Khamis, 26 Disember 2013

Hawa Nafsu



"IKUT NAFSU, KAU LESU!"


Ketika seorang hamba melihat dengan akalnya tanpa terpengaruh oleh hawa, maka segala sesuatu akan tampak sebagaimana hakikatnya. Namun jarang yang dapat melihat dengan cara demikian, kerana hawa terlalu menguasai nafsu, dan nafsu sangat sulit untuk melepaskan diri dari kekuasaan hawa. Bahkan kerana demikian tersembunyi dan susah difahami, maka manusia tidak dapat merasakan kehadiran hawa. Hanya orang-orang yang berakal unggul (superior) yang dapat mengetahui keberadaan hawa dalam nafsunya.
Hawa adalah makanan nafsu. Hal ini membuat nafsu sangat bergantung dan sulit melepaskan diri dari cengkeraman hawa. Oleh kerana itu, jauhilah hawa dan bebaskanlah nafsumu darinya. 
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini; iaitu kecintaan kepada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga).” (Ali Imran: 14)
Menerusi ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa hikmah Allah s.w.t menciptakan nafsu keinginan dalam diri manusia ialah dengan tujuan untuk mendorong manusia mendapatkan apa juga perkara yang menjadi kemaslahatan dirinya atau kesinambungan zuriatnya. Keadaan nafsu yang menginginkan pelbagai perkara ini bukanlah satu kesalahan. Yang dicela dan salah ialah jika seseorang itu berusaha untuk mendapatkan keinginannya menerusi jalan yang tidak disyariatkan, atau menyebabkannya berpaling daripada mentaati perintah Allah s.w.t.

Imam al-Ghazali rahimahullah pernah berkata: “Sesungguhnya hawa nafsu ialah suatu bentuk keinginan yang tidak terpuji. Adapun keinginan yang terpuji adalah datangnya daripada panduan Allah s.w.t, yakni kekuatan ataupun dorongan yang menyebabkan manusia mahu menggerakkan dirinya untuk mendapat sesuatu perkara yang bermanfaat, sama ada untuk dirinya, keturunannya ataupun kedua-duanya sekali.”

Tips menahan hawa nafsu:
  1. Jaga mata kita dari hal-hal yang berbau menimbulkan syahwat dalam diri. Misalkan, melihat kucing sedang kahwin. Maka segeralah Istighfar, kerana dengan istighfar akan lebih menenangkan diri dan inshaAllah diampuni dosa-dosa kita.
  2. Perbanyaklah zikir, zikir adalah mengingat Allah. Ketika kita akan melakukan perbuatan hawa nafsu inshaAllah Allah akan menjaga kita dari perbuatan itu dengan cara kita mengingat-Nya dan tidak jadi melakukan perbuatan itu.
  3. Hindarilah menceritakan orang lain terutama soal aib. Lebih baik diam daripada ikut bercerita.
  4. Menahan Marah. 
  5. Rajinlah besenam. Dengan bersenam maka fikiran-fikiran kotor akan jauh dari kita. 
  6. Berhentilah bercakap kosong, seperti anjing dan kawan-kawannya. Kerana kalau tidak ditahan hal ini akan semakin memperkuat nafsu amarah yang bergelojak.
  7. Jaga solat. Perbanyakkan baca Al-Quran.
  8. Berdoalah seyakin-yakinnya kepada Allah agar kita dijauhkan dari perbuatan hawa nafsu dan diberi kekuatan supaya boleh menahan hawa nafsu yang laknatullah.

Penulis: @FitriNabihah
Rujukan: Buku Menangkis Bisikan Jahat (Syeikh Abdul Qadir Jailani)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan