Makmum Masbuq dan Makmum Muwafiq
Assalamualaikum Warahmatullah. Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillahirabbil Alamin.
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ali Muhammad. Kali ini kita akan
membahaskan sebuah isu yang sangat penting bagi kita. Iaitu berkenaan “Makmum Masbuq
dan Makmum Muwafiq”.
Ini kerana jika kita tidak mempelajarinya boleh menyebabkan solat kita tak sah atau mungkin
tidak sempurna. Solat jemaah seperti mana dalam hadis adalah 27 pahala kali ganda dari
solat sendirian. Ini dengan syarat jika kita buat dengan sempurna.
Pahala jemaah yang
sempurna adalah seperti ikut tertib imam iaitu tidak laju dari imam, rapatkan saf, ikut imam
dari takbir pertama, baca amin selepas al-Fatihah, maka jika kita ikut semua caranya,
inshaAllah akan mendapat 27 pahala.
Kita juga perlu belajar berkenaan makmum masbuq dan muwafiq jika kita masih keliru, ini
boleh menyebabkan solat kita tidak sah. Sangat penting bagi lelaki kerana mereka
dianjurkan untuk solat jemaah di masjid. Juga diwajibkan untuk solat jumaat.
Dan solat
jumaat mesti dibuat secara jemaah dan jumlahnya mesti 40 orang dan lebih. Maka sudah
tentu tajuk ini sangat penting buat lelaki. Perempuan pula tidak diwajibkan untuk solat
jumaat dan mereka dianjurkan untuk solat di rumah. Tetapi bukan bermakna mereka tidak
perlu ambil tahu tentang ini. Kata nak jadi makmum kepada suami tapi makmum masbuq
dan muwafiq masih lagi keliru.
Mungkin ada yang bertanya lelaki yang dah kahwin mana lebih afdal solat di masjid atau di
rumah bersama keluarganya? Jawabnya adalah jika ahli keluarganya masih perlu tarbiyah,
perlu diajar solat jemaah. Maka afdal solat di rumah dan dia jadi imam supaya dapat lihat
anak dan isterinya solat secara betul. Jika mereka sudah pandai dan tidak perlu lagi
bimbang maka afdal di masjid.
Apa hukum solat jemaah di masjid bagi lelaki?
Pendapat pertama adalah Fardhu kifayah – ia adalah pendapat dalam mazhab Syafi’i dan
ramai ulama berpegang dengannya. Fardhu kifayah ini dengan maksudnya hingga syiar solat jemaah itu dilihat. Justeru, kalau katakan dalam masjid tu hanya ada 2 orang solat jemaah; yakni imam dan bilal sahaja. Sedangkan di kampung tu ada 100 penduduk lelaki muslim. Apakah syiar itu dapat lihat??
Tidak! Dua orang jemaah sedangkan yang 98 lain solat sendiri di rumah mereka. Maka di sini semua orang di dalam kampung itu berdosa kerana tidak gugur fardhu kifayah itu. Tetapi jika sampai nampak syiar maka gugurlah kewajiban tu.
Dalilnya ada di dalam hadis, “Tidaklah 3
orang yang tinggal di suatu kampung atau pelosok tapi tidak melakukan solat jemaah,
kecuali syaitan telah menguasai mereka. Hendaklah kalian berjemaah, sebab serigala itu
memakan domba yang lepas dari kawanannya.” [HR Abu Daud 547 dan Nasai 2/106
dengan sanad yang hasan]
Pendapat kedua adalah Fardhu Ain – Maknanya wajib dibuat secara jemaah di masjid. Jika
tidak ada uzur maka berdosa tetapi tetap sah.
Ini adalah pendapat ulama seperti Atho' bin Abi Rabah, Al-Auza'i, Abu Tsaur, Ibnu
Khuzaemah, Ibnu Hibban, umumnya ulama Al-Hanafiyah dan mazhab Hanabilah
Pendapat ketiga adalah sunat muakad – Sunat muakad ini sangat digalakkan. Pendapat ini
didukung oleh mazhab Al-Hanafiyah dan Al-Malikiyah.
Pendapat keempat adalah syarat sah solat. Ada pun yang kata ia adalah syarat sah solat
dan jika tidak solat jemaah maka tidak sah solat itu. Yang berpendapat seperti ini antara lain
adalah Ibnu Taymiyah dalam salah satu pendapatnya dan Ibnu Qayyim.
Tetapi ulama tidak setuju dengan pendapat ini. Jika lihat hadis Nabi, Nabi sebut bahawa
orang solat jemaah dapat 27 pahala dan sendirian dapat 1 pahala. Jika betul solatnya tidak
sah sendirian kenapa disebut 1 pahala sedangkan tidak sah. Jadi ada 4 pendapat tentang
solat jemaah ini.
Jadi sekarang kita akan bincangkan, apakah itu makmum masbuq dan muwafiq? Apa yang
kita sampaikan ini adalah berdasarkan mazhab Syafi'i. Dan kita ambil dari syarahan Ustaz
Wan Junaidi yang memberi syarahan yang cukup baik.
Mengapa kita sebut berdasarkan Mazhab Syafie? Kerana mazhab lain akan ada pendapat yang lain berkenan Masbuq dan Muwafiq. Jadi kalau dengar orang kata "Mana ada makmum masbuq ni??" Kita anggap dia dari mazhab lain. oleh kerana malam ni kita taknak orang keliru jadi kita focus mazhab Syafie sahaja..
Sebelum tu, semua sila lihat gambar
A. Ini adalah nota yang penting. Sila save dan rujuk gambar ini apabila tidak faham.
BAB 1 – Penerangan Masbuq dan Muwafiq.
Penting sekali untuk kita tahu pasal takrif makmum masbuq dan muwafiq.
Makmum muwafiq adalah makmum yang dapat kadar masa bacaan al-Fatihah secara
sederhana. Makmum masbuq pula yang tidak dapat kadar masa bacaan al-Fatihah secara
sederhana. Baiklah, sila ingat takrif ini. Rujuk pada gambar jika lupa.
Jadi apakah
maksudnya? Apa itu kadar masa bacaan al-Fatihah secara sederhana?
al-Fatihah ini jika dibaca secara sederhana iaitu tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan.
Juga dibaca oleh orang yang sihat dan bukanlah gagap, was-was dan sebagainya. Agaknya
berapa lama masa yang diambil untuk baca al-Fatihah? Katakanlah 30 saat. Jika kita cuba
baca al-Fatihah secara sederhana, tidak baca secara sambung dan cara orang yang sihat
iaitu tak gagap, kita mungkin akan ambil sekurangnya 30 saat. Jadi inilah kadar masa alFatihah
secara sederhana iatu 30 saat.
Jadi jika kita berdiri dengan imam dan tidak dapat 30 saat itu. Maka itu namanya masbuq.
Jika kita dapat bersama imam dan dapat 30 saat itu maka dinamakan sebagai muwafiq.
Jelas?
Bukan maksudnya kita kena lihat jam dalam solat tapi kita boleh anggarkan masa
ketika dalam solat. Kita akan bincangkan dengan lebih mendalam nanti. Ini kerana kita mesti
benar-benar faham takrif ini dan ada yang keliru.
Jika lihat gambar B. Gambar itu diambil buku text sekolah dan ia memberi takrif yang SALAH. Ia kata masbuq itu adalah mereka yang tak sempat baca fatihah dan muwafiq pula
adalah yang sempat baca al-Fatihah.
Ni adalah takrif yang salah. Cuba lihat takrif yang tadi,
sangat beza. Yang betul adalah "yang tidak sempat kadar masa". Sempat baca al-Fatihah
atau tidak, itu kes lain. Kita kene dapat takrif ini dengan betul. Jadi gambar B itu jelas salah
tapi malangnya ada di dalam buku sekolah agama tetapi tak tahu jika sudah tukar. Kerana
bila sudah salah takrifnya maka semua rosak nanti.
Cara Makmum Muwafiq — Wajib habiskan fatihah kerana fatihah tidak ditanggung oleh
imam. Kalau terus rukuk, solat tidak sah kerana dia belum habis lagi baca fatihah dan sudah
langgar tertib.
Cara Makmum Masbuq — Tidak wajib habiskan seluruh fatihah dan wajib terus rukuk
dengan imam kerana fatihahnya ditanggung oleh imam. Dia perlu rukuk dengan imam dan
dapat tuma'ninah iaitu perlu diam seketika yang kadarnya satu tasbih. Maka dia akan dapat rakaat tersebut. Jika dia
sengaja nak habiskan fatihahnya juga, hingga imam sudah bangun dari rukuk. Lalu dia terus
rukuk sedangkan imam dah bangun dari rukuk, maka batal solat kita.
BAB 2 – Hukum untuk Makmum Muwafiq.
Kita sudah terangkan tadi bahawa muwafiq adalah makmum yang dapat kadar masa alFatihah
iaitu lebih kurang 30 saat atau mungkin 20 saat.
Scenario 1: Lambat sebab tidak ada uzur.
Katakan kita solat bersama imam dalam solat Zuhur. Imam berdiri 1 minit. Lalu rukuk.
Soalannya, dapat tak kadar masa iaitu 20-30 saat? Dapat, malah lebih sebab imam berdiri 1
minit. Apabila Imam rukuk, kita tidak rukuk. Kenapa? Sebab katanya nak habiskan surah
padahal surah itu sunat sahaja. Jika Imam sampai 2 rukun panjang, batal solat kita.
Rukun panjang adalah seperti rukuk dan sujud. Iktidal dan duduk antara dua sujud adalah
rukun pendek. Jadi jika imam sudah buat 2 rukun panjang, batal solat kita. Contoh seperti
tadi, kita masih baca surah (bukan al-Fatihah tapi surah lain), dan imam sudah rukuk =
belum batal. Imam bangun iktidal dan kita masih berdiri = belum batal.
Sebab iktidal adalah
rukun pendek. Imam terus sujud dan kita masih diri. Dah dua rukun panjang. Jika imam
bangkit dari sujud. Batal solat kita. Melainkan jika kita segera mengikut imam, kalau tidak,
batallah solat kita.
Scenario 2: Lambat sebab ada uzur.
Tadi scenario 1 tidak ada uzur sebab surah hanyalah sunat dan kita tidak dikira uzur. Kini
katakan jika ada uzur. Misalnya kita terlupa. Katakan kita bersama imam berdiri selama 1
minit. Dapat tak kadar masa? Ya, dapat. Maka kamu muwafiq. Tapi tak tahu kenapa dan
macam mana kita lupa untuk baca al-Fatihah. Apabila imam rukuk, barulah kita ingat yang
kita belum baca al-Fatihah lagi. Ingat, kamu adalah muwafiq. Cara muwafiq adalah tidak
boleh rukuk selagi tidak habis al-Fatihah.
Apa perlu buat? Habiskan al-Fatihah walaupun imam sudah rukuk. Tetapi berbeza dengan
scenario 1 kerana scenario 1 tidak ada uzur, manakala scenario 2 ada uzur iaitu terlupa,
maka diberi 3 rukun panjang. Maknanya kamu tidak boleh lambat dari imam lebih dari 3
rukun panjang. Yang scenario 1 yang tidak ada uzur diberi 2 rukun panjang sahaja. Jadi dia
perlu menghabiskan al-Fatihah secepatnya sebelum imam sampai ke sujud yang kedua.
Kita akan bincang lagi kemudian.
BAB 3 – Hukum untuk Makmum Masbuq.
Tadi kita faham bahawa makmum masbuq adalah mereka yang tidak sempat kadar masa alFatihah
yang lebih kurang 20-30 saat.
Scenario 1: Kes yang dapat rakaat.
Kita masuk solat jemaah waktu maghrib. Imam sedang buat rakaat 1 dan sedang baca
surah al-Ikhlas. Kita masuk dan takbir. Tapi imam dah nak dekat habis lalu dia terus rukuk.
Dia cuma ada 10 saat je mungkin dia masih baca al-Fatihah di bahagian ayat ketiga.
Soalannya, dia ni masbuq atau muwafiq? Masbuq, sebab dia tidak dapat kadar masa baca
al-Fatihah. Maka apa cara masbuq? Caranya, dia Wajib rukuk segera kerana al-Fatihahnya
telah ditanggung oleh imam. Oleh kerana dia dapat rukuk dengan imam secara tu’maninah.
Maka dia dapat rakaat 1 itu. Oleh itu, hinggalah imam beri salam, dia sudah ada 3 rakaat
dan tidak perlu bangun untuk tambah rakaat apa apa.
Jadi kesimpulannya jika seorang ini dapat rakaat dengan imam secara tu’maninah bererti
dia telah dapat rakaat tersebut. Nak faham dengan mudah, begini: Maghrib ada 3 rakaat,
jadi ada 3 rukuk. Kalau dia dapat buat 3 rukuk dengan imam maksudnya dia sudah dapat 3
rakaat dan tidak perlu lagi tambah rakaat.
Scenario 2: Kes yang tidak dapat rakaat.
Katakan imam sedang buat maghrib dan masih di rakaat pertama. Lalu dia rukuk. Kita pun
datang dan takbir, (takbir secara qiam dahulu) lepas itu takbir lagi dan rukuk. Kalau kita
dapat rukuk dalam keadaan imam pun rukuk secara tu’maninah (iaitu diam seketika). Maka
dapatlah rakaat. Lalu imam pun bangun untuk iktidal dan kita masih nak rukuk, maka
hukumnya boleh tapi afdal berdiri sekali ikut imam.
Tapi katakan kita rukuk. Imam terus bangun untuk iktidal. Dapat tak rukuk bersama imam?
Tidak sempat, maka tidak dapat rakaat tersebut dan Wajib bangun dan ikut imam. Jika kita
masih dalam keadaan rukuk juga walaupun imam dah bangun, maka batal solat kita.
BAB 4 – Permasalahan bagi Makmum Muwafiq.
Masalah uzur: Kita tadi faham bahawa bilamana ada uzur kita diberi 3 rukun panjang dan
jika tidak uzur hanya diberi 2 rukun panjang sahaja. Oleh itu uzur yang bagaimana? Sila
rujuk nota.
Uzur pertama adalah “Lupa”. Ini kita dah cerita berkenaan makmum yang lupa nak baca alFatihah.
Apabila dia sedar yang dia lupa, imam sudah pun rukuk maka dia tidak boleh rukuk.
Dia mesti baca al-Fatihah sehingga habis. Dan dia diberi 3 rukun panjang.
Uzur kedua adalah “Syak”. Syak ini bukanlah was-was, sebab was-was dari syaitan. Syak
ini seperti apabila imam rukuk. Dia syak sama ada dia baca atau tidak. Maka hukumnya
sebagai tidak baca. Jadi dia wajib baca sebab dia tidak yakin sudah baca al-Fatihah. Oleh
tu, dia perlu baca dan habiskan al-Fatihah.
Uzur ketiga adalah “Gagap”. Gagap ini juga merupakan keuzuran kerana dia tidak dapat
baca fatihah secara lancar. Kadang kala hingga imam sudah rukuk. Maka dia diberi 3 rukun
panjang dan wajib baca al-Fatihah hingga habis.
Uzur keempat adalah “Membaca doa Iftitah”. Waktu dia baca doa iftitah lalu imam rukuk
sebab imam itu hanya baca al-Fatihah sahaja dan tidak baca doa iftitah. Dalam hal ni bukan
salah kita kerana kita sangka dia baca doa iftitah. Maka kita dikira uzur.
Uzur kelima adalah “Imam baca surah pendek". Kita tidak baca al-Fatihah waktu imam
baca al-Fatihah. Dan waktu kita nak baca al-Fatihah, imam baca surah pendek hingga kita
tidak sempat baca al-Fatihah. Dalam hal ini, kita muwafiq sebab kita dapat kadar masa alFatihah
iaitu 20-30 saat. Cuma kita tidak mahu baca al-Fatihah waktu imam baca al-Fatihah.
Oleh itu, ini namanya uzur dan kita wajib habiskan al-Fatihah sehingga habis.
Uzur keenam adalah “Imam tidak baca al-Fatihah”. Sama juga seperti di atas. Oleh itu, ini
adalah yang uzur bagi makmum muwafiq. Dia tetap wajib habiskan al-Fatihah dan dia diberi
3 rukun panjang. Tapi jika imam sudah sujud yang kedua dan dia masih lagi berdiri baca alFatihah.
Lalu imam nak bangun untuk rakaat yang kedua. Apa patut buat?
Ada 2 cara:
1. Kita makmum niat mufarakah iaitu niat putus tidak ikut imam,
2. Paling afdal adalah cara ini. Iaitu kita tetap berdiri dan tunggu imam berdiri untuk bangun.
Kita terus ikut dia seperti biasa. Rakaat yang pertama tadi, kita tidak dapat. Selepas imam
beri salam, kita bangun dan tambah satu rakaat. Kalau Imam tidak bangun untuk rakaat
seterusnya tapi dia duduk tahiyat akhir kerana dah rakaat terakhir, dan kita masih berdiri
lagi, Wajib terus duduk tahiyat akhir (tidak payah rukuk dan sebagainya) Lepas imam beri
salam. Kita bangun dan tambah satu rakaat kerana tadi kita tidak dapat.
Bab 5 - Permasalahan.
Scenario 1: Imam baca terlalu cepat dalam solat zuhur rakaat kedua, hanya dalam 10 saat
dan dia terus rukuk. Solusinya: Makmum jadi masbuq. Sebabnya tidak dapat kadar masa
bacaan al-Fatihah secara sederhana. Apa nak buat? Wajib terus rukuk. Kalau tidak rukuk?
Apabila imam bangun iktidal dan kita rukuk, maka batallah solat.
Nota - Walaupun pada rakaat kedua. Masbuq ini boleh terjadi bukan hanya pada rakaat
pertama malah ia terjadi untuk semua rakaat.
Scenario 2: Seorang gagap yang membaca al-Fatihah pada solat zuhur rakaat 1. Imam
sudah rukuk tapi dia masih belum habis baca lagi. Solusinya: Dia jadi muwafiq, sebabnya
dia dapat kadar masa cuma lambat habis kerana gagap. Apa nak buat? Habiskan al-Fatihah
sebelum imam buat 3 rukun panjang.
Scenario 3: Seorang yang badan besar. Imam buat tahiyat awal dan bangun untuk rakaat 3.
Dia badan besar dan bermasalahan untuk bangun. Apabila dia bangun, imam sudah rukuk.
Solusinya: Dia jadi masbuq, sebabnya tidak sempat kadar masa. Apa nak buat? Terus
rukuk.
Scenario 4: Imam solat maghrib rakaat 1. Imam lupa baca surah selepas al-Fatihah, lalu
terus rukuk. Solusinya: Makmum jadi muwafiq sebabnya dia dapat kadar masa. Apa nak
buat? Habiskan al-Fatihah secepat mungkin.
Baiklah, sampai disini pembincangan kita.
Harap semua dapat faham apa yang
disampaikan. Kita akhiri dengan selawat ke atas junjungan nabi kita iaitu Nabi Muhammad
SAW dan Surah al-Asr.
Wallahualam bisawb
Terima kasih kerana sudi membaca.
Terima kasih. Boleh tak saya nak bertanya.. Bagi makmum masbuq bagaimana keaddan duduknya di saat imam tahiyat akhir? Adakah dia perlu mengikut imam atau boleh duduk dalam tahiyat awal?.. jzkk..
BalasPadamDuduk tahiyat awal : iftirosh
PadamDuduk tahiyat akhir : tawaruk
Jika imam duduk tawaruk, mudahnya, ikut ajer apa yg imam buat. Takder siapa boleh kata salah.
Tp lbh utama ikut mazhab Syafe'i, iftirosh, sbb kita masbuk, duduk tu bukan duduk terakhir kita.
mohon share
PadamBg kaum lelaki tidak sempurna solat fardhunya jika tidak berjamaah, paling sempurnanya solat berjamaah itu pula adalah di masjid masjid di mana azan dilaungkan dan di mana solat Jumaat didirikan.
BalasPadamTidak kita jumpai Hadis, Nabi saw solat fardhu secara sendirian di rumah.
Memakmurkan masjid masjid Allah swt dgn bersolat jamaah adalah tanda buktinya iman yg sempurna (9:18).
Org Islam berbagai tingkatannya ;
BalasPadamGolongan pertama, mengaku Islam, ngucap tahu, yg lain hapah tak tahu dan tak ambil tahu. Hukum hakam agama main larong ikut suka. Ngaku Islam, tak ngaku murtad, tak ngaku keluar dr Islam. Status sebenar, serah jer pd Tuhan. Kalau mati kita urus jer cara Islam.
Golongan kedua, kadang solat kadang tidak, perkara perkara kufur bnyk yg dilanggarnya, kadang Islam, kadang kufur. Jahil tak mahu belajar ker, dah rasa tahu semua ker, atau mmg fasik jenis tak kesah, tak tahu ler yg mana satu. Ketahuilah, batasnya Islam dan kufur itu adalah meninggalkan solat fardhu dgn sengaja.
Golongan ketiga, solat fardhu OK, kalau tinggal pun diqada'nya, perkara perkara kufur dijauhinya, tp kefardhuan lain problem, yg wajib bnyk juga tak dibuatnya, yg haram bnyk juga yg dilanggarnya. Ni ciri ciri muslim yg tidak sempurna atau cacat imannya.
Golongan keempat, ni nak ceriternyer ni jenis org yg selalu berjamaah kat masjid masjid, nak cari org cenggini, boleh jumpa kat masjid masjid. Jenis muslim mukmin soleh. Hidup dlm batasan agama. Yg wajib dibuatnya semampu mampunya, yg haram dijauhi semampu mampunya. Kalau terbuat pun, dia tak nafi kesalahan dan kelemahan dirinya, ngaku salah, segera istighfar dan taubat. Yg sempurnanya golongan ni mesti jenis org yg syukur dan sabar. Sekurang kurangnya pulak, mesti selalu baca Quran.
PadamGolongan kelima, muslim mukmin muttaqin. Sempurna syariatnya, sempurna imannya sentiasa syukur dan sabar, mulia akhlaknya. Disebut Tuhan dgn sifat sifat pemurah, penyabar, pemaaf, penyantun, sentiasa zikrullah dan sentiasa taubat. Diringkaskan Nabi saw pulak cirinya, bersifat tenang, tawaddu' dan bersopan santun berlemah lembut. Dikenali mrk ini diklgn org org yg sentiasa dlm keadaan berzikrullah.
Golongan keenam, entahkan ada lg ker tidak, syariatnya dan akhlaknya, ringkasnya, Quran dan Sunnah. Dlm dan luas ilmu serta kefahamannya, benar kata katanya, benar akhlaknya, benar firasatnya, bahkan benar mimpi mimpinya.
Sedikit perkongsian.
Golongan keempat dikenal sbg mukminin.
PadamGolongan kelima dikenal sbg muttaqin.
Golongan keenam dikenal sbg siddiqin.
Golongan ketiga muslim yg menzalimi dirinya sendiri.
Golongan kedua muslim fasikin.
Golongan pertama, tak konfirm status, sgt ditakuti tergolong munafikin atau semmgnya dah tergolong kafirin.
