Ahad, 15 Disember 2013

Kesalahan muslimah bila berniqab




Tanpa ragui, amalan memakai niqab adalah salah satu Sunnah isteri Rasulullah SAW. Bagi siapa yang memakai niqab dengan niat yang betul sudah tentu diberikan pahala sebab mengagungkan syiar Islam. Sebab orang yang bukan Islam boleh berminat untuk mempelajari Islam. Orang yang tidak bertudung akan berazam untuk berhijrah. Tetapi ketahuilah, Ada segelintir di dalam masyarakat kite yang berniqab tetapi salah. Malah, ada yang membuat dosa bile berniqab. Semoga Allah memberi kite fahaman dalam agamaNya yang suci ini.

Niat yang salah 
Ada yang berniqab tetapi niatnya bukan kerana Allah semata tetapi kerana lain. Lagi lagi dari kalangan niqabi yang mengunakkan sosial media sebagai medium dakwah. Sebab ada yang berniqab tetapi dengan niat hendak mencari publisiti dan populariti semata. Nauzubillah. Dia mengunakan gambar dia berniqab sebagai display picture supaya dapat mendapat ramai followers. Walau bagaimana pun, ini cuma segelintir kerana tidak semua yang begitu. Hukumnya boleh jatuh haram kerana mempermainkan syiar Islam. 

Berniqab tetapi menggoda
Ada juga yang sengaja mencantikkan matanya dengan menggunakan eye liner, mascara, eye shadow dan sebagainya. Niat sedemekian supaya dapat menarik perhatian orang, lagi-lagi perhatian lelaki. Ada yang membuat sedemekian lalu upload di Facebook, twitter supaya dapat pujian orang. Jujur kata, seorang muslimah yang membuat sedemekian dapat menggoda kaum Adam. Malah, dapat mengoncang iman mereka. Jangan terperanjat jika seorang niqabi juga boleh menggoda lelaki. Jadi apa tujuan berniqab? 

Niqab on off
Ada juga yang berniqab tetapi tidak beristiqamah. Kata orang putih on/off. Sekejap berniqab, sekejap berhijab. Walaupun dia masih berhijab tetapi jika dia buka niqab tanpa alasan sudah tentu dia sudah mempermainkan niqab itu. Seperti Ustaz Azhar Idrus kata, dia sudah mempermainkan niqab itu melainkan dia terpaksa membuka niqab kerana kerja atau alasan yang lain. 

Tidak mahu dipandang tetapi nak dipandang
Ini juga adalah salah satu kesalahan yang  selalu dilakukan oleh muslimah yang berniqab. Tujuan asal berniqab adalah untuk supaya tidak dipandang ajnabi dan perhiasannya hanya buat yang halal sahaja. 

Sebaik-baik wanita adalah wanita yang tidak dipandang ajnabi maupun yang memandang ajnabi.
Tetapi ada yang berniqab supaya dapat menarik perhatian orang. Suka bila dipandang orang. Dan apabila dipandang lelaki yang soleh, hatinya berharap sekali lelaki itu suka dia. Memang ini sangat salah sekali.

Riak, sum'ah dan ujub
Syaitan tidak pernah menyerah diri dalam menyesatkan anak Adam. Seperti mana iblis telah janji kepada Allah untuk sesatkan manusia. Oleh itu, seorang yang berniqab sudah tentu lagi berat ujian nya. Syaitan itu akan datang menghasut dia dengan cari yang lain, iatu meletakkan sifat-sifat yang munkar iatu riak, ujub, sum'ah dan penyakit hati yang lain. 

Riak itu apabila dia berniqab untuk tunjukkan dirinya mulia dari yang lain. Dia mahukan dipandang sebagai muslimah yang bertakwa. Maka sifat yang tunjuk-tunjuk ini lari dari niat yang sebenar iatu kerana Allah ta'ala. 

Sum'ah apabila dia berniqab semata-mata hendak mendengar pujian orang. Ia lebih teruk dari riak. Dia harapkan sekali untuk orang memuji dia dengan berkata seperti "dia itu berniqab tau. Dia mmg perempuan yang baik." Apabila orang puji, maka hatinya berasa suka. Sifat macam ini juga boleh membuat seorang hamba untuk memasuk neraka. 

Takabur dan ujub adalah penyakit hari yang paling teruk. Ia adalah salah satu sifat iblis. Seorang yang takabur tidak akan masuk syurga walaupun sekecil zarah di dalam hatinya. Ini sangat bahaya, apabila dia rasa dia yang paling mulia. Lagi lagi apabila seorang yang berniqab itu apabila melihat wanita yang tidak menutup aurat lalu terdetik dalam hatinya kata kata seperti  "aku lebih baik dari kau. Kau ni mmg neraka." Dia mengganggap orang yang seksi itu adalah ahli neraka dan dia adalah ahli syurga.Maka wanita yang niqab itu yang akan masuk neraka. Nauzubillah.

Perasaan ini memang selalu timbul di dalam hati apabila hendak melalukan kebaikan. Penyakit ini memang dari syaitan Maka banyakkan istighfar untuk mengusir syaitan itu. InshaAllah semoga Allah selamatkan kita dari sifat itu.

Berniqab tetapi tidak berakhlak
Sebaik-baik mukmin adalah akhlak yang baik. Akhlak yang baik adalah termasuk ibadah batin. Apabila dia berniqab sudah tentu orang akan pandangnya berilmu dan beriman. Tetapi jika niqabi tidak menjaga akhlaknya dan perlakuannya maka sudah tentu orang akan tidak suka. Ini sering berlaku di sosial media, apabila ada yang berniqab tetapi kata-kata yang kesat, tidak menjaga akhlak. Apabila ditegur, dia berasa marah dengan teguran orang itu. 

Semoga Allah selamatkan kita dari dosa yang tidak kita sedari. Semoga Allah berikan kita fahaman dalam agamaNya supaya terselamat dari lubang jahilyyah. Ameen ya rabbal alamin

- posted by Serban Putih
 

40 ulasan:

  1. KEEP IT UP...I WANNA MORE TO KNOW ANYTHING ABOUT NIQAB =)

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum, nak tanya ...kalau perempuan tu nak berniqab sebab die rse diri die terjaga dan sebab untuk berubah boleh ke die berniqab ? boleh ke sebab makan die bukak niqab tu ? macam mne nak istiqamah dalam berniqab ? mohon pencerahan. Waalaikumussalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam wbt

      Ya kerana ia adalah sunat di dalam Mazhab Syafi'i (mengikut pendapat muktamad yang kedua). Jika ingin membukanya waktu makan, tidak lah dilarang. Kerana wajah itu bukan lah aurat.

      Adapun maksud bermain dalam memakainya adalah "on-off" niqab kerana mengambilnya remeh. Tidak memakainya kerana satu ibadah.

      Padam
    2. assalamualaikum .ingin bertanya bagaimana. kita ingin berniqab tetapi dilarang suami kerana takut family suami susah terima dgn keadaan sy yg berhijrah berniqab. dan sy cuba terangkn tetapi suami berkata .berhati-hati...ada org berhijrah yang terlampau taksub smpai bila berkata-kata pon mampu meyinggung hati org lain.

      Padam
  3. Assalammualaikum, nak tanya ...kalau perempuan tu nak berniqab sebab die rse diri die terjaga dan sebab untuk berubah boleh ke die berniqab ? boleh ke sebab makan die bukak niqab tu ? macam mne nak istiqamah dalam berniqab ? mohon pencerahan. Waalaikumussalam.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum
    nak tanya .. kalau perempuan tu ada keasan kebakaran kat muka dia dan dia niat memakai niqab hanya untuk selindungkan kesan kebakaran tu boleh ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh..x salah tapi alang"tu niatlah sekali untuk bibadah manalah tau allah bukakan haty tu utk istiqamah..tapi kena ad niat y betul..insyallah

      Padam
  5. Assalamualaikum

    kalau dia rasa muka dia tidak cantik lalu dia berniqab boleh kah begitu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh aje..nanti pas kelon aje dibuka

      Padam
  6. assalamualaikum..izinkan saya share ye.tqsm.

    BalasPadam
  7. assalamualaikum, nak tanya .. kalau perempuan tu masih mahasiswa tapi tempat dia belaja tu tak bagi dia beniqab ,, tapi dia perempuan nak berniqab tapi bila di asrama dan kampus dia tak beniqab, lepas kat tu dia berniqab macam hal dia di kampung , dia kuliah midwifery perempuan semua , laki2 ade satu duee security and teacher macem mane tu,, niqab kan sunah , bile di pakai untuk mejaga maruwah mak ayah, menjaga mruwah sebagai perempuan, ibadah kepada allah, kan kalau niat macem tu tak pe kan cikk .???

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.Izinkan saya bertanya,saya adalah seorang mahasiswi di salah satu institusi pengajian tinggi.saya belajar memakai niqab tetapi apabila saya pergi ke kuliah,saya tidak memakai niqab.Adakah itu satu kesalahan?
    mohon penjelasan dari anda.Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ape.. Menikahlah dengan saye

      Padam
    2. Tak salah nk bukak. Sbb buka ade alasan yg boleh diterima bukan on off tiada sbb. Mcmm kalau kita seorang bisnes women. Tpi asalnya kita berniqab. Kita kena bukak supaya org tau kita ni penjual dan kadang2 ia berkait psikologi masyarakat sekeliling. Mcm kita penjual skincare. Nk dptkan trusted seller. Kena bukak . Sbb apa? Kita pakai produk tu. Haa.. jdi boleh bukak ats urusan yg pnting

      Padam
    3. Takde sape dlm komen ni nk nikah dgn ko

      Padam
  9. Assalamualaikum klau perempuan pakai niqab adakah betul tdk blh mkn luar contoh pizza kfc mcd dan lain2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikmusalam...tk btul...boleh je klau nak mkn luar...sya sndiri pn mkn di kfc

      Padam
  10. Assalamualaikum klau perempuan pakai niqab adakah betul tdk blh mkn luar contoh pizza kfc mcd dan lain2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh.tk de masalah. Kalau nk mkn kat luar cri meja yg hujung2. Kalau dh biasa makan tmpt yg terbuka sbb dh pandai makan selit kot tepi tu tk de masalah

      Padam
  11. Assalamualaikum...izin kan sya utk share

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum maaf bertanya,saya memang bukan seorang yg pakai niqab.. saya ada berkawan dgn seorang lelaki yg kuat jugalah agamanya,dia cakap dekat saya pakailah niqab.. hari² dia suruh pakai,tapi bukankah kalau nak pakai niqab tu atas kerelaan dari diri sendiri.. saya nak tanya,kalau kena pakai niqab tu atas sebab paksaan? boleh ke?��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak elok. Kita boleh ikut kata jikalau kita dh bersuami. Dia bukan suami kita kan. Nk nmpk cntik dimata beliau.pakai kerana manusia itu salah. Pakailah kerna Allah.

      Padam
  13. Sebaik baik niat adalah dengan kerelaan sndiri..sbb ni sunah..seelok eloknya relakan haty kita dulu..fikir masak"sbb bnda baik ni susah nk istiqamah..so niat yg betui akan mmbuatkn kita istiqomah insyallah😊

    BalasPadam
  14. Assalammualaikum..kalau kita berniqab tetapi semasa makan diluar,kita buka bagaimana pula?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seelokknya kalau nk mkn di luar tk de masalah. Cri tmpt yg bertutup

      Padam
  15. Assalamualaikum...
    Saya nk tnya boleh☺
    Saya masih kurang ilmu agama n akhlak pun masih tak berapaa nk cantik
    Boleh ke nk pakai niqab?
    Saya rasa makin dkt dgn Allah bila menutup aurat sepenuhnya
    Sy blum pakai lg niqab sbb saya takut sbb saya,org yg brpurdah akn dipndang negatif

    BalasPadam
  16. Assalammualaikum . Bolehkah saya bernikab hanya ketika melawat tanah suci dan kembali berhijab ketika di MAlaysia ?

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum,nk tanya saya prnh dgr org ckp kalau pakai niqab blh pakai on off tpi kalau purdah x blh.Betul ke? Klau ye knp ye?

    BalasPadam
  18. Macam mana kalau nak berniqab.. dah istikharah mimpi tentang niqab banyak kali.. tapi family tak kasi sbb masih muda dan bila tutup aurat dgn sempurna dipandang jelik. Malah disuruh tukar baju yang lebih ketat dan tudung yang pendek. Tapi hati tetap mahu berniqab..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahuakabar. Satu ujian pada kamu, selalu bersangka baik pd family kenapa x bagi pakai..mereka tidak mahi bila sudah pakai , dan akan buka semula dan ini akan memalukan family dan juga apa kata jiran² jgn sampai dgn kata² menjadi fitnah. Sebaliknya tunjukkn contoh peribadi yg baik pada family dan istiqomah ke jalanNya dan In shaa Allah. Allah jua yg akan membuka hati mereka utk merestui anda memakai niqab iti adalah lebih baik.kerana kite mamakai pakaian kemulian sebenarnya.

      Padam
  19. Banyak sgt INSTAFAMOUS NIQABIS mcm ni..baru2 ni tgk 3 org instafemes niqabis drp kedah live ig waktu maghrib..ms tu sy terpikir dorg xsolat ke? Tp husnuzon jela maybe period...eventho klu dorg period pun dorg hormati la waktu tu..n plus mengutuk org yg komen N mostly yg komen tu gatal2 drp bkn ajnabi. N bercakap riak yg dorg bkl hafizah...Pastu makeup pkai bulu mata palsu..so scary. Menutup tp mahu dipandang. Tablis iblis..scary niqabis skrg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau berani berkata psl mereka niqabis tu mcm² dalam komen, beranikan diri jugak utk tegur baik²/betul² dgn mereka tu

      Padam
    2. Sekarang ni dunia akhir zaman, dan Nabi ada bersabda agama datang asing dan akan kembali asing. MaShaaAllah, jika melihat para ahwat yg berniqab itu berperangai demikian bererti kefahaman dan ilmu masih cetek, may be dia pakai niqab dengan byk alasan dunia bukan pakai semata kerana Allah . selalunya perbuatan yg berdasarkan hawa nafsu akan nyata di lihat oleh perbuatan walaupun dia menutup aurat dengan sempurna, jika niat itu kerana Allah, Allah jua akan perelokkan keperibadian kita sebagai muslimah contoh. Wawallahualam.

      Padam
  20. Assalamualaikum, saya nak tanya, saya baru nk start pakai niqab atau purdah tetapi di sekolah peraturan tidak dibenarkan untuk memakai purdah, sekiranya saya berpurdah di luar sekolah dan tidak berpurdah ketika dalam sekolah, adakah dibenarkan? Adakah dikira on/off ataupun tidak istiqomah? Mohon pencerahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dkt sekolah tk boleh pakai, lebih baik tunggu habis sekolah baru mula pakai. Sebab sewaktu masih bersekolah ni kita tk boleh elak drpd bersemuka dgn org. (jadi on off lah maksudnya) Ataupun, di mana² tempat yg awak pergi (jalan² ke), awak rasa nak pakai, pakailah.

      Padam
    2. Tapi, kalau niat awak nak pakai niqab/purdah utk tutup muka sahaja, awak boleh guna mask. Kalau awak nak.

      Padam
  21. Assalamualaikum nak Tanya,boleh ke Kita pakai niqab/Purdah lepastu pakai eyeliner Mata😅

    BalasPadam
  22. assalamualaikum. nak tanya, kalau seseorang yang berniqab edit video penuh gambar dia berniqab pastu post dekat tiktok, salahke kalau ada orang tegur cakap ‘kene tahu niat sebenar niqab’. pastu ada yang backup cakap, ‘okayla dia bukannya tak tutup aurat’ . hmmm still salah kan?

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum Saya Bru nak berniqab,,tetapi tuntutan kerja tak bgi Saya bniqab,,,dan majikan Saya cakap kalau nak bniqab adalah wajib warna hitam kalau berwarna tak boleh sbb mnimbulkan fitnah jatuh berdosa,,Saya tak tau nak buat mcm mna buntu😞

    BalasPadam