Maka mohonlah ampun kepada Allah atas segala dosa kita.
Moga kalau esok tiada buat kita, kita pergi dalam usaha membersihkan diri.
Kalau esok diberi lagi kepada kita, moga kita akan lebih menghargainya.
Mari kita menundukkan pandangan,
Ketika waktu itu diperlukan,
Bukan bermakna kita tak layan,
Tetapi lebih menjaga pergaulan,
Kerna panahan iblis tak kenal lawan,
Meski nampak beratnya ujian,
Inilah dunia penuh cabaran,
Agar terpelihara diri dan kemaluan...
# kerana kita dilahirkan fitrah, jangan ragu dan merasa terhimpit, kuatkan dalaman dengan tarbiyyah, bukan bermakna kita hipokrit..
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya... ”(QS. An Nuur: 30-31
Saya akan akhiri post ini dengan satu hadis yang sangat cantik , Masyaallah Tabarakallah :)
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi S.A.W bahawasanya ada seorang lelaki berziarah kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah memerintah seorang malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan - yang dilaluinya. Setelah orang itu melalui jalan itu, berkatalah malaikat kepadanya : "Ke mana engkau menghendaki?" Orang itu menjawab : "Saya hendak ke tempat seorang saudaraku di desa ini." Malaikat bertanya lagi : "Adakah suatu kenikmatan yang hendak kau peroleh dari saudaramu itu?" Ia menjawab : "Tidak, hanya saja saya mencintainya kerana Allah." Malaikat lalu berkata : "Sesungguhnya saya ini adalah utusan Allah untuk menemuimu untuk memberitahukan bahawa sesungguhnya Allah itu mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana Allah." (Riwayat Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan