Jumaat, 28 Februari 2014

kelebihan qiam



Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)
Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka.
Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.”  (HR; Muslim)
Hebatnya Malam
Malam adalah waktu paling istimewa dan hebat. Allah SWT menyifatkannya sebagai malam yang berkat. Firman Allah SWT; “Dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran Allah) untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;” (Yaa Siin 36:37)
Firman Allah SWT: “Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”  (Surah al-Isra’: 79)
.
Banyak perkara-perkara kerohanian berlaku pada waktu malam, contohnya Nabi Muhammad SAW mengalami Israk dan Mikraj pada waktu malam, al-Quran turun pada malam Lailatul Qadar,  Allah SWTberdialog dengan Nabi Musa a.s. setelah baginda bermunajat selama 40 malam di Bukit Tursina juga berlaku pada waktu malam. Kitab-kitab terdahulu juga diturunkan pada waktu malam, Nabi Ibrahim menemui hakikat ketuhanan pada waktu malam dan baginda mendapat perintah Allah mengorbankan anaknya Ismail pun berlaku pada waktu malam.
Terdapat keistimewaan dan kekuatan luar biasa pada waktu malam. ( 5 Rahsia Qiamullail )
  • Menghidupkan dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan yang sebenar.
  • Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan
  • Dapat muhasabah kekuatan diri
  • Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.
  • Menghindari sifat riak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT sahaja.
Nas Keutamaan Mengamalkan Qiamullail
Orang-orang yang melalui malam hari dengan bersahur dan berdiri untuk Tuhan mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang berqiamullail di malam hari semata-mata kerana Allah Ta’ala. Allah SWT juga bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu ialah orang-orang yang beriman. Firman Allah Taala :
إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ , تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ ,   (السجدة : 15-16)
“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.”
.
Apabila manusia mendekatkan diri kepada Allah maka Allah SWT mengatur dan menjamin kehidupannya. Rasulullah SAW menerangkan bahawa, Allah SWT berfirman:
“Manusia menjadi hampir dengan Daku apabila dia melakukan perbuatan yang Daku sukai iaitu amalan fardhu yang diperintahkan kepadanya. Dia kemudian terus berusaha mendekatkan dirinya dengan-Ku dengan melakukan amalan sunat, sehingga Daku mencintainya. Apabila Daku mencintainya, maka Daku menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar. Daku juga menjadi penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk memegang dan kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Apabila dia memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Daku kabulkan. Apabila dia memohon perlindungan, pasti Daku memberikan perlindungan kepadanya”.  (HR; Bukhari;)
.
Berkata Salman Al-Farisi, Rasulullah SAW. telah bersabda: “Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai, kerana ia ibadah kelaziman orang-orang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan”.
Berkata Abdullah bin Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai manusia! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makanan, hubungilah silaturrahim, dan kerjakanlah solat waktu malam dikala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurgadengan selamat”. (Hadis Riwayat Tirmizi)
Dan berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW, lalu berkata:“Hai Muhammad! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan hamba akan dibalas, dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan meninggalkannya. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah Qiamullai dan harga dirinya ialah terkayanya (tidak meminta-minta) dari manusia.”
WAKTU AFDAL QIAMULAIL
Adalah lebih afdal dilewatkan Qiamullail sehingga kepada salah satu pertiga yangakhir dari malam.
Rasulullah SAW bersabda: “Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya.”  (H.R. Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya)
Maksud hadis ini : Bahawasanya pintu rahmat Allah itu terbuka pada malam hari seluas-luasnya, khususnya pada akhir-akhir malam. Segala permohonan diterima pada ketika itu.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA katanya, Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan solat malam dan baginda menggalakkannya sehingga ia bersabda:“Hendaklah kamu mengerjakan solat malam itu walaupun satu rakaat”. (Al-Tibrani)
DOA QIAMULAIL
.
AMALAN QIAMULAIL
Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menunaikan solat malam, antaranya membersihkan diri sebelum tidur, mengambil wuduk dan tidur menghadap kiblat.
  1. Solat malam perlu dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan sebanyak mungkin rakaat mengikut kemampuan.
  1. Ketika Qiamullail digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut:-
3.   Disamping itu beramallah juga dengan amalan seperti membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya.
.
.
FADILAT QIAMULAIL
  1. sentiasa mendapat keredaan dan pengawasan Allah.
  2. memudahkan menyeberangi jambatan siratulmustakim.    
  3. Saat mustajab doa dikabulkan Allah.
Jabir mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada malam hari, ada satu saat (yang berkat) yang jika seseorang Muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia dan akhirat, nescaya Allah kabulkan doanya. Saat itu wujud pada setiap malam.”
.
HIKMAH QIAMULAIL
Bangun bersolat dan bertasbih pada sebahagian malam akan;
  1. Ayat-ayat bacaannya lebih sempurna dan betul.
  2. Membawa kesan iman yang mendalam,
.
.
PENUTUP
Rasulullah SAW meminta umat Islam bangun beribadat pada tengah malam dan Baginda sendiri melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Aishah meriwayatkan:“Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersolat hingga bengkak kedua-dua kakinya, maka aku (Aishah) berkata kepada Baginda: Mengapa, Ya Rasulullah, tuan hamba melakukan ini semua? Bukankah tuan hamba telah diampunkan perkara terdahulu dan terkemudian?”
Jawab Baginda SAW: “Bukankah aku ini hamba yang bersyukur.”
Lihatlah walaupun Rasulullah SAW. itu maksum dan telah diampunkan segala dosa dan kesalahannya, Baginda tetap bangun Qiamullail sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT pada sebahagian akhir malam untuk bersolat hingga bengkak kedua-dua kaki Baginda SAW.
Adakah kita yang mengaku umatnya masih berasa sombong dengan pekara2 lagha (sia2), tanpa mahu menauladani sunnahnya meraih Qiamullail sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini.
Sekiranya kita ada berqiamullail, yang utamanya adalah keikhlasan beramal. Janganlah pula menceritakannya kepada orang lain kerana akan jadi su’mah ataupun riya’, seterusnya mungkin mengakibatkan kehilangan pahala (bergantung kepada niatnya). InsyaAllah bila ikhlas beramal hanya kerana Allah SWT semata2, akan beroleh ganjaran pahala di dunia dan juga di akhirat.
والسلام

ukhty wana aka ukhty spanar

Khamis, 27 Februari 2014

TAUBAT NASUHA

Taubat nasuha merupakan sejenis taubat yang sebenar-benarnya taubat dengan janji yang ditepati tidak akan mengulangi lagi segala perbuatan yang salah atau dosa tersebut.
Taubat nasuha dalam lingkup sederhana merupakan taubat dengan kesungguhan diri kepada Allah SWT. dengan berazam tidak akan mengulangi perbuatan yang sama buat kali kedua.
Ciri-ciri taubat nasuha.
1. Menyesal.
Adanya penyesalan setelah menjerumuskan diri dengan dosa dan kenistaan; adanya penyesalan setelah bercakap kotor; penyesalan ketika mata melihat kemaksiatan; penyesalan ketika menyakiti orang, adalah sikap-sikap yang menunjukkan adanya kecenderungan untuk bertaubat nasuha. Orang yang tidak menyesal, tidak termasuk taubat. Orang yang bangga dengan dosa-dosa yang pernah dilakukannya, menunjukkan bahawa dia belum sungguh-sungguh untuk bertaubat.
2. Memohon ampun kepada Allah.
Memohon ampun kepada Allah boleh dilakukan dengan cara mengucapkan istigfar sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Adam as dan Nabi Yunus as di dalamAl-Quran. Di samping itu, memohon ampun seharusnya dilakukan secara sungguh-sungguh dari hati yang paling dalam. Inilah salah satu tanda orang yang bersungguh-sungguh dalam taubatnya. Begitu pula dengan ungkapan sedih, menitiskan air mata, dan menggigilnya perasaan adalah ekspresi dari penyesalan yang mendalam.
3. Bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi
Bukan sekadar tidak melakukan dosa, berfikir ke arah sana sahaja tidak boleh. Memang, kita dikurniakan kecenderungan untuk berbuat hal-hal yang negatif. Akan tetapi, bukan bererti harus dituruti. Namun, untuk dihindari, kerana itulah yang akan membuatkan kita mendapatkan ganjaran dari Allah SWT.
Ciri taubat yang diterima.
Menurut Imam Al Ghazali dalam kitab "Muqasysyafatul Qulub", ada beberapa ciri yang menunjukkan taubat seseorang diterima, di antaranya.
1. Orang tersebut terlihat lebih bersih dan lebih terpelihara daripada perbuatan maksiat.
Hal itu terjadi kerana dia lebih dapat menahan diri. Dia seolah-olah mempunyai naluri yang memahami. Naluri hatinya ini seakan membuat dirinya terhalang daripada melakukan perbuatan dosa.
2. Orang yang taubatnya diterima, hatinya selalu lapang dan gembira.
Dia merasakannya baik dalam keadaan sendiri mahupun ramai. Hati orang ini dihibur oleh Allah sehingga jernih dan lapang.
3. Dia selalu bergaul dengan orang-orang yang soleh dan mencari lingkungan yang baik pula.
Orang yang sudah bertaubat, namun masih kembali ke lingkungan yang tidak baik bermaksud dia belum sungguh-sungguh melakukan taubat. Lain halnya jika dia kembali ke lingkungan yang sama dengan niat untuk mengubah lingkungan itu. Mencari lingkungan yang baik adalah salah satu bahagian yang akan membuatkan agama kita terpelihara.
4. Tingkat amalannya semakin meningkat.
Selain menahan diri daripada perbuatan maksiat, dia juga semakin meningkatkan kualiti solatnya, saumnya istikamah, malamnya dihidupkan dengan tahajud, dan sedekahnya terus meningkat. Inilah ciri-ciri orang yang taubatnya diterima.
5. Dia sentiasa menjaga lidahnya.
Dia juga sangat serius dalam melakukan amal-amalnya. Semakin hari, kualiti amalnya semakin terus bergerak ke arah yang lebih baik. Dia memiliki kualiti pengendalian lisan dan pikiran dengan baik. Ingatannya selalu kembali kepada Allah. Hal itu dia lakukan secara maksimal sehingga cinta dan kerinduannya kepada Allah semakin mendalam.


Kata Kata Hikmah Imam Al Ghazali






Ilmu yang tidak disertakan dengan amal itu namanya gila dan amal yang tidak disertai ilmu itu akan sia-sia. [imam al Ghazali]

"Barangsiapa yang menghabiskan waktu berjam-jam utk mengumpul harta kerana takut miskin. Maka dialah org miskin." - Imam Al-Ghazali


---------------------------------------------

 Seorang lelaki yang berakhlak buruk menzalim dirinya sendiri.
[Imam Ghazali]

Carilah teman untuk menenangkan hati dan fikiran, maka perhatikanlah baik baik tentang keselamatanmu dan kesejahteraannya. [imam al Ghazali]

Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan
menahan kehendak yang berlebih-lebihan. (Imam al Ghazali)

 Hiduplah sebagai mana yang kau sukai tetapi ingat bahawasanya
engkau akan mati , cintailah pada sesiapa yang engkau kasihi tetapi
jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya dan
buatlah apa yang engkau kehendaki tetapi ketahuilah bahawasanya
engkau akan menerima balasan yang setimpal dengannya. [imam al Ghazali]

Bersungguh – sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah
kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan
berada dalam bahaya kesesatan. (Imam Al Ghazali)

Barangsiapa yang memilih harta dan anak – anaknya daripada apa
yang ada di sisi Allah, niscaya ia rugi dan tertipu dengan kerugian
yang amat besar. (Imam Al Ghazali)

Yakinlah semata- mata dengan memiliki ilmu belum tentu lagi menjamin keselamatan di akhirat kelak. [imam al Ghazali]

Jangan brteman dengan teman yang hanya ada ketika sihat atau kaya, kerana teman seperti itu sungguh berbahaya sekali bagi kamu dibelakang hari - Imam Ghazali

Kecintaan kepada Allah melingkupi hati, kecintaan ini membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal. (Imam Al Ghazali)

Bersikap tawadduklah dalam segala bidang pergaulan. [imam al Ghazali]

carilah teman untuk menenangkan hati dan fikiran, maka perhatikanlah baik baik tentang keselamatanmu dan kesejahteraannya.[imam al Ghazali]

'Salah satu ketentuan Allah SWT yaitu dengan berdo'a , karena do'a sebab dari tertolaknya bala" (Al Imam Ghazali)

Yang dekat itu 'kematian' Ingat ajal selalu mengiringi langkah kita di sepanjang waktu.(imam al Ghazali)

Yg ditunggu ALLAH swt itu 'taubat' Sesungguhnya ALLAH sngt menyukai hamba hamba-Nya yang bertaubat dari maksiat dan perbuatan dosa.(imam al Ghazali)

Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana
mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas
kesalahannya. [imam al Ghazali]

Rusaknya negara krn rusaknya penguasa. Rusaknya penguasa krn rusaknya ulama. Dan, rusaknya ulama krn rusaknya hakim. (Imam al-Ghazali)

Yang menenteramkan hati itu 'teman sejati' Jadilah teman sejati yang selalu ada untuk seseorang dalam suka dan duka. (Imam al Ghazali)

Yang mendorong ke neraka itu 'lidah'
Salamatul insan fi khifdhil lisan. Akan selamat manusia jika ia pandai
menjaga lidahnya. (Imam al Ghazali)

Pilih kawan yang berakal jangan pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati - Imam Al Ghazali

Jadikan kematian itu hanya pada badan kerana tempat tinggalmu
ialah liang kubur dan penghuni kubur sentiasa menanti
kedatanganmu setiap masa. (Imam Al Ghazali)

Cinta merupakan sumber kebahagiaan dan cinta terhadap Allah harus
dipelihara dan dipupuk, suburkan dengan shalat serta ibadah yang
lainnya. (Imam Al Ghazali)

Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah.
Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad.
(Imam Al Ghazali)

"Kamu mesti meyakinkan hati bahawa apa yang Allah telah menetapkan yang paling sesuai dan paling bermanfaat untuk kamu." (Imam Al-Ghazali)

Siksa buat ulama adlh kematian mata hatinya: ketika mrk memburu dunia melalui amalan akhirat -Al-Ghazali

"Semua orang-orang yang kamu bimbang tentang mereka,  Adakah mereka yang mencipta kamu?" - Imam Al-Ghazali 

Taqwa adalah menjalankan perintah-perintah Allah yang Maha Tinggi dan berpaling dari apa yang Allah telah dilarang (Imam Al-Ghazali)

Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan. (Imam Al Ghazali)

 "Untuk mendapatkan apa yang kamu suka, kamu mesti bersabar dengan apa yang anda benci ..." - (Al Ghazali)

Peringkat pertama ikhlas itu adalah bahawa perbuatan ketika kehidupan perindu dan ketika di awam kamu hendaklah sama"-Imam Al-Ghazali


Yang Besar itu Nafsu, 
Yang Berat itu Amanah,
Yang indah itu Solat,
Yang dekat itu Mati... 

(Imam Al-Ghazali)

 "Jika kamu melihat seorang ulama mengumpat ulama lain, elakkan dia." - Imam Al-Ghazali

Celakalah bagi orang yang jahil  untuk tidak belajar. Celakah bagi ulama seribu kali untuk tidak mengamalkannya.

 Jadikan kematian itu hanya pada badan kerana tempat tinggalmu liang kubur ، penghuni kubur sentiasa menanti kedatanganmu. (Imam Al Ghazali)

 "Rosaknya rakyat disebabkan rosaknya Pemimpin"

'Jika seorang lelaki tidak tahu dirinya sendiri, yang merupakan perkara yang paling dekat dengannya, maka apa yang penggunaan dia mendakwa tahu orang lain' Imam Al Ghazali

 "Aku akan mencari ilmu hanya karena Allah, dan aku tidak akan mencari jika untuk selain Allah"-Imam al-Ghazali

 Orang-orang yg mempunyai hati mengetahui.. Kebahagian takkan tercapai kecuali dengan 'Ilmu & Ibadah [Imam Al Ghazali]

"Barangsiapa yg menghabiskan waktu berjam-jam utk mengumpul harta kerana takut miskin. Maka dialah org miskin." - Imam Al-Ghazali

Yang mendorong ke neraka itu 'lidah' Salamatul insan fi khifdhil lisan. Akan selamat manusia jika ia pandai m'jaga lidahnya. (Imam al Ghazali)

“Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia.
Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.” – Imam Al-Ghazali

Orang beriman akan melihat rupa Malaikat Maut sebagai pemuda tampan, berpakaian indah dan sangat harum. - Imam Ghazali -

Aku hairan dengan manusia yang selalu mencuci mukanya, tapi tidak selalu mencuci hatinya.  ( Imam Al Ghazali )

 "Sesungguhnya Kebanyakan Jeritan Penghuni Neraka Adalah Disebabkan oleh Penangguhan Taubat... allahuakhbar :') -Imam al-Ghazali"

 Kecintaan kepada Allah melingkupi hati, kecintaan ini membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal. 
-Imam Al Ghazali-

makhluk paling mulia ialah manusia, Bagian yang termulianya HATI ~Imam Al Ghazali (ahli teori filosofi muslim persia)

Yang Paling Dekat dgn kita adh "MATI" 
Yang Paling Jauh dgn kita adh "MASA LALU"
Yang Paling Besar di dunia ini adh "NAFSU"
(#ImamGhazali)

"nafsu menjadikan hamba daripada raja-raja dan kesabaran menjadikan raja-raja daripada hamba." -Imam al-Ghazali -

“Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.”
(Imam Al-Ghazali)

Imam Al-Ghazali mengingatkan kita "Setan itu selalu menampakkan keburukan dalam bentuk kebaikan"

 “Dalam penciptaan alam semesta, tiada yang lebih hebat dari yang telah diciptakan.” (Imam Al Ghazali)

Yang plg besar dibumi ini bkn gunung dan lautan, melainkan hw nafsu yg jk gagal dikendalikan mk kt akn menjadi penghuni neraka. -Imam Al Ghazali

“Ulama yang sebenar, dia tidak akan
berdamping atau bersama dengan
pemimpin yang zalim."
(Imam al-Ghazali)

 Orang yang rasa dirinya TIADA dosa . Itu tanda sebenarnya , dia BANYAK dosa "  - Imam Al-Ghazali -


Yang dekat itu 'kematian' Ingat ajal selalu mengiringi langkah kita di sepanjang waktu.(imam al Ghazali

“Kalau kamu bukan anak raja dan engkau bukan anak ulama besar, maka jadilah penulis”. [Imam Al-Ghazali]

 Pelajari ilmu syariat utk
menunaikan segala perintah Allah
 &juga ilmu akhirat yg
dpt menjamin keselamatanmu d
akhirat nanti -.Imam Al Ghazali

Rabu, 26 Februari 2014

Kata-Kata Hikmah Imam As Syafi'i RH



 "Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya,cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta"  — Imam As-Syafie

"Jika Ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepada ku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya." (Imam Syafi'e)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan." (Imam Syafie) 

Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang di tenun. (Imam As-Syafii)

Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman, tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang.  (Imam Syafii)

Aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan tujuan aku lebih senang jika ia berpendapat salah. (Imam Syafií)

Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu - (Imam Syafie)

Barang siapa yang menginginkan Husnul Khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan Manusia. (Imam As-Syafie)

"Pentingnya menyebarkan ilmu agama. (Imam syafie)

Ilmu itu seperti air. Jika ia tidak bergerak ، Menjadi mati lalu membusuk." (Imam syafie)

"Doa di saat tahajud adalah umpama penah yang tepat mengenai sasaran." (Imam syafie)

"Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah." (Imam as Syafie)

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia. (Imam syafie)

Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”   — (Imam syafie)

Seorang sufi tidak menjadi sufi hingga ada pada dirinya 4 perkara, malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan (Imam syafie)

 Sesiapa yang menasihatimu sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu dikhalayak ramai,ia sebenarnya menghinamu'' (Imam syafie)

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

4 perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
(Imam syafie)

"Dosa-dosa ku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dgn keampunanMu, ternyata keampunanMu jauh lebih besar." - (Imam syafie)

"Bumi Allah amatlah luas namun suatu saat apabila takdir sudah datang angkasapun menjadi sempit" - (Imam syafie)

Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu.  
(Imam syafie)

Sebesar-besar aib (keburukan) adalah kamu mengira keburukan org lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri - Imam Syafi'e

Aku mampu berhujah dgn 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah pada seorang yg jahil kerana mereka tak tahu akan landasan ilmu. - Imam Syafie 

"Andaikan kekurangan diri dijadikan alasan untuk tidak berdakwah, nescaya tiadanya dakwah yang akan berjalan dimuka bumi ini.."[Imam Syafie]

" Semakin banyak ilmuku, semakinku insafi diri, bahawa terlalu banyak yang aku tidak ketahui "  - Imam As-Syafie

Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat.
-Imam Al-Syafie-

Setiap kali ilmu aku bertambah banyak, maka aku bertambah tahu bahawa akulah orang yang jahil. -Imam Syafie

Orang yang membuat kesalahan dan berdusta untuk menutupnya bererti membuat dua kesalahan -Imam As Syafie-

"Sebelum tidur solat Isya' dan banyakkan istighfar, sebab kita tak tahu mati itu (Imam Syafi'e)

"Apabila ajal datang padamu maka tidak sejengkal bumi dan tidak pula sebidang langit yang dapat melindungimu" - Imam As-Syafie

Jangan kau berjalan di atas bumi dengan sombong dan bongkak. Kerana sebentar lagi kau akan masuk ke dalam bumi yang kau pijak. (Imam Syafie)

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. -Imam As Syafie

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi, kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera -Imam As Syafie

"Di antara tanda-tanda benar dalam ukhuwah ialah menerima kritikan teman, menutupi aib teman dan mengampuni kesalahannya." (Imam syafie)

"Janganlah kamu melihat akan kejahilan seseorang itu kerana sesungguhnya kejahilan itu ada pada dirimu sendiri. (Imam syafie)

"Barangsiapa mempersenda, mempermain, menafikan sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah, maka dia kafir serta-merta" (Imam syafie)

Jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya. - (Imam syafie)

Sesuatu yang benar Tetapi Bahaya iaitu pujian manusia. Ramai yang rosak akibat terlalu hanyut dengan pujian - (Imam syafie)

"Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya,cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta" (Imam syafie)

Ilmu itu adalah Cahaya dan Cahaya itu tidak akan menyimbah di Hati orang-orang yang melakukan Maksiat. - (Imam Syafi'e)

Jika Ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepada ku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya. (Imam Syafi'e)

Setiap manusia adalah dalam keadaan mati kecuali mereka yang mempunyai ilmu. Dan setiap yg mempunyai ilmu adalah dalam keadaan tidur, melainkan mereka yang mengamal kebaikan. Dan setiap yang mengamal kebaikan adalah dalam keadaan tertipu, kecuali yang ikhlas. Dan mereka yang ikhlas sering dalam keadaan risau (ditakuti jika amalannya tidak diterima) (Imam Syafi'e)

Selasa, 25 Februari 2014

Sayyidina Umar dan Ibu yang masak batu






Sayyidina Umar RA dan Ibu yang memasak batu

Dikisahkan pada suatu malam, Khalifah Sayyidina Umar ra. melakukan kebiasaan rutinnya, iatu berjalan bersama pengawal nya yang bernama Aslam, untuk "memata-matai" nasib rakyatnya, bahkan seringkali sampai ke wilaah pinggirn kota. 

Tiba-tiba di sebuah dusun kecil terpencil, sayup-sayup telinga mereka menangkap suara tangis anak anak kecil. Tak lama kemudian, tangisan berhenti, namun sebentar kedengaran lagi..

Setelah mereka yakin arah suara tangis itu tadi, pelan-pelan mereka pun mendekati sebuah rumah rakyatnya. Mereka melihat seorang ibu, dengan wajah yang muram menghadap ke sebuah periuk yang di atas satu panggangan api, sedang memasak sesuatu. Di sebelah ibu itu ada dua anak kecil yang sedang menangis sambil mememang di baju ibunya. 

Sambil berteriak "Mak lapar mak!" 


Sesekali ibu itu menghadap periuk itu dan mengaduk-aduk sesuatu , mulutnya bicara pelan kepada anaknya, "Diamlah wahai anakku. Tidurlah kamu sesaat, sambil menunggu bubur segera masak."

Mendengar hibur sang ibu, anak-anaknya pun dapat tertidur sesaat. Namun, tak lama bangun lagi, dan si anak menangis lagi. Si ibu kembali berlagak, pura-pura mengaduk periuk itu sambil menghibur pilu., 

"Diamlah wahai anakku. Tidurlah kamu, ibu sedang memasakkan makanan untukmu."
Peristiwa itu terjadi berulang kali.

Melihat adegan ganjil ini, Khalifah umar ra.  lantas bertanya dalam hati: apa gerangan yang dimasak itu? Dan kenapa masakan si ibu itu tak masak masak? Sayyidina Umar bersama pengawalnya pun pelan-pelan mendekat, lalu mengetuk pintu pelan di daun pintu sambil mengucapkan salam, 


"Assalamu'alaikum." Si ibu itu pun menjawab, "Wa'alaikumusalam," dan membukakan pintu. Dia pun bertanya dengan penuh curiga di dalam hatinya, "untuk apa tengah malam ada lelaki asing bertamu ke rumahnya?"

Umar lantas bersegera melontarkan pertanyaan tentang apa yang sedang di masak si ibu, dan apa penyebab anak-anaknya tak henti-hentinya menangis pula.


Dengan suara lirih, ibu itu menjawab, “Aku memasak batu-batu ini untuk menghibur anakku. Inilah kejahatan Khalifah ‘Umar bin Khaththab. Ia tidak mau melihat ke bawah, apakah kebutuhan rakyatnya sudah terpenuhi belum. Aku seorang janda. Sejak pagi, aku dan anakku belum makan apa-apa. Jadi ia kusuruh berpuasa, dengan harapan ketika waktu berbuka kami mendapat rejeki. Namun ternyata tidak. Sesudah maghrib tiba, makanan belum ada juga. Anakku terpaksa tidur dengan perut kosong. Aku mengumpulkan batu-batu kecil, memasukkannya ke dalam panci dan kuisi air. Lalu batu-batu itu kumasak untuk membohongi anakku, dengan harapan ia akan tertidur lelap sampai pagi. Ternyata tidak. Mungkin karena lapar, sebentar-sebentar ia bangun dan menangis minta makan.”

