Hendak saya kongsikan tentang sebuah kisah yang cukup indah yang dipetik dari kisah penghidupan Imam Abu Hanifa RH. Kisah ini mengandung pengajaran yang cukup baik yang boleh dibuat sebagai satu teladan.
Telah dikisahkan bahawa Imam Abu Hanifa pernah menziarahi di sebuah kota. Beliau adalah salah satu tokoh ulamak yang cukup popular pada zaman itu. Hampir semua kenal beliau. Tetapi kerana pada zaman itu belum diciptanya kamera, maka mereka yang tinggal berjauhan dari kota Imam itu cuma kenal nama sahaja tetapi tidak pernah menatap wajahnya.
Jadi, imam Abu Hanifa sedang kunjung ke sebuah kota yang jauh dari kotanya. Imam Abu Hanifa ini Tawadhu' orangnya. Dia tidak suka bermegah-megah dirinya. Oleh sebab itu, apabila dia kunjung ke kota itu. Tidak siapa pun yang kenal beliau.
Hari pun sudah gelap, beliau pun bercadang untuk bermalam di masjid yang ada di situ. Apabila beliau hendak masuk ke masjid itu. Penjaga masjid di situ melarang beliau untuk bermalam di masjid lalu menghalau beliau.
Tetapi Imam Abu Hanifa tidak marah sekali pun. Sudah tentu jika penjaga masjid itu tahu siapa yang dia halau itu, dia akan berasa malu. Lalu Abu Hanifa pun bercadang untuk mencari tempat lain untuk bermalam.
Tanpa beliau sedari, beliau diperhatikan oleh seorang lelaki yang tinggal berhampiran dengan masjid itu. Lelaki itu berasa kesian terhadap Imam Abu Hanifa lalu mengajak beliau untuk bermalam di rumahnya.
Imam Abu Hanifa pun diajak masuk ke rumah lelaki tadi. Beliau dilayan oleh lelaki tadi dengan cukup baik. Selepas berkenalan, beliau dapati bahawa lelaki itu berkerja sebagai pembuat roti. Jadi beliau pun masuk tidur.
Sampai lah satu hari, Imam Abu Hanifa pun bercadang untuk lihat lelaki itu untuk membuat roti. Apabila beliau perhatikan lelaki itu membuat roti, cara dia buat sangat menajubkan.
Kerana, setiap kali lelaki itu mengulih doh itu dia beristighfar.
"Astaghfirullahal Azim"
Lalu mengulih lagi..
"Astaghfirullahal Azim"
Lalu Imam Abu Hanifa pun bertanya,
"Aku lihat kau setiap kali kau mengulih roti itu kau beristighfar. Boleh aku tanya dengan membuat sedemekian apa yang kau dapat?"
Lalu lelaki itu menjawab,
"Sesungguhnya, dengan beristighfar ini setiap permohonanku Allah telah kabulkan.... Tapi cuma satu sahaja yang Allah belum kabulkan."
Imam Abu Hanifa pun tanya lagi
"Apakah itu?"
Lalu jawab lelaki itu
"Sesungguhnya aku teringin nak melihat Imam Abu Hanifa.."
Allahu Akbar
Imam Abu Hanifa terus menitiskan air mata. Bukan ke beliau di depan dia sekarang? Subhanallah Sesungguhnya Allah benar benar sudah mengkabulkan doa dia.
Lalu Imam Abu Hanifa pun menjawab sambil menangis.
"Kau hendak tahu tk? Sesungguhnya Allah bukan sahaja memberi kau untuk melihat Imam Abu Hanifa. Tetapi Allah sudah mengherat kaki Imam Abu Hanifa di dalam rumah mu!"
Allahu Akbar
Sampai situ yang diceritakan. Agaknya apa reeksi lelaki itu tadi? Allahu
Nampak tak betapa indahnya beristighfar? Memang indah sekali..
Sebelum saya menutup post ni. Izinkan saya untuk kongsi sebuah hadis
"Barangsiapa membiasakan diri untuk beristighfar, Allah akan memberikan jalan keluar baginya dari setiap kesulitan.” (HR. Abu Daud)"
- Posted by Serban Putih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan