Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Januari 2015

Salam Maulidur Rasul SAW #MAWLID1436





SEMARAK CINTA RASULULLAH SAW...


Assalamualaika Ya Rasulullah...
Tiada hari yang paling indah 
Semerbak harum kasturi mewangi
Hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah
Seluruh alam bersinar cahaya
Lahirnya insan yang indah amat sempurna
Aminah mendakap penuh kasih sayang
Yatim yang suci anak Abdullah..

Assalamualaika Ya Rasulullah...
Airmata tiada akan tertahan pabila ingat pada dirimu
Indah wajahmu Sang Rembulan menjadi kelam
Indah tubuhmu Sang Awan mengikutinya
Indah akhlakmu Sang Matahari redup cahayanya
Indah langkahmu Sang Langit merintih agar dipijak
Indah matamu memancar sinar cinta
Berseri mulutmu dengan kalimah Tuhan
Gagah tanganmu menyantun setiap insan
Kuat kakimu menghayun langkah menyelamat insan..


Assalamualaika Ya Rasulullah...
Mengalir airmata jernih tanpa tertahan
Lantaran cinta dan rindu tiada terperi
Merobek seluruh sanubari dan saraf kulitku
Jika kerinduan tiada kau tawarkan
Keindahan syurga tiada mengubat diriku
Jika wajahmu tiada ku pandang..

Assalamualaika Ya Rasulullah...
Apakah makna keindahan dan kemewahan
dunia yang ku miliki
Jika kau tiada tersenyum melihatnya
Apakah makna kenikmatan syurga
Jika engkau tiada dapat dipandang
Apa makna setiap nafasku
Jika engkau memalingkan wajahmu..

Ya Allah...
Hidupkan cinta dalam jiwa ini
pada Rasulullah Rahmatan Lil'alamin
Semoga dengan cinta nan suci ini
Membawa ku terbang ke Jannatul Firdausi
Penuh kebahagiaan menatap wajahmu
Mendengar kalimahnya "...engkaulah umatku..."
Biarpun sedetik sudah memadai
Namun selamanya adalah yang ku impikan..

Assalamualaika Ya Rasulullah...
Assalamualaika Ya Habiballah...


Sumber puisi karya : walidalmalik.blogspot.com 

Salam Maulidur Rasul SAW 1436..
Semarakkan Cinta Rasulullah SAW
Perpaduan Nadi Transformasi Negara 

UPDATED BY: AMIRUL IKMAL (ADMIN TTMS)
 SABTU |12 RABIULAWAL 1436 | 3 JANUARI 2015

Sabtu, 15 Februari 2014

Kasihnya Ibu Hingga Hujung Nyawa

IBU
Angkat tangan siapa ada ibu ?
ana pasti kalian semua ada ibu :)
Ummi
Mama
Bunda
Emak
Mummy
Ibu
Mungkin itu adalah panggilan kita kepada ibu ibu kita.
Wahai sahabat sekalian ,
Ingat tak lagi ibu menghamilkan kita selama 9 bulan 10 hari ?
Ingat tak betapa payahnya keperitan mama melahirkan kita ?
Ingat tak ummi berjaga ditengah malam untuk memastikan kita tidur dengan lena ?
Ingat tak lagi bagaimana bunda sentiasa ada disaat kita kesedihan lalu meminjamkan riba dan bahu untuk kita ?
Ingat tak bila mummy tersenyum saat kita bertatih jatuh bangun berjalan ?
Ingat tak bila emak yang sentiasa memberi nasihat yang tidak jemu-jemu ?
Hmm..
Sat nohhh
Haa ! Pernah dengar tak hadis ini ? :)
“Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk kupergauli dengan baik?” Beliau berkata, “Ibumu.” Laki-laki itu kembali bertanya, “Kemudian siapa?”, tanya laki-laki itu. “Ibumu”, jawab beliau, “Kemudian siapa?” tanyanya lagi. “Kemudian ayahmu”, jawab beliau.” (HR. Al-Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 6447)
Pernahkannn
Jadi hargai lah mereka sementara ibumu masih bernyawa.
Cuba sahabat sekalian pejamkan mata ...
Gelapkan ????
Seperti itulah keadaan kita bila tiada ibu.
Syurga terletak dibawah tapi kaki ibu.
Sayangi ibu kita ,jangan dipersiakan dirinya.
Cuba sahabat sekalian bayangkan,apabila kita pulang ke rumah lalu ibu tiada yang kelihatan cuma sekujur tubuh kaku ibu yang sejuk dan pucat dan kedengaran alunan ayat-ayat suci Al-Quran dialunkan. Apa yang akan kalian lakukan ? Ayuh hargainya sebelum terlambat. Jom jadi anak yang soleh ?
Saya sayang ibu !
Tidak lupa juga kepada ibu saya ,Allahyarhammah Zarina bt Abu Samah.Mama ,saya sayang mama.Al Fatihah..

Rabu, 8 Januari 2014

LAYAR CINTA

Ya Hannan,
Denai hijau, langit biru, gunung kelabu.
Bukanlah sekadar bingkai satu pemandangan.
Yang menyuratkan sebuah keindahan.
Tapi potret hakiki menyerlahkan kebenaran.
Cerminan alam yang memantulkan keindahan Tuhan.
Denai, langit dan gunung.
Adalah satu cubitan kasih pada satu kealpaan.
Pada limpahan nikmat selaut indah.
Ke mana tumpahnya munajat seraut sembah ?
Sekian lama melihat alam penuh teratur.
Mengapa hatinya masih lupa bersyukur ?
Denai, langit dan gunung.
Adalah pantulan lambang biasan tamsilan.
Gunung... bagai pasak teguh kemurnian iman.
Langit... bagai hamparan saujana kelapangan Islam.
Denai... lembah subur kelembutan ihsan.
Adalah citra di kanvas hati yang dihiasi,
Rasa kehambaan.
Ketika sunyi,
Berwacanalah diri di dalam hati.
Ya Hannan, teguhkanlah imanku.
Seteguh gunung itu...
Ya Mannan, lapangkanlah Islamku,
Selapang langit biru...
Dan lembutkanlah ihsanku,
Selembut rumput di denai itu.
Nescaya bertamulah diri yang hakiki,
Di kamar hati yang cintakan Ilahi.
Credit by @MissMujahidah