Sabtu, 15 Oktober 2016

Makmum Masbuq & Muwafiq (Usrah)


Makmum Masbuq dan Makmum Muwafiq 

Assalamualaikum Warahmatullah. Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillahirabbil Alamin. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ali Muhammad. Kali ini kita akan membahaskan sebuah isu yang sangat penting bagi kita. Iaitu berkenaan “Makmum Masbuq dan Makmum Muwafiq”. Ini kerana jika kita tidak mempelajarinya boleh menyebabkan solat kita tak sah atau mungkin tidak sempurna. Solat jemaah seperti mana dalam hadis adalah 27 pahala kali ganda dari solat sendirian. Ini dengan syarat jika kita buat dengan sempurna. 

Pahala jemaah yang sempurna adalah seperti ikut tertib imam iaitu tidak laju dari imam, rapatkan saf, ikut imam dari takbir pertama, baca amin selepas al-Fatihah, maka jika kita ikut semua caranya, inshaAllah akan mendapat 27 pahala. Kita juga perlu belajar berkenaan makmum masbuq dan muwafiq jika kita masih keliru, ini boleh menyebabkan solat kita tidak sah. Sangat penting bagi lelaki kerana mereka dianjurkan untuk solat jemaah di masjid. Juga diwajibkan untuk solat jumaat. 

Dan solat jumaat mesti dibuat secara jemaah dan jumlahnya mesti 40 orang dan lebih. Maka sudah tentu tajuk ini sangat penting buat lelaki. Perempuan pula tidak diwajibkan untuk solat jumaat dan mereka dianjurkan untuk solat di rumah. Tetapi bukan bermakna mereka tidak perlu ambil tahu tentang ini. Kata nak jadi makmum kepada suami tapi makmum masbuq dan muwafiq masih lagi keliru.

Mungkin ada yang bertanya lelaki yang dah kahwin mana lebih afdal solat di masjid atau di rumah bersama keluarganya? Jawabnya adalah jika ahli keluarganya masih perlu tarbiyah, perlu diajar solat jemaah. Maka afdal solat di rumah dan dia jadi imam supaya dapat lihat anak dan isterinya solat secara betul. Jika mereka sudah pandai dan tidak perlu lagi bimbang maka afdal di masjid. 

Apa hukum solat jemaah di masjid bagi lelaki? Pendapat pertama adalah Fardhu kifayah – ia adalah pendapat dalam mazhab Syafi’i dan ramai ulama berpegang dengannya. Fardhu kifayah ini dengan maksudnya hingga syiar solat jemaah itu dilihat. Justeru, kalau katakan dalam masjid tu hanya ada 2 orang solat jemaah; yakni imam dan bilal sahaja. Sedangkan di kampung tu ada 100 penduduk lelaki muslim. Apakah syiar itu dapat lihat??

Tidak! Dua orang jemaah sedangkan yang 98 lain solat sendiri di rumah mereka. Maka di sini semua orang di dalam kampung itu berdosa kerana tidak gugur fardhu kifayah itu. Tetapi jika sampai nampak syiar  maka gugurlah kewajiban tu. 

Dalilnya ada di dalam hadis, “Tidaklah 3 orang yang tinggal di suatu kampung atau pelosok tapi tidak melakukan solat jemaah, kecuali syaitan telah menguasai mereka. Hendaklah kalian berjemaah, sebab serigala itu memakan domba yang lepas dari kawanannya.” [HR Abu Daud 547 dan Nasai 2/106 dengan sanad yang hasan] 

Pendapat kedua adalah Fardhu Ain – Maknanya wajib dibuat secara jemaah di masjid. Jika tidak ada uzur maka berdosa tetapi tetap sah. Ini adalah pendapat ulama seperti Atho' bin Abi Rabah, Al-Auza'i, Abu Tsaur, Ibnu Khuzaemah, Ibnu Hibban, umumnya ulama Al-Hanafiyah dan mazhab Hanabilah 

Pendapat ketiga adalah sunat muakad – Sunat muakad ini sangat digalakkan. Pendapat ini didukung oleh mazhab Al-Hanafiyah dan Al-Malikiyah. Pendapat keempat adalah syarat sah solat. Ada pun yang kata ia adalah syarat sah solat dan jika tidak solat jemaah maka tidak sah solat itu. Yang berpendapat seperti ini antara lain adalah Ibnu Taymiyah dalam salah satu pendapatnya dan Ibnu Qayyim. 

Tetapi ulama tidak setuju dengan pendapat ini. Jika lihat hadis Nabi, Nabi sebut bahawa orang solat jemaah dapat 27 pahala dan sendirian dapat 1 pahala. Jika betul solatnya tidak sah sendirian kenapa disebut 1 pahala sedangkan tidak sah. Jadi ada 4 pendapat tentang solat jemaah ini. 

Jadi sekarang kita akan bincangkan, apakah itu makmum masbuq dan muwafiq? Apa yang kita sampaikan ini adalah berdasarkan mazhab Syafi'i. Dan kita ambil dari syarahan Ustaz Wan Junaidi yang memberi syarahan yang cukup baik. 

Mengapa kita sebut berdasarkan Mazhab Syafie? Kerana mazhab lain akan ada pendapat yang lain berkenan Masbuq dan Muwafiq. Jadi kalau dengar orang kata "Mana ada makmum masbuq ni??" Kita anggap dia dari mazhab lain. oleh kerana malam ni kita taknak orang keliru jadi kita focus mazhab Syafie sahaja.. 

Sebelum tu, semua sila lihat gambar A. Ini adalah nota yang penting. Sila save dan rujuk gambar ini apabila tidak faham.


BAB 1 – Penerangan Masbuq dan Muwafiq. Penting sekali untuk kita tahu pasal takrif makmum masbuq dan muwafiq. 

Makmum muwafiq adalah makmum yang dapat kadar masa bacaan al-Fatihah secara sederhana. Makmum masbuq pula yang tidak dapat kadar masa bacaan al-Fatihah secara sederhana. Baiklah, sila ingat takrif ini. Rujuk pada gambar jika lupa. 

Jadi apakah maksudnya? Apa itu kadar masa bacaan al-Fatihah secara sederhana? al-Fatihah ini jika dibaca secara sederhana iaitu tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Juga dibaca oleh orang yang sihat dan bukanlah gagap, was-was dan sebagainya. Agaknya berapa lama masa yang diambil untuk baca al-Fatihah? Katakanlah 30 saat. Jika kita cuba baca al-Fatihah secara sederhana, tidak baca secara sambung dan cara orang yang sihat iaitu tak gagap, kita mungkin akan ambil sekurangnya 30 saat. Jadi inilah kadar masa alFatihah secara sederhana iatu 30 saat. 

Jadi jika kita berdiri dengan imam dan tidak dapat 30 saat itu. Maka itu namanya masbuq. Jika kita dapat bersama imam dan dapat 30 saat itu maka dinamakan sebagai muwafiq. Jelas? 

Bukan maksudnya kita kena lihat jam dalam solat tapi kita boleh anggarkan masa ketika dalam solat. Kita akan bincangkan dengan lebih mendalam nanti. Ini kerana kita mesti benar-benar faham takrif ini dan ada yang keliru.



Jika lihat gambar B. Gambar itu diambil buku text sekolah dan ia memberi takrif yang SALAH. Ia kata masbuq itu adalah mereka yang tak sempat baca fatihah dan muwafiq pula adalah yang sempat baca al-Fatihah. 

Ni adalah takrif yang salah. Cuba lihat takrif yang tadi, sangat beza. Yang betul adalah "yang tidak sempat kadar masa". Sempat baca al-Fatihah atau tidak, itu kes lain. Kita kene dapat takrif ini dengan betul. Jadi gambar B itu jelas salah tapi malangnya ada di dalam buku sekolah agama tetapi tak tahu jika sudah tukar. Kerana bila sudah salah takrifnya maka semua rosak nanti. 

Cara Makmum Muwafiq — Wajib habiskan fatihah kerana fatihah tidak ditanggung oleh imam. Kalau terus rukuk, solat tidak sah kerana dia belum habis lagi baca fatihah dan sudah langgar tertib. Cara Makmum Masbuq — Tidak wajib habiskan seluruh fatihah dan wajib terus rukuk dengan imam kerana fatihahnya ditanggung oleh imam. Dia perlu rukuk dengan imam dan dapat tuma'ninah iaitu perlu diam seketika yang kadarnya satu tasbih. Maka dia akan dapat rakaat tersebut. Jika dia sengaja nak habiskan fatihahnya juga, hingga imam sudah bangun dari rukuk. Lalu dia terus rukuk sedangkan imam dah bangun dari rukuk, maka batal solat kita. 

BAB 2 – Hukum untuk Makmum Muwafiq. 

Kita sudah terangkan tadi bahawa muwafiq adalah makmum yang dapat kadar masa alFatihah iaitu lebih kurang 30 saat atau mungkin 20 saat. 

Scenario 1: Lambat sebab tidak ada uzur. 

Katakan kita solat bersama imam dalam solat Zuhur. Imam berdiri 1 minit. Lalu rukuk. Soalannya, dapat tak kadar masa iaitu 20-30 saat? Dapat, malah lebih sebab imam berdiri 1 minit. Apabila Imam rukuk, kita tidak rukuk. Kenapa? Sebab katanya nak habiskan surah padahal surah itu sunat sahaja. Jika Imam sampai 2 rukun panjang, batal solat kita. 

Rukun panjang adalah seperti rukuk dan sujud. Iktidal dan duduk antara dua sujud adalah rukun pendek. Jadi jika imam sudah buat 2 rukun panjang, batal solat kita. Contoh seperti tadi, kita masih baca surah (bukan al-Fatihah tapi surah lain), dan imam sudah rukuk = belum batal. Imam bangun iktidal dan kita masih berdiri = belum batal. 

Sebab iktidal adalah rukun pendek. Imam terus sujud dan kita masih diri. Dah dua rukun panjang. Jika imam bangkit dari sujud. Batal solat kita. Melainkan jika kita segera mengikut imam, kalau tidak, batallah solat kita. 

Scenario 2: Lambat sebab ada uzur. 

Tadi scenario 1 tidak ada uzur sebab surah hanyalah sunat dan kita tidak dikira uzur. Kini katakan jika ada uzur. Misalnya kita terlupa. Katakan kita bersama imam berdiri selama 1 minit. Dapat tak kadar masa? Ya, dapat. Maka kamu muwafiq. Tapi tak tahu kenapa dan macam mana kita lupa untuk baca al-Fatihah. Apabila imam rukuk, barulah kita ingat yang kita belum baca al-Fatihah lagi. Ingat, kamu adalah muwafiq. Cara muwafiq adalah tidak boleh rukuk selagi tidak habis al-Fatihah. Apa perlu buat? Habiskan al-Fatihah walaupun imam sudah rukuk. Tetapi berbeza dengan scenario 1 kerana scenario 1 tidak ada uzur, manakala scenario 2 ada uzur iaitu terlupa, maka diberi 3 rukun panjang. Maknanya kamu tidak boleh lambat dari imam lebih dari 3 rukun panjang. Yang scenario 1 yang tidak ada uzur diberi 2 rukun panjang sahaja. Jadi dia perlu menghabiskan al-Fatihah secepatnya sebelum imam sampai ke sujud yang kedua. Kita akan bincang lagi kemudian.

BAB 3 – Hukum untuk Makmum Masbuq. 

Tadi kita faham bahawa makmum masbuq adalah mereka yang tidak sempat kadar masa alFatihah yang lebih kurang 20-30 saat. Scenario 1: Kes yang dapat rakaat. Kita masuk solat jemaah waktu maghrib. Imam sedang buat rakaat 1 dan sedang baca surah al-Ikhlas. Kita masuk dan takbir. Tapi imam dah nak dekat habis lalu dia terus rukuk. Dia cuma ada 10 saat je mungkin dia masih baca al-Fatihah di bahagian ayat ketiga. 

Soalannya, dia ni masbuq atau muwafiq? Masbuq, sebab dia tidak dapat kadar masa baca al-Fatihah. Maka apa cara masbuq? Caranya, dia Wajib rukuk segera kerana al-Fatihahnya telah ditanggung oleh imam. Oleh kerana dia dapat rukuk dengan imam secara tu’maninah. Maka dia dapat rakaat 1 itu. Oleh itu, hinggalah imam beri salam, dia sudah ada 3 rakaat dan tidak perlu bangun untuk tambah rakaat apa apa. 

Jadi kesimpulannya jika seorang ini dapat rakaat dengan imam secara tu’maninah bererti dia telah dapat rakaat tersebut. Nak faham dengan mudah, begini: Maghrib ada 3 rakaat, jadi ada 3 rukuk. Kalau dia dapat buat 3 rukuk dengan imam maksudnya dia sudah dapat 3 rakaat dan tidak perlu lagi tambah rakaat. 

Scenario 2: Kes yang tidak dapat rakaat. 

Katakan imam sedang buat maghrib dan masih di rakaat pertama. Lalu dia rukuk. Kita pun datang dan takbir, (takbir secara qiam dahulu) lepas itu takbir lagi dan rukuk. Kalau kita dapat rukuk dalam keadaan imam pun rukuk secara tu’maninah (iaitu diam seketika). Maka dapatlah rakaat. Lalu imam pun bangun untuk iktidal dan kita masih nak rukuk, maka hukumnya boleh tapi afdal berdiri sekali ikut imam. Tapi katakan kita rukuk. Imam terus bangun untuk iktidal. Dapat tak rukuk bersama imam? Tidak sempat, maka tidak dapat rakaat tersebut dan Wajib bangun dan ikut imam. Jika kita masih dalam keadaan rukuk juga walaupun imam dah bangun, maka batal solat kita. 

BAB 4 – Permasalahan bagi Makmum Muwafiq. 

Masalah uzur: Kita tadi faham bahawa bilamana ada uzur kita diberi 3 rukun panjang dan jika tidak uzur hanya diberi 2 rukun panjang sahaja. Oleh itu uzur yang bagaimana? Sila rujuk nota. Uzur pertama adalah “Lupa”. Ini kita dah cerita berkenaan makmum yang lupa nak baca alFatihah. Apabila dia sedar yang dia lupa, imam sudah pun rukuk maka dia tidak boleh rukuk. Dia mesti baca al-Fatihah sehingga habis. Dan dia diberi 3 rukun panjang. 

Uzur kedua adalah “Syak”. Syak ini bukanlah was-was, sebab was-was dari syaitan. Syak ini seperti apabila imam rukuk. Dia syak sama ada dia baca atau tidak. Maka hukumnya sebagai tidak baca. Jadi dia wajib baca sebab dia tidak yakin sudah baca al-Fatihah. Oleh tu, dia perlu baca dan habiskan al-Fatihah. 

Uzur ketiga adalah “Gagap”. Gagap ini juga merupakan keuzuran kerana dia tidak dapat baca fatihah secara lancar. Kadang kala hingga imam sudah rukuk. Maka dia diberi 3 rukun panjang dan wajib baca al-Fatihah hingga habis. 

Uzur keempat adalah “Membaca doa Iftitah”. Waktu dia baca doa iftitah lalu imam rukuk sebab imam itu hanya baca al-Fatihah sahaja dan tidak baca doa iftitah. Dalam hal ni bukan salah kita kerana kita sangka dia baca doa iftitah. Maka kita dikira uzur. 

Uzur kelima adalah “Imam baca surah pendek". Kita tidak baca al-Fatihah waktu imam baca al-Fatihah. Dan waktu kita nak baca al-Fatihah, imam baca surah pendek hingga kita tidak sempat baca al-Fatihah. Dalam hal ini, kita muwafiq sebab kita dapat kadar masa alFatihah iaitu 20-30 saat. Cuma kita tidak mahu baca al-Fatihah waktu imam baca al-Fatihah. Oleh itu, ini namanya uzur dan kita wajib habiskan al-Fatihah sehingga habis. 

Uzur keenam adalah “Imam tidak baca al-Fatihah”. Sama juga seperti di atas. Oleh itu, ini adalah yang uzur bagi makmum muwafiq. Dia tetap wajib habiskan al-Fatihah dan dia diberi 3 rukun panjang. Tapi jika imam sudah sujud yang kedua dan dia masih lagi berdiri baca alFatihah. Lalu imam nak bangun untuk rakaat yang kedua. Apa patut buat?

 Ada 2 cara: 
1. Kita makmum niat mufarakah iaitu niat putus tidak ikut imam, 
2. Paling afdal adalah cara ini. Iaitu kita tetap berdiri dan tunggu imam berdiri untuk bangun. Kita terus ikut dia seperti biasa. Rakaat yang pertama tadi, kita tidak dapat. Selepas imam beri salam, kita bangun dan tambah satu rakaat. Kalau Imam tidak bangun untuk rakaat seterusnya tapi dia duduk tahiyat akhir kerana dah rakaat terakhir, dan kita masih berdiri lagi, Wajib terus duduk tahiyat akhir (tidak payah rukuk dan sebagainya) Lepas imam beri salam. Kita bangun dan tambah satu rakaat kerana tadi kita tidak dapat. 

Bab 5 - Permasalahan. 

Scenario 1: Imam baca terlalu cepat dalam solat zuhur rakaat kedua, hanya dalam 10 saat dan dia terus rukuk. Solusinya: Makmum jadi masbuq. Sebabnya tidak dapat kadar masa bacaan al-Fatihah secara sederhana. Apa nak buat? Wajib terus rukuk. Kalau tidak rukuk? Apabila imam bangun iktidal dan kita rukuk, maka batallah solat. Nota - Walaupun pada rakaat kedua. Masbuq ini boleh terjadi bukan hanya pada rakaat pertama malah ia terjadi untuk semua rakaat. 

Scenario 2: Seorang gagap yang membaca al-Fatihah pada solat zuhur rakaat 1. Imam sudah rukuk tapi dia masih belum habis baca lagi. Solusinya: Dia jadi muwafiq, sebabnya dia dapat kadar masa cuma lambat habis kerana gagap. Apa nak buat? Habiskan al-Fatihah sebelum imam buat 3 rukun panjang. 

Scenario 3: Seorang yang badan besar. Imam buat tahiyat awal dan bangun untuk rakaat 3. Dia badan besar dan bermasalahan untuk bangun. Apabila dia bangun, imam sudah rukuk. Solusinya: Dia jadi masbuq, sebabnya tidak sempat kadar masa. Apa nak buat? Terus rukuk. 

Scenario 4: Imam solat maghrib rakaat 1. Imam lupa baca surah selepas al-Fatihah, lalu terus rukuk. Solusinya: Makmum jadi muwafiq sebabnya dia dapat kadar masa. Apa nak buat? Habiskan al-Fatihah secepat mungkin. Baiklah, sampai disini pembincangan kita. 

Harap semua dapat faham apa yang disampaikan. Kita akhiri dengan selawat ke atas junjungan nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW dan Surah al-Asr.

Wallahualam bisawb

Terima kasih kerana sudi membaca. 

Jumaat, 5 Ogos 2016

Bab Taubat: Apa itu taubat yang sebenar?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...




Alhamdulillahi rabbil alamin, segala puji pujian kepada Allah سبحانه وتعالى pemilik keagungan yang nyata, yang maha penyayang lagi maha mengasihi.  Dan salam serta selawat ke atas junjungan besar kita baginda al Mustofa al Mujtaba Rasulullah ﷺ  Muhammad ibni abdillah.



Kita memohon kepada Allah سبحانه وتعالى akan pembukaan yang nyata dan keyakinan serta keteguhan yang sempurna. Dan bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah yang maha esa, tiada sekutu bagiNya, tuhan pemilik kerajaan langit dan bumi, maha benar lagi nyata. Dan bersaksi bahawa Sayyiduna Muhammad ﷺ itu adalah hamba Mu dan utusan Mu yang sangat benar lagi amanah.



Syukur ke hadrat Allah kerana telah memilih kita yang penuh dosa ini berada di dalam satu gerakan dan jemaah yang bersama bertaubat dan bergerak menuju ke arah redha Nya... Alhamdulillah.. Sebelum kita mulakan perkongsian ilmu kita pada hari ini,  marilah bersama kita beristighfar dan membetulkan kembali niat kita menimba ilmu.





Astaghfirullahal azim... Tubna ilallah..


Toyyib... Salallah sayidina Muhammad

In syaa allah, kita dikumpulkan pada hari ini bagi membicarakan berkenaan sebuah tajuk yang banyak kali kita dengar, namun banyak kali juga kita luah dan melupakannya semula.

Imam al ghazali telah menggariskan 10 sifat mahmudah di dalam kitab nya Bidayatul hidayah,  dan syeikh telah memulakan segala kesepuluh sifat itu dengan yang pertama sekali ialah dengan sifat yang akan kita bincangkan pada hari ini In syaa allah.

Warkah pada hari ini berkenaan dengan tangisan seluruh manusia yang pernah hidup di atas muka bumi, yang sudah meninggal pergi dari dunia sementara ini, ada dari mereka yang merintih asbab dari satu penyesalan. Maha suci Allah, pada yang masih menerima oksigen ke dalam rongga jasad mereka yang menjadi asbab agar mereka terus hidup dan diberi peluang oleh Allah, mereka merintih juga di atas satu penyesalan.


Mereka menyesal ke atas bait-bait kata yang diucapkan bukan kerana Allah, mereka menyesal ke atas setiap gerak tulang temulang sendi-sendi saraf mereka yang bukan kerana Nya.


Daripada penyesalan penyesalan ini, maka mereka mencari satu method yang dapat mereka praktikkan agar hilang segala kegusaran di hati mereka.


Salallah sayidina Muhammad... Dan sentiasa.. Allah pemilik segala rahsia dan mengetahui isi hati..

Maka asbab itu... Allah memberi peluang kepada antum pada hari ini.. Untuk mendengar satu perkhabaran baik buat diri yang berdosa... Satu warkah tangisan..

Inilah dia.. Tentang Taubat.....


Toyyib... Salallah sayidina Muhammad


Ramai daripada kita yang hadir merupakan dari golongan remaja. Di mana golongan ini sering dikaitkan dengan pelbagai ragam. Mereka solat, berpuasa, menutup aurat, berpakaian sunnah. Namun melakukan perkara yang aneh. Mereka bergaul secara bebas, berkata dengan tidak sopan, buka Internet tengok macam-macam. Iman mereka lemah, penuh dengan godaan ke atas diri mereka yang membawa kepada celaan manusia lain.

Perkara ini umum diketahui. Tentang ujian yang melanda remaja zaman ini. Namun ya ayyuha sysyabab. Dengarkan lah Warkah yang memberi harapan kepada semua daripada kita ini in syaa allah.

Pertama sekali, ada khabar berita yang gembira kepada semua remaja. Penyesalan yang kita rasai dalam diri kita ini iaitu kita menyedari bahawa kita lemah dengan ujian, kemudian ingin kembali kepada Allah... Kemudian mengulangi kesilapan yang sama, kemudian ingin kembali semula kepada Allah.

Hadza... Ini adalah berita gembira kepada remaja kerana ini menandakan iman yang kuat di dalam hati kamu.

Iaitu mereka sangat mencintai Allah. Selama mana kamu mencintai Allah, ketahuilah bahawasanya allah juga mencintai kamu.

Allah mencintai mereka para remaja, dan mereka mencintai Allah.

Demi Allah wahai saudaraku, jika Allah tidak mencintai kamu, dia tidak akan mencampakkan ke dalam hati kamu satu perasaan.

Perasaan pedih.  Ini adalah perasaan yang kita rasakan

"aku... Aku dah melakukan satu kesalahan.. "

Perasaan yang apabila terjadi sesuatu, kita rasakan ianya adalah asbab kelalaian kita kepada Allah. Bentuk perasaan ini adalah tanda cahaya keimanan. Di sini cahaya lilin keimanan itu ada, namun cahaya lilin ini memerlukan penjagaan sebelum ingin  memadamkan nya.

Salallah sayidina Muhammad..

Yang memadamkan cahaya lilin keimanan ini adalah tekad melakukan maksiat. Perkara yang bahaya itu datang daripada mana? Perkara yang lebih bahaya daripada melakukan maksiat... Maksiat itu sudah bahaya, namun yang lebih bahaya daripada melakukan maksiat adalah terus menerus melakukan maksiat.

Mengambil mudah saja "Allah itu kan maha pengampun.."  kemudian kembali semula melakukan maksiat. Memandang ringan dan remeh terhadap maksiat pada diri sendiri.

Ini bahaya..

Ianya adalah isyarat bahawa cahaya iman sudah mulai menghilang.

Kemudian, apa yang lebih bahaya daripada itu? Iaitu mengambil mudah dan terus menerus melakukan maksiat bersama merasakan putus asa terhadap Allah

"aku ni tak da kebaikan dah....  Zaman sekarang ni pun dah susah nak buat baik....  Aku dah cuba 15 kali, 20 kali bertaubat tapi kembali juga buat maksiat.. "

Haa....

Salallah sayidina Muhammad

Baginda Rasulullah ﷺ bersabda

" tidaklah dipanggil sebagai orang yang terus menerus melakukan dosa dari kalangan orang yang beristighfar sekalipun kembali kepada maksiatnya 70 kali. "
Salallah sayidina Muhammad...

Allah....  Ya ayyuha sysyabab... Apa lagi alasan kita nak bagi untuk tidak bertaubat?

Jika syaitan itu tidak pernah berputus asa untuk memasukkan kamu ke dalam neraka...

Bagaimana kamu boleh berputus asa untuk masuk ke syurga?

Salallah sayidina Muhammad...

Maka setiap kali kamu berasa diri menguasai kamu, baliklah ke rumah terus berwudhu', solat 2 rakaat dan dalam sujud katakan lah

"Ya rabb... Diri ku menjadi sangat dekat dengan Mu ketika sujud,  tetapi aku mengadu kepada Mu segenap jiwa raga ku dan aku memohon pada Mu bawalah hati ku serta diri ku kepada Mu, sehingga aku dapat merasai kemanisan berhubung dengan Mu, hingga aku terpisah dari maksiat ini. "

Berdoalah kepada Allah dengan cara yang mampu kamu ungkapkan. Berdoalah kepada Nya dengan bahasa yang kamu faham. Mengadu lah tentang diri kamu kepada Allah. Letakkan dan campakkan diri kamu di hadapan pintu Allah.

Ya ayyuha sysyabab... Ketahuilah.. Jika kamu buat semua ini dengan penuh penyesalan, kejujuran serta berazam tidak akan kembali semula kepada maksiat

Selesai sahaja solat, Allah telah mengampunkan dosa-dosa kamu.

Kemudian selepas daripada itu, bagi kamu ada beberapa kewajipan selama mana kamu dimuliakan Allah dengan pengampunan Nya.

Hendaklah kamu ambil langkah-langkah pencegahan. Apakah yang membawa kepada dosa itu? Orang-orang yang melakukan dosa, iaitu mereka berkelakuan jahat yang memudahkan kamu berbuat jahat. Yang mengajak kamu, mempengaruhi kamu berbuat jahat. Maka jauhi mereka selangkah demi selangkah, bukan dengan kesombongan tapi kerana menjaga diri kamu.

Kemudian, sesuatu kewajipan yang sebelum ini ditinggalkan, cuba laksanakan nya. Sesuatu yang salah di sisi islam, maka usaha lah mengubah nya. Berusaha terhadap diri kamu. Allah berjanji dengan firman Nya dan tidak akan memungkiri janji Nya

"dan mereka yang berusaha keras mencari jalan-jalan kami, pastilah kami akan menunjukkan mereka jalan-jalan kami. "

Allah telah berjanji kepada kamu, jika kamu berusaha keras kerana menginginkan allah, maka akan ditunjukkan jalan Nya.

Jika kamu jatuh kembali ke dalam dosa, kembali sekali lagi kepada bertaubat kepada Allah. Dan ketahuilah bahawasanya kamu sedang berjihad di jalan Allah. Dan ketahuilah bersama dengan itu juga, dosa-dosa kamu berubah menjadi pahala, namun dengan syarat.. Jangan kamu jadikan permasalahan taubat Ini perkara main-main.

Jika diri kamu ingin bawa kamu ke arah maksiat, maka lantas ucapkan "ini haram".  Kemudian syaitan menyeru kamu
"kamu buat je maksiat tu dulu kemudian bertaubat lah"
Yang ini main-main...  Jangan pernah bertekad melakukan dosa. Yang ini seperti menperolok olokkan allah. Jangan buat macam ni.

Tapi..
Jika kamu dah cuba menghalang diri kamu dengan pelbagai ikhtiar, tiba-tiba satu ketika kamu kalah dan jatuh ke arah maksiat. Kembali semula kepada Allah. Allah gembira terhadap kembalinya kamu kepada Nya.

Telah dikisahkan oleh junjungan besar baginda al Mustofa Rasulullah ﷺ, hadith ini menggembirakan hati wahai sahabat ku semua.

Baginda ﷺ bersabda
]
Apabila berdosa seseorang hamba itu kemudian dia bertaubat dan memohon ampun. Allah berfirman kepada para malaikat Nya
" Ya malaikatih... Lihatlah kepada hamba ku ini. Dia berdosa kemudian dia bertaubat dan memohon ampun, saksikan lah sesungguhnya aku telah mengampuni nya.. "
Lantas kemudian, dia kembali ke lembah dosa, dia menyesal dan bertaubat serta kembali semula kepada Allah memohon ampun (buat kedua kali). Maka Allah berfirman kepada para malaikat Nya :
" Ya malaikatih.... Lihatlah kepada hamba ku ini.. "

# Perhatikan ya ayyuha sysyabab, kita yang berdosa ni, hanya dengan kembali kepada Allah. Allah membanggakan diri kita di hadapan para malaikat yang tidak berdosa.

Alangkah agungnya Tuhan kita ini!
Alangkah agungnya cinta Nya kepada kita...!! Allahu Rahman.. Salallah sayidina Muhammad
#

Allah berfirman kepada para malaikat Nya:
" Ya malaikatih... Lihatlah, hamba Ku ini dia berdosa lantas bertaubat kemudian dia jatuh semula, kemudian dia bertaubat, saksikan lah bahawasanya Aku telah mengampunkan nya.  "

Kemudian, dia kembali jatuh buat ketiga kali ke lembah dosa, lantas dia bertaubat semula memohon ampun dengan penuh kejujuran, lantas allah berfirman kepada para malaikat Nya

"Ya... Malaikatih.... Lihatlah kepada hamba Ku ini. Dia berdosa, lantas bertaubat maka aku telah mengampunkan nya, kemudian, dia kalah dengan nafsunya dan berdosa, lantas dia bertaubat maka aku telah mengampunkan nya. Kemudian dia kalah sekali lagi dengan nafsunya....
# Perhatikan kalimah ini # hamba ini tahu bahawasanya dia ada Tuhan yang maha mengampuni dosa. Lantas hamba ini bertaubat dan kembali kepada Allah. Ya malaikatih... Saksikan lah bahawasanya... Aku telah mengampunkan dosanya yang terdahulu dan kemudian.. "

]

Subhanallah... Alhamdulillah... Laa ila ha illallah... Allahu akbar...
Allahumma Solli Ala sayidina Muhammad wa ala alihi wa sohbihi Wasallim...

Sungguh agung tuhan kita ya Syabab....!!

Inilah dia kemuliaan allah yang selayaknya kita kita merasa malu di hadapanNya kerana Dia telah bergaul dengan kita dengan penuh kemuliaan ya Syabab...

Maka apa lagi yang kita mampu berikan sebagai alasan untuk berputus asa dari rahmat Nya?

Allah berfirman :
"Bertaubat lah kamu kepada Allah dengan taubat yang sebenar. "
(surah at Tahrim : 8)

Betapa kewajipan taubat itu didahulukan oleh para ulama sebelum daripada amal ibadat yang lain.

Jangan kita lupa atas segala yang kita telah janjikan kepada Allah dan membuang ajaran daripada kitabullah ke belakang.

Jangan sehingga kita digolongkan di dalam golongan yang dilupakan Allah azzawajalla akan janji kita langsung kita lalai dan tidak mengingati hal akhirat.

Baginda Rasulullah ﷺ bersabda :

"Sesiapa yang suka bertemu dengan Allah, maka Allah suka bertemu dengan mereka dan sesiapa yang membenci pertemuan dengan Allah, maka Allah pun membenci pertemuan dengan nya. "

Allah berfirman :

" Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik. "
(surah al hasyr  : 19)

Yakni mereka itu adalah orang-orang yang derhaka dan mengkhianati perjanjian mereka dengan Allah agar menjadi hamba yang taat.

Kata imam al Ghazali rahimahullah Ta'ala dalam kitab nya mukasyafatul qulub

Orang yang derhaka, yakni orang yang fasikh itu ada dua macam. Orang fasikh yang kafir dan orang fasikh yang fajir.

Orang fasikh yang kafir itu ialah orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul Nya.  Mereka yang menidakkan kalimah syahadah.

Adapun orang fasikh yang fajir ialah orang islam yang mengucapkan dua kalimah syahadah namun melakukan dosa besar seperti minum arak, makan makanan haram,  berzina dan menderhakai Allah. Mereka ini terkeluar daripada jalan ibadah dan masuk ke dalam kemaksiatan, tetapi mereka bukanlah dari golongan musyrik.

Orang fasikh yang kafir tidak akan diampuni dosanya kecuali dengan bersyahadah dan beriman kepada Allah dan Rasul Nya.

Sedangkan orang fasikh yang fajir masih akan diampunkan oleh Allah dengan cara bertaubat dan menyesal atas dosa nya sebelum ajal tiba.

Kerana setiap maksiat yang dilakukan asbab nafsu,  masih lagi mempunyai harapan untuk memohon keampunan daripada Allah,  namun, maksiat yang dilakukan asbab sifat sombong, iaitu tidak mahu beriman sedangkan sudah dibuktikan kebenaran di hadapan mata mereka, maka tidak mungkin dapat diampunkan melainkan memperbaharui iman mereka. Seperti iblis laknatullah, yang mana dia dikeluarkan daripada syurga dan dihina kan asbab daripada sifat sombong.

Ada sebuah cerita.

Bahawasanya ada seorang lelaki yang setiap kali melakukan sebuah dosa, dia akan mencatatkannya di dalam sebuah buku.  Pada suatu hari dia telah melakukan sebuah dosa, lalu dibuka lah buku nya. Namun, bukunya itu menjadi kosong bersih tidak bertulis apa-apa, kecuali sebuah potong ayat

"Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(surah al furqan : 70)

Alangkah bahagia perasaan lelaki itu, dan menghabiskan sisa hidupnya dengan ketaatan kepada Allah dan cinta kepada baginda Rasulullah ﷺ.

Ada lagi sebuah kisah

Suatu ketika, Sayyidina Umar bin Al Khattab ra. Melalui sebuah lorong daripada jalan jalan di Medina. Ketika itu, ada seorang pemuda yang bertentangan arah dengan Sayyidina Umar. Pemuda tersebut sedang membawa sebuah botol berisi arak di bawah bajunya. Apabila terserempak dengan pemuda itu, maka Sayyidina Umar bertanya kepada pemuda itu,
"apakah di bawah baju kamu itu wahai pemuda? "
Pemuda itu yang terkejut dan malu dengan pertanyaan itu berasa gelisah, siapa tidak kenal Umar, jika beliau diketahui membawa arak sedangkan diharamkan ke atasnya, buruk nasibnya nanti.
Ketika itu dia hanya gugup dan tidak tahu hendak berkata apa, salam keadaan sedemikian, terlintas di hati nya..
" Ya tuhanku... Janganlah Engkau buka aib ku dan peliharalah aku di hadapan Umar, dan aku tidak akan minum arak selamanya. "

Umar memandangnya dengan tajam, lalu dikatakan oleh pemuda itu
" Wahai Amirul mukminin, yang aku bawa ini adalah cuka. "
" cuba perlihatkan kepada aku sehingga aku dapat mengesahkannya " kata Umar dengan tegas.

Lalu perlahan-lahan dia mengeluarkan botol itu.  Alangkah terkejutnya dia, yang dikeluarkan daripada bawah bajunya adalah sebotol cuka dan bukannya arak. Kemudian Sayyidina Umar memberi salam dan terus berlalu. Subhanallah...

Renungan wahai saudaraku, ada makhluk yang bertaubat kerana takut kepada makhluk yang lain, namun asbab allah mengetahui keikhlasannya bertaubat. Allah menukar arak kepada cuka..

Sebuah lagi kisah...

Abu Hurairah ra. pernah bercerita

"aku pernah keluar suatu malam setelah aku menunaikan solat Isyak bersama dengan Rasulullah ﷺ. Tiba-tiba ada seorang perempuan di tengah jalan, dia berkata, 'wahai abu Hurairah, sesungguhnya aku telah melakukan sebuah dosa maka apakah berguna bagi ku sekiranya bertaubat?'  aku berkata 'engkau telah celaka dan membuat kecelakaan. Demi Allah tidak ada taubat bagi mu.'  lalu wanita itu pengsan, dan aku berlalu pergi asbab terkejut akan kejadian ini, kemudian hati ku gelisah, aku berfatwa sedangkan Rasulullah ﷺ ada di tengah-tengah kami.  Aku kembali kepada baginda Rasulullah dan mengadu pada baginda, kemudian baginda Rasulullah ﷺ bersabda
' Celaka pula ke atas mu dan mencelakakan, bagaimana pendapat mu mengenai ayat ini :
" Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan lain selain Allah... Maka kejahatan mereka diganti allah dengan kebaikan. "
(surah al furqan : 68-70)

Lalu aku keluar dan mencari semula wanita tersebut, aku bertanya ramai orang sehingga mereka mencemuh ku sebagai gila. Tetapi akhirnya aku menemui nya dan aku khabarkan kepada nya tentang pesanan baginda Rasulullah ﷺ, tersedu sedu dia mendengar kerana gembira lalu berkata
"aku memiliki sebuah kebun, dan aku sedekahkan nya untuk allah dan Rasul Nya "

Subhanallah... Teringin untuk saya ceritakan berkenaan cerita yang keempat berkenaan Utbah bin Ghulam

Utbah bin Ghulam terkenal sebagai seorang yang fasikh sebelumnya, dia terkenal dengan penipuannya yang besar dan tabiat suka meminum arak.

Pada satu hari, dia memasuki majlis taalim bersama Imam Hassan al Basri rahimahullah Ta'ala dan ketika itu syeikh sedang membaca tafsir dari firman Allah :

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik. "
(Surah al Hadid : 16)

Yakni tidakkah sampai masa di mana mereka berasa takut? Pada saat itu syeikh Hassan memberikan nasihat dalam mentafsirkan ayat ini dengan nasihat yang dalam, sehingga membuat orang-orang menangis. Lalu berdiri lah seorang pemuda dan berkata

"Wahai orang yang bertaqwa di antara sekalian orang mukmin, adakah allah azzawajalla akan menerima orang fasikh dan lemah seperti aku ini apabila mahu bertaubat?"

Syeikh Hassan al Basri menyatakan

"Ya.. Allah akan menerima taubat dari perbuatan mu. "

Setelah mendengar perbicaraan ini, wajah Utbah bin Ghulam menjadi pucat lesi, bergetar seluruh tubuhnya dan dia Tiba-tiba berteriak dengan nada yang kuat

" AARRRRGGHHHHH!!!! "

Lalu jatuh pengsan..

Apabila sudah sedar, Imam Hassan mendekatinya dan mengatakan bait-bait ini :

" Wahai pemuda yang derhaka kepada Tuhan yang memiliki Arasy, tahukah engkau apa balasan orang-orang yang menderhaka? Neraka sa'ir bagi orang yang menderhaka, dia mempunyai suara nyala api dan kegeraman pada saat ubun-ubun dipegang. Sekiranya engkau tabah menghadapi neraka itu, berbuat lah derhaka. Sekiranya tidak, jadikan lah diri mu orang yang menjauhi maksiat. Dengan kesalahan kesalahan yang telah dilakukan engkau itu, bererti engkau telah menggadaikan diri, maka bersungguh-sungguh lah dalam membebaskan diri mu. "

Mendengar kata-kata ini, Utbah berteriak sekali lagi.. Lalu pengsan.

Apabila kembali sedar, dia menjumpai Imam Hassan dan berkata " Ya syeikh, apakah betul Tuhan yang Maha penyayang akan menerima taubat orang seperti aku yang sangat tercela ini? "

Syeikh menjawab " Tidak ada yang dapat menerima taubat orang yang menderhaka kecuali Tuhan yang Maha Pengampun. "

Kemudian Utbah mengangkat tangannya dan berdoa tiga buah doa.

Pertama,  " Tuhan ku, sekiranya Engkau menerima taubat ku dan mengampuni dosa ku, maka muliakan lah aku dengan kefahaman dan hafazan sehingga aku dapat menghafaz semua yang aku dengar baik ilmu dan al Quran."

Kedua,   " Tuhan ku, muliakan lah aku dengan suara yang indah sehingga setiap orang yang mendengar bacaan ku menjadi bertambah lembut hati nya."

Ketiga,   "Tuhan ku, kurniakan lah aku rezeki yang halal dan berilah aku rezeki dari arah yang tidak aku sangka."

Kemudian, Allah telah memakbulkan kesemua permintaannya, sekiranya dia membaca Al Quran maka bertaubat lah setiap orang yang mendengar bacaan nya.  Dan setiap hari terdapat di dalam rumahnya, sepiring kuah dan dua ketul roti tetapi tidak diketahui seorang pun yang telah meletakkannya.

Perkara ini terus berlaku sehingga beliau berpisah dari dunia pergi berjumpa dengan kekasihnya yang abadi.

Sungguh kita perlu mengambil iktibar daripada semua kisah ini, dan menjadikan diri kita seorang yang tidak mengalah daripada bertaubat.

Jika ada yang menitiskan air mata asbab teringin kepada taubat, maka itu tanda hati mu telah mula berbenih semula dengan benih keimanan.

Ya Allah aku telah berdosa ya Allah..

Ya Allah aku telah bermaksiat pada Mu ya Allah...

Ya Allah bagaimana nasib ku di akhirat nanti ya Allah...

Ya Allah bagaimana aku hendak berhadapan dengan mu nanti ya Allah...

Ya Allah bagaimana aku hendak berhadapan dengan kekasih Mu baginda Rasulullah ﷺ dalam keadaan aku ini seorang daripada umat nya yang berdosa ya Allah....

Kita sentiasa menangisi diri kita, dan Allah azzawajalla suka melihat hamba Nya yang menangis di atas dunia ini kerana dosa-dosa nya, merasa rendah, menangisi diri di hadapan Allah subhanahu wa taala di atas yang kita tersungkur.

Ketahuilah saudara ku, setitis air mata yang digugurkan di atas dunia ini kerana takut kepada Allah,  akan memadamkan selautan api neraka jahanam.

Satu titis.

Di dunia ini, satu titis itu mampu untuk memadam selautan api neraka jahanam. Namun,  selautan tangisan di akhirat nanti tidak akan memadam walaupun setitis daripada api neraka jahanam.

Kerana tangisan apabila nyawa manusia sudah direntap oleh malaikat maut, maka tangisan nya di dalam kubur, tangisan nya di padang mahsyar, tangisan nya di titian sirat, tangisan nya di dalam api neraka jahanam, tidak akan memberi kesan, tidak akan memberi sebarang manfaat serta faedah je atas diri.

Dan yang memberi faedah adalah satu, walaupun satu, satu titisan tangisan yang digugurkan di atas dunia ini.

Semoga Allah subhanahu wa taala lembutkan hati kita untuk kita menangis di hadapan Nya, untuk kita merintih di hadapan Allah azzawajalla, kerana orang yang tidak menangis di hadapan Allah, Yang tidak dapat mengeluarkan air mata atas dosa-dosa nya adalah kerana kekerasan hati.

Dan ulama menyatakan bahawa taubat yang dilakukan kerana berdosa itu cukup ringan sekali. Tapi taubat yang dilakukan kerana ketaatan kepada Allah maka memerlukan kepada sepuluh ribu kali taubat.

Maka seseorang yang walaupun telah banyak ibadah kepada Allah, telah banyak solatnya, telah banyak zikir nya, sebaliknya dia lebih perlu supaya bertaubat kepada Allah,  takut-takut jika dalam ibadah ada terselit sifat riyak, di dalamnya terselit sifat takabbur, sifat ujub, sifat sum'ah dan sebagainya,  takut-takut.

Sebab itu ulamak menerangkan bahawa taubat untuk maksiat cukup denganDan apakah tanda taubat kita diterima Allah?  sekali, tapi taubat untuk ketaatan perlukan pada beribu ribu kali.

Dan apakah tanda taubat kita diterima Allah?

Ulama menjawab tidak ada kepastian dalam hal itu, namun terdapat tanda-tanda ke arah itu :

1. Dia akan lihat dirinya terhindar dari maksiat (tidak melakukan maksiat seteruk sebelum bertaubat dan memperbaikinya setiap hari)

2.  Dia akan melihat kegembiraan(dunia) jauh dari hatinya dan melihat tuhan dekat di hati nya.

3. Dia akan mendekatkan diri dengan orang yang soleh dan jauh dari orang yang melakukan maksiat.

4. Dia akan lihat hatinya sibuk dengan apa yang diwajibkan allah ke atasnya.

5. Dia selalu memelihara lidahnya, memperbanyakkan berfikir dan selalu gusar dan menyesali dosa-dosa nya yang lalu.

Jika ada dari tanda-tanda di atas, maha suci Allah. Semoga terus beristiqamah.

Jika tidak, teruskan bertaubat dan bertaubat dan mengharapkan pengampunan daripada Allah.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya perkara yang wajib ke atas setiap mukmin itu adalah menjauhi dosa yang kecil juga yang besar, sepertimana ia menjauhi racun yang boleh membunuh, api yang membakar dan air yang melemaskan.

Apabila telah melakukan sesuatu dosa, maka bersegeralah kepada taubat tanpa menangguh dan melewatkannya, sebelum tiba ajal.

Teruslah berharap kepada Cinta Allah dan Rasul Nya, dan contohi lah setiap daripada akhlak baginda Rasulullah yang mulia.

Seperti dalam bait lirik nyanyian opick..
Allah Rahman..... ~
Allahu Rahim... ~
Allah ya Ghafar.....~
Ya nurrul Qalbi..~

"Jika tak mampu mengatasi abid dalam ibadah mereka, berlumba lah sebagai pendosa dalam taubat mereka "

... Nasihat dari al faqir...  Teruskan taubat.. Mungkin ini hari terakhir...

Wallahutaalaalam bishshawab wa ilaihi marjiul maab

Jumaat, 29 Julai 2016

Apakah benar ada Seksa Kubur?

[7/29, 5:50 PM] ‪+60 17-272 1336‬: *ADAKAH SEKSA ALAM KUBUR ITU ADA?*

SEKSA kubur pasti dialami setiap manusia. Ini berdasarkan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W. tidak ada dalil qath'i lain, selain kedua sumber tersebut kerana masalah tersebut di luar jangkauan akal manusia.

Allah berfirman yang bermaksud : _"Dan di antara penduduk Madinah (ada juga orang-orang munafik), mereka keterlaluan dalam kemunafikannya. Engkau (Muhammad) tidak mengetahui mereka, tetapi Kami mengetahuinya. Nanti  mereka akan Kami siksa dua kali, kemudian mereka akan dikembalikan pada azab yang besar"_ (at-Taubah : 101)

Kehidupan manusia mengalami tiga fasa, iaitu hidup di dunia, alam barzakh, dan akhirat. Allah telah menjelaskan tentang tiga seksa, "Dia akan menyeksa mereka dua kali ganda", iaitu di dunia, alam barzakh dan seksa di akhirat yang akan dirasakan setelah penghitungan amal, sebagaimana firman Allah, "kemudian mereka dikembalikan pada azab yang besar."

Ibnu Abbas menjadikan firman Allah berikut ini sebagai dalil bahawa seksa kubur itu ada. FirmanNya bermaksud : _"Dan pasti Kami timpakan kepada mereka sebahagian seksa yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat) agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."_ (as-sajadah: 21)

Azab terbahagi kepada dua, iaitu azab di dunia dan azab di akhirat. Seksaan di dunia diharapkan dapat mengembalikan para durjana ke jalan Allah. Sedangkan seksa alam kubur sebagai balasan apa yang mereka lakukan di dunia. Sementara, untuk seksa yang paling berat adalah seksaan di neraka bagi orang-orang kafir, munafik dan orang-orang ahli maksiat setelah hari penghitung amal.

Allah berfirman yang bermaksud : _"...Firaun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang sangat buruk. Kepada mereka diperlihatkan neraka, pada pagi dan petang, dan pada hari terjadinya kiamat. (Lalu kepada malaikat diperintahkan), `Masukkanlah Firauan dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras!' "._ (al-mu'min: 45 dan 46)

Para ulama dan ahli fiqih menjadikan dua ayat tersebut sebagai argumentasi adanya alam barzakh. Firman Allah : _"Firauan beserta kaumnya dikepung dengan azab yang sangat buruk."_ Itu merupakan seksaan yang mereka alami pada saat ditenggelamkan, sementara Nabi Musa selamat.

Firman Allah, _"Kepada mereka neraka diperlihatkan pada pagi dan petang"_ sebagai tanda adanya seksaan di alam barzakh kerana neraka tidak dinampakkan kepada mereka, ketika mereka hidup di dunia baik waktu pagi atau petang. Sedangkan, firman Allah, _"Pada hari terjadinya kiamat (lalu kepada malaikat diperintahkan), "Masukkan Firauan dan kaumnya ke dalam azab yang keras,"_ sebagai dalil adanya seksaan pada hari kiamat setelah hari perhitungan amal, sehingga mereka masuk ke dalam neraka untuk selama-lamanya.

Dari Anas dan Ibnu Mas'ud r.a bahawa Nabi S.A.W bersabda, _"Sesungguhnya orang-orang yang meninggal dunia pasti akan diseksa di dalam kuburnya sehingga haiwan-haiwan ternakan mendengar jeritan mereka."_ (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Umar r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, _"Sesungguhnya mayat pasti akan diseksa kerana tangisan orang-orang yang hidup."_ (Riwayat Bukhari dan Muslim)
[7/29, 5:50 PM] ‪+60 17-272 1336‬: Jenazah akan mendapat seksa kerana keluarga atau sanak saudara yang menangisinya secara berlebihan. Orang soleh yang meninggal tidak ingin ditangisi oleh sesiapa pun kerana ia telah mendapatkan rahmat Allah sehingga ia tidak suka rahmat Allah itu diimbangi oleh tangisan yang histeria. Maksudnya, jenazah orang beriman yang soleh itu merasa terganggu dengan tangisan dan histeria keluarganya. Sedih dan menitiskan air mata kerana merasa kehilangan tidaklah dilarang kerana hal itu merupakan ungkapan rasa kecintaan terhadap mayat.

Rasulullah S.A.W bersabda setelah kematian puteranya, iaitu Ibrahim, _"Air mata bercucuran dan hati mereka sedih kerana kehilangan, sesungguhnya kami amat sedih atas kematianmu hai Ibrahim."_ (Riwayat Abu Daud)

Keluarga mayat yang soleh hendaknya bersabar dan memohon kesabaran kepada Allah dan berkata, _"Allah pasti akan mengambil dan memberi sesuatu, tiada daya upaya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah."_ Sebagai ganti tangisan, sebaiknya kita berdoa, makin terseksa kerana tangisan histeria keluarganya terutama mereka yang merobek-robek baju dan mencakar-cakar pipinya.

Daripada Siti 'Aisyah r.a bahawa Nabi S.A.W bersabda, _"Seksa kubur itu benar adanya."_ (Riwayat al-Khatib al-Baghdadi, disebutkan oleh As-Sayuti dalam Al-Jami'As-Shaghir).

Hadis riwayat Umar r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, _"Sesungguhnya mayat itu akan disiksa kerana tangisan histeria keluarganya."_ (riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menguatkan hadis sebelumnya, _"Sesungguhnya mayat itu akan diseksa kerana tangisan keluarganya yang masih hidup."_ Nabi S.A.W menyaksikan seksa kubur tersebut. Para ulama mengertikan bahawa seksaan itu juga akan dialami oleh orang yang berpesan agar menangisi jenazahnya.
[7/29, 5:50 PM] ‪+60 17-272 1336‬: Hadis riwayat Anas r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, _"Seandainya kalian tidak saling menguburkan, nescaya aku berdoa kepada Allah agar dia memperdengarkan seksa kubur kalian, sebagaimana yang aku dengar."_ (Riwayat Muslim, Ahmad dan Nasa'i)

Rasulullah S.A.W memerintahkan kepada kita agar memohon perlindungan daripada seksa neraka.

Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, _"Berlindunglah kepada Allah dari seksa neraka."_ Para sahabat bertanya, _"Kita memohon perlindungan kepada Allah dari api neraka."_ Baginda bersabda, _"Berlindunglah kepada Allah dari seksa kubur." Mereka berkata, "Kita mohon perlindungan kepada Allah dari seksa kubur."_ (Riwayat Muslim)

Sebahagian ulama dan ahli fiqih tentang adanya seksa kubur dengan salah satu ayat dari Surah Al-Mu'Min yang telah disebutkan di atas.

Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud : Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah atau yang berkata, _"Telah diwahyukan kepadaku,"_ padahal tidak diwahyukan sesuatu pun kepadanya, dan orang yang berkata, _"Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah."_ (Alangkah ngerinya) sekiranya engkau melihat pada waktu orang-orang zalim (berada) dalam kesakitan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata) , _"Keluarkanlah nyawamu."_ Pada hari ini kamu akan dibalas dengan azab yang sangat menghinakan kerana kamu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu menyombongkan diri terhadap ayat-ayatNya." (al-An'am:93)
[7/29, 5:51 PM] ‪+60 17-272 1336‬: Para ulama dan ahli tafsir menjadikan ayat tersebut sebagai dalil adanya seksa kubur, sebagaimana firman Allah, _"Pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang sangat menghinakan."_ Kata penyeksaan pada ayat tersebut tidak menggunakan kata 'sin' atau 'saufa', seperti keluarkanlah nyawamu kerana roh itu akan diseksa dengan seksa yang menghinakan atau akan dibalas dengan balasan seksa yang menghinakan, melainkan Dia berfirman, _"Pada hari ini kamu akan dibalas dengan azab yang menghinakan",_ yang bererti di dalam barzakh orang tersebut tidak memiliki kesempatan lagi untuk hidup di dunia. Juga bukan pada hari kiamat kerana Allah tidak menyatakan, _"Pada hari kiamat nanti kamu akan dibalas dengan seksaan yang menghinakan ."_ jadi dapat dipastikan bahawa seksa yang dimaksudkan adalah seksa alam kubur.

Dari penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa seksa alam kubur itu pasti ada, tidak dapat dimungkiri lagi tentang keberadaannya.

 Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud : _"Kemudian Dia menuju ke langit dan (langit) itu masih berupa asap..."_ (al-Fussilat: 11)

Seksa alam kubur pasti ada, tetapi bagaimana bentuk seksaannya tidak dapat diketahui dengan pasti. Masalah ini akan dikaji dalam bab tersendiri kerana merupakan tujuan utama penulisan, iaitu menjelaskan tentang hakikat seksa alam kubur, ada atau tidak? Banyak manusia yang tidak mengakuinya adanya seksa kubur meskipun sebahagian orang meyakini akan adanya seksa kubur dan pendapat mereka disokong oleh dalil-dalil al-Quran dan Hadis, yang menjelaskan keberadaan seseorang setelah meninggal dunia dan dibangkitkan di akhirat kelak.


Ditulis oleh Atikah Kassim

Jumaat, 22 Julai 2016

Tasawwuf dan Sifat Mazmumah




Sebenarnya di dalam Ilmu Tasawwuf ini teramatlah luas. Apa yang akan dibincangkan pada malam ini adalah pasti sedikit dari ilmu Tasawwuf ini.

Ilmu Tasawwuf ini apa sebenarnya? Kita katakan dalam kata mudah, ia adalah ilmu untuk penyucian jiwa.

Sebab ibadah ini dibagi kepada dua; ibadah zahir dan batin. Yang zahir adalah kita buat solat, puasa, zakat, sedekah dsb. Kerana apa ia dinamakan zahir sebab ia dapat kita lihat.

Adapun ibadah batin adalah yang tersembunyi iatu penyucian jiwa. Pastikan hati kita ini sentiasa bersih dari sebarang kekotoran. Jua, untuk pastikan kita amalkan sifat yang mahmudah ya’ni sifat yang terpuji. Dan membuang sifat mazmumah yakni sifat yang tercerla. Nanti kita akan bincang tentang ini nanti.

Ramai yang buat ibadah zahir tapi lupa bahawa ada juga ibadah batin yang WAJIB dibuat.

Maka ilmu tasawwuf ini adalah panduan ditulis dan ditunjuk oleh Ulama’ untuk amalkan ibadah batin tersebut.

Mungkin kita akan dengar orang kata, “Eh Ilmu Tasawwuf ini tidak ada di zaman Nabi. Sebab perkataan Tasawwuf ni pun Nabi tak pernah kata.”

Perkataan ini seperti menafikan ilmu tasawwuf ini dari ajaran Islam dan sunah Nabi SAW.

Ada lagi yang langsung mengaanggap ilmu ini ilmu sesat. Ada yang mengejek pula ini ilmu TasaWOLF.

Kita jawab, mereka yang kata ni.. sebenarnya tidak faham apa itu Tasawwuf. Ada pula yang jahil tapi masih nak tunjuk hebat dalam men-condemn ilmu yang mulia ini.

Sebenarnya segala isi ilmu Tasawwuf ini semuanya diambil dari sunnah dan ajaran Nabi SAW. Memang benar bahawa perkataan Tasawwuf ini tidak ada di dalam ucapan baginda SAW.

Kita kata, ia hanya baru dari segi istilah sahaja. Tetapi intipatinya semua bersumberkan Quran dan Sunnah.

Sebagai contoh, kita kata dalam Tasawwuf ini kita diajarkan untuk buang sifat hasad. Apakah ilmu ini tidak ada dari ajaran Islam? Salah sekali. Sebab ajaran ini diambil dari sunnah Nabi SAW.

Baik. Apa sebab perlu amalkan ilmu Tasawwuf?

Penting sekali malah wajib bagi semua umat Islam untuk amalkan. Tidak guna jika dia belajar aqidah dan hukum feqah tetapi meninggalkan ilmu ni. Hakikatnya dia tetap cacat. Amalannya masih tidak sempurna.

Misalnya, dia pandai solat. Tapi dia tak belajar ilmu tasawwuf untuk membuang sifat yang mazmumah spt, riak. Maka solatnya hakikatnya tiada nilai.

Begitu lah kata ulama spt. Imam Malik,

“Man tasawaffa wa lam yatafaqa faqad tazandaqa, wa man tafaqaha wa lam yatasawaf faqad tafasaq, wa man tasawaffa wa taraqaha faqad tahaqaq”.

Yang artinya : “Barangsiapa mempelajari/mengamalkan tasawuf tanpa fiqih maka dia telah zindik, dan barangsiapa mempelajari fiqih tanpa tasawuf dia tersesat, dan siapa yang mempelari tasawuf dengan disertai fiqih dia meraih Kebenaran dan Realitas dalam Islam.” (’Ali al-Adawi dalam kitab Ulama fiqih, juz 2, hal. 195 yang meriwayatkan dari Imam Abul Hasan). Selengkapnya : http://www.kompasiana.com/heripurnomo/tahukah-anda-semua-ulama-madzab-mempelajari-tasawuf_5517df28a333117d07b660ea

Sebenarnya ilmu Tasawwuf ini telah dipuji oleh ramai ulama’ yang hebat. Ajib (pelik) sekali jika ada orang anggap ia adalah ilmu yang asing dari Islam.

Baik.. Sekarang kita akan pergi kepada tajuk kita. Yaitu Sifat Mazmumah.

Seperti kita sebut tadi bahawa Sifat Mazmumah adalah Sifat yang tercerla. Hukumnya WAJIB kita buang dari dalam diri kita.

Apa sifat tersebut?? (antaranya)

1.     Riak
2.     Ujub
3.     Takabbur
4.     Hasad
5.     Sum’ah

InshaAllah kita cuba bahaskan 5 sifat ini dulu.

1.     SIFAT RIAK

Riak ini paling bahaya sekali. Ia selalu datang kepada orang yang ingin membuat kebaikan sebab musuh Riak adalah Ikhlas. Sering sekali, syaitan akan guna riak ini untuk memastikan orang yang baik ini tidak memperoleh pahala.

Riak ini apa? Ia adalah sifat yang suka menunjuk-nunjuk (dengan bertujuan untuk menunjukkn dirinya hebat dan baik)kepada manusia.

Bahaya riak ini sehingga amalan kita tidak diterima oleh Allah. Mana mungkin Allah akan terima jika kita buat bukan kerana Dia tetapi kerana makhluk.

Sebab tu dalam hadis, Nabi saw sebut riak ini adalah SYIRIK KECIL. Bukan maksud kita jadi kafir tapi nak khabarkan bahawa dosa ini sangat lah besar. Nauzubilah.
Pernah dikisahkan ada seorang lelaki ini solat bersendirian di masjid. Ketika sedang solat, dia dengar bunyi pintu masjid terbuka. Maksunya pasti ada orang masuk masjid itu.

Lelaki yang sedang solat ini dah mula nak menunjuk-2. Dia sengaja lamakan rukuk, sujud, baca dengan penuh kusyuk, cara solat pun lihat spt org soleh dan abid.

Selepas sahaja dia habis solat, dia pusing ke belakang.. rupanya yang masuk tadi seekor anjing. Dia langsung rasa insaf.. selama ni dia nak menunjuk-2 rupanya untuk seekor anjing.

Tapi ada kala, tak salah kita nak menunjuk-2 dengan niat untuk ajarkan kepada manusia atau jadikan sebagai contoh teladan.

Misalnya, lelaki ini adalah seorang Tok Guru. Tok Guru ni memberi sedekah di hadapan anak muridnya. Perbuatan Tok Guru bukan niat dia nak riak tapi nak jadi contoh buat anak muridnya.

Dalam hal ni, takde masalah cuba wajib kita berhati-hati .. pastikan niat itu sentiasa betul.

Ulama juga ada buat panduan untuk jaga dari riak.

Antaranya, jika kita baca quran dari surah yang kita sudah hafal. Untuk elak riak, pergi ambil Quran dan baca walaupun kita sudah hafal.

Contoh, baca surah Yasin. Kalau kita dah hafal, alhamdulillah. Tapi tak salah nak amik Quran dan baca  dari situ.

Membuat cara ini memberi dua kebaikan
1.     Elak dari riak
2.     Dapat pahala melihat Quran

Lagi satu point penting, JANGAN batalkan niat untuk manusia sebab itu juga riak.

Saya bagi contoh, ada orang ni nak baca Quran. Tiba-2 roommate dia masuk, lelaki tadi tutup Quran dan batalkan niat nya. Sebab takut nanti jadi riak pula.

Ni sebenarnya riak juga tanpa kita sedar. Kenapa? Sebab kita buat tu (batalkan niat baca quran) adalah sebab manusia.

Buat ni pun akan buat syaitan bergembira.. Dia lagi suka jika kita tak baca Quran.

Baik. Setakat ni semua faham? (tanya pembaca)

Sifat yang seterusnya.

2 SIFAT UJUB

Ujub itu adalah sifat bangga diri. Dia menyangkakan bahawa dia sempurna.

Tiada ada dalam hatinya rasa hina dan rasa penuh ketidaksempurnaan.

Sifat ini hampir dengan Takabbur

3.     SIFAT TAKABBUR

Sifat Takabbur ini maksunya sombongkan diri. Bezanya dengan ujub adalah Takabbur ini bukan hanya rasa dirinya sempurna malah dia rasa yang lain semuanya hina di bawah kakinya.

Sifat ini yang paling dibenci oleh Allah swt. Allah benci orang yang sombong padahal dia langsung tiada apa-apa meskipun secalit habuk pun .

Kerana sifat ini juga Iblis rasakan dirinya lebih hebat dan mulia dari Nabi Adam hingga dia ingkar perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam.

Sebab tu mafhum mukholafahnya (maksud vice versa) adalah orang yang tawadhu’ akan buat dia mulia dan disayangi oleh Allah swt.

Mafhum hadis nabi saw, Barangsiapa yang tawadhu maka Allah akan naikkan derajatnya.

Dikisahkan ada seorang wali Allah ini diberikan sebuah karomah iatu ketika dia berjalan akan ada awan yang melindunginya.

Ketika dia sedang berjalan, dia lalu seorang lelaki ahlul maksiat. Apabila ahlul maksiat ini melihat wali Allah tu, dia rasa segan sekali.. rasa dia tidak layak untuk lalu di hadapan orang yang mulia.

Pada masa yang sama, Wali Allah ini dalam fikirannya mengatakan ahlul maksiat ni patut masuk neraka. Dia juga pandang serong kepada lelaki ahlul maksiat itu.

Kerana satu jadi takabbur dan lagi satu jadi tawadhu’ maka awan yang asalnya atas kepala wali Allah tu berpindah kepada atas ahlul maksiat.

Lihat tak apa pengajarannya?

4.     Hasad

Sifat Hasad ni kita panggil Sifat Dengki

Untuk faham mudah sifat hasad ni kata guru kami, Ustaz Muhadir Hj Joll. Sifat Dengki adalah SMS.

SMS = Suka melihat orang susah. SMS = Susah melihat orang senang.

Apabila ada orang ni berjaya, dia susah hati. Rasa tak puas.. dan mula lah niat nak jatuhkan orang itu.
Orang yang ada hasad ini kalau boleh taknak orang lain lagi berjaya dari dia. Dia lebih sanggup kalau dia sendiri pun tak berjaya (iatu dua-dua rugi) yang penting takde orang berjaya dari dia.

Ni memang sifat yang sangat tercerla. Nabi SAW sebut dalam hadisnya; sifat hasad ini akan menghapuskan amalan kita seperti kayu dibakar oleh api.

Kerana sifat ini juga akan buka banyak lagi pintu kerosakan. Sebab tu kita selalu dengar orang melayu kita suka jatuhkan orang melayu lain dengan “buat orang”. Ini semua berpunca dari mana?? Dari sifat hasad ini..

Macam mana nak ubat sifat ini?

Kata para guru , kita boleh amalkan “Sentiasa bersangka baik dan doakan kebaikan buat nya.”

Kita apabila doa untuk saudara kita. Kita akan mula redha.. inshaAllah Allah swt akan memberi kebaikan buat kita sebab doakan untuk saudara kita.

Kita juga perlu lah didik untuk sentiasa ingat bahawa REZEKI itu Allah yang tentukan. Jika saudara kita lebih berjaya dari kita, maka itu adalah rezeki ALLAH yang bagi buatnya. Bagian kita.. Allah sudah sediakan Cuma kita tak tahu sahaja.

Kalau kita pegang ini. InshaAllah tak jadi hasad.

5.     Sum’ah

Sum’ah ini pula hampir sama seperti dengan riak.

Sum’ah ini ada kaitan dengan deria “DENGAR”. Sum’ah ini apabila seorang ini membuat sesuautu supaya dapat dengar pujian manusia. Bezanya dengan riak, dia menunjuk di hadapan manusia.. Sum’ah pula dia rasa seronok apabila dengar orang puji dia.

Misalnya, dia buat perkara yang baik. Ketika ada orang puji dia .. “ MashaAllah budak ini  baik, hebat bla bla..” maka dia akan seronok. Dalam kata mudah, dia beramal sebab nak dipuji.

Ini juga merupakan menyebab amalan kita ditolak oleh Allah swt.

Malah, orang pertama sekali masuk ke neraka adalah orang yang sama ada berjihad, bersedekah, mengajar agama dan baca Quran.. yang beramal SEMATA untuk dapat pujian manusia.

Nauzubillah, berat sekali..

Sebab tu ketika dipuji itu banyak lah beristighfar. Jangan rasa seronok dijulang tu. Tak layak sekali .. Sebab kita tahu diri kita di mana, kita ni hina mana Allah swt yang tahu.

Dikisahkan ketika sahabat Nabi SAW yang bernama Abdullah ibn Mas’ud ketika dipuji.. maka katanya, Kamu tidak tahu apa kecacatan aku.. jika kamu tahu sudah tentu kamu tidak akan puji aku seperti itu.

Ketika Bilal ibn Rabah dipuji , dia terus menangis dan kata bahawa dia hanya hamba Allah swt.

Para solehin semua tahu betapa bahaya pujian manusia ini. PUJIAN itu boleh menjadi UJIAN. Biarlah Allah yang puji kita.. pujian manusia itu kita hanya katakan sebab kerana aib kita dijaga oleh Nya.

Semoga perkongsian malam ini dapat memberi manfaat inshaAllah.

Banyak lagi sifat yang mazmumah yang kita tidak sebut..  seperti dikatakan di awal usrah ini.. Tasawwuf ini sangat luas maka yang terbaik untuk belajar nya adalah dengan bertalaqqi dengan guru.

Baik lah. Kita akan jumpa lagi untuk minggu depan. Wallahualam.

Kita akhiri perkongsian kita dengan surah Al Asr dan Tasbih kifarah.

Ditulis oleh Mustaqim Ahmad.