Selasa, 24 Disember 2013

Nabi Idris di langit keempat





Mukadimah :
Nabi Idris merupakan Rasul pertama yang diutuskan kepada keturunan Qabil , anak kepada nabi Adam yang derhaka . Beliau mengingatkan mereka supaya bertaubat dan berkelakuan baik sebagaimana yang dikehendaki syariat . Pengikutnya sedikit , beliau ditentang lalu beliau dan pengikutnya meninggalkan Mesir . Nabi Idris menumpukan perhatiannya kepada ibadah disamping mengajar pengikutnya ajaran kebaikan . Suatu hari , berlaku peristiwa beliau bertemu dengan malaikat maut yang memberinya banyak pengalaman . Sehingga akhirnya beliau menetap di langit keempat dan tidak turun lagi ke dunia sampai hari kiamat .

Kerasulan Nabi Idris :
Nabi Idris dilahirkan di Mesir. Pada waktu kecil ia belajar kepada Nabi Syis anak nabi Adam . Setelah dewasa , Allah menurunkan wahyu kenabian kepadanya . Kemudian , ia menjalankan tugas kenabiannya melarang anak cucu nabi Adam dari berbuat dosa . Beliau mendapat tentangan daripada mereka . Hanya sedikit sahaja  yang mengikutinya . Oleh kerana mendapat tentangan yang hebat , Nabi Idris dan pengikutnya meninggalkan Mesir . Beliau dan pengikutnya terus berkelana menyampaikan agama Allah . 

Bertemu Malaikat Maut :
Nabi Idris kembali juga ke Mesir , tetapi kaumnya tetapi kaumnya yang ingkar tetap degil dan mengganggunya .Untuk meperolehi ketenangan dan menghindarkan diri daripada gangguan kaumnya , Nabi Idris a.s . pergi ke suatu tempat yang sunyi setiap pagi . Disana , beliau beribadat bersendirian sehingga petang kemudian barulah pulang . Begitulah yang dilakukan setiap hari . Suatu hari dalam perjalanan ke tempat ibadahnya , terdapat seorang lelaki mengekorinya . Apabila beliau berhenti , orang itu turut berhenti . Apabila beliau berjalan , orang itu berjalan . Nabi Idris hairan lalu bertanya siapa orang itu dan apa tujuannya berbuat begitu . Orang itu memberitahu bahawa dia malaikat maut yang mana bersahabat dengannya .

Nabi Idris ingin merasai mati :
Nabi Idris menerima pemuda itu (malaikat maut) bersahabat dengan senang hati . Mereka berdua berjalan menuju ke tempat beribadah Nabi Idris . Suatu hari Nabi Idris meluahkan perasaannya kepada malaikat maut . "Saya teringin untuk merasai bagaimana nyawa dicabut ," kata Nabi Idris kepada malaikat maut . Malaikat maut terkejut mendengarnya , kerana selalunya orang takut hendak merasai mati . Malaikat maut bersujud kepada Allah . dan Allah memperkenankannya . Nabi Idris baring dan malaikat maut mencabut nyawanya . Setelah itu , nyawa nabi Idris dimasukkan kembali ke dalam tubuhnya . 

Ingin melihat Neraka :
Nabi Idris menceritakan keadaan beliau dicabut nyawa . Sakitnya bagaikan seluruh kulit seperti disiat . Seolah olah bintang bintang dilangit jatuh berguguran dan langit runtuh menimpa bumi dan beliau rasa tertimbun didalamnya . Seterusnya Nabi Idris merayu pula untuk melihat keadaan Neraka . Sekali lagi malaikat maut hairan akan permintaannya itu . Lalu Allah memperkenankan permintaanya . 

Memakai terompah Neraka :
Malaikat Malik Zabaniah penjaga Neraka menyambut kedatangan mereka berdua . Menceritakan hajat Nabi Idris untuk melihat neraka lalu dibuka pintu neraka dan nabi Idris melihat terompah dari besi yang dipakai oleh penghuni neraka yang berkeadaan mendidih otaknya Lalu meninggalkan tempat itu . 

Ingin melihat Syurga :
Nabi Idris menyatakan hasratnya kali ketiga untuk melihat syurga pula . Malaikat maut memohon keizinan Allah s.w.t lalu mereka menuju ke syurga . Dari jauh nabi Idris sudah tercium keharuman bauan syurga dan bunyi bunyian yang merdu . Malaikat maut memberi salam kepada Malaikat Ridzuan yang merupakan penjaga syurga . Nabi Idris sangat hairan akan keindahan yang mengatasi segala keindahan didunia . Bangunan yang amat cantik dan terdapat menara yang tinggi , Sungai sungainya besar dan airnya terdiri dari madu , susu , arak dan sebagainya . Kebun buah buahan teratur , rendang dan lebat buahnya . Taman - taman bunganya indah dengan bau yang sungguh semerbak . 

Nabi Idris tidak mahu pulang :
Nabi Idris dipelawa duduk diatas kerusi yang sangat empuk berlantaikan permaidani yang sangat indah . Pelayang syurga yang membawakan makanan dan buah buahan yang pelbagai bentuk serta minuman yang lazat . Sambil menikmati hidangan , beliau mendengar lagu yang merdu . Ketika itu , Nabi Idris memohon kepada Allah dan menyatakan hasratnya tidak mahu pulang ke dunia . Allah pun mengizinkannya untuk tinggal dilangit keempat sehingga menjelang kiamat . Wallahualam :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan