Memaparkan catatan dengan label Kata-kata hikmah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kata-kata hikmah. Papar semua catatan

Rabu, 11 Jun 2014

Urus MASA KECEWA

Apabila sasaran atau matlamat yang diimpikan tidak kesampaian, perasaan kecewa akan melanda diri. Kecewa apabila keputusan peperiksaan yang diperoleh tidak seperti yang diharapkan, kecewa kerana permohonan ke universiti yang diidam-idamkan ditolak. Malah berasa kecewa setelah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu, namun ada halangan mendatang sehingga akhirnya kita gagal.
Untuk menjadi seseorang yang tidak pernah berputus asa, seharusnya ujian kekecewaan ini dapat diatasi dengan baik. Sebagai seorang yang mengaku dirinya Muslim, apa jua perkara yang berlaku perlu diterima dengan reda. Malah, ditangani dan diurus dengan penuh hikmah. Wahai orang yang kecewa, berimanlah dengan qada' dan qadar Allah!!

MENGENDALIKAN KECEWA

Tatacara mengurus diri seseorang yang dalam kekecewaan hanya benar-benar dapat dipraktikkan apabila kecewa itu menjadi realiti. Biasanya orang yang kecewa akan berkata: "Kamu cakap senang, buat itu ini, tetapi saya yang menanggung kekecewaan." Seharusnya ucapkan begini: "Saya ada plan B selepas kecewa dengan kegagalan plan A." 
Ya, itulah langkah yang perlu diambil untuk mengatasi perasaan kecewa. Mengurus masa kecewa boleh diumpamakan seperti orang yang sedang berlari laju dan menghampiri garisan penamat, namun tiba-tiba jatuh tersungkur. Tempoh masa ketika dia jatuh sehingga dapat berlari semula itu ialah masa kecewa buat dirinya.
Justeru, uruslah masa kecewa ini dengan bijak. Semangat yang kuat akan membuahkan hasil yang baik. Dalam tempoh tersebut, benarkan perkara positif meresap dalam diri. Didik diri menjadi orang yang optimis bukan pesimis. Fikirannya membayangi kejayaan yang bakal ditempuh sehingga mampu mengatasi kisah kegagalan yang telah terjadi. 
Pelajari kesilapan lalu untuk kita tempa kegemilangan masa depan. 

MENGINGATI ALLAH

Siapalah kita untuk menafikan janji Allah, bahawa dengan mengingati-Nya boleh memberi ketenangan yang hakiki. Inilah ubat paling mujarab yang tiada tandingan. Penawar percuma dan tidak boleh dibeli di mana-mana. Ia semudah dengan mendidik hati kita menerima ketentuan Allah dan kembali kepada-Nya.
Lazimi istighfar, tanda kita mengakui kesilapan yang dilakukan. Ucpkan alhamdulillah daripada sekecil-kecil kurniaan-Nya, agar apabila mendapat kejayaan yang lebih besar kita tidak melupakan-Nya. Teruskan memuji Allah kerana dengan kuasa-Nya sahaja kita boleh menikmati kehidupan sehingga hari ini. Malah, belum terhitung lagi nikmat lain yang diberikan iaitu iman,Islam dan keluarga bahagia. 


Harus diberi perhatian, ingat kepada Allah bukan ketika kecewa sahaja. Cintailah Allah sepenuh jiwa, dan ingatilah Allah setiap ketika. Benar, Allah tempat kita mengadu apabila ada ujian melanda. 
Utamakan Allah dalam apa jua tindakan. Bukan hanya sedih,kecewa,keluh-kesah dan risau, bahkan mengingati Allah mesti didahulukan ketika gembira, senang hati dan lapang dada.
Kekecewaan yang menimpa kita seharusnya dipujuk dengan janji Allah ini:
"Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."
(Surah al-Taubah 9:40)

Moga-moga kecewa yang menimpa mengandungi hikmah yang besar yang belum kita ketahui. Bukankah Allah mempunyai perancangan yang Maha Hebat.. :)
Wallahu'alam bisawab..
Rujukan:
Majalah Gen-Q isu 34
Kolum 24/7,
Kolumnis: Khadijah Khalilah Abd Rahsid 
Edit by:
Amirul Ikmal (TTI 3)
13 Syaaban 1435/11.6.14

Jumaat, 23 Mei 2014

JAGA-JAGA NANTI UJUB



Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
ALLAH SWT TELAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD:
"SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH BANYAK MENOLONG KAMU DI MEDAN-MEDAN PERANG. DAN INGATLAH PADA PEPERANGAN HUNAIN, KETIKA KAMU MENJADI SOMBONG DENGAN BILANGAN KAMU YANG RAMAI, SEDANGKAN JUMLAH YANG BANYAK ITU TIDAK MEMBERI MANFAAT KEPADA KAMU SEDIKIT PUN. DAN BUMI YANG LUAS ITU MENJADI SEMPIT KEPADAMU, KEMUDIAN KAMU BERPALING (BERUNDUR) DAN MELARIKAN DIRI. KEMUDIAN ALLAH MENURUNKAN KETENANGAN KEPADA RASUL-NYA DAN ORANG YANG BERIMAN. DAN ALLAH MENURUNKAN BALA TENTERA YANG KAMU TIDAK MELIHATNYA (PARA MALAIKAT) DAN 'DIA' MENIMPAKAN BENCANA KEPADA MEREKA YANG KAFIR. DEMIKIANLAH, ITU BALASAN BAGI ORANG KAFIR."
[Surah At-Taubah 9:25-26]


Perang Hunain telah dicemari dengan kata-kata ujub daripada seorang Muslim yang bernama Salima bin Salamah bin Waqasy. Katanya: "Pada hari ini, kita tidak akan dikalahkan." 
Kata-kata ini terpacul setelah melihat bilangan tentera Islam yang begitu ramai sehingga menimbulkan kekaguman dalam dirinya. Namun, Rasulullah SAW tidak senang dengan ucapan Salima.
Dalam Tafsir Ma'alim al-Tanzil, kata-kata tersebut bukan sahaja tidak disenangi oleh Rasulullah, bahkan juga tidak diredai oleh Allah kerana dibayangi dengan perasaan ujub. Lalu Allah SWT menegur dengan menurunkan ayat ini.
UJUB MODEN
Bayangkan keadaan mereka ketika itu. Walaupun hanya terdetik perasaan yakin untuk menang sudah ditegur oleh Allah, bagaimana pula dengan keadaan kita?
     Jika dahulu, mungkin ujub akan sentiasa wujud apabila terdetik di hati:
  1. Aku subuh-subuh pun sanggup solat di masjid walaupun hujan lebat.
  2. Aku setiap kali solat, sunnah berjubah dan berserban sentiasa istiqamah.
  3. Sibuk mana pun aku, aku tetap solat awal waktu dan berjemaah.
  4. Doa aku selalu makbul. Aku dekat dengan Allah
                   Namun, mungkin kini tidak lagi. Penyakit ini telah 'dimodenkan' selari mengikut arus teknologi. Bahkan lebih parah lagi apabila kita pula yang gagal menyedarinya.

Contoh UJUB MODEN yang berlaku pada masa kini berikutan ledakan teknologi yang semakin pesat lagi-lagi dengan adanya MEDIA SOSIAL seperti Facebook,Twitter,WeChat,Whatsapp,Instagram,Blog dan banyak lagi..
Contoh:

  • Merasa diri hebat apabila dikenali dan memiliki ramai peminat yang 'like', 'share' mahupun komen di status Facebook dsb.
  • 'Berkata-kata' melalui status seolah-olah berdakwah. Namun, sebenarnya mengharapkan pujian sehingga menimbulkan bangga diri.
  • Memuat naik gambar-gambar yg memaparkan kehidupannya yang serba mewah dan indah.
  • Sentiasa memikirkan apa-apa yang boleh menarik perhatian orang ramai kepadanya dan mengharapkan dirinya sentiasa dipandang mulia melalui perbuatannya di media sosial.
Penyakit ujub ini sangat mudah menyelinap ke dalam hati manusia. Maka, menjadi kewajipan kita utk mengenal pasti ciri-cirinya agar mudah diubati segera.

PENAWAR PENYAKIT UJUB

Menurut Imam al-Syafi'i, penyakit ujub ini ada penawarnya. Katanya, apabila kita merasakan bibit-bibit penyakit ini ada dalam hati, maka tanyakan kepada diri sendiri:
  • Reda siapa yang aku cari?
  • Pahala siapa yang aku harapkan?
  • Hukuman siapa yang aku takutkan?
  • Kesihatan dan nikmat mana yang aku hargai?
  • Apakah malapetaka dan bencana yang dapat aku elakkan?
Apabila kelima-lima soalan ini sentiasa ditanyakan kepada diri sendiri, InsyaAllah pasti setiap amalan yang kita kerjakan akan ikhlas kerana Allah. Perasaan ujub akan terhakis berdikit-dikit. Bahkan kita juga merasakan setiap amalan yang dilakukan itu sedikit sahaja jika dibandingkan dengan rahmat dan nikmat Allah kepada kita.

Maka, berhati-hatilah dengan perasaan ujub ini yang sangat membahayakan. Jika para sahabat yang kehidupannya itu dididik oleh Nabi SAW secara langsung juga tercemar dengan penyakit ini, apatah lagi kita yang tidak hidup sezaman dengan Nabi. N'auzubillahi minzalik.

Semoga Allah Taala melindungi diri kita semua daripada 'penyakit berjangkit' ijub ini..
Allahumma Amin..
Wallau'alam

Credit to: Majalah Gen-Q isu 34. Kolum Wahyu Ilahi by Ustaz Dr. Hj Zahazan Mohamed
               Telaga Biru Sdn Bhd.

Update by: 
Al-Faqir Amirul Ikmal Bin Zainal Abidin
Team Tazkirah Ikhwan 3
Jumaat, 23 Rejab 1434.



Ahad, 4 Mei 2014

Fi Hifzillah :)

Ucapan lain "TAKE CARE" adalah "FI HIFZILLAH"

(semoga dalam pemeliharaan Allah) Kalau kita lafazkan 'take care',kita minta dia untuk menjaga dirinya,tapi kalau kita kata 'fi hifzillah',kita minta Allah jagakan dia... 

Jadi, mana yang paling best ? Sebab yang pertama tu, kita mengharapkan pada kemampuan yang terbatas.

 Tapi yang kedua, kita mengharapkan pada kekuasaan yang tiada batas! MasyaAllah, Subhanallah.. 

~ fi hifzillah sahabat-sahabatku!! ♥ ~

Khamis, 27 Februari 2014

Kata Kata Hikmah Imam Al Ghazali






Ilmu yang tidak disertakan dengan amal itu namanya gila dan amal yang tidak disertai ilmu itu akan sia-sia. [imam al Ghazali]

"Barangsiapa yang menghabiskan waktu berjam-jam utk mengumpul harta kerana takut miskin. Maka dialah org miskin." - Imam Al-Ghazali


---------------------------------------------

 Seorang lelaki yang berakhlak buruk menzalim dirinya sendiri.
[Imam Ghazali]

Carilah teman untuk menenangkan hati dan fikiran, maka perhatikanlah baik baik tentang keselamatanmu dan kesejahteraannya. [imam al Ghazali]

Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan
menahan kehendak yang berlebih-lebihan. (Imam al Ghazali)

 Hiduplah sebagai mana yang kau sukai tetapi ingat bahawasanya
engkau akan mati , cintailah pada sesiapa yang engkau kasihi tetapi
jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya dan
buatlah apa yang engkau kehendaki tetapi ketahuilah bahawasanya
engkau akan menerima balasan yang setimpal dengannya. [imam al Ghazali]

Bersungguh – sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah
kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan
berada dalam bahaya kesesatan. (Imam Al Ghazali)

Barangsiapa yang memilih harta dan anak – anaknya daripada apa
yang ada di sisi Allah, niscaya ia rugi dan tertipu dengan kerugian
yang amat besar. (Imam Al Ghazali)

Yakinlah semata- mata dengan memiliki ilmu belum tentu lagi menjamin keselamatan di akhirat kelak. [imam al Ghazali]

Jangan brteman dengan teman yang hanya ada ketika sihat atau kaya, kerana teman seperti itu sungguh berbahaya sekali bagi kamu dibelakang hari - Imam Ghazali

Kecintaan kepada Allah melingkupi hati, kecintaan ini membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal. (Imam Al Ghazali)

Bersikap tawadduklah dalam segala bidang pergaulan. [imam al Ghazali]

carilah teman untuk menenangkan hati dan fikiran, maka perhatikanlah baik baik tentang keselamatanmu dan kesejahteraannya.[imam al Ghazali]

'Salah satu ketentuan Allah SWT yaitu dengan berdo'a , karena do'a sebab dari tertolaknya bala" (Al Imam Ghazali)

Yang dekat itu 'kematian' Ingat ajal selalu mengiringi langkah kita di sepanjang waktu.(imam al Ghazali)

Yg ditunggu ALLAH swt itu 'taubat' Sesungguhnya ALLAH sngt menyukai hamba hamba-Nya yang bertaubat dari maksiat dan perbuatan dosa.(imam al Ghazali)

Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana
mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas
kesalahannya. [imam al Ghazali]

Rusaknya negara krn rusaknya penguasa. Rusaknya penguasa krn rusaknya ulama. Dan, rusaknya ulama krn rusaknya hakim. (Imam al-Ghazali)

Yang menenteramkan hati itu 'teman sejati' Jadilah teman sejati yang selalu ada untuk seseorang dalam suka dan duka. (Imam al Ghazali)

Yang mendorong ke neraka itu 'lidah'
Salamatul insan fi khifdhil lisan. Akan selamat manusia jika ia pandai
menjaga lidahnya. (Imam al Ghazali)

Pilih kawan yang berakal jangan pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati - Imam Al Ghazali

Jadikan kematian itu hanya pada badan kerana tempat tinggalmu
ialah liang kubur dan penghuni kubur sentiasa menanti
kedatanganmu setiap masa. (Imam Al Ghazali)

Cinta merupakan sumber kebahagiaan dan cinta terhadap Allah harus
dipelihara dan dipupuk, suburkan dengan shalat serta ibadah yang
lainnya. (Imam Al Ghazali)

Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah.
Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad.
(Imam Al Ghazali)

"Kamu mesti meyakinkan hati bahawa apa yang Allah telah menetapkan yang paling sesuai dan paling bermanfaat untuk kamu." (Imam Al-Ghazali)

Siksa buat ulama adlh kematian mata hatinya: ketika mrk memburu dunia melalui amalan akhirat -Al-Ghazali

"Semua orang-orang yang kamu bimbang tentang mereka,  Adakah mereka yang mencipta kamu?" - Imam Al-Ghazali 

Taqwa adalah menjalankan perintah-perintah Allah yang Maha Tinggi dan berpaling dari apa yang Allah telah dilarang (Imam Al-Ghazali)

Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan. (Imam Al Ghazali)

 "Untuk mendapatkan apa yang kamu suka, kamu mesti bersabar dengan apa yang anda benci ..." - (Al Ghazali)

Peringkat pertama ikhlas itu adalah bahawa perbuatan ketika kehidupan perindu dan ketika di awam kamu hendaklah sama"-Imam Al-Ghazali


Yang Besar itu Nafsu, 
Yang Berat itu Amanah,
Yang indah itu Solat,
Yang dekat itu Mati... 

(Imam Al-Ghazali)

 "Jika kamu melihat seorang ulama mengumpat ulama lain, elakkan dia." - Imam Al-Ghazali

Celakalah bagi orang yang jahil  untuk tidak belajar. Celakah bagi ulama seribu kali untuk tidak mengamalkannya.

 Jadikan kematian itu hanya pada badan kerana tempat tinggalmu liang kubur ، penghuni kubur sentiasa menanti kedatanganmu. (Imam Al Ghazali)

 "Rosaknya rakyat disebabkan rosaknya Pemimpin"

'Jika seorang lelaki tidak tahu dirinya sendiri, yang merupakan perkara yang paling dekat dengannya, maka apa yang penggunaan dia mendakwa tahu orang lain' Imam Al Ghazali

 "Aku akan mencari ilmu hanya karena Allah, dan aku tidak akan mencari jika untuk selain Allah"-Imam al-Ghazali

 Orang-orang yg mempunyai hati mengetahui.. Kebahagian takkan tercapai kecuali dengan 'Ilmu & Ibadah [Imam Al Ghazali]

"Barangsiapa yg menghabiskan waktu berjam-jam utk mengumpul harta kerana takut miskin. Maka dialah org miskin." - Imam Al-Ghazali

Yang mendorong ke neraka itu 'lidah' Salamatul insan fi khifdhil lisan. Akan selamat manusia jika ia pandai m'jaga lidahnya. (Imam al Ghazali)

“Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia.
Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.” – Imam Al-Ghazali

Orang beriman akan melihat rupa Malaikat Maut sebagai pemuda tampan, berpakaian indah dan sangat harum. - Imam Ghazali -

Aku hairan dengan manusia yang selalu mencuci mukanya, tapi tidak selalu mencuci hatinya.  ( Imam Al Ghazali )

 "Sesungguhnya Kebanyakan Jeritan Penghuni Neraka Adalah Disebabkan oleh Penangguhan Taubat... allahuakhbar :') -Imam al-Ghazali"

 Kecintaan kepada Allah melingkupi hati, kecintaan ini membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal. 
-Imam Al Ghazali-

makhluk paling mulia ialah manusia, Bagian yang termulianya HATI ~Imam Al Ghazali (ahli teori filosofi muslim persia)

Yang Paling Dekat dgn kita adh "MATI" 
Yang Paling Jauh dgn kita adh "MASA LALU"
Yang Paling Besar di dunia ini adh "NAFSU"
(#ImamGhazali)

"nafsu menjadikan hamba daripada raja-raja dan kesabaran menjadikan raja-raja daripada hamba." -Imam al-Ghazali -

“Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.”
(Imam Al-Ghazali)

Imam Al-Ghazali mengingatkan kita "Setan itu selalu menampakkan keburukan dalam bentuk kebaikan"

 “Dalam penciptaan alam semesta, tiada yang lebih hebat dari yang telah diciptakan.” (Imam Al Ghazali)

Yang plg besar dibumi ini bkn gunung dan lautan, melainkan hw nafsu yg jk gagal dikendalikan mk kt akn menjadi penghuni neraka. -Imam Al Ghazali

“Ulama yang sebenar, dia tidak akan
berdamping atau bersama dengan
pemimpin yang zalim."
(Imam al-Ghazali)

 Orang yang rasa dirinya TIADA dosa . Itu tanda sebenarnya , dia BANYAK dosa "  - Imam Al-Ghazali -


Yang dekat itu 'kematian' Ingat ajal selalu mengiringi langkah kita di sepanjang waktu.(imam al Ghazali

“Kalau kamu bukan anak raja dan engkau bukan anak ulama besar, maka jadilah penulis”. [Imam Al-Ghazali]

 Pelajari ilmu syariat utk
menunaikan segala perintah Allah
 &juga ilmu akhirat yg
dpt menjamin keselamatanmu d
akhirat nanti -.Imam Al Ghazali

Rabu, 26 Februari 2014

Kata-Kata Hikmah Imam As Syafi'i RH



 "Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya,cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta"  — Imam As-Syafie

"Jika Ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepada ku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya." (Imam Syafi'e)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan." (Imam Syafie) 

Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang di tenun. (Imam As-Syafii)

Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman, tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang.  (Imam Syafii)

Aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan tujuan aku lebih senang jika ia berpendapat salah. (Imam Syafií)

Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu - (Imam Syafie)

Barang siapa yang menginginkan Husnul Khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan Manusia. (Imam As-Syafie)

"Pentingnya menyebarkan ilmu agama. (Imam syafie)

Ilmu itu seperti air. Jika ia tidak bergerak ، Menjadi mati lalu membusuk." (Imam syafie)

"Doa di saat tahajud adalah umpama penah yang tepat mengenai sasaran." (Imam syafie)

"Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah." (Imam as Syafie)

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia. (Imam syafie)

Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”   — (Imam syafie)

Seorang sufi tidak menjadi sufi hingga ada pada dirinya 4 perkara, malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan (Imam syafie)

 Sesiapa yang menasihatimu sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu dikhalayak ramai,ia sebenarnya menghinamu'' (Imam syafie)

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

4 perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
(Imam syafie)

"Dosa-dosa ku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dgn keampunanMu, ternyata keampunanMu jauh lebih besar." - (Imam syafie)

"Bumi Allah amatlah luas namun suatu saat apabila takdir sudah datang angkasapun menjadi sempit" - (Imam syafie)

Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu.  
(Imam syafie)

Sebesar-besar aib (keburukan) adalah kamu mengira keburukan org lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri - Imam Syafi'e

Aku mampu berhujah dgn 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah pada seorang yg jahil kerana mereka tak tahu akan landasan ilmu. - Imam Syafie 

"Andaikan kekurangan diri dijadikan alasan untuk tidak berdakwah, nescaya tiadanya dakwah yang akan berjalan dimuka bumi ini.."[Imam Syafie]

" Semakin banyak ilmuku, semakinku insafi diri, bahawa terlalu banyak yang aku tidak ketahui "  - Imam As-Syafie

Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat.
-Imam Al-Syafie-

Setiap kali ilmu aku bertambah banyak, maka aku bertambah tahu bahawa akulah orang yang jahil. -Imam Syafie

Orang yang membuat kesalahan dan berdusta untuk menutupnya bererti membuat dua kesalahan -Imam As Syafie-

"Sebelum tidur solat Isya' dan banyakkan istighfar, sebab kita tak tahu mati itu (Imam Syafi'e)

"Apabila ajal datang padamu maka tidak sejengkal bumi dan tidak pula sebidang langit yang dapat melindungimu" - Imam As-Syafie

Jangan kau berjalan di atas bumi dengan sombong dan bongkak. Kerana sebentar lagi kau akan masuk ke dalam bumi yang kau pijak. (Imam Syafie)

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. -Imam As Syafie

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi, kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera -Imam As Syafie

"Di antara tanda-tanda benar dalam ukhuwah ialah menerima kritikan teman, menutupi aib teman dan mengampuni kesalahannya." (Imam syafie)

"Janganlah kamu melihat akan kejahilan seseorang itu kerana sesungguhnya kejahilan itu ada pada dirimu sendiri. (Imam syafie)

"Barangsiapa mempersenda, mempermain, menafikan sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah, maka dia kafir serta-merta" (Imam syafie)

Jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya. - (Imam syafie)

Sesuatu yang benar Tetapi Bahaya iaitu pujian manusia. Ramai yang rosak akibat terlalu hanyut dengan pujian - (Imam syafie)

"Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya,cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta" (Imam syafie)

Ilmu itu adalah Cahaya dan Cahaya itu tidak akan menyimbah di Hati orang-orang yang melakukan Maksiat. - (Imam Syafi'e)

Jika Ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepada ku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya. (Imam Syafi'e)

Setiap manusia adalah dalam keadaan mati kecuali mereka yang mempunyai ilmu. Dan setiap yg mempunyai ilmu adalah dalam keadaan tidur, melainkan mereka yang mengamal kebaikan. Dan setiap yang mengamal kebaikan adalah dalam keadaan tertipu, kecuali yang ikhlas. Dan mereka yang ikhlas sering dalam keadaan risau (ditakuti jika amalannya tidak diterima) (Imam Syafi'e)

Sabtu, 22 Februari 2014

Awalludin Makrifatullah (Awal agama ialah mengenal Allah SWT)



Bismillah. Assalamualaikum ya akhi wa ukhti. Allahumma solli ala Saidina Muhammad :)




Maha suci Allah tuhan sekelian alam. Segala puji bagi-Nya atas segenap limpah kurnia yang tidak terhitung banyaknya. Tahukah dikau siapakah tuhanmu itu? Allah, nama yang meniti di bibir para muslim, nama yang menyala-nyala di hati seluruh manusia dan makhluk semesta. Namun, berapa ramai di antara kita yang mengenali Allah SWT dengan sebenar-benarnya? Bila kita ditimpa kesusahan, kita akan menyeru Allah... bila kita sakit, kita mengeluh Allah... Allah... bila kita dizalimi, kita menjerit Allah... Allah... tetapi, adakah kewujudan Allah SWT hanya untuk itu? Adakah peranan kita sebagai hamba hanya mengingati Allah SWT ketika kita dilanda musibah dan marabahaya?

Berapa ramai di antara kita yang benar-benar mengenali Allah SWT seperti para ahlullah dan para arifbillah? Berapa ramai di antara kita yang takut pada Allah SWT seperti para fakirlillah? Berapa ramai yang tinggi cintanya kepada Allah SWT seperti Rabiatul Adawiyyah? Berapa ramai yang patuh pada Allah SWT seperti para abidbillah? Hakikat itu perlu kita semat kukuh di dalam hati. Adakah kita ini sudah benar-benar mengenali Allah SWT?

Awal-awal agama itu adalah dengan mengenal Allah SWT. Itulah resipi kejayaan duniawi dan ukhrawi. Namun, pada hari ini kita tersalah memberi keutamaan. Kita mengutamakan hukum daripada hakim, itulah yang menyebabkan kita terperosok jauh ke dalam lembah zalim. Begitulah dunia yang kita layarkan pada hari ini. Si anak kecil, seawal usia enam tahun disuruh bersolat betul. Si kecil, seawal usia sembilan tahun diajar doa Qunut dan witir. Salahkah cara ini? Sudah tentu tidak. Namun, harus juga dinilai kepada keutamaan pada waktu itu. Ya, memang mereka perlu bersolat, tetapi untuk siapa mereka bersolat? Siapa yang sedang mereka sembah? Perkara itu yang harus ditekankan sedari awal kepada tiap-tiap anak Muslim. Awalludin makrifatullah. Bukankah lebih sesuai jika anda memperkenalkan anak-anak itu kepada tuhannya terlebih dahulu. Itu yang bakal melahirkan rasa cinta yang tinggi buat Tuhan Yang Maha Esa. Kesannya, setiap ibadah yang disyariatkan tidak rasa terbeban untuk dilakukan kerana asasnya sudah ditanam dengan makrifah (pengetahuan) kepada tuhan.

Daku berikan kepadamu suatu analogi. Dikau diterima bekerja sebagai pembantu kepada seorang hartawan besar. Lalu, sedari awal dikau sibuk mengambil tahu apakah kerjamu, pukul berapa dikau harus bangun meyiapkan keperluan majikanmu itu, dengan siapa harus dikau aturkan temu janji majikanmu itu dan ke mana lokasi projek yang harus dikau bawa beliau lawati. Namun yang demikian, sedikit pun dikau tidak pernah mempedulikan siapa majikanmu itu, apakah sifat peribadinya, bagaimanakah perwatakannya dan apakah kegemarannya. Semuanya dikau abaikan. Bagimu, apa yang penting ialah pekerjaanmu diselesaikan. Dikau fikir, dengan bersifat demikian adakah dikau akan melakukan kerja dengan penuh keikhlasan?

Andai suatu masa, majikan terlupa atau terlewat memberi bayaran, apa yang bakal dikau lakukan? Sebaliknya, jika dikau mengenali hati budi majikan itu, lalu dia sayang kepadamu, dikau mengambil tahu kebajikannya, apakah kegemarannya, dengan siapa dia suka bertemu, di mana tempat dia suka berkunjung, mengambil berat mengenai tahap kesihatannya serta pelbagai lagi hal-hal lain. Sekarang dikau fikir, jika begitu keadaanmu, bagaimana hubunganmu dengannya? Bagaimana dikau menjalankan kerja? Adakah kerana tanggungjawab atau kerana cinta? Dan soalan yang paling menarik, andai suatu masa, majikan itu terlupa memberi bayaran, apakah yang akan dikau lakukan? Dikau ada jawapannya bukan?

Begitu juga hubungan kita dengan Allah SWT. Kita bukan pekerja Allah SWT, sebaliknya kita adalah hamba kepada Allah SWT. Kita bukan memilih amalan dan fadilat mana yang lebih besar untuk kita amalkan. Sebaliknya, kita memilih apa yang diperintahkan, itu yang kita laksanakan. Mudah bukan? Hati, apabila sudah mengenal tuhannya, ia melaksanakan ibadah bukan kerana kelebihan dunia, bukan kerana syurga dan bukan kerana pahala. Sebaliknya, ibadah dilaksanakan kerana cinta yang menggunung buat Tuhan Yang Esa. Andai dikau mendambakan syurga, dikau akan mengungkit apabila tidak berjaya memasukinya. Andai dikau mengimpikan pahala, dikau akan berputus asa apabila tidak memperolehnya. Oleh kerana itu, ikhlaskan dirimu sebagai hamba yang merdeka kepada Tuhan Yang Maha Kaya. Laksanakan ibadah dengan sepenuh hatimu, kerana siapa DIA di hatimu? Allah SWT bukan majikanmu sebaliknya Allah SWT adalah tuhanmu!

Apa beza tuan dan tuhan? Tuan, andai pekerja tidak bekerja untuknya, dia bakal rugi, andai kerja ditunaikan, majikan beroleh keuntungan, andai kerja diabaikan, majikan menanggung kerugian. Bayaran diberi berdasarkan keringat yang dicurahkan. Andai ada lebihan masa kerja, adalah lebihan pendapatannya. Andai tersalah melakukan kerja, pasti akan dibuangnya. Tetapi tuhan tidak begitu! Allah SWT tidak sedikit pun akan rugi andai seluruh manusia timur dan barat, penduduk langit dan bumi, jin dan para malaikat, bergabung untuk menderhakai Allah SWT. Kuasa Allah SWT sedikit pun tidak berkurang. Andai semuanya bersatu untuk taat kepada Allah SWT pula, kuasa Allah SWT sedikit pun tidak bertambah. Mengapa? Ini kerana amalan itu dilakukan untuk diri sendiri dan bukan untuk keuntungan Rabbi.

Andai dikau taat, ganjaran menanti. Andai dikau ingkar, balasan azab rasakanlah nanti. Namun, Allah SWT itu Maha Mengampuni. Andai sekali dikau tersesat jalan, kembalilah ke pangkal jalan. Tuhanmu itu tidak pernah benci kepada hamba-Nya yang melakukan dosa, asalkan mereka mahu kembali bertaubat.


Oleh: Ibnu Rijal.



By: An-Nisaa'


Jumaat, 21 Februari 2014

Istiqamah Seorang Mujahidah

 
Salam Jumaat ya akhi wa ukhti. Apa khabar sahabat kesayangan  ana semua ? Hari ni ceq nak cerita pengalaman sesorang ukhti dan tudung labuhnya .. Bismillahirrahmannirrahim... 
   
Aku & Tudung Labuh Bismillahhirrahmanirrahim.....Assalamualaikum wbt... Syukur Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Hmm..dengan penuh semangatnye..hehe..hari nie Nur nak kOngsi pengalaman Nur tentang..

"Tudung Labuh"

Sebelum tue...
nak stOry sikit..Nur sebenarnya baru lagi bertudung labuh nie..
ermm...hari pertama menjejakkan kaki ke universiti Nur bukan dari sekOlah agama...jadi nak pakai tudung labuh dulu..
Hmm..nak..tapi 2la..diri nie masih takde kekuatan 2...

Nur diajar untuk bertudung tapi Nur tak didedahkan agar melabuhkan tudung.. Sungguh, Nur tak tahu semua ini Nur sukaaaaaa sangat tengok muslimah bertudung labuh nie taw...
kalau Nur jumpa je sape2 yg pakai tudung labuh kan..

mintak maaf banyak2 la..sebab Nur akan pandang budak tue sampailaa dia hilang dari pandangan...hihii..

itu baru bertudung labuh..belum lagi pandang yang berniqab...

Setiap kali Nur pandang mereka...hati nie tak putus-putus berdOa...

Ya Allah..kuatkan aku untuk berubah..untuk mengikut syariatMu...Permudahkan Ya Rabb... u_u

ok..Nur mula dari Nur fOrm 6 dulu..erm..upper 6... masuk je upper 6,Nur labuhkan sikit tudung sekolah...labuh sikit je..hehe..
pastu Nur pakai tudung biasa 2...ala tudng bawal tue...
dari Nur lilit2 tue kan...angkat sane..angkat sini...
Nur jatuhkan..biar menutupi dada... dalam masa yang sama..
Nur biasa-biasakan diri dengan pakai stOkin kaki & sarung lengan... Ingat lagi mase skOlah dulu Nur pernah dapat surat layang..hehee..

mungkin sebab pergaulan Nur yang semakin Nur jaga mase tue.. Sori brO, aku nie perempuan....kau lelaki.. perlu ade batas antara kita!

*laahh..baru sedar ke?erkk =_="

Surat bertulis beginim, "Ijah,ko tak payah la nak pakai stokin sampai kat tangan tue..menyampah aku tengOk..nak jadi ustazah la konOn...lupekan jelah"

(err..bunyi dye lebih kurang macam tue la kot..)

Surat 2 dye letak dalam buku Nur rasenye..xpun dalam meja..ntahla..

*Btw, Nur tahu sape yg tulis tuue..cam sgt tulisan...kemOnlah, kau satu kelas ngan aku kot Hanya tersenyum pahit Tabahkanlah hati wahai diri..
Teguhkanlah pendirianmu walaupun hakikatnya jalan ini penuh dengan onak duri..

Bukannya Tuhan tak mengerti apa yang tersirat di sanubari..
Jangan kau ragui kerna ironinya Dia yang memegang hati-hati ini.. Biarlah! 
Jangan hiraukan kata-kata manusia yang kadangkala menjengkelkan hati..

Bukan kata-kata manis atau puji-pujian manusia yang aku cari..
Andai disetiap langkah itu adanya redha Illahi, itulah yang sepatutnya aku kejari.. Thanks beb!
surat ko 2 sebenarnya sikit pon xgOyahkan keinginan aku nak berubah..
malah aku "superb" kan lagi dengan Jubah n t shirt muslimah...(^_^)v

Mase tue Nur tinggalkan terus seluar jeans al setang tue  & pakai la sluar slack yg longgar... Sewaktu berlakunya perubahan luaran Nur tue...
dalaman..hati nie xboleh dibiar sepi... kat sekOlah Nur xde usrah..xde la naqibah yg nak bantu...Nur cuma banyak beli buku2 agama..beli banyak2...bawak pegi sekOlah pastu bagi kawan2 baca..hehe..lepas baca tue..kami kongsi2 la....ade yg xfaham..suruhla kawan2 tanye ustaz..
(sendiri xnak g tanye :p)

Alhamdulillah..mase Nur skolah dulu...
Surau di asrama Nur 2 bOleh dikatakan hampir setiap hari akan ade ceramah..tazkirah... Haa..yang 2la banyak membantu Nur...Malamnya dihias dengan Qasidah...
tengah malam ade pulak Qiamulai...

Dulu...waktu perubahan Nur..Nur banyak bersendiri..suka duduk sOrang2..
bukan xnak bercampur dengan kawan2..tapi ntahla..cari waktu nak muhasabah diri...

balik je dari sekolah..Nur akan akan panjat koridor tingkap 4 tue..
atas bumbung rumah warden..hehe.. 
(okk Nur memang budak nakal  )

tempat 2 cantiklaa....hijau je.. luas permandangan..angin pon kuat..
tenang sangat rase hati nie..

kat situ..Nur menangis..Nur study..dengar lagu Maher Zain..hihii..

"InsyaAllah, u'll find the way"

*Semangat betul bile dengar lirik nim..huhu

Alhamdulillah kat situ jugak Nur berjaya hafal beberapa surah... n sekadar berkOngsi..surah paling Nur suka..Ad Dukhan... sebab ape? 
Nur pernah jumpa 1buku nie kat library...xtaw la buku ape..
tp dalam 2 ade tafsir surah ad dukhan..bila baca maksud dye...

"Sesungguhnya hari kiamat adalah waktu yang dijanjikan bagi mereka semuanya. Pada hari ketika seOrang teman sama sekali tidak dapat memberi manfaat kepada temannya yang lain dan mereka tidak akan mendapat pertOlongan.kecuali orang yang diberi rahmat oleh Allah.Sesungguhnya, Dia Maha Perkasa, lagi Maha Penyayang"

(Surah Ad Dukhan ayat 40-42)

tersentap terus..wuwu...

Lepas 2...Nur cuba perkuatkan ibadat dengan sOlat sunat...
Berpuasa..Ingat lagi buku amalan sOlat sunat Ateh yang Nur ambil senyap2 kat rumah..sampai sekarang xpulang2..hehee...

Nur ade kawan2 yang suka bercerita tentang agama dengan Nur..
jadi Nur xlepas peluang...cikgu keluar je..Nur terus pusing belakang..mintak dia kOngsikan apa2 yang bermanfaat...hehe..

Mase tue Nur mula baca & faham ayat2 suci Al Quran..
kalau dulu main baca je..memangla xmenusuk ke jiwa kan...
cuba fahamkan ayat2 2...Allah...
xpayah beli nOvel..macam2 kisah ade dalam tue..

semua tue berterusan sampaila Nur habis skolah...
lepas exam STPM tue..Nur duduk rumah je...

Mase cuti yang panjang tue..Nur perkuatkan lagi dengan main faceboOk..
err..xdela..hehe...bukan2...Nur banyak dengar ceramah2 agama dalam u tube...

baca ayat2 motivasi dalam Fb..jujur ya...Fb sangat2 membantu Nur dalam mencari kekuatan untuk perubahan nie.. 

Nur pun tukarla tudung nur yang kecik 2 pada tudung budang 50...
yang ade cOrak2 tue.... (Tudung Akel)

pastu Nur tukar pulak dengan tudung bidang 60...
masih lagi yang bercOrak2...tapi kadang2 je...
kadang pakai yang 50 tue balik...hihii..

Hati masih berdoa & berdOa...
Ya Allah..permudahkan.permudahkan..permudahkan... (u_u)

Masa Nur dipanggil temuduga di Uitm shah Alam...
1 je Nur tertarik masa pegi sane...

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah....
hati tersentuh sangat tengok masjid 2...

Ya Allah...Aku ingin selalu berada disini...permudahkan Ya Rabb..
(padahal nak g temudga dlm uitm..huhu)

sebab Nur kalau bOleh nak sambung kat UUM ke...
xde la kat tengah2 bandar kan..
takut sangat xboleh jaga dri kalau duduk shah alam 2... 

Perubahan berjalan seperti biasa..
Alhamdulillah..masih istiqamah...& 1 hari...

"Anda telah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Uitm Shah Alam"

Alhamdulillah..ok!ini masanya! Allah..hari yang paling bermakna...
Hari pertama Nur mengenakan tudung labuh bidang 60 kosong 2...

& itulah tudungku hingga ke akhir hayatku ini..InsyaAllah... Bayangkan mase 2..
Nur cuma ada 3helai tudung labuh..2helai hitam & warna krim..
tapi dengan kecekapan Ateh..hehe...secepat mungkin dye tempahkan 7 helai tudung labuh...dapatla Nur pakai tudung2 tue dengan senang hati..hehe..

Lepas2 tue..tak beli dah...jahit sendiri je... UITM SHAH ALAM....
kalau dengar kata2 Orang..aii..rase xnak langsung jejak kaki kat sane...
macam2 cerita Nur dengar...ingat lagi pesan cikgu Nur beberapa hari sebelum Nur masuk U...

Orang lain semua dia pesan suruh belajar rajin2...tp Nur...

"Hafizah,jaga diri baik2...jaga pergaulan..cari kawan yang baik2..kat sane sOsial sgt..saya xnak nanti bile jumpa awak lagi sekali awak dah berubah..!"

*Yea cikgu..saya da berubah...saya da berubah cikgu...Alhamdulillah..Allah bantu saya cikgu :')

kat Fakulti memangla xramai yang pakai tudung labuh...
ade dalam 2 3 orang je...
tp cuba pergi surau....pegi masjid...Majlis2 ilmu..ramai sebenarnya muslimah bertudung labuh nie...

Alhamdulillah...kawan2 Nur semua ok je..Walaupun macam pelik bila sesat Nur sOrang bertudung labuh dalam geng2 kami..tapi diorang terima Nur seadanya..sayanggg korangglahhh...Kat sini baru la ade usrah..Naqibah...Alhamdulillah...mereka sangat2 baik... sebenarnya macam nie...
"Kat mana sekalipun kita berada..asalkan kita hadirkan bersama Allah & Rasul dalam hati kita..InsyaaAllah..campaklah kat mana-mana pun...kita masih bOleh teguh berdiri sebagai seOrang muslimah yang kuat"

Jadi..pesan Nur...sape2.yang nak berubah..berhijrah..bertudung labuh...
teruskan..jangan ditangguh-tanguh...kita xtahu bila kita akan mati...
entah esok..mungkin japlagi..sape taw kan..

Sesungguhnya Allah memandang usaha kita, bukan pada hasilnya...
Kerana Allah yg menentukan sama ada Dia mahu memberikan kepada kita atau tidak...

Jadi jom berusaha sama-sama kembali mengikut syariat Islam yang Indah...

Hidayah memang milik Allah tapi diri kita sendiri yang kena cari hidayah tu!

Dalam Al-quran ada tertulis..
Allah tidak akan ubah nasib seseorang,melainkan dia sendiri berusaha mengubahnya..
Jadi ayuh dapatkan hidayah Allah. ..

"Hidayah itu bukan ditunggu,tapi dicari"

   

   
Hmm , deep sungguh cito ni sey pun tosontuh. Sey pun sodang dalam proses borubah .samo -samo lah kito muhasabah diri .Bittaufiq wannajah ya ukhti wa akhi :)


-UkhtiHidayah-