Jumaat, 27 Disember 2013

13 Sifat Orang yang diberi Martabat tinggi di Syurga





 






Siapakan orang yang akan dibalasi dengan martabat yang tinggi di Syurga? Mereka akan disambut pula dengan penghormatan dan ucapan selamat. Mereka juga akan kekal tinggal di Syurga, yang merupakan sebaik baik kediaman.


    Di dalam Surah Al-Furqan : 63-75, Allah SWT menjelaskan sifat sifat mereka yang bertuah ni. Ianya adalah :

  1. Orang yang berjalan di muka bumi ini dengan rendah hati. Apabila ditegur oleh orang jahil, mereka mengucapkan kata kata yang baik yang mengandungi keselamatan.
  2. Rajin solat malam atau tahajjud semata mata kerana Allah SWT.
  3. Berdoa agar dihindaridari Neraka kerana yakin dengan kewujudannya dan takutkan azab Allah. "Ya Allah, jauhilah azab Jahannam daripada kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal".   
  4.  Bersederhana dalam berbelanja. Mereka tidak  berlebihan dalam berbelanja tapi mereka tidak kedekut.
  5. Tidak menyembah Tuhan lain di samping Allah.
  6. Tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan alasan yang benar.
  7. Tidak berzina.
  8. Jika melakukan dosa, mereka bertaubat nasuha yakni bertaubat bersungguh sungguh, beriman dan mengerjakan amal soleh agar Allah SWT menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan.
  9. Tidak beri persaksian palsu.
  10. Menjaga kehormatan diri dengan tidak terikut ikut dengan orang orang yang mengerjakan perbuatan tidak berfaedah.
  11. Peka apabila diberi peringatan dengan ayat ayat Allah. Mereka tidak degil, mereka mendengar dan melihat peringatan peringatan tersebut.
  12. Orang yang memohon "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri isteri kami dan keturunaan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang orang yang bertakwa.
  13. Bersabar dalam melaksanakan perintah perintah Allah ini dan meninggalkan segala larangan-NYA. 









  

 Seorang Ukhty~










Tiada ulasan:

Catat Ulasan