[7/29, 5:50 PM] +60 17-272 1336: *ADAKAH SEKSA ALAM KUBUR ITU ADA?*
SEKSA kubur pasti dialami setiap manusia. Ini berdasarkan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W. tidak ada dalil qath'i lain, selain kedua sumber tersebut kerana masalah tersebut di luar jangkauan akal manusia.
Allah berfirman yang bermaksud : _"Dan di antara penduduk Madinah (ada juga orang-orang munafik), mereka keterlaluan dalam kemunafikannya. Engkau (Muhammad) tidak mengetahui mereka, tetapi Kami mengetahuinya. Nanti mereka akan Kami siksa dua kali, kemudian mereka akan dikembalikan pada azab yang besar"_ (at-Taubah : 101)
Kehidupan manusia mengalami tiga fasa, iaitu hidup di dunia, alam barzakh, dan akhirat. Allah telah menjelaskan tentang tiga seksa, "Dia akan menyeksa mereka dua kali ganda", iaitu di dunia, alam barzakh dan seksa di akhirat yang akan dirasakan setelah penghitungan amal, sebagaimana firman Allah, "kemudian mereka dikembalikan pada azab yang besar."
Ibnu Abbas menjadikan firman Allah berikut ini sebagai dalil bahawa seksa kubur itu ada. FirmanNya bermaksud : _"Dan pasti Kami timpakan kepada mereka sebahagian seksa yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat) agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."_ (as-sajadah: 21)
Azab terbahagi kepada dua, iaitu azab di dunia dan azab di akhirat. Seksaan di dunia diharapkan dapat mengembalikan para durjana ke jalan Allah. Sedangkan seksa alam kubur sebagai balasan apa yang mereka lakukan di dunia. Sementara, untuk seksa yang paling berat adalah seksaan di neraka bagi orang-orang kafir, munafik dan orang-orang ahli maksiat setelah hari penghitung amal.
Allah berfirman yang bermaksud : _"...Firaun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang sangat buruk. Kepada mereka diperlihatkan neraka, pada pagi dan petang, dan pada hari terjadinya kiamat. (Lalu kepada malaikat diperintahkan), `Masukkanlah Firauan dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras!' "._ (al-mu'min: 45 dan 46)
Para ulama dan ahli fiqih menjadikan dua ayat tersebut sebagai argumentasi adanya alam barzakh. Firman Allah : _"Firauan beserta kaumnya dikepung dengan azab yang sangat buruk."_ Itu merupakan seksaan yang mereka alami pada saat ditenggelamkan, sementara Nabi Musa selamat.
Firman Allah, _"Kepada mereka neraka diperlihatkan pada pagi dan petang"_ sebagai tanda adanya seksaan di alam barzakh kerana neraka tidak dinampakkan kepada mereka, ketika mereka hidup di dunia baik waktu pagi atau petang. Sedangkan, firman Allah, _"Pada hari terjadinya kiamat (lalu kepada malaikat diperintahkan), "Masukkan Firauan dan kaumnya ke dalam azab yang keras,"_ sebagai dalil adanya seksaan pada hari kiamat setelah hari perhitungan amal, sehingga mereka masuk ke dalam neraka untuk selama-lamanya.
Dari Anas dan Ibnu Mas'ud r.a bahawa Nabi S.A.W bersabda, _"Sesungguhnya orang-orang yang meninggal dunia pasti akan diseksa di dalam kuburnya sehingga haiwan-haiwan ternakan mendengar jeritan mereka."_ (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Umar r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, _"Sesungguhnya mayat pasti akan diseksa kerana tangisan orang-orang yang hidup."_ (Riwayat Bukhari dan Muslim)
[7/29, 5:50 PM] +60 17-272 1336: Jenazah akan mendapat seksa kerana keluarga atau sanak saudara yang menangisinya secara berlebihan. Orang soleh yang meninggal tidak ingin ditangisi oleh sesiapa pun kerana ia telah mendapatkan rahmat Allah sehingga ia tidak suka rahmat Allah itu diimbangi oleh tangisan yang histeria. Maksudnya, jenazah orang beriman yang soleh itu merasa terganggu dengan tangisan dan histeria keluarganya. Sedih dan menitiskan air mata kerana merasa kehilangan tidaklah dilarang kerana hal itu merupakan ungkapan rasa kecintaan terhadap mayat.
Rasulullah S.A.W bersabda setelah kematian puteranya, iaitu Ibrahim, _"Air mata bercucuran dan hati mereka sedih kerana kehilangan, sesungguhnya kami amat sedih atas kematianmu hai Ibrahim."_ (Riwayat Abu Daud)
Keluarga mayat yang soleh hendaknya bersabar dan memohon kesabaran kepada Allah dan berkata, _"Allah pasti akan mengambil dan memberi sesuatu, tiada daya upaya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah."_ Sebagai ganti tangisan, sebaiknya kita berdoa, makin terseksa kerana tangisan histeria keluarganya terutama mereka yang merobek-robek baju dan mencakar-cakar pipinya.
Daripada Siti 'Aisyah r.a bahawa Nabi S.A.W bersabda, _"Seksa kubur itu benar adanya."_ (Riwayat al-Khatib al-Baghdadi, disebutkan oleh As-Sayuti dalam Al-Jami'As-Shaghir).
Hadis riwayat Umar r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, _"Sesungguhnya mayat itu akan disiksa kerana tangisan histeria keluarganya."_ (riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menguatkan hadis sebelumnya, _"Sesungguhnya mayat itu akan diseksa kerana tangisan keluarganya yang masih hidup."_ Nabi S.A.W menyaksikan seksa kubur tersebut. Para ulama mengertikan bahawa seksaan itu juga akan dialami oleh orang yang berpesan agar menangisi jenazahnya.
[7/29, 5:50 PM] +60 17-272 1336: Hadis riwayat Anas r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, _"Seandainya kalian tidak saling menguburkan, nescaya aku berdoa kepada Allah agar dia memperdengarkan seksa kubur kalian, sebagaimana yang aku dengar."_ (Riwayat Muslim, Ahmad dan Nasa'i)
Rasulullah S.A.W memerintahkan kepada kita agar memohon perlindungan daripada seksa neraka.
Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, _"Berlindunglah kepada Allah dari seksa neraka."_ Para sahabat bertanya, _"Kita memohon perlindungan kepada Allah dari api neraka."_ Baginda bersabda, _"Berlindunglah kepada Allah dari seksa kubur." Mereka berkata, "Kita mohon perlindungan kepada Allah dari seksa kubur."_ (Riwayat Muslim)
Sebahagian ulama dan ahli fiqih tentang adanya seksa kubur dengan salah satu ayat dari Surah Al-Mu'Min yang telah disebutkan di atas.
Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud : Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah atau yang berkata, _"Telah diwahyukan kepadaku,"_ padahal tidak diwahyukan sesuatu pun kepadanya, dan orang yang berkata, _"Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah."_ (Alangkah ngerinya) sekiranya engkau melihat pada waktu orang-orang zalim (berada) dalam kesakitan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata) , _"Keluarkanlah nyawamu."_ Pada hari ini kamu akan dibalas dengan azab yang sangat menghinakan kerana kamu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu menyombongkan diri terhadap ayat-ayatNya." (al-An'am:93)
[7/29, 5:51 PM] +60 17-272 1336: Para ulama dan ahli tafsir menjadikan ayat tersebut sebagai dalil adanya seksa kubur, sebagaimana firman Allah, _"Pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang sangat menghinakan."_ Kata penyeksaan pada ayat tersebut tidak menggunakan kata 'sin' atau 'saufa', seperti keluarkanlah nyawamu kerana roh itu akan diseksa dengan seksa yang menghinakan atau akan dibalas dengan balasan seksa yang menghinakan, melainkan Dia berfirman, _"Pada hari ini kamu akan dibalas dengan azab yang menghinakan",_ yang bererti di dalam barzakh orang tersebut tidak memiliki kesempatan lagi untuk hidup di dunia. Juga bukan pada hari kiamat kerana Allah tidak menyatakan, _"Pada hari kiamat nanti kamu akan dibalas dengan seksaan yang menghinakan ."_ jadi dapat dipastikan bahawa seksa yang dimaksudkan adalah seksa alam kubur.
Dari penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa seksa alam kubur itu pasti ada, tidak dapat dimungkiri lagi tentang keberadaannya.
Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud : _"Kemudian Dia menuju ke langit dan (langit) itu masih berupa asap..."_ (al-Fussilat: 11)
Seksa alam kubur pasti ada, tetapi bagaimana bentuk seksaannya tidak dapat diketahui dengan pasti. Masalah ini akan dikaji dalam bab tersendiri kerana merupakan tujuan utama penulisan, iaitu menjelaskan tentang hakikat seksa alam kubur, ada atau tidak? Banyak manusia yang tidak mengakuinya adanya seksa kubur meskipun sebahagian orang meyakini akan adanya seksa kubur dan pendapat mereka disokong oleh dalil-dalil al-Quran dan Hadis, yang menjelaskan keberadaan seseorang setelah meninggal dunia dan dibangkitkan di akhirat kelak.
Ditulis oleh Atikah Kassim

Tiada ulasan:
Catat Ulasan