ruginya tidak bertaubat bahagian II
alhamdullilah semua bertemu kembali hari ni wana akan menyambung tazkirah kita yang tertangguh hari itu yaitu bab ruginya kita tidak bertaubat..allahu..allahu...mengapa kita xnak bertaubat adakah kita bukan pendosa?? wahai sekalian sahabat yang disayangi..bertaubatlah kamu sebelum pintu taubat tertutup..
baiklah wana ingin menyambung tazkirah wana yang hari tu dengan sambungan no:
3.orang yang tidak bertaubat ini akan menjadi orang munafik
sesungguhnya orang munafik itu jiwa nya kosong dari kebenaran, hidupnya bebas melakukan dosa.
orang munafik sentiasa mendustakan ALLAH S.W.T dan rasulnya kerana sukar menerima kebenaran.
4.menjadi sahabat kepada syaitan.
syaitan adalah satu-satunya makhluk ALLAH yang sering berusaha menyesatkan kita dari jalan kebenaran.
betapa ramai umat manusia yang telah berjaya digoda dan dihasut oleh syaitan pada setiap waktu kecuali orang yang beriman dengan sebenar-benarnya.
berdasarkan firman ALLAH S.W.T ;
sesungguhnya,janji ALLAH adalah benar maka janganlah kamu diperdaya oleh kehidupan dunia dan tipu daya syaitan menyebabkan kamu berani melanggar perintah ALLAH S.W.T
SURAH LUQMAN AYAT 33
5.tergolong sebagai manusia yang mensia-siakan umur sendiri
kehidupan kita banyak mengalami cabaran sebagai ujian ALLAH S.W.T.
golongan yang tidak pandai bersyukur akan sentiasa merasakan dirinya sentiasa sempurna. Lantaran diri memiliki pangkat yang tinggi ,harta kekayaan melimpah-ruah, rumah kediaman mewah dan kenderaan yang banyak.semua kesenangan itu didalangi oleh dorongan hawa nafsu yang cintakan duniawi.
alhamdullilah setakat sini dulu inshaALLAH akan ada sambunganya lagi dibahagian 3 dan 4 salam maghrib buat semua dari sy hamba yang hina
UKHTY_WANA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan