Selasa, 27 Mei 2014
MASJID RUMAH UTAMA SETIAP MUKMIN
Jumaat, 23 Mei 2014
JAGA-JAGA NANTI UJUB
- Aku subuh-subuh pun sanggup solat di masjid walaupun hujan lebat.
- Aku setiap kali solat, sunnah berjubah dan berserban sentiasa istiqamah.
- Sibuk mana pun aku, aku tetap solat awal waktu dan berjemaah.
- Doa aku selalu makbul. Aku dekat dengan Allah
Namun, mungkin kini tidak lagi. Penyakit ini telah 'dimodenkan' selari mengikut arus teknologi. Bahkan lebih parah lagi apabila kita pula yang gagal menyedarinya.
Contoh UJUB MODEN yang berlaku pada masa kini berikutan ledakan teknologi yang semakin pesat lagi-lagi dengan adanya MEDIA SOSIAL seperti Facebook,Twitter,WeChat,Whatsapp,Instagram,Blog dan banyak lagi..
Contoh:
- Merasa diri hebat apabila dikenali dan memiliki ramai peminat yang 'like', 'share' mahupun komen di status Facebook dsb.
- 'Berkata-kata' melalui status seolah-olah berdakwah. Namun, sebenarnya mengharapkan pujian sehingga menimbulkan bangga diri.
- Memuat naik gambar-gambar yg memaparkan kehidupannya yang serba mewah dan indah.
- Sentiasa memikirkan apa-apa yang boleh menarik perhatian orang ramai kepadanya dan mengharapkan dirinya sentiasa dipandang mulia melalui perbuatannya di media sosial.
Penyakit ujub ini sangat mudah menyelinap ke dalam hati manusia. Maka, menjadi kewajipan kita utk mengenal pasti ciri-cirinya agar mudah diubati segera.
PENAWAR PENYAKIT UJUB
Menurut Imam al-Syafi'i, penyakit ujub ini ada penawarnya. Katanya, apabila kita merasakan bibit-bibit penyakit ini ada dalam hati, maka tanyakan kepada diri sendiri:
- Reda siapa yang aku cari?
- Pahala siapa yang aku harapkan?
- Hukuman siapa yang aku takutkan?
- Kesihatan dan nikmat mana yang aku hargai?
- Apakah malapetaka dan bencana yang dapat aku elakkan?
Apabila kelima-lima soalan ini sentiasa ditanyakan kepada diri sendiri, InsyaAllah pasti setiap amalan yang kita kerjakan akan ikhlas kerana Allah. Perasaan ujub akan terhakis berdikit-dikit. Bahkan kita juga merasakan setiap amalan yang dilakukan itu sedikit sahaja jika dibandingkan dengan rahmat dan nikmat Allah kepada kita.
Maka, berhati-hatilah dengan perasaan ujub ini yang sangat membahayakan. Jika para sahabat yang kehidupannya itu dididik oleh Nabi SAW secara langsung juga tercemar dengan penyakit ini, apatah lagi kita yang tidak hidup sezaman dengan Nabi. N'auzubillahi minzalik.
Semoga Allah Taala melindungi diri kita semua daripada 'penyakit berjangkit' ijub ini..
Allahumma Amin..
Wallau'alam
Credit to: Majalah Gen-Q isu 34. Kolum Wahyu Ilahi by Ustaz Dr. Hj Zahazan Mohamed
Telaga Biru Sdn Bhd.
Update by:
Al-Faqir Amirul Ikmal Bin Zainal Abidin
Team Tazkirah Ikhwan 3
Jumaat, 23 Rejab 1434.
Rabu, 7 Mei 2014
Sunat itu dituntut
Assalamualaikum Sunat ni buat dapat pahala , tinggal tak dapat apa apa . " alaaa , sunat aje pooon " , dia bukan kira pahala sunat tapi sapa yg suruh tuh . Jadi kalau kita suruh anak kita buat kerja , kalau dia buat mestilah kita lagi sayang kan ?
Kalau kita dah suruh anak kita wajib bangun subuh , bila dia bangun kita suka , bila dia tak bangun kita marah . Sunat tu Allah tak suruh , tapi dituntut buat . Allah bagi pahala lagi siapa yg buat , tak bagi apa apa kat sape yg tak buat . Jadi perkara wajib ni Allah tak hairan . Kau buat dapat ganjaran , kau tinggal nah hamikk kau balasan .
