Sabtu, 12 April 2014

ISTIQAMAH



By : Nor Muhammad Ammar Bin Norazam 

#Twitter - Nor Muhammad Ammar / Fb - Ammar Norazam

Firman Allah Taala di dalam Al-Quran yang bermaksud : “ Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan , ‘ Rabb kami ialah Allah, ‘ kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka , maka malaikat akan turun kepada mereka ( dengan mengatakan ) , ‘ Janganlah kamu merasa takut , dan janganlah kamu merasa sedih ; dan bergembiralah kamu dengan ( memperoleh ) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu. ‘ Kamilah pelindung pelindungmu dalam kehidupan dunia dan di akhirat ; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) dari Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ( Fush Shilat 30-32)
Para ahli tafsir mengertikan ayat “ Rabb kami adalah Allah “ dengan mengakui kerububiyahan Allah dan kewahdaniyatan (Maha Esa ) Allah
***
Selanjutnya maksud ayat “ kemudian mereka beristiqamah “ adalah mereka teguh berpendirian , baik lahir mahupun batin dengan cara mengerjakan perintah dan meninggalkan larangan sampai mereka mati

“ Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan ; Rabb Kami ialah Allah kemudian mereka tetap istiqamah maka tiada ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berdukacita. Mereka itulah penghuni-penghuni syurga , mereka kekal di dalamnya , sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan “ ( Al Ahqaaf 13-14 )

***
Dari kedua ayat di atas dapat diketahui bahawa Allah s.w.t menjelaskan kepada kita tentang pentingnya istiqamah dan natijah ( hasil istiqamah) yang dibuktikan dalam bentuk ucapan dan perbuatan sebagai bukti iman kepada Allah. Ucapan tersebut ialah mengakui bahawa “ Rabb kami adalah Allah. “ Adapun bentuk perbuatannya ialah melaksanakan perintah Allah dan menghindarkan diri larangan-Nya secara istiqamah ( tetap ) , seperti Allah isyaratkan dalam firman-Nya :
“ Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar , sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas . Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan “ ( Hud 112 )



Pentingnya istiqamah dijelaskan pula dalam beberapa hadis antara lain : “ Dari Abu ‘ Amr ( dalam satu riwayat Abu Amrah ) bin Abdillah r.a ., ia berkata , “ Aku pernah bertanya , “ Hai Rasulullah , wasiatlah  aku tentang Islam yang tidak akan kutanyakan lagi kepada orang selainmu ! ‘ Maka Rasulullah s.a.w bersabda , Katakanlah , “ Aku beriman , lalu beristiqamahlah engkau ! “ ( Muslim )
***
Makna istiqamah menurut Umar Bin Khattab adalah “ tetap “ atau “teguh “ dalam pendirian , baik lahir mahupun batin dengan cara mengerjakan perintah dan meninggalkan larangan tanpa menyeleweng.

Adapun pengertian ayat : “ Maka malaikat akan turun kepada mereka “ ( Fush Shilat 30-32 ) , maksudnya malaikat akan turun ketika kematian atau ketika bangkit dari kubur. Dan malaikat yang dimaksudkan adalah malaikat rahmat yang dating menghiburkan mereka , sambil berkata , “ Janganlah Kamu Takut “ , ertinya , janganlah kamu takut mati dan perkara sesudahnya. Kalimat “ Dan janganlah bersedih hati “dimaksudkan terhadap keluarga dan putera-puteri yang ditinggalkan kerana Kamilah penggantimu “ “ Bergembiralah dengan syurga “ sebagai negeri kemuliaan berisi kenikmatan dan kebahagian abadi yang tidak pernah dilihat mata , didengar telinga , ataupun dirasakan di hati .

***
“ Yang dijanjikan untukmu “ , yakni melalui kitab dan lisan para rasul.

Adapun kalimat “ Kami adalah para pelindungmu dalam kehidupan di dunia , maksudnya kami ( para malaikat ) akan melindungimu ( manusia istiqamah ) waktu di dunia , sedangkan di akhirat nanti mereka akan menyertaimu sehingga masuk syurga


Tiada ulasan:

Catat Ulasan