Couple dalam istilah Melayu bermaksud "Pasangan". Perbuatan berpasang-pasangan seperti yang kita tahu dalam Islam menjadi halal apabila pasangan tersebut berkahwin. Tetapi kita perlu faham, budaya couple yang terjadi sekarang bukanlah datang dari ajaran Islam malah tidak pernah dituntut. Budaya couple ini wujud dari ajaran orang-orang Barat (Yahudi) yang mana membenarkan golongan remaja berpasang-pasangan. Mari kita rujuk firman Allah SWT yang bermaksud,
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). "(Al-Isra' 17:32)
Nampak perkataan yang saya Bold kat atas tadi?"Menghampiri". Kita perlu faham perkataan menghampiri antara lain membawa maksud mendekati. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Allah SWT bukan sahaja melarang kita berzina, tapi menghampiri zina pun Allah larang. Faham tak? Couple itu pun sudah termasuk dalam kategori "menghampiri zina". Kalau kita couple, bermakna kita sudah menapak masuk mendekati zina. Kan dah haram tu. Maaf andai terkasar bahasa, tapi pendapat pendapat ana couple itu HARAM . Ana faham kamu ada yg dah pernah sayang "kumbang" atau "bunga" kalian tapi janganlah bawa yg kamu sayang ke Jahannam . Ingat put Islam first . Kita minta pertolongan Allah . Ni ana share doa ni utk kalian semua . Harap ilmu ini dapat dikongsikan dan tidak berakhir disini serta diamalkan dan diadaptasikan oleh anda semua . Couple selepas nikah kan lebih manis ^^ semua yg kita lakukan adalah pahala woihh . Haha wallahu'alam . Jika ada salah mohon diperbetulkan . "Bercinta selepas nikah" hm mcm best topik tu insyaallah ana akan bicarakan topik ini nanti . Sampai kita bertemu lagii . Assalamualaikum :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan