Rabu, 19 Februari 2014

La Tahzan Wahai Cik Hati

  

Assalammualaikum sahabat fillah cinta hati
 kesayangan ana semua. Apa khabar imanmu ? apa khabar hatimu ? 

Hmm , pernah tak terlintas dibenak sahabat sekalian seperti ini .....


" Ya Allah , mengapa aku diuji dengan ujian yang maha hebat ini ? ini ? rasanya tidak tertanggung oleh diriku yang kerdil ini Ya Rabb.. "
 
 Haa , pernahkan ? :)
 
Kita Di uji bukan bermakna kita lemah , tetapai dugaan ini adalah untuk menguatkan diri kita ;)
 
Jika tiada ujian bukanlah kehidupan namanya. Sedangkan bermain 'bumper car' di 'fun fair' pun kita kerap kali dilanggar ,hahaha :D , inikan lagi kehidupan kita hidup dunia haruslah diuji:)
 
 
Kenapa aku di uji ? 
jawapannya , surah Al~Ankabut ayat 2~3
 
"Dan sesungguhnya kami menguji orang orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta "
 
Kenapa aku tidak dapat apa yang diidam-idamkan ?
 Jawapannya , surah Al-Baqarah ayat 216 
 
" bole jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu ,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah megetahui sedang kamu tidak ketahui "
 
Kenapa ujian seberat ini ? 
Jawapannya surah Al ankabut ayat 286 
 
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya "  
 
   Rasa kecewa ?
Jawapannya Surah Al Imran ayat 133

"janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersdih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman"
 
Rasa sedih ?
Jawapannya surah At taubah ayat 40 
 
" Janganlah kamu bersedih sesungguhnya Allah bersama kita "
 
Bagaimana harus aku menghadapinya ?
Jawapannya surah Al Imran ayat 200
surah Al Baqarah ayat 45
 
"Wahai orang yang beriman,bersabarlah kamu dalam segala kesukaran dalam mengerjakan  perkara perkara kebajikan dan kuatkanlah kesabaranmu lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mencapai kejayaan" 

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk "


Begitulah kasih Allah terhadap hamba-hambanya .Namun adakah kasih dan taat kita terhadap Allah s.w.t begitu juga ???
 
masih teringat pesanan Ustaz Kazim Elias ;
 
" ketika kamu sedih, pejamkan mata dan katakan dalam hatimu " inilah perjalanan hidupku .. Allah Taala yang meletakkan aku disini " semua perancangan Allah. Jadi aku mesti meneruskan hidup ini kerana aku pelu meneruskan perjalanan hidup ini kerana aku prcaya diatas ketetapanNYA . Dan aku terima Qada' dan Qadar diriku . Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. terima kasih Ya Allah, kerana mengasihi diriku" ,selepas itu buka mata dan tersenyum. "
 
 Dan ingatlah, bangkit wahai kesayangan .jangan lah bersedih.
kuatkan hatimu.
 
LA TAHZAN WAHAI CIK HATI 
 
~ UkhtiHidayah~

2 ulasan:

  1. MasyAllah, Sungguh bermakna Blog ini, Syukran kepada yang membuat Blog seperti ini, ;)

    BalasPadam
  2. Alhamdulliah.. sungguh bermanfaat isi pati blog ini.... terima kasih

    BalasPadam