Haaah jadi wajib buat . Semua kena buat . Akan dapat sesuatu kalau kita buat atau tinggalkan . Sama ada pahala atau dosa .
Wajib nii modal , sunat ni untung .
Kalau kita niaga takkan kite nak bawak mai modal je kan , mesti nak untung sekali . Kalau nak untung tu mestilah kena kerja keras . Sunat buat dapat pahala , tinggal tak dapat apa apa .
Sunnah nabi kebanyakannya .
Perkara sunat ni Allah paling suka . Kalau dah besaq dah berjanggut dah nak kira upah apelagi , " mat , tolong sat mak nie pi kan kedai belikan gula" , 'upah2 ?' upah apanya lagi dah besaq panjang dah , bukan pandang upah tapi pandang siapa yg suruh , 'MAK' tu yg suruh bukan orang lain .Tahap budak2 : "mat , tolong mak sat pi kedai belikan gula nie , nanti mak bagi upah seringgit" . Ni tahap budak kecil boleh la upah2 ni . Siapa sekarang ni nampak kalau buat solat sunat subuh pahalanya lebih baik dari harta yg kita kumpulkan satu dunia nie dan seisinya ?
ركعتا الفجر خير من الدنيا وما فيها
" Dua rakaat sunat sebelum subuh lebih baik dari dunia dan seisinya "
-Hadis Nabi SAW-
Sekarang nie siapa pon tak nampak fadhilatnya , kalaulah Allah buka hijab kita nampak fadhilat2 nya pakat sume pulun kaw kaw lah . Kalau Allah kasih ke kita , habuk neraka pon Allah takmahu bagi ke kita , apatah lagi api neraka yg sebesar2 azab seksaannya tuh . Allah😂
Macam mak kasih kat anak lah
Sanggup bangun kul 2 3 pagi , ambil torchlight tengok anak dia , kot2 ada nyamuk . Semata mata sayang mak dia sanggup bgun 2 3 pagi nak tengok anak dia tidor nyenyak , jaga dri nyamuk dan sebagainya .
Itulah namanya kasih sayang. Kalau Allah kasih , Allah jaga pendengarannya dari maksiat , Allah jaga penglihatannya darimaksiat , Allah jaga tangan dari maksiat , Allah jaga kaki dari berjalan tempat maksiat , Allah jaga hati dri nak benda benda maksiat .
"Tidaklah dapat menuntut hampir orang2 yang nak menuntut hampir padaKu dengan melakukan amalan fardhu(wajib) , sentiasalah hamba2Ku yg nak menuntut hampir kepadaKu dengan melakukan amalan2 sunat sehingga Aku kasih akan dia . Maka jika aku kasih aku pendengaran dia yg mendengar ia dengan dengan , aku penglihatannya yg melihat ia dengan dia , aku tangan yg mencapai ia akan dia , aku kaki yg berjalan ia dengan dia , dan aku hati yg mencita2 ia akan dia " -Hadis Qudsi-
Time tu barulah pakat nak menyesaaalll[TearingUp][TearingUp]
Haaa , tulah taknak percaya apa yg nabi cakap . Nabi cakap dalam hadis takmahu percaya[Sly]
Kalaulah kalaulah kalaulah aku tahuuuu [Tormented]Time tu barulah kita nak menyesal . Orang yg buat taat pon menyesal , orang yg tak buat taat lagilah menyesal . "Eh eh eh eh kalau lah aku tahuuu" memang dah terlambat , nasi dah hangit dah , kalau jadi bubur sedap lagi boleh buh bawang goreng atasnya kan .Tak ada siapa nampak . Kalau semua nampak la serius pakat pulun lah pulun , sanggup berjaga semata2 nak solat sunat subuh , skang memamg kita ta nampak , nanti kat akhirat baru kita nampak nanti . Masyaallah By -akhisyfq-
ruginya tidak bertaubat bahagian III
Selasa, 6 Mei 2014
Pencipta dan Penciptaan
Tajuk :
Pencipta dan Penciptaan.
Bismillahhirrahmannirrahim.
Assalammualaikum.
Assalammualaikum.
Patutkah
manusia itu berkata demikian dan tidak memikirkan bahawa Kami telah menciptakan
dia dahulu sedang ia pada masa itu belum ada sebarang apa pun?
(Surah
Maryam : 67)
Allah Maha
Pencipta
Pernahkah
kita terfikir?
“Bagaimana alam ini terbentuk?”
“Bagaimana
matahari dan bulan terbentuk?”
“Di manakah
kita kita sebelum kita dilahirkan?”
“Bagaimana
lautan, pokok-pokok dan haiwan muncul?”
“Bagaimana
buah-buahan yang harum dan berwarna-warni seperti
pisang,tembikai,ceri,strawberi dan lain-lain dapat muncul daripada tanah ini?
Siapa yang memberikan ia warna? Bau? Rasa?”
“Daripada
siapakah lebah yang kecil ini belajar membuat madu yang begitu enak untuk di
makan?”
“Bagaimana ia membuat sarang yang mempunyai
persimpangan-persimpangan yang lancar?”
“Siapakah
manusia pertama?”
Ibu telah
melahirkan kita ke dunia dan kita dapat merasakan betapa nikmatnya apabila kita
lahir itu kita disambut dengan seruan Azan dari seorang Bapa.
Tetapi,
bagaimana dengan manusia pertama? Tidak mungkin mempunyai ibu dan bapa. Jadi,
bagaimana manusia pertama muncul?”
Allah telah
menjadikan kita,mata kita,rambut kita,kaki kita dan anggota badan yang lain.
Dia juga mencipta keluarga kita, kedua ibubapa, abang dan kakak,kawan-kawan dan
guru-guru. Allah telah menjadikan makanan yang kita gemari untuk kita makan
seperti coklat,kek,gula-gula,buah-buahan,sayur-sayuran dan lain-lain supaya
kita menjadi kuat dan sihat. Jika Allah tidak menjadikannya, kita tidak dapat
tahu bagaimana rasanya coklat,buah-buahan dan lain-lain.
Allah juga
mengurniakan kita deria rasa dan bau. Jika Dia tidak memberikan kita
keistimewaan ini, kita tidak mungkin dapat merasa makanan yang kita makan. Sama
sahaja sama ada kita makan ayam,susu atau kek. Allah tidak hanya menjadikan
makanan yang lazat dan harum. Dia juga menganugerahkan kita keistimewaan yang
membolehkan kita menikmatinya.
Kerana Allah
mengasihi hambaNya. Dia sentiasa memberikan kita perkara yang baik dan indah.
Mulanya kita
tidak wujud. Tetapi, fikirkan kita tidak wujud sebelum kita dikandung oleh
seorang ibu iaitu di dalam perut ibu. Kita kosong. Tetapi Allah menjadikan
kita. Dia menjadikan kita daripada kekosongan. Oleh itu, kita hendaklah
sentiasa bersyukur setiap detik di dalam hidup kita. Di dalam setiap perkara
yang kita nikmati dan gemari, kita hendaklah mengingati Allah dan berkata, “Saya
sentiasa mensyukuri setiap apa yang Kau berikan”.
Apabila kita
berada pada situasi yang tidak kita sukai, sekali lagi kita perlu berdoa kepada
Allah, kerana hanya Dia yang dapat memperbaiki situasi tersebut. Kita kena
sentiasa mengingatinya tak kira susah dan senang.
Allah sentiasa
mendengar doa dan membalasnya, kerana Dia mengetahui apa yang ada di dalam
minda kita.
Di sebalik
Penciptaan adanya Pencipta.
Semua benda
yang ada di dunia ini ada penciptanya.
“Sebelum”
adanya Masa, siapakah yang menciptakan Masa?
Sebelum adanya
ruang di langit untuk planet-planet, siapakah yang menciptakan ruang itu? Tentu
Pencipta itu sangat berkuasa, tidak tertakluk oleh penciptaanya yakni masa dan
ruang. Dialah Allah, Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui segala sesuatu tentang
apa yang Dia ciptakan.
Dalam surah
An-Nahl ayat 78.
“Dan Allah
mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui
sesuatupun ; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta
hati akal fikiran) ; supaya kamu bersyukur.
---------------------------------------------------
Credit dari Ukhty Asilah.
----------------------------------
-Ukhty Nur Afiqah Bt. Abdul Khalid
Makkah Al-Mukarramah.
29 April 2014
Makkah Al-Mukarramah.
29 April 2014
Ahad, 4 Mei 2014
Chentamu ditolak? Ada Aku Kesah?
"Macam mana ek, aku takut salah lobang. Aku perlu berkahwin atau tidak?"
Secara jujurnya, saya sendiri pun menghadapi masalah ini walaupun menjadi rujukan sahabat-sahabat yang ada masalah chenta. Adakah saya Dr Love? Ye. Itulah jawapan yang kurang tepat. *Tangan dimata, bahu keatas.
Tidaklah saya diruangan yang terhad ini hendak menjawab bagaimana cara hendak berkahwin dan sebab-sebab mahu berkahwin. Itu semua kalian lebih master tahap gaban. Cuma, apa yang saya nak tekankan persediaan kita kearah perkahwinan. Ditahap asas tadika PASTI atau erm kita pun tak pasti.
Sekarang ini, proses berkahwin payah. Perlu melalui banyak urusan. Itu belum masuk bab tok kadi. Tok kadi tanya 3 soalan je tetapi berpeluh-peluh dah dia. "Berikan saya rukun syahadah dan rukun taubat. Apa tak boleh jawab? Saya belum tanya lagi apa dia rukun negara dan rukun tetangga."
Antara faktor-faktor kerumitan pernikahan yang disebut oleh Ustaz Mohamad Nidzam Abdul Kadir
al-Jarumi didalam bukunya Bolehkah BerCouple?:
1. Kursus
pernikahan yang diwajibkan.
2. Mas
kahwin yang telah ditetapkan.
3. Hantaran
belanja mengikut adat masyarakat.
4. Pelbagai
syarat yang perlu dipatuhi untuk berpoligami.
Berzina? Oh. Senang sahaja. Lorong mana celah mana, ada yang dah expert.
Kondom pula berlambak-lambak tinggal kondom tu sunat atau tak je.
"Zahir tu payah nak bagi, tetapi batin boleh."
Kita salah belajar! Ramai orang ingat batin itu seumpama uncang teh dimasukkan didalam jug air. Salah! Batin itu meliputi ilmu bukan semata-mata.. er er sukan leka antara suami isteri.
Orang yang bercinta itu buta. Prove? Orang yang sedang bercinta itu meraba-raba.
Cinta itu seperti kurap, semakin digaru semaki sedap! Kruik Kruik.
Apakah matlamat orang yang bercinta ini? Syok ber pegang-pegang. Untunglah dah boleh pegang-pegang. Adakah sekadar pegang-pegang matlamat berkahwin? Kalau sekadar pegang-pegang. Ada yang belum berkahwin pun dah pegang-pegang. Syok siaaaa. Tetapi HARAM. HOHO.
So, apa matlamat kita berkahwin?
Kita ingin sekali mengembara. Berbekalkan dompet bergambar SpanBob yang didalamnya terkandung kupu-kupu dan sedikit wang kita pun mengembara. Akhirnya apabila sampai dikedua penjuru, kita dah mula konfius. Manakah satu jalan yang benar? Menggunakan ilmu yang ada kita pun tanya orang yang bermastautin disitu. Mungkin Mak Cik Semah jual nasi lemak kot. "Makcik, kemanakah kedua jalan ini menuju?" "Anak citer dulu anak ni nak pergi mana? ceCiter ceCiter."
"Zahir tu payah nak bagi, tetapi batin boleh."
Kita salah belajar! Ramai orang ingat batin itu seumpama uncang teh dimasukkan didalam jug air. Salah! Batin itu meliputi ilmu bukan semata-mata.. er er sukan leka antara suami isteri.
Orang yang bercinta itu buta. Prove? Orang yang sedang bercinta itu meraba-raba.
Cinta itu seperti kurap, semakin digaru semaki sedap! Kruik Kruik.
Apakah matlamat orang yang bercinta ini? Syok ber pegang-pegang. Untunglah dah boleh pegang-pegang. Adakah sekadar pegang-pegang matlamat berkahwin? Kalau sekadar pegang-pegang. Ada yang belum berkahwin pun dah pegang-pegang. Syok siaaaa. Tetapi HARAM. HOHO.
So, apa matlamat kita berkahwin?
Kita ingin sekali mengembara. Berbekalkan dompet bergambar SpanBob yang didalamnya terkandung kupu-kupu dan sedikit wang kita pun mengembara. Akhirnya apabila sampai dikedua penjuru, kita dah mula konfius. Manakah satu jalan yang benar? Menggunakan ilmu yang ada kita pun tanya orang yang bermastautin disitu. Mungkin Mak Cik Semah jual nasi lemak kot. "Makcik, kemanakah kedua jalan ini menuju?" "Anak citer dulu anak ni nak pergi mana? ceCiter ceCiter."
"Saya pun tak pasti la makcik." "Anak, kalau macam tu baik anak jalan je mana-mana. Anak ni dah tak ada matlamat. Pergi kekiri pun sama, ke kanan pun sama."
Tak ada matlamat. Jika ada pun hanya didunia. Sedang dunia itu fana. Yes, sementara kita memang nampak macam Fun-Fair. tetapi Fun-Fair pun akhirnya lingkup jugak kerana Eye-Of-Malaysia dah habis bateri gamaknya.
Matlamatnya ialah kita kembali kepada Allah. Ada yang komplen kekasih tidak setia, sahabat tidak setia, adik angkat tidak setia, masyarakat tidak setia. So, ada dua kemungkinan sahaja. Apakah dia?
Sama ada kita tidak setia dalam menjaga hubungan dengan Allah atau mereka yang tidak setia menjaga hubungan dengan Allah.
KECEWA?
Jangan bro. Sedih tak apa jangan kecewa. Tidak ada kecewa dalam Islam. Sedih kehilangan orang yang kita sayang memang perlu tetapi jangan sampai ianya menjadi racun, akhirnya kita pun ikut jejak langkahnya.
Dalam kehidupan ini, kadang kala perlu kita rasa kita ini dibelakang kerana kita akan usaha untuk kedepan. Berbanding kita rasa kita kehadapan kita pun rilek je dan melupakan yang belakang.
Jangan sedih jika dia bukan jodoh kita. Bayangkan, jika dia menjadi jodoh kita, kita menjadi riak takbur ujub sum'ah kerana memiliki isteri miss universal tahun 1440 Hijrah. Erk. Sebab itu. Mungkin ada hikimah disebalik yang berlaku. PAAANGG!*penampar. Mana ada mungkin. Pasti ada hikmah mengapa sesuatu perkara itu berlaku. Allah hendak didik kita mungkin supaya boleh tabah menghadapi perkara mendatang yang memerlukan perkara yang lebih tabah. Sebab itu mengapa Nabi mengembala kambing? kerana hendak mendidik diri baginda supaya boleh menghadapi pe'el manusia ini.
Seseorang melalui jalan yang sama, namun pandangannya berbeza. Ada yang leka berbual dan ada yang sentiasa pandang kebawah. Maka yang leka tak nampaklah apa yang ada disepanjang perjalanan. Tetapi yang pandang ke bawah? Apa yang dinampak? Nampak tawadhuk? Er er. nampak sesuatu yang berharga dijalanan, benda yang tercicir. Misalanya VCD kuliah Dato Ismail Kamus ke, sepasang set XBOX 360 ke, Neolafa ke dan sebagainya.
Sebab itu saya katakan, nilai sebenarnya kita kembali kepada Allah. Persoalannya, sama tidak kita chenta Allah dengan chenta kita kepada makhluk? Tepuk dada tanya iman. *Untuk orang yang buta bercinta ni saya suruh tepuk dada sendiri bukan dada kekasihnya.
Matlamat kita berkahwin tidak lain tidak bukan hanyalah untuk tujuan menuju akhirat. Bukan semata-mata kedoniaan!
Allahu'alam.
Al-Faqir Ila Allah,
Muhammad Irfan Abdul Rani,
4 Rejab 1435
Shah Alam.
RUJUKAN:
[1] Mohamad Nidzam Abdul Kadir al-Jarumi (2013), Bolehkah BerCouple?, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd
RUJUKAN:
[1] Mohamad Nidzam Abdul Kadir al-Jarumi (2013), Bolehkah BerCouple?, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd
Fi Hifzillah :)
Ucapan lain "TAKE CARE" adalah "FI HIFZILLAH"
(semoga dalam pemeliharaan Allah) Kalau kita lafazkan 'take care',kita minta dia untuk menjaga dirinya,tapi kalau kita kata 'fi hifzillah',kita minta Allah jagakan dia...
Jadi, mana yang paling best ? Sebab yang pertama tu, kita mengharapkan pada kemampuan yang terbatas.
Tapi yang kedua, kita mengharapkan pada kekuasaan yang tiada batas! MasyaAllah, Subhanallah..
~ fi hifzillah sahabat-sahabatku!! ♥ ~
Riba'
Larangan Riba dalam Al-Qur’an
Larangan riba diturunkan tidak sekaligus melainkan diturunkan dalam 4 tahap
Tahap pertama, menolak anggapan bahwa pinjaman riba yang pada zahirnya seolah-olah menolong mereka yang memerlukan sebagai suatu perbuatan yang mendekati atau taqarrub kepada Allah SWT.
“Dan, sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar ia menambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan, apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridoan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang-orang yang melipat gandakan (pahalanya).”(ar-Ruum:39)
Tahap kedua, riba digambarkan sebagai suatu yang buruk. Allah SWT mengancam akan memberikan balasan yang keras kepada orang Yahudi yang memakan riba.
“Maka, disebabkan kezaliman orang-orang yahudi, kami haramkan atas mereka (memakan makanan) yang baik-baik(yang dahulunya) dihalalkan bagi mereka, dan karena mereka banyak menghalangi (manusia) dari jalan Allah, dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah dilarang darinya, dan karena mereka memakan harta orang dengan jalan yang batil. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir diantara mereka itu siksa yang pedih.” (an-Nisaa’: 160-161)
Tahap ketiga, riba diharamkan dengan dikaitkan kepada suatu tambahan yang berlipat ganda. Para ahli tafsir berpendapat bahwa pengambilan bunga dengan tingkat yang cukup tinggi merupakan fenomena yang banyak dipraktikan pada masa tersebut. Allah berfirman,
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keuntungan.”(Ali imran:130)
Ayat ini turun pada tahun ke-3 Hijriah. Secara umum, ayat ini harus di pahami bahwa kriteria berlipat ganda bukanlah merupakan syarat dari terjadinya riba (jikalau bunga berlipat ganda maka riba, tetapi jikalau kecil bukanlah riba), tetapi ini merupaka sifat umum dari praktik pembungaan uang pada saat itu.
Tahap terakhir, Allah SWT dengan jelas dan tegas mengaharamkan apapun jenis tambahan yang diambil dari pinjaman. Ini adalah ayat yang terakhir yang diturunkan menyangkut riba.
“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum di pungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan, jika kamu bertobat dari pengambilan riba) maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya.”(al-Baqarah: 278-279)
Credit from my sahabat Al Fakir Ahmad Danial Bin Azhar
Sabtu, 3 Mei 2014
ruginya tidak bertaubat bahagian II
Jumaat, 2 Mei 2014
Amalan-Amalan Bermusafir
Amalan-amalan sebelum memulakan musafir:
Sunat bagi orang yang hendak musafir mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga dan sahabat-sahabatnya, sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kepada Abu Hurairah radiallahu anhu, yang berbunyi :
أَسْتَوْدِعُكَ اللَّهَ الَّذِي لاَ تَضِيعُ وَدَائِعُه
Ertinya:
“Kupertaruhkan engkau kepada Allah yang tiada akan hilang segala apa yang dipertaruhkan kepadanya”.
Dan sunat pula bagi orang yang tinggal mendoakan orang yang hendak musafir, sepertimana doa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ini:
فِى حِفْظِ اللَّهِ وَفِى كَنَفِهِ ، زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى ، وَغَفَرَ لَكَ ذَنْبَكَ وَوَجَّهَكَ لِلْخَيْرِ أَيْنَمَا تَوَجَّهْتَ
Ertinya:
“Dalam pemeliharaan dan pertolongan Allah, semoga Allah membekalkan engkau dengan takwa, mengampuni dosamu dan memudahkan bagimu kebajikan di mana saja engkau berada”.
Setelah itu disunatkan pula bagi orang yang hendak musafir itu mendirikan sembahyang sunat dua rakaat, lafaz niatnya ialah:
أُصَلِّي سُنَّةَ السَّفَرِ رَكْـعَـتــَيْـنِ لله تعالى
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang sunat safar dua rakaat kerana Allah Ta’ala”.
Pada rakaat pertama, selepas membaca surah al-Fatihah hendaklah diikuti dengan surah al-Kaafiruun. Manakala pada rakaat yang kedua selepas al-Fatihah dibaca pula surah al-Ikhlas.
Setelah selesai sembahyang, disunatkan pula membaca ayat al-Kursiy. Fadhilat membaca surah ini sebelum seseorang itu berangkat dari rumah ialah insya-Allah ia tidak akan ditimpa oleh sesuatu yang tidak diingininya sehingga ia kembali.
Menurut imam as-Saiyyid al-Jalil Abdul Hasan al-Qazwaini, tokoh ulama Fiqeh Syafi’ie, barangsiapa yang membaca surah al-Quraisy, ia aman (terselamat) dari tiap-tiap kejahatan. Sesudah selesai membaca surah al-Quraisy, disunatkan pula berdoa. Di antara doa yang baik dibaca ialah :
اَللـّهُمَّ بـكَ اَسْتـَـعِـيـْنُ وَعَلـَيـْكَ أَتـَـوَكـَّلُ ذَلــِّلْ لِي صُعُـوْبـَةَ أَمْرِي وَسَهِّلْ عَلَيَّ مَـشَــقَّـةَ سَفَـرِي ، وَارْزُقْــنـِي مِنَ الخْيَـْرِ أَكــْثــَرَ مـِمَّا اَطْلــُبُ وَاصْرِفْ عَـنـِّي كُلَّ شَرٍّ ، رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيـَـسِّرْ لِي أَمْرِي ، اَللـّـهُمَّ إِنـِّي اَسْتـَـحْـفِـظُـكَ وَاَسْتـَـوْدِعُكَ نـَفْسِي َودِيـْـنـِي وَأَهْلِي وَأَقـَارِبـِي وَكُلَّ مَا أَنــْعَـمْتَ عَلَيَّ وَعَلـَيـْهِـمْ بـِهِ مِنْ آخِـرَةٍ وَدُنــْيــَا فَاحْفَــظْنــَا أَجْـمَـعِـيـْنَ مِنْ كُلِّ سُوْءٍ يــَا كــَرِيــْمُ .
Ertinya:
“Ya Allah, hanya kepada-Mu aku memohon pertolongan dan hanya kepada-Mu aku bertawakkal. Ya Allah, ringankan bagiku kesukaran perkaraku, mudahkan atasku kesusahan perjalananku, curahkan kepadaku kebaikan yang lebih banyak dari yang ku mohon dan palingkan daripadaku tiap-tiap kejahatan. Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkan urusanku. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pemeliharaan dan penjagaan kepada-Mu terhadap diriku, agamaku, anak isteriku, keluargaku dan segala sesuatu yang Kau berikan berupa nikmat kepadaku dan kepada mereka baik di akhirat maupun di dunia. Ya Allah, peliharalah kami semua dari tiap-tiap kejahatan wahai Tuhan Yang Maha Mulia”.
Doa tersebut hendaklah dimulakan dengan basmalah,tahmid dan selawat serta salam kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan begitu juga ketika menutupnya atau mengakhirinya.
Maka setelah berdiri hendaklah membaca doa ini:
اللّهُمّ إلَيْك تَوَجّهْتُ وَبِكَ اعْتَصَمْتُ ، اللّهُمّ اكْفِنِي مَا أَهَمَّنِي وَمَا لاَ أَهْتَمُّ بِهِ ، اللّهُمّ زَوّدْنِي التّقْوَى وَاغْفِرْ لِي ذَنْبِي
وَوَجِّهْنِي لِلْخَيْرِ أَيْنَمَا تَوَجَّهْتً
Ertinya:
“Ya Allah, hanya kepada-Mu ku hadapkan wajahku dan hanya kepada-Mu aku berpegang teguh. Ya Allah pelihara aku dari apa yang menjadikan kesusahan bagiku dan apa yang tidak ku perlukan adanya. Ya Allah bekalkanlah aku takwa, ampuni dosaku dan hadapkanlah aku selalu kepada kebaikan di mana saja aku menghadapkan mukaku”.
Disunatkan bagi orang yang hendak musafir itu bersedekah dengan sesuatu.
Disunatkan juga membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Naas yang masing-masing dibaca sebanyak 3 kali, disertai dengan membaca ayat al-Kursiy.
Doa Keluar Rumah :
Ada beberapa doa yang diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam setiap kali hendak keluar rumah, di antaranya ialah:
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لا َحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
Ertinya:
“Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah, tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".
Doa lain yang diajarkan oleh Rasulullah adalah:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ، أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ، أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ، أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ
Ertinya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada sesat atau disesatkan, menyeleweng atau diselewengkan, menganiaya atau teraniaya, bodoh atau diperbodohkan oleh orang lain”.
Doa ketika menaiki kenderaan :
Setelah keluar dari rumah dan ketika menaiki kenderaan disunatkan pula membaca doa ini :
سُبْحَانَ الذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ
اَللـّـهُمَّ إِنــَّا نــَسْأَلــُكَ فِى سَفَرِنــَا هذَا الْبــِرَّ وَالــتـَّقْـوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تـَـرْضَى ، اَللـّـهُمَّ هَوِّنْ عَلـَيـْنـَا سَفَرَنــَا هذَا وَاطْوِعَــنـَّـا بُعْدَهُ ،اَللـّـهُمَّ أَنــْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالخْـَلـِيـْفَـةُ فِي الأَهْلِ ، اَللّـهُمَّ إِنـِّي أَعُـوْذُبــِكَ مِنْ وَعْـثــَاءِ الــسَّفَرِ
وَكــَـآبــَةِ المْـَنـْـظِرِ وَسُوْءِ الـمُنـْـقَلـَبِ فِي المَالِ وَالأَهْلِ.
Ertinya:
”Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedangkan kami sebelum itu tidak mampu menguasainya.
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali , Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu agar perjalanan kami ini perjalanan yang baik dan takwa, dan kami mohon kepada-Mu agar usaha kami ini Engkau redhai. Ya Allah, mudahkan perjalanan kami ini dan dekatkan bagi kami kejauhannya. Ya Allah, Engkaulah bersama kami di perjalanan dan yang memelihara keluarga yang ditinggalkan. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari perjalanan yang menyusahkan, pandangan yang menyedihkan dan tempat kembali yang tidak menyenangkan pada harta dan keluarga.
Doa Ketika dalam musafir :
Seseorang yang dalam musafir sunat berdoa kepada Allah dengan sebarang doa yang baik-baik kerana doa ketika musafir adalah salah satu doa yang mustajab ( diterima ). Ini berdasarkan kepada sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
ثَلاَثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لاَ شَكَّ فِيهِنَّ : دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ
Maksudnya :
“Ada tiga doa yang mustajab yang tidak diragukan lagi padanya iaitu : doa orang yang teraniaya, doa orang yang sedang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya”.
Imam Muslim ada meriwayatkan, bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:
”Barangsiapa yang menginap di suatu tempat hendaklah membaca...
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Ertinya:
”Aku berlindung dengan seluruh kalimat yang sempurna (al-Qur’an) daripada kejahatan yang dijadikan”
Sesiapa yang membaca doa ini nescaya tidak ada sesuatu yang menyusahkannya sehingga ia berangkat dari tempat persinggahannya itu.
Doa setelah pulang safar:
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam pada kebiasaannya membaca doa ini ketika memasuki rumah baginda setelah kembali dari musafir:
تَوْبًا تَوْبًا لِرَبِّنَا أَوْبًا لاَ يُغَادِرُ عَلَيْنَا حَوْبًا
Ertinya:
“Berilah kami keampunan, berilah kami keampunan, kepada Tuhan kami jua kami kembali, Dia tidak membiarkan kami berdosa”.
Bagi mereka yang menyambut ketibaan orang yang baru pulang dari pelayaran atau musafir, sunat pula membaca :
اَلحَمْدُ للهِ الَّذِي سَلَّمَكَ
Ertinya:
“Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan engkau”
Makanan Kegemaran Rasulullah SAW
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati
Banyak-banyak kita berselawat ke atas baginda
Langgan:
Catatan (Atom)