Oleh kerana pada zaman itu, tidak semua rakyat di Madina yang tahu rupa wajah Amirul Mukminin Sayyidina Umar. Cuma rakyat yang tinggal di berdekatan kota yang kenal, tetapi yang tinggal berjauhan cuma kenal nama pemerintah mereka. Jadi tidak hairan jika ibu itu tidak kenal rupa Sayyidina Umar dan tidak tahu bahawa lelaki asing itu adalah sebenarnya Sayyidina Umar. 

Mendengar penuturan si ibu, Aslam berniat menegur perempuan itu. Namun Khalifah ‘Umar sempat mencegah. 

Dengan air mata berlinang Umar bangkit dan mengajak Aslam cepat-cepat pulang ke Madinah. Sambil berjalan dari rumah itu, dia menangis dalam hati, memohon ampun pada Ilahi, karena dia melihat dia sudah gagal sebagai pemerintah yang adil. Dan dia takut, Allah akan murka pada Hari Kiamat. 

Sayyidina Umar bergegas ke Baitulmal dan lalu mencedok beberapa gandum dan memasukkan ke dalam sebuah guni. Pengawalnya yang melihat Umar berasa curiga kenapa dia membuat sedekemian. 

Dia pun mengangkat sendiri guni gandum itu. Lalu pengawalnya berkata


"Wahai Amiru Mu'minin, biar aku sajalah yang mengangkat karung ini."


kerana merasa bersalah.Dengan wajah merah padam lalu Sayyidina Umar menjawab, "Apakah kalian mau menggantikanku menerima murka Allah akibat membiarkan rakyatku kelaparan? Biar aku sendiri yang memikulnya karena ini lebih ringan bagiku dibanding siksaan Allah di akhirat nanti."


Pengawalnya terdiam atas jawapan Umar. Mereka pun jalan kembali ke rumah ibu tadi.


Akhirnya, sampailah Umar di rumah buruk tadi. Sang Amirul Mu'minin terus masuk dan lalu memasakkan sebagian gandum yang dibawanya, dan menyuruh ibu untuk mengejut anak-anaknya itu. Ibu itu terus mengalir air mata kerana tidak sangka lelaki asing itu sangat baik sekali untuk bantu. Setelah masak, Sayyidina Umar pun mengajak keluarga yang miskin itu untuk makan. 


Sambil melihat mereka makan, Umar duduk tersenyum dalam hatinya. Hatinya berasa sangat lega kerana melihat anak-anak kecil itu kembali gembira.


Sejurus berikutnya, Umar berpesan agar esok harinya anak dan ibu datang ke Baitul Mal menemui Umar untuk mendapatkan makanan dari negara. 


Ibu itu pun mengucapkan terima kasih, lalu berkata "Engkau lebih baik dibanding khalifah Umar," 

-------------------------


Pada keesokan hari itu, datanglah ibu itu ke Baitul Mal. Umar pun menyambut dengan senyum bahagia. Ketika ibu itu melihat wajah Khalifah, dia menyadari bahwa orang yang membantunya semalam adalah Umar sang Amirul Mu'minin, 


Wajah ibu itu seketika pucat pasi dan tubuhnya gemetar, setelah tahu bahwa lelaki dihadapannya adalah Khalifah Umar bin Khatab. Dia kelihatan ketakutan sekali, apalagi telah mengatakan dzalim kepada beliau.

            “Aku mohon maaf!” tangan dan kakinya  gemetar. Selama ini ia belum pernah tahu wajah khalifah Umar hanya mendengar saja dari orang lain. Kini pemimpin besar umat Islam itu ada dihadapannya, betapa hatinya kecut. Ia telah menyumpahi dengan kata-kata dzalim kepada beliau. Ia sudah siap menerima hukuman yang akan ditimpakan.

            “Ibu tidak bersalah, akulah yang bersalah selama ini. Aku berdosa membiarkan seorang ibu dan anak kelaparan di wilayah kekuasaannku, bagaimana aku mempertanggungjawabkan dihadapan Allah?. Sudi kiranya Ibu memaafkan aku?” ucap Khalifah dengan rasa penyesalan mendalam.

            Wanita itu terdiam, tidak keluar sepatah katapun. Ia masih belum percaya kalau lelaki gagah itu adalah Khalifah Umar bin Khatab yang sangat ditakuti dan disegani kaum muslimin. Beliau masih sempat datang membawa makanannya sendiri sekedar untuk memenuhi kebutuhan makanan wanita dan anaknya yang kelaparan.***

Isnin, 24 Februari 2014

3 Golongan Yang Pertama Memasuk Neraka



3 Golongan Yang Pertama Memasuk Neraka 

Telah dirawayatkan dalam sebuah hadis yang sahih yang dirawayatkan oleh Imam Muslim. Bahawa ada tiga golongan yang pertama akan masuk nereka. Siapakah mereka? 

Hadis ini telah diceritakan oleh Sayyidina Abu Hurairah (RA). Pernah dikisahkan seorang tabiin datang bertemu dengan beliau lalu bertanya 

"Wahai Abu Hurairah, ceritakan kepada ku hadis yang paling kau takuti."

Maka, Abu Hurairah RA menceritakan hadis "3 golongan itu". Maka beliau pengsan akibat terlampau takut. Selepas beliau sedar kembali, beliau sambung cerita dan beliau pengsan lagi! Setelah sedar, beliau ceritakan lagi dan pengsan buat ketiga!

Apakah hadis itu?


(Golongan yang pertama)


 "Sesungguhnya manusia yang pertama yang diadili pada hari kiamat ialah seseorang yang mati syahid.Orang itu dihadirkan di hadapan Allah ,lalu diingatkan nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepadanya.Orang itu mengingati semua nikmat tersebut

Allah bertanya :Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini ?

Orang itu menjawab ."Aku berjuang di jalan-Mu sehingga terbunuh."

Allah berfirman :"Engkau berdusta!!Akan tetapi engkau berjuang agar disebut sebagai pemberani."


Dan sememangnya orang ramai menyebutkannya sebegitu.Orang itu lalu diseret di atas wajahnya ,kemudian dicampakkan ke dalam neraka.


Penjelasan: Golongan ini telah dicampak ke neraka walaupun dia telah dibunuh di medan perang atas jalan Allah. Tetapi niatnya bukan kerana Allah tetapi kerana hendak mendapat pujian orang. Dia mahu orang melihat dia sebagai seorang yang berani. Maka Allah azabkan dia. Nauzubillah 

(Golongan yang Kedua)




Allah lalu memanggil seseorang yang belajar ilmu,mengajarkannya dan membaca al-Quran .Orang ini dihadirkan ,lalu disebutkan kepadanya semua nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.

Allah lalu bertanya :"Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini ?"

Dia menjawab :"Aku mempelajari ilmu ,lalu mengajarkannya dan membaca al-Quran."

Allah berfirman:"Engkau berdusta!!Akan tetapi engkau belajar agar disebut alim ,dan membaca al-Quran agar disebut qari(hafiz)".

Dan sememangnya orang ramai menyebutnya seperti itu.Orang itu lalu diseret di atas wajahnya ,kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Penjelasan: Juga, golongan yang seperti ni telah dicampak ke neraka. Meskipun dia adalah seorang aiim' ulama, telah menghabiskan masanya dalam dakwah dan mengajar ilmu agama. Tetapi bukan kerana Allah tetapi kerana hendak mencari popularity. Hendak orang memandang dia dengan kehormatan. Maka Allah memberikan dia azab. Nauzubillah


(Golongan yang Ketiga)



Allah lalu memanggil seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah ruah .Orang ini dihadirkan ,lalu disebutkan kepadanya nikmat-nikmat Allah s.w.t sehingga ia mengingatinya 

Allah bertanya:"Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?"

Dia menjawab :"Aku membelanjakannya di tempat-tempat yang engkau kehendaki."

Allah berfirman:"Engkau berdusta!!Akan tetapi engaku melakukannya agar dikenali sebagai dermawan."

Dan memang orang telah menyebutnya seperti itu .Orang itu lalu diseret di atas wajahnya dan kemudian dicampakkan ke dalam neraka."

Penjelasan: Golongan ini telah diazab kerana dia menderma bukan kerana Allah tetapi sebab hendak menunjukkan amalan nya kepada orang lain. Supaya orang memuji dia dan melihat dia sebagai seorang dermawan. Maka Allah berikan dia azab nauzubillah.

(Hadis Riwayat Muslim)


Semoga Allah selamatkan kami semua dari Neraka Nya. Dan ampunkan dosa kami dan memberikan Syurga Nya. Tabarakallah. Wallahualam bisawab