Sabtu, 21 Disember 2013

Jika Allah tidur



Bismillahirahmanirahim 

Ayat kursi

"Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar." (QS : Al-Baqarah : 255)


Di dalam kitab Qashash Al-Anbiyaa’, karya Ibn kathir. Sambil beliau mentafsirkan ayat kursi, beliau menceritakan satu kisah Nabi Musa yang cukup menajubkan. Tentang jika Allah itu tidur. Mari membaca!

Diceritakan bahawa Nabi Musa AS pada satu hari didatangi kaumnya bani israel. 

Mereka pun bertanya
"Wahai Musa, apakah Tuhanmu pernah tidur?"

Tetapi soalan itu tidak dijawab oleh Nabi Musa AS. Oleh kerana itu, beliau cuma menjawab.

"Bertakwalah kamu sekalian kepada Allah.”

Kemudian Allah berfirman, “Wahai Musa, mereka bertanya kepadamu apakah Tuhanmu pernah tidur. Untuk membuktikannya, ambillah dua gelas (di riwayat lain disebutkan botol) dan pegang dengan tanganmu, dan janganlah kamu tidur malam ini.”

Nabi Musa AS kemudian melaksanakan perintah tersebut. Beliau berdiri sambil mememang dua gelas itu. Pada mulanya, sangat senang bagi Nabi Musa AS. 
Tak lama kemudian, Musa pun mengantuk sementara kedua botol tersebut masih berada di tangannya; masing-masing tangan memegang 1 buah botol. Musa pun lalu mengantuk lantas sadar kembali, lalu mengantuk lantas sadar kembali.

 Ketika telah berlalu sepertiga malam, Musa AS pun jadi mengantuk hingga kedua gelas yang dipegangnya tergeser ke lututnya. Beliau pun dengan cepat membenarkan posisi gelas semula. Tetapi ketika malam telah semakin larut, Nabi Musa AS terkantuk lagi, hingga ia melepaskang gelas dari pegangannya. Lalu pecah gelas itu. Nabi Musa AS pun kembali sedar dan melihat gelas itu sudah pecah berai di lantai.

Kemudian Allah berfirman, “Wahai Musa, seandainya Aku tertidur, maka akan terjatuh pula langit dan bumi seperti kamu menjatuhkan gelas, dan akan hancur seperti hancurnya gelas tersebut.”

Allahu Akhbar 

Di akhir riwayat ini Ibnu Abbas berkata, “Kemudian Allah menurunkan ayat kursi kepada Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam.”

Wallahualam bisawab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan