Jumaat, 29 Julai 2016

Apakah benar ada Seksa Kubur?

[7/29, 5:50 PM] ‪+60 17-272 1336‬: *ADAKAH SEKSA ALAM KUBUR ITU ADA?*

SEKSA kubur pasti dialami setiap manusia. Ini berdasarkan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W. tidak ada dalil qath'i lain, selain kedua sumber tersebut kerana masalah tersebut di luar jangkauan akal manusia.

Allah berfirman yang bermaksud : _"Dan di antara penduduk Madinah (ada juga orang-orang munafik), mereka keterlaluan dalam kemunafikannya. Engkau (Muhammad) tidak mengetahui mereka, tetapi Kami mengetahuinya. Nanti  mereka akan Kami siksa dua kali, kemudian mereka akan dikembalikan pada azab yang besar"_ (at-Taubah : 101)

Kehidupan manusia mengalami tiga fasa, iaitu hidup di dunia, alam barzakh, dan akhirat. Allah telah menjelaskan tentang tiga seksa, "Dia akan menyeksa mereka dua kali ganda", iaitu di dunia, alam barzakh dan seksa di akhirat yang akan dirasakan setelah penghitungan amal, sebagaimana firman Allah, "kemudian mereka dikembalikan pada azab yang besar."

Ibnu Abbas menjadikan firman Allah berikut ini sebagai dalil bahawa seksa kubur itu ada. FirmanNya bermaksud : _"Dan pasti Kami timpakan kepada mereka sebahagian seksa yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat) agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."_ (as-sajadah: 21)

Azab terbahagi kepada dua, iaitu azab di dunia dan azab di akhirat. Seksaan di dunia diharapkan dapat mengembalikan para durjana ke jalan Allah. Sedangkan seksa alam kubur sebagai balasan apa yang mereka lakukan di dunia. Sementara, untuk seksa yang paling berat adalah seksaan di neraka bagi orang-orang kafir, munafik dan orang-orang ahli maksiat setelah hari penghitung amal.

Allah berfirman yang bermaksud : _"...Firaun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang sangat buruk. Kepada mereka diperlihatkan neraka, pada pagi dan petang, dan pada hari terjadinya kiamat. (Lalu kepada malaikat diperintahkan), `Masukkanlah Firauan dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras!' "._ (al-mu'min: 45 dan 46)

Para ulama dan ahli fiqih menjadikan dua ayat tersebut sebagai argumentasi adanya alam barzakh. Firman Allah : _"Firauan beserta kaumnya dikepung dengan azab yang sangat buruk."_ Itu merupakan seksaan yang mereka alami pada saat ditenggelamkan, sementara Nabi Musa selamat.

Firman Allah, _"Kepada mereka neraka diperlihatkan pada pagi dan petang"_ sebagai tanda adanya seksaan di alam barzakh kerana neraka tidak dinampakkan kepada mereka, ketika mereka hidup di dunia baik waktu pagi atau petang. Sedangkan, firman Allah, _"Pada hari terjadinya kiamat (lalu kepada malaikat diperintahkan), "Masukkan Firauan dan kaumnya ke dalam azab yang keras,"_ sebagai dalil adanya seksaan pada hari kiamat setelah hari perhitungan amal, sehingga mereka masuk ke dalam neraka untuk selama-lamanya.

Dari Anas dan Ibnu Mas'ud r.a bahawa Nabi S.A.W bersabda, _"Sesungguhnya orang-orang yang meninggal dunia pasti akan diseksa di dalam kuburnya sehingga haiwan-haiwan ternakan mendengar jeritan mereka."_ (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Umar r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, _"Sesungguhnya mayat pasti akan diseksa kerana tangisan orang-orang yang hidup."_ (Riwayat Bukhari dan Muslim)
[7/29, 5:50 PM] ‪+60 17-272 1336‬: Jenazah akan mendapat seksa kerana keluarga atau sanak saudara yang menangisinya secara berlebihan. Orang soleh yang meninggal tidak ingin ditangisi oleh sesiapa pun kerana ia telah mendapatkan rahmat Allah sehingga ia tidak suka rahmat Allah itu diimbangi oleh tangisan yang histeria. Maksudnya, jenazah orang beriman yang soleh itu merasa terganggu dengan tangisan dan histeria keluarganya. Sedih dan menitiskan air mata kerana merasa kehilangan tidaklah dilarang kerana hal itu merupakan ungkapan rasa kecintaan terhadap mayat.

Rasulullah S.A.W bersabda setelah kematian puteranya, iaitu Ibrahim, _"Air mata bercucuran dan hati mereka sedih kerana kehilangan, sesungguhnya kami amat sedih atas kematianmu hai Ibrahim."_ (Riwayat Abu Daud)

Keluarga mayat yang soleh hendaknya bersabar dan memohon kesabaran kepada Allah dan berkata, _"Allah pasti akan mengambil dan memberi sesuatu, tiada daya upaya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah."_ Sebagai ganti tangisan, sebaiknya kita berdoa, makin terseksa kerana tangisan histeria keluarganya terutama mereka yang merobek-robek baju dan mencakar-cakar pipinya.

Daripada Siti 'Aisyah r.a bahawa Nabi S.A.W bersabda, _"Seksa kubur itu benar adanya."_ (Riwayat al-Khatib al-Baghdadi, disebutkan oleh As-Sayuti dalam Al-Jami'As-Shaghir).

Hadis riwayat Umar r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, _"Sesungguhnya mayat itu akan disiksa kerana tangisan histeria keluarganya."_ (riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menguatkan hadis sebelumnya, _"Sesungguhnya mayat itu akan diseksa kerana tangisan keluarganya yang masih hidup."_ Nabi S.A.W menyaksikan seksa kubur tersebut. Para ulama mengertikan bahawa seksaan itu juga akan dialami oleh orang yang berpesan agar menangisi jenazahnya.
[7/29, 5:50 PM] ‪+60 17-272 1336‬: Hadis riwayat Anas r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, _"Seandainya kalian tidak saling menguburkan, nescaya aku berdoa kepada Allah agar dia memperdengarkan seksa kubur kalian, sebagaimana yang aku dengar."_ (Riwayat Muslim, Ahmad dan Nasa'i)

Rasulullah S.A.W memerintahkan kepada kita agar memohon perlindungan daripada seksa neraka.

Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, _"Berlindunglah kepada Allah dari seksa neraka."_ Para sahabat bertanya, _"Kita memohon perlindungan kepada Allah dari api neraka."_ Baginda bersabda, _"Berlindunglah kepada Allah dari seksa kubur." Mereka berkata, "Kita mohon perlindungan kepada Allah dari seksa kubur."_ (Riwayat Muslim)

Sebahagian ulama dan ahli fiqih tentang adanya seksa kubur dengan salah satu ayat dari Surah Al-Mu'Min yang telah disebutkan di atas.

Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud : Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah atau yang berkata, _"Telah diwahyukan kepadaku,"_ padahal tidak diwahyukan sesuatu pun kepadanya, dan orang yang berkata, _"Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah."_ (Alangkah ngerinya) sekiranya engkau melihat pada waktu orang-orang zalim (berada) dalam kesakitan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata) , _"Keluarkanlah nyawamu."_ Pada hari ini kamu akan dibalas dengan azab yang sangat menghinakan kerana kamu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu menyombongkan diri terhadap ayat-ayatNya." (al-An'am:93)
[7/29, 5:51 PM] ‪+60 17-272 1336‬: Para ulama dan ahli tafsir menjadikan ayat tersebut sebagai dalil adanya seksa kubur, sebagaimana firman Allah, _"Pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang sangat menghinakan."_ Kata penyeksaan pada ayat tersebut tidak menggunakan kata 'sin' atau 'saufa', seperti keluarkanlah nyawamu kerana roh itu akan diseksa dengan seksa yang menghinakan atau akan dibalas dengan balasan seksa yang menghinakan, melainkan Dia berfirman, _"Pada hari ini kamu akan dibalas dengan azab yang menghinakan",_ yang bererti di dalam barzakh orang tersebut tidak memiliki kesempatan lagi untuk hidup di dunia. Juga bukan pada hari kiamat kerana Allah tidak menyatakan, _"Pada hari kiamat nanti kamu akan dibalas dengan seksaan yang menghinakan ."_ jadi dapat dipastikan bahawa seksa yang dimaksudkan adalah seksa alam kubur.

Dari penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa seksa alam kubur itu pasti ada, tidak dapat dimungkiri lagi tentang keberadaannya.

 Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud : _"Kemudian Dia menuju ke langit dan (langit) itu masih berupa asap..."_ (al-Fussilat: 11)

Seksa alam kubur pasti ada, tetapi bagaimana bentuk seksaannya tidak dapat diketahui dengan pasti. Masalah ini akan dikaji dalam bab tersendiri kerana merupakan tujuan utama penulisan, iaitu menjelaskan tentang hakikat seksa alam kubur, ada atau tidak? Banyak manusia yang tidak mengakuinya adanya seksa kubur meskipun sebahagian orang meyakini akan adanya seksa kubur dan pendapat mereka disokong oleh dalil-dalil al-Quran dan Hadis, yang menjelaskan keberadaan seseorang setelah meninggal dunia dan dibangkitkan di akhirat kelak.


Ditulis oleh Atikah Kassim

Jumaat, 22 Julai 2016

Tasawwuf dan Sifat Mazmumah




Sebenarnya di dalam Ilmu Tasawwuf ini teramatlah luas. Apa yang akan dibincangkan pada malam ini adalah pasti sedikit dari ilmu Tasawwuf ini.

Ilmu Tasawwuf ini apa sebenarnya? Kita katakan dalam kata mudah, ia adalah ilmu untuk penyucian jiwa.

Sebab ibadah ini dibagi kepada dua; ibadah zahir dan batin. Yang zahir adalah kita buat solat, puasa, zakat, sedekah dsb. Kerana apa ia dinamakan zahir sebab ia dapat kita lihat.

Adapun ibadah batin adalah yang tersembunyi iatu penyucian jiwa. Pastikan hati kita ini sentiasa bersih dari sebarang kekotoran. Jua, untuk pastikan kita amalkan sifat yang mahmudah ya’ni sifat yang terpuji. Dan membuang sifat mazmumah yakni sifat yang tercerla. Nanti kita akan bincang tentang ini nanti.

Ramai yang buat ibadah zahir tapi lupa bahawa ada juga ibadah batin yang WAJIB dibuat.

Maka ilmu tasawwuf ini adalah panduan ditulis dan ditunjuk oleh Ulama’ untuk amalkan ibadah batin tersebut.

Mungkin kita akan dengar orang kata, “Eh Ilmu Tasawwuf ini tidak ada di zaman Nabi. Sebab perkataan Tasawwuf ni pun Nabi tak pernah kata.”

Perkataan ini seperti menafikan ilmu tasawwuf ini dari ajaran Islam dan sunah Nabi SAW.

Ada lagi yang langsung mengaanggap ilmu ini ilmu sesat. Ada yang mengejek pula ini ilmu TasaWOLF.

Kita jawab, mereka yang kata ni.. sebenarnya tidak faham apa itu Tasawwuf. Ada pula yang jahil tapi masih nak tunjuk hebat dalam men-condemn ilmu yang mulia ini.

Sebenarnya segala isi ilmu Tasawwuf ini semuanya diambil dari sunnah dan ajaran Nabi SAW. Memang benar bahawa perkataan Tasawwuf ini tidak ada di dalam ucapan baginda SAW.

Kita kata, ia hanya baru dari segi istilah sahaja. Tetapi intipatinya semua bersumberkan Quran dan Sunnah.

Sebagai contoh, kita kata dalam Tasawwuf ini kita diajarkan untuk buang sifat hasad. Apakah ilmu ini tidak ada dari ajaran Islam? Salah sekali. Sebab ajaran ini diambil dari sunnah Nabi SAW.

Baik. Apa sebab perlu amalkan ilmu Tasawwuf?

Penting sekali malah wajib bagi semua umat Islam untuk amalkan. Tidak guna jika dia belajar aqidah dan hukum feqah tetapi meninggalkan ilmu ni. Hakikatnya dia tetap cacat. Amalannya masih tidak sempurna.

Misalnya, dia pandai solat. Tapi dia tak belajar ilmu tasawwuf untuk membuang sifat yang mazmumah spt, riak. Maka solatnya hakikatnya tiada nilai.

Begitu lah kata ulama spt. Imam Malik,

“Man tasawaffa wa lam yatafaqa faqad tazandaqa, wa man tafaqaha wa lam yatasawaf faqad tafasaq, wa man tasawaffa wa taraqaha faqad tahaqaq”.

Yang artinya : “Barangsiapa mempelajari/mengamalkan tasawuf tanpa fiqih maka dia telah zindik, dan barangsiapa mempelajari fiqih tanpa tasawuf dia tersesat, dan siapa yang mempelari tasawuf dengan disertai fiqih dia meraih Kebenaran dan Realitas dalam Islam.” (’Ali al-Adawi dalam kitab Ulama fiqih, juz 2, hal. 195 yang meriwayatkan dari Imam Abul Hasan). Selengkapnya : http://www.kompasiana.com/heripurnomo/tahukah-anda-semua-ulama-madzab-mempelajari-tasawuf_5517df28a333117d07b660ea

Sebenarnya ilmu Tasawwuf ini telah dipuji oleh ramai ulama’ yang hebat. Ajib (pelik) sekali jika ada orang anggap ia adalah ilmu yang asing dari Islam.

Baik.. Sekarang kita akan pergi kepada tajuk kita. Yaitu Sifat Mazmumah.

Seperti kita sebut tadi bahawa Sifat Mazmumah adalah Sifat yang tercerla. Hukumnya WAJIB kita buang dari dalam diri kita.

Apa sifat tersebut?? (antaranya)

1.     Riak
2.     Ujub
3.     Takabbur
4.     Hasad
5.     Sum’ah

InshaAllah kita cuba bahaskan 5 sifat ini dulu.

1.     SIFAT RIAK

Riak ini paling bahaya sekali. Ia selalu datang kepada orang yang ingin membuat kebaikan sebab musuh Riak adalah Ikhlas. Sering sekali, syaitan akan guna riak ini untuk memastikan orang yang baik ini tidak memperoleh pahala.

Riak ini apa? Ia adalah sifat yang suka menunjuk-nunjuk (dengan bertujuan untuk menunjukkn dirinya hebat dan baik)kepada manusia.

Bahaya riak ini sehingga amalan kita tidak diterima oleh Allah. Mana mungkin Allah akan terima jika kita buat bukan kerana Dia tetapi kerana makhluk.

Sebab tu dalam hadis, Nabi saw sebut riak ini adalah SYIRIK KECIL. Bukan maksud kita jadi kafir tapi nak khabarkan bahawa dosa ini sangat lah besar. Nauzubilah.
Pernah dikisahkan ada seorang lelaki ini solat bersendirian di masjid. Ketika sedang solat, dia dengar bunyi pintu masjid terbuka. Maksunya pasti ada orang masuk masjid itu.

Lelaki yang sedang solat ini dah mula nak menunjuk-2. Dia sengaja lamakan rukuk, sujud, baca dengan penuh kusyuk, cara solat pun lihat spt org soleh dan abid.

Selepas sahaja dia habis solat, dia pusing ke belakang.. rupanya yang masuk tadi seekor anjing. Dia langsung rasa insaf.. selama ni dia nak menunjuk-2 rupanya untuk seekor anjing.

Tapi ada kala, tak salah kita nak menunjuk-2 dengan niat untuk ajarkan kepada manusia atau jadikan sebagai contoh teladan.

Misalnya, lelaki ini adalah seorang Tok Guru. Tok Guru ni memberi sedekah di hadapan anak muridnya. Perbuatan Tok Guru bukan niat dia nak riak tapi nak jadi contoh buat anak muridnya.

Dalam hal ni, takde masalah cuba wajib kita berhati-hati .. pastikan niat itu sentiasa betul.

Ulama juga ada buat panduan untuk jaga dari riak.

Antaranya, jika kita baca quran dari surah yang kita sudah hafal. Untuk elak riak, pergi ambil Quran dan baca walaupun kita sudah hafal.

Contoh, baca surah Yasin. Kalau kita dah hafal, alhamdulillah. Tapi tak salah nak amik Quran dan baca  dari situ.

Membuat cara ini memberi dua kebaikan
1.     Elak dari riak
2.     Dapat pahala melihat Quran

Lagi satu point penting, JANGAN batalkan niat untuk manusia sebab itu juga riak.

Saya bagi contoh, ada orang ni nak baca Quran. Tiba-2 roommate dia masuk, lelaki tadi tutup Quran dan batalkan niat nya. Sebab takut nanti jadi riak pula.

Ni sebenarnya riak juga tanpa kita sedar. Kenapa? Sebab kita buat tu (batalkan niat baca quran) adalah sebab manusia.

Buat ni pun akan buat syaitan bergembira.. Dia lagi suka jika kita tak baca Quran.

Baik. Setakat ni semua faham? (tanya pembaca)

Sifat yang seterusnya.

2 SIFAT UJUB

Ujub itu adalah sifat bangga diri. Dia menyangkakan bahawa dia sempurna.

Tiada ada dalam hatinya rasa hina dan rasa penuh ketidaksempurnaan.

Sifat ini hampir dengan Takabbur

3.     SIFAT TAKABBUR

Sifat Takabbur ini maksunya sombongkan diri. Bezanya dengan ujub adalah Takabbur ini bukan hanya rasa dirinya sempurna malah dia rasa yang lain semuanya hina di bawah kakinya.

Sifat ini yang paling dibenci oleh Allah swt. Allah benci orang yang sombong padahal dia langsung tiada apa-apa meskipun secalit habuk pun .

Kerana sifat ini juga Iblis rasakan dirinya lebih hebat dan mulia dari Nabi Adam hingga dia ingkar perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam.

Sebab tu mafhum mukholafahnya (maksud vice versa) adalah orang yang tawadhu’ akan buat dia mulia dan disayangi oleh Allah swt.

Mafhum hadis nabi saw, Barangsiapa yang tawadhu maka Allah akan naikkan derajatnya.

Dikisahkan ada seorang wali Allah ini diberikan sebuah karomah iatu ketika dia berjalan akan ada awan yang melindunginya.

Ketika dia sedang berjalan, dia lalu seorang lelaki ahlul maksiat. Apabila ahlul maksiat ini melihat wali Allah tu, dia rasa segan sekali.. rasa dia tidak layak untuk lalu di hadapan orang yang mulia.

Pada masa yang sama, Wali Allah ini dalam fikirannya mengatakan ahlul maksiat ni patut masuk neraka. Dia juga pandang serong kepada lelaki ahlul maksiat itu.

Kerana satu jadi takabbur dan lagi satu jadi tawadhu’ maka awan yang asalnya atas kepala wali Allah tu berpindah kepada atas ahlul maksiat.

Lihat tak apa pengajarannya?

4.     Hasad

Sifat Hasad ni kita panggil Sifat Dengki

Untuk faham mudah sifat hasad ni kata guru kami, Ustaz Muhadir Hj Joll. Sifat Dengki adalah SMS.

SMS = Suka melihat orang susah. SMS = Susah melihat orang senang.

Apabila ada orang ni berjaya, dia susah hati. Rasa tak puas.. dan mula lah niat nak jatuhkan orang itu.
Orang yang ada hasad ini kalau boleh taknak orang lain lagi berjaya dari dia. Dia lebih sanggup kalau dia sendiri pun tak berjaya (iatu dua-dua rugi) yang penting takde orang berjaya dari dia.

Ni memang sifat yang sangat tercerla. Nabi SAW sebut dalam hadisnya; sifat hasad ini akan menghapuskan amalan kita seperti kayu dibakar oleh api.

Kerana sifat ini juga akan buka banyak lagi pintu kerosakan. Sebab tu kita selalu dengar orang melayu kita suka jatuhkan orang melayu lain dengan “buat orang”. Ini semua berpunca dari mana?? Dari sifat hasad ini..

Macam mana nak ubat sifat ini?

Kata para guru , kita boleh amalkan “Sentiasa bersangka baik dan doakan kebaikan buat nya.”

Kita apabila doa untuk saudara kita. Kita akan mula redha.. inshaAllah Allah swt akan memberi kebaikan buat kita sebab doakan untuk saudara kita.

Kita juga perlu lah didik untuk sentiasa ingat bahawa REZEKI itu Allah yang tentukan. Jika saudara kita lebih berjaya dari kita, maka itu adalah rezeki ALLAH yang bagi buatnya. Bagian kita.. Allah sudah sediakan Cuma kita tak tahu sahaja.

Kalau kita pegang ini. InshaAllah tak jadi hasad.

5.     Sum’ah

Sum’ah ini pula hampir sama seperti dengan riak.

Sum’ah ini ada kaitan dengan deria “DENGAR”. Sum’ah ini apabila seorang ini membuat sesuautu supaya dapat dengar pujian manusia. Bezanya dengan riak, dia menunjuk di hadapan manusia.. Sum’ah pula dia rasa seronok apabila dengar orang puji dia.

Misalnya, dia buat perkara yang baik. Ketika ada orang puji dia .. “ MashaAllah budak ini  baik, hebat bla bla..” maka dia akan seronok. Dalam kata mudah, dia beramal sebab nak dipuji.

Ini juga merupakan menyebab amalan kita ditolak oleh Allah swt.

Malah, orang pertama sekali masuk ke neraka adalah orang yang sama ada berjihad, bersedekah, mengajar agama dan baca Quran.. yang beramal SEMATA untuk dapat pujian manusia.

Nauzubillah, berat sekali..

Sebab tu ketika dipuji itu banyak lah beristighfar. Jangan rasa seronok dijulang tu. Tak layak sekali .. Sebab kita tahu diri kita di mana, kita ni hina mana Allah swt yang tahu.

Dikisahkan ketika sahabat Nabi SAW yang bernama Abdullah ibn Mas’ud ketika dipuji.. maka katanya, Kamu tidak tahu apa kecacatan aku.. jika kamu tahu sudah tentu kamu tidak akan puji aku seperti itu.

Ketika Bilal ibn Rabah dipuji , dia terus menangis dan kata bahawa dia hanya hamba Allah swt.

Para solehin semua tahu betapa bahaya pujian manusia ini. PUJIAN itu boleh menjadi UJIAN. Biarlah Allah yang puji kita.. pujian manusia itu kita hanya katakan sebab kerana aib kita dijaga oleh Nya.

Semoga perkongsian malam ini dapat memberi manfaat inshaAllah.

Banyak lagi sifat yang mazmumah yang kita tidak sebut..  seperti dikatakan di awal usrah ini.. Tasawwuf ini sangat luas maka yang terbaik untuk belajar nya adalah dengan bertalaqqi dengan guru.

Baik lah. Kita akan jumpa lagi untuk minggu depan. Wallahualam.

Kita akhiri perkongsian kita dengan surah Al Asr dan Tasbih kifarah.

Ditulis oleh Mustaqim Ahmad.