Siapakah Azazil ?
Siapakah Azazil ?
Siapakah sebenarnya Azazil ? Barangkali persoalan ini tidak pernah terlintas dalam fikiran kita kerana tidak pernah tahu akan wujudnya makhluk bernama Azazil ini . Namun , Makhluk ini masih lagi hidup sehingga kini dan ia berada dekat dengan kita . Ada juga diantara kita yang beranggapan bahawa Azazil ini merupakan sejenis malaikat . Namun sebenarnya ia bukan malaikat tetapi ia adalah sejenis makhluk yang berasal daripada golongan jin dan kerana kuatnya ia beribadat , dia telah diangkat menjadi ketua malaikat .
Oleh kerana keangkuhannya , dia telah menjadi makhluk yang paling dilaknati Allah S.W.T. dan dialah yang dikenali sebagai iblis perosak anak cucu Adam sehingga hari kiamat . Nama asal iblis adalah Azazil dan dia tinggal di bumi , Dia sangat taat dengan perintah Allah S.W.T dan telah menyembah Allah selama 100 tahun . Oleh kerana itu , Allah S.W.T telah mengangkatnya ke langit pertama . Disitu juga telah menyembah Allah S.W.T selama 1000 tahun lalu diangkat lagi ke langit kedua , Dia terus beribadah tanpa rasa jemu bertahun lamanya dan dia terus diangkat dari langit hingga ke syurga dan akhirnya dia telah dilantik menjadi ketua atau imam kepada semua malaikat , Ibadahnya kepada Allah S.W.T selama 80,000 tahun dan tiada tempat didunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya kepada Allah S.W.T
Berdasarkan satu riwayat , pada satu ketika malaikat Israfil telah melihat akan suatu perkara tersurat di Loh Mahfuz iaitu : "Adanya satu hamba Allah yang telah beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan , maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari kiamat " Maka , menangislah Israfil apabila melihatkan suratan tersebut kerana khuatir perkara trsebut merujuk kepada dirinya . Israfil terus menceritakan kepada sekalian Malaikat . lalu menangislah mereka kerana takut dan bimbang akan nasib diri mereka . Mereka pun bertemu Azazil dan memintanya mendoakan keselamatan seluruh malaikat , Azazil pun mendoakan mereka dengan doa " Ya Allah , Janganlah engkau murka terhadap mereka (para malaikat)"
Namun , malang buat Azazil kerana dia terlupa mendoakan untuk dirinya sendiri . Lantas Azazil terus menuju ke syurga , dia terlihat suatu suratan yang menyatakan :" Ada satu hamba daripada kalangan hamba hamba Allah yang muqarabbin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan , tapi hamba tersebut mengingkari perintah Allah . Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat . "
Selain daripda doanya yang mustajab , Azazil juga dikenali sebagai Sayyidul Malaikat atau penghulu kepada sluruh malaikat dan Khazinuk Jannah ( Bendaharawan Syurga ). Semua lapis langit dan para penghuninya menggelarkan Azazil dengan gelaran yang berbeza dimana dilapisan langit yang pertama dia digelar sebagai Aabid yang merujuk kepada Ahli ibadah yang mengabdikan diri secara luar biasa kepada Allah S.W.T
Dilangit kedua pula , dia digelar Raki iaitu Ahli Ruku' kepada Allah S.W.T . Saajid atau ahli sujud pula gelarannya dilangit ketiga , manakala Khaasyi dilangit keempat dan seterusnya .
Azazil si penghulu segala malaikat telah menyandang semua gelaran terhormat dan kemuliaan selama 120 ribu tahun sehingga tiba satu ketika dimana seluruh malaikat melakukan musyawarah besar atas undangan Allah S.W.T .Pada waktu itu , Allah telah mengutarakan maksud untuk menciptakan seorang Khalifah (Pemimpin) di muka bumi .Sekalian malaikat kemudiannya menyatakan bahawa " Ya Allah , mengapa engkau hendak menjadikan khalifah dimuka buminya hanya akan membuat KEROSAKAN dan MENUMPAHKAN dibumi , padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau "
Surah Al-Baqarah (30)
Lalu Allah menjawab segala kekhuatiran para malaikat dengan meyakinkan bahawa ' Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui " Surah Al-Baqarah (30)
Lalu Allah menciptakan khalifah pertama iaitu Adam dan memerintahkan agar seluruh malaikat unutuk sujud hormat pada Nabi Adam A.S . Dia enggan sujud sementara itu para malaikat terus sujud tanpa dipimpin Azazil . Bukan sahaja Azazil enggan untuk sujud malah dengan angkuhnya dia menjawab kepada Allah " Patutkah aku sujud kepada (makhluk ) yang Engkau jadikan daripada tanah (yang diadun )- Surah bAl Israa(61) -
Kengganannya untuk sujud kerana berpunca drpd hasad dengki dan iri hatinya apabila Allah hendak melantik Adam sebagai khalifah dibumi dibumi krn ia dijadikan darpd api sedangkan manusia dijadikan daripada tanah yang busuk dan melekat , Akibat daripada keangkuhannya , dia telah dihalau dari syurga . Namanya telah ditukar kepada iblis dan iblis berjanji untuk menyesatkan manusia serta keturunannya .
"Khabarkanlah kepadaku , inikah orangnya yang engkau muliakan mengatasiku ? JIka Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat , tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya , kecuali sedikit (diantaranya) - Surah Al Israa (62)
Allah berfirman kepada iblis , Pergilah (lakukan apa yang engkau rancangkan ). kemudian siapa yang menurutmu diantara mereka , maka sesungguhnya Neraka Jahannam lah balasan kamu semua , sebagai balasan yang cukup . - surah Al - Israa(63) -
Bibit kesombongan Azazil sudah tersemai sejak Israfil dan para malaikat mandatanginya agar mendoakan mereka kepada Allah . Waktu itu , ketika mendengar penjelasan Israfil , Azazil berkata " Ya Allah ! HambaMu yang manakah yang berani menentang perintah-MU , sungguh aku ikut , mengutuknya , "
Azazil lupa bahawa dirinya juga adalah hamba Allah dan tk menyedari bahawa kata ' hamba ' yang tertera pada tulisan dipintu syurga , juga boleh menimpa kepda sesiapa sahaja termasuk dirinya .
Lalu , demi mendengar ketetapan Allah , Iblis bertambah nekad seraya meminta kepada Allah agar diberi penangguhan . Katanya , " Ya Allah . beri tangguhlah aku sampai mereka ditangguhkan " .
Allah bermurah hati dan iblis mendapat apa yang dia minta iaitu masa panjang selama manusia masih hidup sebagai khalifah " Maka kata Allah , yang benar adalah sumpah - Ku dan hanya kebenaran inilah yang kukatakan . Sesungguhnya aku pasti memenuhi NERAKA JAHANAM dengan jenis dari GOLONGAN KAMU dan ORANG ORANG YANG MENGIKUTIMU DI ANTARA MEREKA SEMUANYA . "
Jadi , mari renungkan bersama ! Sedangkan hamba Allah yang telah beribadah beribu tahun lamanya dan disebabkan KEANGKUHANNYA saha sudah cukup untuk dia menjadi musuh Allah .. Sedangkan kita hamba-Nya yang solat entah kemana , , , termasuk ana .... Perintah-Nya , suruhan-Nya ada kita lakukan ? Kita pun hanya manusia biasa yang banyak buat dosa . Jadi , renungkan ya :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan