.

Apabila kita berada pada situasi yang tidak kita sukai, sekali lagi kita perlu berdoa kepada Allah, kerana hanya Dia yang dapat memperbaiki situasi tersebut. Kita kena sentiasa mengingatinya tak kira susah dan senang.

Allah sentiasa mendengar doa dan membalasnya, kerana Dia mengetahui apa yang ada di dalam minda kita.

Di sebalik Penciptaan adanya Pencipta.

Semua benda yang ada di dunia ini ada penciptanya.
“Sebelum” adanya Masa, siapakah yang menciptakan Masa?
Sebelum adanya ruang di langit untuk planet-planet, siapakah yang menciptakan ruang itu? Tentu Pencipta itu sangat berkuasa, tidak tertakluk oleh penciptaanya yakni masa dan ruang. Dialah Allah, Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui segala sesuatu tentang apa yang Dia ciptakan.

Dalam surah An-Nahl ayat 78.






“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun ; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran) ; supaya kamu bersyukur.

---------------------------------------------------

Credit dari Ukhty Asilah.

----------------------------------

-Ukhty Nur Afiqah Bt. Abdul Khalid
Makkah Al-Mukarramah.
29 April 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan