Memaparkan catatan dengan label Sirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sirah. Papar semua catatan

Rabu, 30 April 2014

10 SAHABAT NABI SAW YANG DIJANJIKAN SYURGA


10 SAHABAT NABI SAW YANG DIJANJIKAN SYURGA
 Daripada Abdul Rahman Bin Humaid, daripada bapanya : Sesungguhnya Said Bin Zaid pernah menceritakan kepadanya mengenai satu kumpulan , dengan katanya : Pernah Baginda RasululLah s.a.w bersabda : 10 orang yang akan memasuki syurga iaitu (1)- Abu Bakar , (2)- Umar, (3)-Utsman , (4)- Ali , (5)- Zubair , (6)-Tolhah , (7)-Abdul Rahman , (8) – Abu ‘Ubaidah , (9) Sa’ad Bin Abu Waqqas ~ maka beberapa orang yang mengira-ngira jumlah semua yang dijanjikan dengan syurga itu , di manakah lagi seorang ?. Lalu mereka bertanya kepada Said Bin Zaid : Demi Allah Wahai Abu A’awar ! Siapakah dia orang yang kesepuluh itu ?. Maka Said Bin Zaid pun menjawabnya : Bukahkah kamu sendiri telah bersumpah bahawa Abu A’awar itu pun adalah di kalangan mereka yang dijanjikan syurga ? “. 



– Imam Abu ‘Isa (At-Tirmidzie) menyatakan : “ Abu A’awar itu sendiri adalah Said Bin Zaid Bin ‘Amru “ . ~ ( Hadis Sahih riwayat Imam At-Tirmidzie , di dalam Kitab Al-Manaqib : 3681 ) dan hadis seumpama ini diriwayatkan juga oleh Imam Abu Dawud rh di dalam sunannya – Kitab As-Sunnah : 4031 dan juga Imam Ahmad – Musnad Al-Ansar : 21, 088 ) 

Berikut adalah 10 sahabat nabi yang telah dijajnikan syurga oleh Allah.

1. Abu Bakar As-Siddiq ra.

Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran sebagaimana berikut :
“Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah ayat ke-40)
Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, daripada beliau diriwayatkan 142 hadits.

Rasulullah SAW bersabda : "Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh umat nescaya akan lebih berat keimanan Abu Bakar." (HR. Baihaqi)

Teladanilah dua orang sepeninggalku yaitu Abu Bakar dan Umar. [HR Tirmidzi dan Ibnu Majah]

2. Umar Bin Al-Khattab ra.

Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadah dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad saw diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Parsi dan Rom Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam : “Seandainya setelahku ada nabi, niscaya ia adalah ‘Umar bin Al-Khaththaab” [As-Sunan, no. 3686].

 Nabi saw berdoa "Ya Allah, muliakanlah Islam dengan salah satu diantara kedua orang yang paling Engkau cintai, Abu Jahal atau Umar bin Khaththab. " Ibnu Umar berkata; "Dan ternyata yang lebih Allah cintai di antara keduanya adalah Umar bin Khaththab [HR Ahmad dan Tirmidzi]

Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam mengatakan, "Wahai Ibnul Khattab, demi dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah setan bertemu dengannmu di suatu jalan melainkan ia akan mengambil jalan yang lain dari jalanmu." (HR. Bukhari, no.3480)

3. Usman Bin Affan ra.

Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

Terdapat sebuah Hadith yang menggambarkan keperibadian Utsman r.a: "Orang yang paling berkasih sayang di antara ummatku adalah Abu Bakar, dan paling teguh dalam menjaga ajaran ALLAH adalah Umar, dan yang paling bersifat pemalu adalah Utsman." (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al Hakim, At Tirmidzi). 

4. Ali Bin Abi Talib ra.

Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.

5. Thalhah Bin Abdullah ra.

Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.

6. Zubair Bin Awaam

Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas

Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id Bin Zaid

Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.

9. Abdurrahman Bin Auf

Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.

10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah

Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada periode kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.
Itulah 10 sahabat baginda yang dijanjikan Allah dengan syurga. Iman dan Amal mereka sangat hebat sehingga mendapat ganjaran yang tinggi daripada Allah sejak mereka hidup lagi. Kita semua pasti mahu ke syurga kerana di sana terdapat infiniti keindahan dan kesenangan. Akhirat itu pasti. Mari tingkatkan amal dan iman untuk menghadapi akhirat.

Sumber: http://salafytobat.wordpress.com/

Isnin, 10 Mac 2014

Bidadari Syurga : Barakah R.A Tempatnya Di Syurga

Assalam 'Alayk



Tajuk : Barakah R.A Tempatnya Di Syurga

Beliau hanya dikenali sebagai Barakah r.a dan diberi gelaran Ummu Aiman r.a. Susur galur salasilah gadis berketurunan Abyssinia ini tidak begitu diketahui secara tepat, seolah-olah jalan kehidupannya sudah termaktub sebagai hamba sahaya apabila sejak dari kecil lagi sudah dijual di pasar hamba di Kota Mekah. Seperti mana seorang budak hamba, masa hadapan yang gelap telah sedia menanti di tangan bakal-bakal tuan atau pemilik yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Namun, sesetengah daripada mereka bertuah kerana dibeli oleh insan yang penyayang dan masih mempunyai belas kasihan. Barakah r.a merupakan salah seorang daripada golongan bertuah ini. Beliau telah diselamatkan oleh seorang lelaki yang pemurah lagi baik hati bernama Abdullah, ayahnda kepada Rasulullah s.a.w. Barakah menjadi satu-satunya hamba sahaya yang menemani keluarga ini sehinggalah kewafatan Rasulullah s.a.w.
 


PENEMAN SETIA AMINAH

Kehadiran Barakah r.a sebenarnya banyak membantu dalam menyelenggara kehidupan rumah tangga Abdullah bersama-sama Aminah yang ketika itu masih muda belia. Sepanjang peninggalan Abdullah ke Syria mengikuti sebuah kafilah dagangan, Barakah r.a tidak pernah jemu menjadi teman setia Aminah yang baru dua minggu dikahwini Abdullah.

Apalah daya Aminah untuk membantah kata-kata ayah mertuanya, Abdul Mutalib yang mengarahkan suaminya untuk pergi berdagang. Ketika itu, Barakah r.a oernah menyelinap masuk ke rumah Abdul Mutalib secara diam-diam dengan tujuan mahu merisik khabar Abdullah daripada sebuah kafilah Syria yang tiba ke Mekah. Namun hampa, harapan tinggal harapan kerana tiada berita yang diperolehinya. 

Walau bagaimanapun, kunjunagan secara intipan yang seterusnya itu amatlah mengejutkan Barakah r.a. Apabila berita kematian Abdullah disahkan benar, hamba wanita itu berlari pulang ke rumahnya sambil meraung-raung meratapi kehilangan tuan yang sangat dikasihi dan dihormatinya itu. Apatah lagi Aminah yang terus jatuh pengsan apabila berita kematian itu disampaikan kepadanya. Sebagai seorang hamba yang amat mengasihi tuannya, Barakah r.a tidak pernah sesekali mengabaikan tanggungjawabnya untuk menjaga balu muda itu yang sedang sarat hamil. Malahan, ketika saat kelahiran Rasulullah s.a.w, Barakah r.a merupakan orang pertama yang menyambut kelahiran insan istimewa itu dan merangkulnya dengan penuh kasih sayang.

Selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w sehinggalah Halimatus Sa'dia r.a diangkat sebagai ibu susuan baginda, Barakah lah yang mengasuh kekasih Allah itu sejak dari kecil dan tidak pernah berpisah dengan baginda. Antara Aminah dan Barakah, kedua-duanya telah melalui pelbagai liku kehidupan dan suka duka bersama sehinggalah tiba detik perpisahan mereka. Saat tubuh Aminah tidak lagi kuat dan mampu bertahan menanggung penyakit yang dideritainya, beliau menghembuskan nafas terakhir dan meninggalkan Rasulullah s.a.w berseorangan sebagai anak yatim piatu. Barakah r.a sendiri telah menggali tempat persemadian Aminah dengan menggunakan kedua-dua tangannya. 

Sambil membawa hati yang masih dalam kesedihan, Barakah r.a telah membawa si kecil Muhammad s.a.w ke Kota Mekah dan memeliharanya di bawah jagaan datuk baginda, Abdul Mutalib sehinggalah Rasulullah s.a.w meningkat dewasa dan menikahi Saidatina Khadijah r.a.



Teman Hidup Baru Barakah r.a

Menyedari akan status pengasuhnya yang masih bujang, Rasulullah s.a.w telah mencadangkan agar Barakah r.a berkahwin dengan Ubaid bin Zaid r.a daripada Bani Khazraj. Tanpa banyak soal, lamaran pun diterima dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak yang diberi nama Aiman. Mulai saat itulah Barakah dipanggil dengan gelaran Ummu Aiman r.a yang bermaksud ibu kepada Aiman.

Jodoh mereka tidak panjang apabila Ubaid r.a meninggal dunia tidak lama selepas itu. Barakah kemudiannya disunting sebagai teman hidup Zaid Bin Harithah r.a iaitu anak angkat Raslullah s.a.w di kala tiada seorang pun sahabat sudi memperisterikannya yang telah pun berusia kira-kira 50 tahun ketika itu.





Berhijrah Sendiri ke Yathrib (Madinah)
 
Wanita berhati cekal ini telah berhijrah sendirian ke Madinah tanpa bantua suaminya, Zaid Bin Harithah. Beliau sanggup menempuh perjalanan yang sukar merentasi gurun panas dan gunung-ganang sebelum tiba di sana dan di sambut dengan kegembiraan oleh Rasulullah s.a.w.
Di Madinah, Barakah r.a memainkan peranan penting sebagai penggerak kerja-kerja dakwah. Ketika Perang Uhud, beliau bertugas mengagih-agihkan air minuman dan merawat para pejuang di perbatasan. Barakah r.a. juga pernah menemani Rasulullah s.a.w dalam beberapa ekspedisi seperti ke Khaibar dan Hunain.
Satu-satunya anak Barakah, Aiman r.a telah gugur syahid ketika Perang Hunain pada tahun kelapan Hijrah. Manakala suami beliau pula meninggal dunia ketika menyertai Perang Mu'tah di Jordan. Barakah r.a menjalani kehidupan berseorangn pada usia 70-an. Rasulullah s.a.w dengan di temani oleh Abu Bakar dan Umar r.a sering mengunjungi Barakah r.a di rumahnya.
Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, Barakah r.a sering dilihat berada dalam kesedihan. Anas bin Malik r.a pernah menceritakan bahawa selepas kewafatan Rasulullah s.a.w Abu bakar dan Umar r.a telah bertanyakan sebab-musabab kesedihan wanita mulia itu Barakah r.a menjawab, beliau bersedih bukan kerana enggan mengakui mengenangkan wahyu yang sudah tidak lagi diturunkan daripada Allah s.w.t.
Hasil keimanan Barakah amat memberi kesan yang mendalam di jiwa setiap orang yang mengenalinya. Kepatuhan beliau kepada Islam adalah tulen dan kekukuhan akar imannya mencengkam begitu kuat sehingga sukar diganggu atau tergugat. Rasulullah s.a.w pernah mengatakan kepada para sahabat bahawa Allah s.w.t telah menjanjikan Barakah r.a sebagai salah seorang penghuni syurga.
Barakah dikurniakan hayat yang panjang dan meninggal dunia ketika usia melebihi 90 tahun semasa pemerintahan Khalifah Saiyidina Uthman r.a. Walaupun jasadnya terkubur, tetapi identiti wanita unggul ini terus dikenang bersama-sama kegemilangan peribadi dan keutuhan imannya.
  Nur Afiqah / Fellah El-Iman