Rabu, 18 Disember 2013

Kisah Nabi Adam A.S : Nabi Adam Bapa Manusia





Mukadimah
Nabi Adam A.S adalah manusia pertama yang diciptakan oleh Allah s.w.t . Isteri Adam , Siti Hawa , Allah jadikannya daripada tulang rusuk kirinya . Nabi Adam adalah nabi dan rasul yang pertama diutus oleh Allah untuk menyampaikan syariat-Nya kepada seluruh umat manusia pada zamannya . 

Asal kejadian Nabi Adam :
Allah s.w.t memberitahu para malaikat untuk menjadikan manusia . Allah menyuruh para malaikat itu mengambil tanah liat yang kering yang berasal daripada tanah kental yang berubah warna dan baunya . Hanya malaikat Izrail yang dapat membawa tanah yang Allah maksudkan itu . 
Setelah  Allah jadikan rupa bentuk manusia , Allah meniup padanya roh , Kemudian , Allah menyuruh para malaikat semuanya sujud . Para malaikat sujud kecuali ketua malaikat yang bernama Azazil sombong dan angkuh dengan keturunannya daripada Nur (cahaya) , maka , dengan kesombongan itulah ia dinamakan Iblis , sedangkan Nabi Adam (manusia pertama) hanya daripada tanah liat kering.

Nabi Adam tercampak ke bumi :
Setelah itu , nabi Adam tinggal didalam syurga seorang diri sedang termenung dibawah sepohon pokok , dia ternampak sepasang burung sedang bergurau senda . Terdetiklah dihatinya mengharapkan ada seorang teman yang boleh bercakap dengannya . Tidak lama kemudian dia tertidur . Dalam tidurnya , beliau bermimpi didatangi seorang wanita cantik . Beliau tersedar dari tidurnya itu . dan didapati ada seorang wanita cantik disisinya . Wanita itu dikenali dengan gelaran Siti Hawa . Allah pun mengahwinkan mereka dengan gembira dan bahagia didalam syurga yang penuh nikmat . 

Tercampak ke bumi :
Iblis sakit hati dengan Nabi Adam , dia telah meminta izin dari Allah untuk meggoda Nabi Adam dan anak cucunya . Dia sedaya upaya hendak menyusahkan Nabi  Adam dan siti hawa . Allah telah berpesan supaya menjauhkan diri daripada sepohon pokok khuldi . Iblis pula mencari peluang memujuk nabi Adam supaya mengambil buah larangan itu . Nabi Adam tidak mahu kerana takutkan Allah . Iblis cuba melalui Siti Hawa , Siti Hawa tergoda lalu merayu Nabi Adam . Nabi Adam yang kasihankan Siti Hawa sehingga lupa akan pesanan Allah lalu megambil buah tersebut . Setelah mereka berdua memakan buah tersebut , Allah menghukum mereka . Mereka dicampakkan ke bumi dan hiduplah mereka dimuka bumi dengan pelbagai rintangan .

Kesusahan hidup di bumi :
Sewaktu berada didalam syurga yang penuh nikmat . Nabi Adam a.s dan Siti Hawa hidup bahagia . Mmereka tidak pernah sedikit pun merasai penat dan takut Tetapi setelah diturunkan ke bumi , mereka mendapati bumi ini dipenuhi dengan pokok - pokok yang tinggi dan rumput - rumput . Mereka juga mendekati ada pelbagai binatang seperti singa , harimau , gajah , beruang dan bermacam jenis lagi hidupan liar yang hidup di atas muka bumi ini . Timbullah rasa takut dalam hati mereka berdua . Mereka bimbang kalau binatang buas itu akan menyerang dan menjadikan mereka makanannya . 
Mereka pun tinggal didalam sebuah sebuah gua yang tinggi , untuk menghindari dari bahaya . Apabila berasa lapar . Nabi Adam terpaksa mencari makanan di tengah hutan . Di hutan itu pula dipenuhi dengan pohon yang tinggi 

Melahirkan anak kembar :
Nabi Adam terpaksa bekerja keras hingga berasa keletihan dan mengalir peluh dari tubuhnya , sebelum mendapat makanan . Hawa pula terpaksa membantu Nabi Adam melaksanakan kerjanya . Mereka bersusah payah menjalani kehidupan sebagai manusia pertama di atas muka bumi . Setelah beberapa lama , merka hidup dibumi ini , Hawa hamil . Setelah cukup tempohnya , dia melahirkan anak kembar , seorang lelaki dan seorang perempuan . Anak yang lelaki diberi nama Qabil , manakala yang perempuan diberi nama , Iqlima . Nabi adam sangat gembira dengan kelahiran anak pertamanya itu . Hawa tidak terdaya untuk membantu kerjayanya lagi kerana mempunyai satu tugas yang baru iaitu memelihara anak-anak mereka , Setiap pagi , keluarlah nabi adam sendirian unutuk mencari makanan . Setelah setahun berlalu , Hawa hamil lagi , dan melahirkan anak kembar . Seorang lelaki dan seorang perempuan . Anak lelaki diberi nama Habil manakala perempuan dinamakan Labuda . 

Qabil dan Habil :
Setelah Qabil dan Habil membesar menjadi remaja , mereka mula bekerja untuk membantu bapa mereka , Nabi  Adam A.S. Qabil yang berbadan agak besar itu ,kasar orangnya . Berbeza sekali dari adiknya , Habil . Walaupun memiliki tubuh badan lebih kecil , tetapi Habil lebih kuat daripada Qabil . Habil juga sangat baik hati dan halus perasaannya . Habil sangat suka dan sayang kepada haiwan . 

Suatu hari , Nabi Adam memanggil kedua - dua anak lelakinya . Dia memberi kerja yang lebih khusus kepada kedua anaknya itu . Qabil ditugaskan dengan kerja - kerja bercucuk tanam . Kerana menguruskan tanah adalah lebih sesuai kepada orang yang mempunyai hati yang kurang lembut dan halus . Manakala Habil ditugasakan untuk menternak kambing dan lembu . Kerana haiwan tersebut boleh merasai senang dan sakit . Jadi , orang yang menjaganya perlulah mempunyai perasaan sayang terhadap haiwan tersebut . 

Semakin hari , semakin bertambah rezeki yang Allah anugerahkan kepada nabi Adam dan anak - anaknya . Suatu hari Nabi Adam hendak menguji kedua dua orang anak lelakinya . Bagaimana mereka berterima kasih kepada Allah diatas nikmat yang banyak melimpah ruah itu . Nabi Adam memanggil Qabil dan Habil lalu meyuruh kedua anaknya yang kian meningkat dewasa itu pergi ke puncak bukit . Kemudian meletakkan sebahagian daripada hasil tanaman atau ternakan tersebut akan dapat dimakan oleh mana-mana makhluk Allah yang tidak pernah mengetahui cara bercucuk tanam dan menternak haiwan . Apa yang diletakkan itu adalah merupaka zakat dan pengorbanan daripada Allah . Habil berasa gembira dengan arahan itu kerana dia seorang yang baik hati . Setelah mendapat arahan dari ayahnya , Habil segera memilih kambing yang gemuk  .Qabil pula dengan perasaan yang berat pergi memilih buah buahan yang rosak dan buruk . Ternyata korban Habil diterima kerana dia memberi sesuatu yang baik dengan ikhlas dan bersyukur .

Sekian :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan