Jumaat, 27 Disember 2013

Muadzin Pertama : Bilal Bin Rabbah

Terima Kasih kepada sesiapa yang mengunjungi Blog kami ini. Hari ini ana hendak sampaikan kisah Para Sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Bilal bin Rabbah.
Baiklah dengan namaMu Ya Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.Bismillah.


PROFIL SAHABAT:
Bilal bin Rabbah dilahirkan diMakkah. Ibunya bernama Hamamah dan beliau telah berkahwin dengan saudara perempuan kepada Abdul Rahman bin Auf. Beliau merupakan hamba kepada Umayyah bin Khalaf.

Beliau merupakan orang yang pertama memeluk Islam daripada kalangan Hamba. Beliau memeluk Islam secara rahsia kerana bimbang diketahui oleh tuannya. Beliau telah diseksa oleh tuannya apabila mengetahui pengislaman beliau. Bilal telah dijemur ditengah padang pasir dibawah matahari yang terik dengan keadaan tangan dan kakinya diikat, manakala seketul batu besar diletakkan diatasnya.

Beliau dibebaskan oleh Abu Bakar al-Sidddiq. Selepas dibebaskan, Bilal merupakan seorang hamba Allah yang taat pada perintah Allah, kuat iman dan ikhlas dalam melakukan apa jua pekerjaan. Sifat sabar Bilal dapat dilihat apabila beliau disiksa teruk oleh Umayyah. Walaupun demikian, beliau masih tetap dengan pendiriannya untuk berada dalam Islam.

Banyak peperangan yang beliau sertai bersama Rasulullah s.a.w seperti perang Badar, Uhud, Khandak dan lan-lain lagi. Sumbangannya terhadap Islam amat banyak apabila beliau membantu Rasulullah s.a.w menyebarkan dan mengembangkan ajaran Islam.

Bilal merupakan muazin pertama kepada Rasulullah s.a.w. Terdapat dua orang muazin; dua orang muazin di Madinah ialah Bilal bin Rabah dan Amru bin Ummu Maktum, dua lagi di Makkah iaitu Abu Mahzurah Aus dan Sa'd al-Qarz di Quba.


AZAN TERAKHIR BILAL..
Setelah wafat Rasulullah s.a.w dan Saiyidina Abu Bakar r.a menjadi pemimpin umat Islam, Bilal Bin Rabbah bertemu khalifah tersebut lalu berkata, "Wahai khalifah Rasulullah, aku mendengar Rasulullah bersabda, "'Amalan terbaik bagi seorang Muslim adalah jihad dijalan Allah.'"

Abu Bakar bertanya kepadanya, "Jadi apakah yang kamu inginkan Bilal?" Bilal berkata,"Aku ingin berjihad dijalan Allah sehingga aku mati."

Tanya Abu Bakar lagi,"Dan siapakah yang akan melaungkan azan untuk kami?" Jawab Bilal,"Aku tidak akan melaungkan azan untuk sesiapa selepas kewafatan Rasulullah." Abu Bakar cuba memujuknya,"Teruslah laungkan azan untuk kami Bilal."

Bilal memberitahu Abu Bakar."Jika kamu membebaskan aku untukmu, aku akan lakukan apa yang kamu inginkan,tetapi jika kamu membebaskanku demi Allah, biarlah aku dengan dia, yang keranaNya aku dibebaskan."

"Aku bebaskanmu kerana Allah, Bilal," kata Abu  Bakar. Dengan itu, Bilal menyerahkan seluruh saki baki hidupnya untuk berjuang demi Islam dengan keyakinan bertemu dengan Allah dn Rasul-Nya.
Suara lunaknya melaungkan azan tidak lagi kedengaran kerana setiap kali menyebut perkataan yang bermaksud "Aku bersaksi Muhammad itu pesuruh Allah." didalam azan Bilal pasti akan terkenangkan Nabi s.a.w. Dia akan menangis dan suaranya hilang dalam kesedihan.

Azan terakhir Bilal ialah pada zaman Saiyidina Umar Al-Khattab. Ketika itu khalifah Islam itu melawat Syria dan Muslim merayu agar Bilal melaungkan azan untuk mereka. Begitu juga Umar turut memujuk. Akhirnya Bilal bersetuju.

Apabila azan dilaungkan oleh Bilal dan secara tiba-tiba Bilal menangis apa bila menyebut perkataan yang bermaksud "Aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah". Umar dan para sahabat yang mengiringinya sayu dan menangis.

Bilal bin Rabbah meninggal dunia di Syria. Berjuang dijalan Allah seperti yang diidamkannya. Beliau disemadikan di Damsyik. Allahuakbar :')


Alhamdulillah akhirnya ana selesai berkongsi tentang para sahabat yang sangat menyayangi nabi sehinggakan menangis apabila menyebut nama baginda :') berbanding dengan kita? Sedangkan segelintir masih tidak mengetahui siapakah Muhammad s.a.w :'( Nauzubillah.

Ana selesai. Syukran kepada kamu semua baca sehingga habis kisah yang ana sampaikan. Semoga bermanfaat didunia mahupun diakhirat. Jika salah ana minta maaf kerana yang baik datang daripada Allah s.w.t dan yang buruk semuanya daripada diri ana sendiri. Assalamualaikum

Credit by Akhi Irfan Hakim bin Abd Malk.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan