Memaparkan catatan dengan label Bab solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bab solat. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Februari 2014

kelebihan qiam



Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)
Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka.
Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.”  (HR; Muslim)
Hebatnya Malam
Malam adalah waktu paling istimewa dan hebat. Allah SWT menyifatkannya sebagai malam yang berkat. Firman Allah SWT; “Dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran Allah) untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;” (Yaa Siin 36:37)
Firman Allah SWT: “Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”  (Surah al-Isra’: 79)
.
Banyak perkara-perkara kerohanian berlaku pada waktu malam, contohnya Nabi Muhammad SAW mengalami Israk dan Mikraj pada waktu malam, al-Quran turun pada malam Lailatul Qadar,  Allah SWTberdialog dengan Nabi Musa a.s. setelah baginda bermunajat selama 40 malam di Bukit Tursina juga berlaku pada waktu malam. Kitab-kitab terdahulu juga diturunkan pada waktu malam, Nabi Ibrahim menemui hakikat ketuhanan pada waktu malam dan baginda mendapat perintah Allah mengorbankan anaknya Ismail pun berlaku pada waktu malam.
Terdapat keistimewaan dan kekuatan luar biasa pada waktu malam. ( 5 Rahsia Qiamullail )
  • Menghidupkan dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan yang sebenar.
  • Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan
  • Dapat muhasabah kekuatan diri
  • Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.
  • Menghindari sifat riak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT sahaja.
Nas Keutamaan Mengamalkan Qiamullail
Orang-orang yang melalui malam hari dengan bersahur dan berdiri untuk Tuhan mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang berqiamullail di malam hari semata-mata kerana Allah Ta’ala. Allah SWT juga bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu ialah orang-orang yang beriman. Firman Allah Taala :
إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ , تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ ,   (السجدة : 15-16)
“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.”
.
Apabila manusia mendekatkan diri kepada Allah maka Allah SWT mengatur dan menjamin kehidupannya. Rasulullah SAW menerangkan bahawa, Allah SWT berfirman:
“Manusia menjadi hampir dengan Daku apabila dia melakukan perbuatan yang Daku sukai iaitu amalan fardhu yang diperintahkan kepadanya. Dia kemudian terus berusaha mendekatkan dirinya dengan-Ku dengan melakukan amalan sunat, sehingga Daku mencintainya. Apabila Daku mencintainya, maka Daku menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar. Daku juga menjadi penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk memegang dan kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Apabila dia memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Daku kabulkan. Apabila dia memohon perlindungan, pasti Daku memberikan perlindungan kepadanya”.  (HR; Bukhari;)
.
Berkata Salman Al-Farisi, Rasulullah SAW. telah bersabda: “Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai, kerana ia ibadah kelaziman orang-orang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan”.
Berkata Abdullah bin Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai manusia! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makanan, hubungilah silaturrahim, dan kerjakanlah solat waktu malam dikala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurgadengan selamat”. (Hadis Riwayat Tirmizi)
Dan berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW, lalu berkata:“Hai Muhammad! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan hamba akan dibalas, dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan meninggalkannya. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah Qiamullai dan harga dirinya ialah terkayanya (tidak meminta-minta) dari manusia.”
WAKTU AFDAL QIAMULAIL
Adalah lebih afdal dilewatkan Qiamullail sehingga kepada salah satu pertiga yangakhir dari malam.
Rasulullah SAW bersabda: “Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya.”  (H.R. Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya)
Maksud hadis ini : Bahawasanya pintu rahmat Allah itu terbuka pada malam hari seluas-luasnya, khususnya pada akhir-akhir malam. Segala permohonan diterima pada ketika itu.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA katanya, Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan solat malam dan baginda menggalakkannya sehingga ia bersabda:“Hendaklah kamu mengerjakan solat malam itu walaupun satu rakaat”. (Al-Tibrani)
DOA QIAMULAIL
.
AMALAN QIAMULAIL
Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menunaikan solat malam, antaranya membersihkan diri sebelum tidur, mengambil wuduk dan tidur menghadap kiblat.
  1. Solat malam perlu dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan sebanyak mungkin rakaat mengikut kemampuan.
  1. Ketika Qiamullail digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut:-
3.   Disamping itu beramallah juga dengan amalan seperti membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya.
.
.
FADILAT QIAMULAIL
  1. sentiasa mendapat keredaan dan pengawasan Allah.
  2. memudahkan menyeberangi jambatan siratulmustakim.    
  3. Saat mustajab doa dikabulkan Allah.
Jabir mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada malam hari, ada satu saat (yang berkat) yang jika seseorang Muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia dan akhirat, nescaya Allah kabulkan doanya. Saat itu wujud pada setiap malam.”
.
HIKMAH QIAMULAIL
Bangun bersolat dan bertasbih pada sebahagian malam akan;
  1. Ayat-ayat bacaannya lebih sempurna dan betul.
  2. Membawa kesan iman yang mendalam,
.
.
PENUTUP
Rasulullah SAW meminta umat Islam bangun beribadat pada tengah malam dan Baginda sendiri melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Aishah meriwayatkan:“Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersolat hingga bengkak kedua-dua kakinya, maka aku (Aishah) berkata kepada Baginda: Mengapa, Ya Rasulullah, tuan hamba melakukan ini semua? Bukankah tuan hamba telah diampunkan perkara terdahulu dan terkemudian?”
Jawab Baginda SAW: “Bukankah aku ini hamba yang bersyukur.”
Lihatlah walaupun Rasulullah SAW. itu maksum dan telah diampunkan segala dosa dan kesalahannya, Baginda tetap bangun Qiamullail sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT pada sebahagian akhir malam untuk bersolat hingga bengkak kedua-dua kaki Baginda SAW.
Adakah kita yang mengaku umatnya masih berasa sombong dengan pekara2 lagha (sia2), tanpa mahu menauladani sunnahnya meraih Qiamullail sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini.
Sekiranya kita ada berqiamullail, yang utamanya adalah keikhlasan beramal. Janganlah pula menceritakannya kepada orang lain kerana akan jadi su’mah ataupun riya’, seterusnya mungkin mengakibatkan kehilangan pahala (bergantung kepada niatnya). InsyaAllah bila ikhlas beramal hanya kerana Allah SWT semata2, akan beroleh ganjaran pahala di dunia dan juga di akhirat.
والسلام

ukhty wana aka ukhty spanar

Khamis, 27 Februari 2014

TAUBAT NASUHA

Taubat nasuha merupakan sejenis taubat yang sebenar-benarnya taubat dengan janji yang ditepati tidak akan mengulangi lagi segala perbuatan yang salah atau dosa tersebut.
Taubat nasuha dalam lingkup sederhana merupakan taubat dengan kesungguhan diri kepada Allah SWT. dengan berazam tidak akan mengulangi perbuatan yang sama buat kali kedua.
Ciri-ciri taubat nasuha.
1. Menyesal.
Adanya penyesalan setelah menjerumuskan diri dengan dosa dan kenistaan; adanya penyesalan setelah bercakap kotor; penyesalan ketika mata melihat kemaksiatan; penyesalan ketika menyakiti orang, adalah sikap-sikap yang menunjukkan adanya kecenderungan untuk bertaubat nasuha. Orang yang tidak menyesal, tidak termasuk taubat. Orang yang bangga dengan dosa-dosa yang pernah dilakukannya, menunjukkan bahawa dia belum sungguh-sungguh untuk bertaubat.
2. Memohon ampun kepada Allah.
Memohon ampun kepada Allah boleh dilakukan dengan cara mengucapkan istigfar sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Adam as dan Nabi Yunus as di dalamAl-Quran. Di samping itu, memohon ampun seharusnya dilakukan secara sungguh-sungguh dari hati yang paling dalam. Inilah salah satu tanda orang yang bersungguh-sungguh dalam taubatnya. Begitu pula dengan ungkapan sedih, menitiskan air mata, dan menggigilnya perasaan adalah ekspresi dari penyesalan yang mendalam.
3. Bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi
Bukan sekadar tidak melakukan dosa, berfikir ke arah sana sahaja tidak boleh. Memang, kita dikurniakan kecenderungan untuk berbuat hal-hal yang negatif. Akan tetapi, bukan bererti harus dituruti. Namun, untuk dihindari, kerana itulah yang akan membuatkan kita mendapatkan ganjaran dari Allah SWT.
Ciri taubat yang diterima.
Menurut Imam Al Ghazali dalam kitab "Muqasysyafatul Qulub", ada beberapa ciri yang menunjukkan taubat seseorang diterima, di antaranya.
1. Orang tersebut terlihat lebih bersih dan lebih terpelihara daripada perbuatan maksiat.
Hal itu terjadi kerana dia lebih dapat menahan diri. Dia seolah-olah mempunyai naluri yang memahami. Naluri hatinya ini seakan membuat dirinya terhalang daripada melakukan perbuatan dosa.
2. Orang yang taubatnya diterima, hatinya selalu lapang dan gembira.
Dia merasakannya baik dalam keadaan sendiri mahupun ramai. Hati orang ini dihibur oleh Allah sehingga jernih dan lapang.
3. Dia selalu bergaul dengan orang-orang yang soleh dan mencari lingkungan yang baik pula.
Orang yang sudah bertaubat, namun masih kembali ke lingkungan yang tidak baik bermaksud dia belum sungguh-sungguh melakukan taubat. Lain halnya jika dia kembali ke lingkungan yang sama dengan niat untuk mengubah lingkungan itu. Mencari lingkungan yang baik adalah salah satu bahagian yang akan membuatkan agama kita terpelihara.
4. Tingkat amalannya semakin meningkat.
Selain menahan diri daripada perbuatan maksiat, dia juga semakin meningkatkan kualiti solatnya, saumnya istikamah, malamnya dihidupkan dengan tahajud, dan sedekahnya terus meningkat. Inilah ciri-ciri orang yang taubatnya diterima.
5. Dia sentiasa menjaga lidahnya.
Dia juga sangat serius dalam melakukan amal-amalnya. Semakin hari, kualiti amalnya semakin terus bergerak ke arah yang lebih baik. Dia memiliki kualiti pengendalian lisan dan pikiran dengan baik. Ingatannya selalu kembali kepada Allah. Hal itu dia lakukan secara maksimal sehingga cinta dan kerinduannya kepada Allah semakin mendalam.


Khamis, 23 Januari 2014

Perkara yang membatalkan solat

  1. Batal wudu 
  2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
  3. Terbuka Aurat.
  4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
  5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
  6. Tertawa terbahak-bahak.
  7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
  8. Berubah Niat.
  9. Mendahulu Imam sampai dua rukun.
  10. Meninggalkan rukun Sembahyang

Jumaat, 27 Disember 2013

" Makna Bacaan Solat "


" Credit by Nor Muhammad Ammar Bin Norazam "
" Twitter - @AmmarRainism "  



Solat ! Sejak kecil lagi ramai diantara kita yang melakukannya tapi kita faham atau tak bacaan solat kita ?

Macam Mana Nak Kusyuk kalau kita tidak faham bukan ?

Baiklah Biar Kami Share dan lepas ni korang boleh faham maksud solat dan lebih kusyuk kan 

" Awesome and excited bukan " 

Baiklah

  " Doa Iftitah "

" Surah Al Fatihah "

" Maksud Bacaan Doa Qunut " 

" Maksud Bacaan Rukuk "


" Makna Bacaan i'tidal


" Maksud Bacaan Sujud "


" Makna Bacaan Duduk antara dua sujud "


" Maksud Tahiyyat Awal "


" Maksud Tahiyyat Akhir "











" Credit by Nor Muhammad Ammar Bin Norazam "
" Twitter - @AmmarRainism "
" Source - My Utus Kini . Com dan i -production "