Renung renungkan golongan manakah kita ?
Golongan pertama dan kedua juga disebut sbg pelaku perbuatan kufur atau "allazina kafaru" bersama sama dgn golongan yg semmgnya kafir. Cumanya pelaku perbuatan kufur, tidak semestinya terus menjadi kafir atau murtad. Namun begitu, jika tidak bertaubat, mk...
Padam"Dan demikianlah telah pasti Kalimat Tuhanmu ke atas pelaku pelaku perbuatan kufur bahawa sesungguhnya mrk itu adalah penghuni Neraka." 40:6.
"Dan pelaku pelaku perbuatan kufur, bg mrk Neraka Jahannam,..." 35:36.
Kekal atau tidak mrk di dlmnya, terserah Allah swt.
"Mrk (org org yg celaka) kekal di dlmnya selagi ada langit dan bumi, kecuali Tuhanmu Mengkehendaki yg lain. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana atas apa yg Dia Kehendaki." 11:107.
"...Neraka itulah tempat diam kamu, kekal kamu di dlmnya, kecuali jika Allah (swt) Mengkehendaki yg lain. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lg Maha Mengetahui." 6:128.
Sedang org org yg semmgnya kafir, murtad dan munafik, semmgnya dijanjikan Neraka yg mrk kekal di dlmnya.
"Dan takutlah kamu pd Neraka yg dijanjikan utk org org kafir." 3:131.
Org org kafir (al kafirin) itu pula 4 golongannya.
Padam1. Org kafir asal yg tak pernah mengucap Syahadah.
2. Bekas org Islam yg mengaku murtad, keluar dr agama Islam, atau mengaku tidak beragama.
3. Bekas org Islam yg disahkan murtad dan kafir oleh pihak berkuasa agama yg sah.
4. Munafikin. Munafikin, zahirnya Islam, mk mrk tetap dianggap org Islam walau pun terlihat bnyk sekali sifat munafik pd dirinya, kerana yg mengetahui hakikat munafiknya dia hanyalah Allah swt.
Mengenali kedudukan diri melalui solat ;
BalasPadamA. Pelaku perbuatan kufur ("allazina kafaru"), fasikin.
1. Tak kisah nak solat.
2. Kadang solat kadang tidak, ikut sempat, ikut suka, ikut mood.
B. Muslim yg yak sempurna imannya.
3. Solat fardhu cukup, jika tertinggal diqadha'nya, tp tiada khusyuk, tiada sempurna dr segi rukun rukun dan syarat syaratnya.
C. Mukmin yg soleh.
4. Sempurna solat solat fardhunya, zahir dan batinnya. Batin, dgn sentiasa khusyuk dan hadir hatinya. Zahir, dgn sempurna segala rukun rukun dan syarat syaratnya. Dan bg kaum lelaki, sempurnanya solat fardhu adalah dgn berjamaah di masjid masjid atau di surau surau.
5. Sudah merasa nikmatnya solat, hingga sering dia memperbnykkan solat solat sunatnya, dan sering juga dia memperpanjangkan solat solat sunat yg dilakukannya secara sendirian.
6. Solat adalah nikmat terbesar yg dirasakannya.
Assalamualaikum.. sy dah tlewat dr dgn kawan tuk jemaah, tp sy smpat bniatkan sebagai makmum, sy takbir, lepas tu sy blur, kalut sedikit, lepas tu sy sdar sy kena duduk tahiyat akhir tanpa rukuk, ms sy nak duduk tu kwn pun bg salam, jd sy x duduk tahiyat, sy truskn saja spti biasa.. apakah solat sy sah selepas ada kecuaian sy td.. tiba2 kalut, biasanya sy trus join imam..
BalasPadamWellbeing care is a fundamental part to medical services benefits and can work wellnesspitch related to clinical and recovery benefits or forestall or lessen the requirement for dangerous and exorbitant intercessions, including medications and medical procedure.
BalasPadam