- Aku subuh-subuh pun sanggup solat di masjid walaupun hujan lebat.
- Aku setiap kali solat, sunnah berjubah dan berserban sentiasa istiqamah.
- Sibuk mana pun aku, aku tetap solat awal waktu dan berjemaah.
- Doa aku selalu makbul. Aku dekat dengan Allah
Namun, mungkin kini tidak lagi. Penyakit ini telah 'dimodenkan' selari mengikut arus teknologi. Bahkan lebih parah lagi apabila kita pula yang gagal menyedarinya.
Contoh UJUB MODEN yang berlaku pada masa kini berikutan ledakan teknologi yang semakin pesat lagi-lagi dengan adanya MEDIA SOSIAL seperti Facebook,Twitter,WeChat,Whatsapp,Instagram,Blog dan banyak lagi..
Contoh:
- Merasa diri hebat apabila dikenali dan memiliki ramai peminat yang 'like', 'share' mahupun komen di status Facebook dsb.
- 'Berkata-kata' melalui status seolah-olah berdakwah. Namun, sebenarnya mengharapkan pujian sehingga menimbulkan bangga diri.
- Memuat naik gambar-gambar yg memaparkan kehidupannya yang serba mewah dan indah.
- Sentiasa memikirkan apa-apa yang boleh menarik perhatian orang ramai kepadanya dan mengharapkan dirinya sentiasa dipandang mulia melalui perbuatannya di media sosial.
Penyakit ujub ini sangat mudah menyelinap ke dalam hati manusia. Maka, menjadi kewajipan kita utk mengenal pasti ciri-cirinya agar mudah diubati segera.
PENAWAR PENYAKIT UJUB
Menurut Imam al-Syafi'i, penyakit ujub ini ada penawarnya. Katanya, apabila kita merasakan bibit-bibit penyakit ini ada dalam hati, maka tanyakan kepada diri sendiri:
- Reda siapa yang aku cari?
- Pahala siapa yang aku harapkan?
- Hukuman siapa yang aku takutkan?
- Kesihatan dan nikmat mana yang aku hargai?
- Apakah malapetaka dan bencana yang dapat aku elakkan?
Apabila kelima-lima soalan ini sentiasa ditanyakan kepada diri sendiri, InsyaAllah pasti setiap amalan yang kita kerjakan akan ikhlas kerana Allah. Perasaan ujub akan terhakis berdikit-dikit. Bahkan kita juga merasakan setiap amalan yang dilakukan itu sedikit sahaja jika dibandingkan dengan rahmat dan nikmat Allah kepada kita.
Maka, berhati-hatilah dengan perasaan ujub ini yang sangat membahayakan. Jika para sahabat yang kehidupannya itu dididik oleh Nabi SAW secara langsung juga tercemar dengan penyakit ini, apatah lagi kita yang tidak hidup sezaman dengan Nabi. N'auzubillahi minzalik.
Semoga Allah Taala melindungi diri kita semua daripada 'penyakit berjangkit' ijub ini..
Allahumma Amin..
Wallau'alam
Credit to: Majalah Gen-Q isu 34. Kolum Wahyu Ilahi by Ustaz Dr. Hj Zahazan Mohamed
Telaga Biru Sdn Bhd.
Update by:
Al-Faqir Amirul Ikmal Bin Zainal Abidin
Team Tazkirah Ikhwan 3
Jumaat, 23 Rejab 1434.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan