Khamis, 19 Disember 2013

LANGKAH.




Bismillahirrahminrahim.
MANUSIA. Sering kali berputus asa dengan kehidupan. Sering kali berputus asa dengan rahmat Ilahi. Ada yang tidak mahu memulakan langkah. Ada yang sudah mula melangkah, tetapi hanya separuh jalan ibarat melepaskan batuk di tangga. Langkah di sini bermaksud kehidupan yang kamu sendiri atur demi mengejar mardhatillah. Sudahkah kamu memulakan langkah atau masih di tempat yang sama?
Ke mana kamu membawa langkah kamu?
Jalan yang diredhai Allah?
Atau
Jalan yang dimurkai Allah?
Tepuk dada tanya iman.
Wahai hamba Allah yang dirahmati dan dikasihi Allah. 
Janganlah kamu berputus asa. Sungguh. Allah murka dengan hambaNya yang berputus asa. Kamu jatuh. Bangkitlah. Mara ke hadapan kerana Rabb. Meskipun pelbagai cemuhan,hinaan,pandangan keji oleh orang ramai, PERCAYALAH Allah sentiasa mendengar rintihan kamu. Tatkala kamu bersendirian memendam rasa kecewa kerana kehidupan ini seperti tidak adil bagi dirimu Allah jualah peneman yang abadi. 
Memulakan langkah semula setelah jatuh sungguh memeritkan. Jangan berhenti melangkah. Teruskan berjuang. Inilah dugaan Allah untuk kamu. Bersangka baiklah pada Sang Pencipta. Buka mata. Dia menyayangi kamu. Dia ingin menguji tahap keimanan kamu. 
BERSYUKURLAH.
Kamu insan terpilih.
Saat dirimu diuji
Jangan bersedih.
Saat dirimu rebah.
Jangan gelisah
Saat dirimu kecewa.
Jangan putus asa.
Teruskan langkah.
Langkah perlu diatur bermula sekarang. Andai kata dirimu yang dulu terlalu jahil. Mulakan hidup baru.
Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyantun.
Hidupmu hanya sekali.
Pintu Taubat sentiasa terbuka luas untuk hambaNya. Jangan pernah berkata "Aku jahat. Maksiat sudah menjadi makananku. Mana mungkin Dia mahu menerima taubat ku. Tidak Mungkin" 
Sangkaan kamu salah sama sekali.
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya dengan firmanNya:

   (Surah Az-Zumar: Ayat 53)
Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Selahi nafas dihela. Selagi hayat dikandung badan. Selagi itulah pintu taubat terbuka seluas-luasnya. Jangan pernah takut. Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Allah juga tidak pernah membebankan hambaNya sekiranya ujian itu tidak dapat kamu tanggung. Allah Maha Mengetahui.

Menyesal sekarang tidak bermakna kesilapan lalu tidak boleh diubah. Jahil sekarang tidak bermakna jahil selamanya. Kamu manusia. Sentiasa melakukan dosa. Ciptalah langkah kamu itu ke jalan Allah. Cari ketenangan yang selama ini kamu sendiri tidak pernah rasa. Sujudlah dengan penuh keinsafan. Merayulah supaya Allah memberi kamu kekuatan dalam menempuh dunia yang penuh onak liku. Masih ada masa. Jangan sampai suatu masa kamu meninggalkan dunia yang fana ini dalam keadaan kamu masih jahil. pada waktu itu, tiada siapa yang boleh membantu dirimu meskipun kedua ibu bapamu. Malah hartamu juga tidak boleh membantu kamu. 

Maka itu. Bersegeralah. Berebutlah. Berlarilah dalam mengejar kasih Ilahi. Sungguh dirimu dalam kalangan orang yang beruntung. Tanam dalam diri. 

Aku perlu berubah.
Aku perlu mula dari sekarang.
Tiada apa yang boleh menghalang diriku.
Melainkan dengan izin Ilahi.

Moga langkah yang kamu pilih ke jalan Allah membawa kamu ke SYURGA.
Moga langkah pada hari ini membawa sejuta makna.
Moga langkah pada hari ini menyelamatkan kamu dari seksa kubur.

Akhir kata.

Suburkan jiwa dengan penuh keimanan dan taqwa. Percaya dengan kuasa Allah. Jangan pernah takut melainkan hanya takut pada Ilahi. 

Berhenti melangkah bermakna kamu itu di kalangan orang yang rugi.


Written by AmrQamar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan