ALAM ROH
Umumnya, manusia telah memulakan perjalanannya dari alam roh, namun manusia tidak mengetahui dan mengingati bagaimana keadaan dan suasananya. Malah, tidak dinyatakan secara jelas keadaan dan hakikat alam keccuali seperti yang difirmankan oleh Allah SWT daalam surah [Al Insan : 1] yang bermaksud :
Walaupun manusia tidak mengetahui tentang hakikat roh, apatah lagi mengetahui tentang alamnya, manusia diminta supaya meyakini dan mempervayai bahawa perkara roh itu adaalah urusan Allah SWT. Allah SWT menciptakan roh untuk setiap makhluk yang bernyawa sebelum mencipta dan membentuk jasadnya. Ini bermakna walaupun kita baru dilahirkan ke dunia, namun roh kita telah pun wujud lebih lama dahulu, hanya menunggu masa untuk dipindahkan dan ditiupkan ke dalam jasad ketika berada di alam rahim ibu."Bukanlah telah berlalu kepada manusia suatu ketika dari masa yang (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi dan) tidak menjadi satu perkara yang disebut sebut"
ALAM RAHIM
Setelah roh ditiupkan, maka berlakulah perpindahan dari alam roh yang tidak diketahui di mana dan bagaimana, masuk ke alam baru yang disebut sebagai alam rahim. Suasana alam ini jauh berbeza dengan alam roh sebelumnya. Di alam rahim, manusia bergantung hidup sepenuhnya kepada ibu yang mengandungkannya selama tempoh sembilan bulan. Sepanjang tempoh tersebut manusia tidak perlu bekerja dan berusaha untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ia terus hidup dan membesar hinggalah saat ia perlu berpindah ke alam lain pula. Kelahiran merupakan perpindahan, iaitu dari alam rahim yang sempit dan gelap, disebut dengan kegelapan yang tiga, ke alam dunia yang luas dan terang. Allah SWT berfirman dalam surah [Az Zumar : 6] yang bermaksud :
"ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat peringkat) dari suatu kejadian ke suatu kejadian dalam tiga suasana yang gelap gelita, yang demikian Dia adalah Allah Tuhan kamu, bagi-NYA kekuasaan yang mutlak, tiada Tuhan melainkan Dia, oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan"Tiga kegelapan yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah gelap kerana berada dalam tembuni yang tidak bercahaya. Tembuni itu pula berada di dalam rahim, manakala rahim pula berada dalam perut ibu. Ada pendapat lain mengatakan bahawa tiga kegelapan yang dimaksudkan dalam ayat ini ialaah gelap terpejam, berada di dalam rahim yang gelap gelita dan gelap kerana tidak mengenali suatu apa pun.
ALAM DUNIA
Alam dunia merupakan tempat persinggahan sementara dalam rangka pengembaraan manusia untuk menuju ke alam yang lain pula, iaitu alam akhirat. Kehidupan di alam dunia tidak sama dengan alam sebelumnya. Ketika di alam ini manusia perlu bekerja dan berusaha untuk meneruskan kelangsungan hidup dan untuk menentukan corak hidupnya di dunia dan hidup di alam berikutnya. Manusia juga perlu berusaha untuk untuk mengumpul secukup bekalan untuk menempuh alam yang bakal ditempuhi selepas ini. Ini kerana, pada alam berikutnya manusia tidak akan berpeluang lagi untuk bekerja dan berusaha bagi mengubah keadaan dirinya seperti mana ketika ia berada di alam dunia. Oleh itu, manusia perlu pandai seimbangkan hidup di dunia dan kepentingan di akhirat nanti kerana alam akhirat ialah alam yang menjadi penentuan sama ada kita akan beroleh bahagia atau derita, ianya adalah hasil daripada usaha yang kita lakukan semasa hidup di dunia. Dunia ini hanya ibarat sebidang tanah yang digunakan sebagai tempat bercucuk tanam, hasilnya akan dituaai di akhirat nanti.
Surah Al Mulk : 2
ALAM BARZAKH
Setelah hidup dalam jangka masa yang ditetapkan, akhirnya manusia akan meninggalkan dunia di mana ianya adalah suatu perpindahan iaitu berpindah dari alam dunia ke alam barzakh iaitu alam kubur. Alam yang tidak memerlukan manusia untuk bekerja dan berusaha. Cuma cara hidupnya semasa di dunia akan mempengaruhi dan menentukancara hidupnya di alam barzakh sma ada bahagia atau celaka yakni derita dan setiap manusia akan menempuhnya secara bersendirian tidak lagi berkumpulan. Apakah ia akan beristirehat berpanjangan atau akan merasai azab dan kesakitan yang berterusan? Semua keadaan ini bergantung kepada persediaan kita semasa hidup di dunia. Dunia adalah penentu segala galanya. Oleh itu rebutlah peluang keemasan yang dikurniakan oleh Allah SWT ini. Ingat! Hidup di dunia tidak akan berulang buat kali keduanya, maka gunakanlah kesempatan yang Allah bagi untuk menentukan corak hidup kita di alam berikutnya yang sama ada akan bahagia selamanya atau azab yang tidak tergambar kesakitannya. Allahu'alam.
"Perjalanan hidup ibarat sebuah kembara musafir yang merantau dari satu destinasi ke satu destinasi lain. Langkahnya mengikut hayunan kaki yang bergerak tanpa henti sehinggalah tiba ke tempat yang dituju. Kehidupan manusia juga boleh diumpamakan seperti seorang musafir, bezanya perjalanan dan langkah manusia ada arah yang hendak dituju, sedangkan dalam hidup ini terkadang tiada arah dan matlamatnya"
KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT
Sebuah pepatah Arab ada menyebut :
"Berusahalah kamu untuk dunia kamu seolah olah kamu akan hidup selama lamanya dan berusahalah untuk akhiratmu seolah olah kamu akan mati pada esok hari"Pepatah ini memberi gambaran bahawa kehidupan manusia di alam dunia tidak diketahui tempoh masanya. Maka dalam jangka masa yang tidak diketahui inilah manusia seharusnya menggunakan peluang yang ada dan memanfaatkan sebaiknya untuk menentukan corak hidupnya sama ada untuk dunianya mahupun untuk alam lain yang bakal ditempuhi.
Dalam mengharungi kehidupan di dunia, manusia dikurniakan akal dan nafsu. Melalui akal manusia boleh merancang dan melaksanakan kehendak serta keinginan nafsunya dalam menunaikan kewajipan terhadap dirinya sendiri. Kewajipan ini sama ada untuk memenuhi keperluan hidupnya ketika berada di dunia ini ataupun kepentingan dan kebaikan untuk dirinya setelah berpindah ke alam berikutnya nanti.
Seorang ukhty~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan