Siapakah itu syiah?Mungkin anda yang sedang membaca ini sudah mengatahui tentang syiah ini sudah tahu sedikit tentang ia. Tetapi adakah mereka sesat? Atau masih boleh dikira sebagai Saudara kita? Isu ni memang penting bagi setiap ahlul Sunnah wal jamaah untuk mengambil tahu
Ini kerana mereka ini sangat licik, pandai menipu dengan method taqiyya iatu menipu bila terdesak. Bila kita tanya mereka kamu sesat? Mereka akan kata kami seperti kamu. Apabila mereka pulang, mereka kembali jadi sesat.
Dengan izin Allah, semoga post ini dapat memberikan kita imej yang jelas tentang fahaman syiah. Tetapi Oleh kerana, syiah ini adalah satu topik yang sangat panjang. Saya akan cuba terbaik untuk meringkaskannya.
Asal usul syiah
Syiah iatu dari perkataan "syiAli" yang bermaksud Parti Ali adalah puak yang taksub dengan Sayyidina Ali. Bagi mereka, Ali yang layak menjadi khalifah dan bukan Abu Bakar dan Umar (RA). Mereka timbul masa Zaman khalifah usman. Ada yang mengatakan syiah dicipta Oleh seorang yahudi yang bernama Abdullah Ibn Saba. Malah syiah menolak tuduhan itu. Tetapi yang peliknya. Nama Abdullah Ibn Saba Ada di dalam kitab mereka.
Mereka adalah golongan yang kononnya cinta kepada ahlul bayt iatu keluarga Nabi SAW. Maka mereka sampai tahap taksub kepada imam 12 mereka.
Siapakah 12 imam tu?
12 imam adalah keturunan Nabi saw. Bermula dari Sayyidina Ali turun ke anaknya Sayyidina Hassan dan ke Hussein dan hinggalah imam Mahdi. Tetapi versi imam mahdi syiah adalah sangat berbeza dari kita. Maka mereka terlalu taksub dengan mereka hingga mereka menyembah mereka.
Dari kata "ya ALLAH." Mereka kata "ya ali" Nauzubillah
Antara kesesatan syiah
Syiah sudah difatwakan sebuah fahaman yang menyelewengkan dan sesat. Ini berdasarkan dengan kitab-kitab mereka juga ulama' mereka yang tidak diragui sudah terkeluar dari Islam. Nauzubillah
Kitab mereka yang penuh dengan kesesatan adalah usul-al- kafi yang mereka kata kitab tu yang paling terbaik.
1. Meletakkan imam 12 sama taraf dengan kedudukan Allah swt
Mereka terlalu taksub dengan iman mereka lalu mengatakan bahawa mereka tau yang Ghaib. Mereka tahu tentang masa depan. Ini sudah syirk yang jelas kerana tidak ada yang tahu masa depan melainkan Allah.
Mereka juga mengatakan bahawa Sayyidina Ali adalah yang Maha kuasa di Hari Kebangkitan. Jelas kufr.
Ini adalah salah satu kepercayaan mereka terhadap 12 imam mereka.
1. Imam adalah maksum (Usul -e - Kafi Vol 1)
2. Mereka boleh tentu halal/haram (Usul -e - Kafi Vol 1 )
3. Lebih mulia dari ambiya (para Nabi) termasuk Rasulullah SAW (Usul -e - Kafi)
2. Mengkufurkan sahabat Dan isteri Nabi SAW
Ini lah yang suka dilakukan syiah yakni mengkufurkan dan melaknat sahabat nabi. Bukan mereka sahaja, tetapi isteri Rasulullah, Aisyah RA, mereka boleh laknat.
Sedangkan kita tahu. Mereka adalah orang yang mulia selepas Rasulullah SAW. Sayyidina Abu Bakar As Sidiq, Umar Ibn Al Khattab, Uthman Ibn Affan RA sudah dijanjikan syurga oleh Rasulullah SAW sendiri! Mereka mengkafirkan orang ahli jannah!
Maka ini jelas membuktikan syiah sudah sesat.
1. Abu Bakar Dan Umar adalah kafir. (Rujukan kitab Haqqul Yaqeen - P552)
2. Abu Bakar Dan Umar masuk jahannam (Rujukan kitab Haqqul Yaqeen - P509 - 510)
3. Laknat lah mereka ketika dalam solat (Kitab Ainul Hayaa P559)
4. Semoga laknat bagi Aysha Dan Hafsa juga kepada ayah mereka (kitab Maqbool Dehlavi - Imaam Baqir- Surah Ali Imraan : 134)
5. Aysha RA adalah munafiq (Hayatul Qutub)
3. Quran itu tidak sempurna
Syiah juga mengatakan bahawa al Quran yang kini kita pegang adalah Quran yang tidak sempurna. Menurut mereka, Quran yang sebenar sudah diubah suai oleh Abu Bakar RA sebab kononnya ayat itu mengatakan tentang Ali. Maka ini jelas mereka telah sesat! Kita wajib yakin Quran itu sempurna dan tidak di ubah suai. Sebab Allah sudah janji untuk memperlihara Al Quran!
1. Quran sebenar ada 17,000 ayat tetapi Quran cuma ada 6000+ (rujuk kitab Usul Kafi P671)
2. Quran kini tidak sempurna (kitabFaslul Kitaab fi Tahrif)
3. Ayat tentang Ali dibuang (Tafseer of Saafi- 1- 32)
4. Syiah Ada quran sendiri (Usul-e-Kafi)
4. Mengkufurkan ahlul Sunnah wal jamaah
Jika syiah boleh mengkafirkan sahabat Nabi yang sudah dijanjikan syurga. Apakah lagi kita?
1. Tidak boleh nikah dengan Sunni sebab mereka kafir (Tahdhidul Akaam/ Ibid Vol 3 P258)
2. Sunni dicipta dari tanah jahannam
(Usul - e- Kafi)
3. 4 imam sunni iatu Imam Hanafi, Syafie, Hanbali, Maliki adalah anjing (Tazkiratul Aimma P102- Baqir majlasi)
5. Hukum hakam yang mengarut
1. Nikah mutaah
2. Menambah dua kalimah syahadah Laa ilaaha illaahu Muhammadur Rasulullaah -Alli waliyullah, Khomeni Hujjatulillaah
3. Menambah azan Ash Hadu Anna - alian Waliullah Wasu Rasulullah was Khalifatu hu bila faslrin"
4. Solat yang berbeza
5. Wudu' yang berbeza
6. Gunakan Quran sendiri dan tafsir sendiri
7. Tolak hadis ASWJ seperti Bukhari
Pandangan ulama' Sunni tentang syiah
Imam Malik berkata : “Orang yang mencela sahabat-sahabat Nabi, maka ia tidak termasuk dalam golongan Islam”
( Al Khalal / As Sunnah, 2-557 )
Al Qurtubi berkata "siapapun yang menghina seorang sahabat atau mencela periwayatannya, maka ia telah menentang Allah, Tuhan seru sekalian alam dan membatalkan syariat kaum Muslimin”. (Tafsir Al Qurthubi, 16-297).
Imam Ahmad berkata " saya berpendapat bahwa dia bukan orang Islam”. ( Al Khalal / As Sunnah, 2-557).
Imam Ghazali berkata "namun ia tetap berkeyakinan bahwa para sahabat itu kafir, maka orang semacam ini adalah kafir. Karena dia telah mendustakan Rasulullah. Sedangkan orang yang mendustakan satu kata saja dari ucapan beliau, maka menurut Ijma’ kaum Muslimin, orang tersebut adalah kafir”.
(Fadhoihul Batiniyyah, halaman 149).
Ibn Taymiyya berkata "Dan tidak ada perselisihan pendapat tentang kekafiran orang semacam ini”
(Ash Sharim AL Maslul, halaman 586-587).
Makasih banyak kak...
BalasPadamBermanfaat banget artikelnya...