Memaparkan catatan dengan label aurat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aurat. Papar semua catatan

Khamis, 23 Januari 2014

Pandangan 4 mazhab tentang aurat wanita






Maliki
Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah(harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya di jalan dan di hadapan lelaki ajnabi,tetapi dengan syarat aman daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup
Hambali
Ada dua qaul :
  1. Semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka dan dua tapak tangannya halal dilihat lelaki ajnabi, jika aman daripada fitnah. Tetapi wajib ditutup sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah.
  2. Semua badannya, tampa kecuali. Ini berdasarkan kepada satu riwayat daripada Iman Ahmad dan inilah qaul yang paling sahih.
Syafi’i
Ada dua qaul berdasarkan dua riwayat daripada Iman Syafi’i :
  1. Semua badan, tanpa kecuali. Inilah qaul yang paling sahih atau paling nyata atau mu’tamad, sebagaimana diterangkan oleh Ibnu Hajar al-Haytamiyy di dalam az-Zawajir dan Al-Baydawiyy di dalam Tafsirnya dan juga para Ulama’ Syafi’iyah.
  2. Semua badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Mubah didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.
Hanafi
Ada dua qaul, derdasarkan dua riwayat daripada Iman Abu Hanifah :
  1. Semua badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah di dedahkan muka dan dua tapak tangan di jalan dan di depan lelaki ajnabi dengan syarat aman dari fitnah. Jika ditakuti mendatangkan fitnah atau membawa kepada fasad, maka wajib ditutup.
  2. Semua badannya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua qadam (iaitu tapak kaki) dan pergelangannya.

Sumber: Ustaz Nor Amin

Jumaat, 17 Januari 2014

Aurat





"AURAT, JANGAN AMBIL MUDAH."
Assalamualaikum. Asif, dah 2 minggu ana lambat post. Asif ya tuan bos.
Itu mukadimah aje ekeke. Ok lah, ana straight jelah. Ok?
Aurat, rasanya semua orang tahu apa itu aurat. Semua orang tahu. Ha, dah tu kenapa tak tutup aurat?
Ana agak, semua dah tahu apa hukum dedah aurat. Haram, bukannya makruh. Jadinya siapa yang nak disalahkan? Salahkan pelakunya atau solat?
Salahkan pelakunya. Kalau nak salahkan solat, ramai orang solat elok je dia tutup aurat.
Aurat wanita seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki bermula dari pusat hingga ke lutut.
Ramai orang kemain marah sebab wanita tak tutup aurat, tapi tak sedar lelaki pakai seluar atas lutut pun berdosa.
Bukan ana nak bela wanita yang dedah aurat. Tapi sepatutnya, aurat itu sama. Tak kisah sama ada pelakunya lelaki atau perempuan. Tetap berdosa.
Hei manusia, susah sangat ke nak tutup aurat? *tersedak*
Hei manusia, apakah kau rela dibakar di neraka kelak? *jatuh kerusi*
Hei ayah juga abang, nasihatlah anak, isteri serta adik, kakak mu, agar kamu selamat di akhirat kelak.
"Wahai anak perempuan, wahai isteri, wahai kakak, wahai adikku sayang, tidakkah engkau merasa bersalah akan perbuatanmu? Kamu tidak mencuri, kamu tidak mengambil rasuah, tapi kamu mendedahkan aurat. Tidakkah engkau merasa bersalah?"

Sabtu, 21 Disember 2013

"Aku nak pakai tudung"


"Aku nak pakai tudung"
"Kau nak pakai tudung atau nak tutup aurat?"
"Apa bezanya?"
"Ada beza. Allah suruh tutup aurat. Bukannya pakai tudung. Tudung itu salah satu benda yang diperlukan untuk kita sempurnakan penutupan aurat. Kau nak tutup rambut guna alas meja pun boleh. Tutup aurat pula bagi perempuan macam kita. Kita kena tutup semuanya kecuali tapak tangan dgn muka."
"Jadi maknanya aku kena pakai tudung labuh macam kau ke?"
"Kau tak perlu pakai tudung labuh sampai cecah tanah sapu lantai untuk tutup aurat. Cukup kau labuhkan tudung tak dedah dada. Jangan buat sanggul tinggi tinggi tu. Jangan nak pakai tudung jarang jarang tu."
"Jadi aku kena pakai baju besar besar?"
"Iya. Jangan sampai nampak bentuk tubuh kau."
"Tak panas ke? Semua benda nak kena labuh labuh."
"Kenapa? Kalau pakai singkat singkat ni boleh buatkan kita sejuk ke? Bahkan boleh rosakkan kulit bila asyik kena panas, kena asap. Dah membzair duit kau nak kena buat rawatan mahal mahal untuk cantikkan balik kulit kau"
"Tapi, kalau aku pakai labuh labuh ni kawan kawan aku mesti taknak kawan aku dah"
"*Senyum* Sahabat yang baik akan bahagia bila sahabat dia jadi lebih baik. Sahabat yang tak baik akan melarang kita buat baik. Kalau betul mereka sahabat yang baik. Mereka akan terima perubahan kau. Dan, kalau mereka pergi sekalipun dari hidup kau. Allah pasti akan hantar sahabat yg baik untuk kau. Allah takkan biarkan kau berdakwah, berhijrah seorang diri terkontang kanting."
"Tapi aku suka kawan dengan mereka"
"Allah pernah berfirman : ".....Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu..." (Al Baqarah:216). Percaya pada Allah. Percaya pada rancangan Allah. Tapi aku mahu pesan, kalau sahabat itu tidak menjauhkan diri dari kau. Kau jangan jauhkan diri dari mereka. Jangan pernah rasa kau lagi baik dari sesiapa pun. Kalau kita asyik tinggal dan pinggirkan orang yang bermasalah. Bila masa orang orang itu dapat ditarbiah dan diberi dakwah? "
"InsyaAllah, Terima kasih weh *peluk*"
"*peluk* sama sama*
....................................................................................................................................................
Jaga aurat supaya segalanya terjaga. Jangan biarkan tubuh kita dilihat oleh ramai orang. Apa lagi yang special untuk suami nanti? Fikir. Tindakan kita hari ini memberi kesan pada diri kita esok. 
Mungkin hari ini ada yang baru mula pakai tudung, baru mula pakai baju labuh, tudung labuh, stokin. Mungkin hari ini ada yang baru mula solat lima waktu. Mungkin hari ini ada yang baru pasang niat nak berubah.
Teruskan. Jangan undur ke belakang lagi. Tinggalkan semua sejarah hitam. Biarkan ia jadi pengajaran.
Semoga bermanfaat. Assalamualaikum
Sir.