Seperti janji Iblis yang kufur kepada Allah, sudah berjanji untuk menyesatkan anak Adam hingga hari kiamat. Dia laknatullah akan menghasut untuk melakukan kejahatan di dalam hati anak Adam supaya ingkar kepada Allah. Oleh itu, tidak hairan jika seorang yang dekat dengan Allah akan digoda oleh syaitan. Malah apabila seorang Anak Adam semakin dekat dengan Allah maka syaitan yang menggoda akan lebih tinggi pangkatnya.
Seperti pernah dikisahkan tentang seorang yang suka beribadah telah masuk di dalam zina!
Penah dikisahkan ada seorang abid (ahli-ibadah) yang hebat di sebuah kampung. Dia memang cukup sangat terkenal sebagai lelaki yang kuat ibadah. Semua orang kampung di situ kenal dan segan dengan dia.
Lelaki ini akan mengabdikan dirinya hanya untuk Allah setiap hari di masjid. Dia akan menghabiskan masanya hanya dengan bersujud, berzikir dan ibadah semata-mata kerana Allah. Apabila dia berasa lapar, dia akan makan sedikit dan sambung balik ibadah. Apabila dia berasa ngantuk, dia akan rehat sebentar dan sambung ibadah selepas bangun. Itu lah kerja harian dia.
Sampai lah satu hari, ketika dia sedang ibadah di masjid ada seorang lelaki duduk di sebelah dia. Lelaki itu tidak penah dilihat oleh lelaki beriman itu. Tetapi dia hiraukan lelaki asing itu.
Sedang dia beribadah, lelaki asing itu pub beribadah. Malah, ibadah dia lebih kusyuk. Lelaki asing itu sujud dan ibadah dalam tangisan. Lelaki yang alim tadi rasa sedikit cemburu sebab lelaki asing ini lebih hebat dari dia. Apabila sudah masuk waktu malam, lelaki Alim itu pun hendak pergi ke tidur buat sebentar. Apabila dia sedar, dia melihat lelaki asing itu tetap ada di tempat yang sama. Tetap beribadah dalam tangisan. Tk tidur ke? Bisikan hati lelaki Alim itu. Tetapi dia hiraukan, dan sambung ibadah. Ketika Masuknya waktu untuk makan, lelaki Alim itu berhenti seketika untuk makan. Setelah itu, apabila dia pergi ke tempat tadi. Lelaki asing itu tetap di situ! Tk lapar ke?
Ini sungguh menghairankan dia. Hebat sungguh. Tiba-tiba, perasaan cemburu timbul di hatinya.
"Aku adalah seorang yang hebat di kampung ini. Ini tidak boleh jadi... Tidak ada orang yang boleh hebat lagi aku."
Ini lah Bisikan hatinya.
Lalu, lelaki Alim ini memberanikan dirinya untuk tanya dengan lelaki asing itu.
"Boleh ke aku bertanya ? Aku sudah lama perhatikan kau. Aku lihat kau tidak tidur dan makan. Tk ngantuk dan lapar ke?"
Dia pun menjawab
"Aku ini banyak dosa. Aku tidak Ada masa untuk berhenti. Sungguh aku telah rasa kemanisan taubat."
Lelaki Alim itu terdiam seketika dan lalu berkata .
"Dosa apakah kau telah buat sama okay dapat rasa kemanisan taubat itu?"
Kalau dia jawab
"Aku buat terlalu banyak dosa. Oleh itu, Aku telah merasakan kemanisan taubat. Dimana, aku tidak ingin untuk tidur atau pun makan."
Lelaki Alim itu rasa lagi cemburu sebab tidak rasa itu kemanisan taubat. Lalu dia tanya lagi .
"Bagaimana aku hendak merasakan itu?"
Dia pun menjawab,
"Kalau kamu ingin maka buat lah dosa seperti aku buat."
"Dosa apa itu?" Lelaki Alim itu tanya
"Aku telah buat zina, Minum arak Dan membunuh orang."
"Bagaimana aku hendak buat itu semua? Sedangkan aku ni seorang yang dikenali sebagai ahli ibadah."
Hujah lelaki Alim itu
"Baik lah. Aku cadang kau untuk pergi ke satu tempat yang jauh di sini. Di situ memang tempat maksiat. Kau pergi ke sana dan kau cuma minum setitik arak sahaja. Lepas tu kau kembali ke sini, Dan minta ampun. Pasti kau akan merasai kemanisan taubat itu."
Lelaki Alim itu pun mengikut arahan nya semata-mata hendak jadi hebat lagi dia.
Dia pun pergi ke tempat maksiat itu. Dan minum setitik arak seperti disuruh. tetapi kerana itu adalah kali pertama dia minum arak itu, dia terus jadi mabuk sebab tidak biasa.
Tiba-tiba, seorang wanita yang cantik pun lalu dia. Terus nafsunya tergoda, lalu ajak perempuan itu untuk zina. Nauzubillah! Selepas mereka buat zina, lelaki yang tadi alim sudah berasa bersalah. Dia rasa malu. Bukan mula dengan Allah, tetapi dengan manusia! Malu jika mereka tahu dia buat zina.
Oleh itu, lelaki itu pun membunuh wanita tadi sebab takut nanti wanita ini akan hamil. Lepas tu, dia tarik wanita ini di hutan dan tanam supaya tidak orang tahu. Tiba-tiba orang kampung datang berramai-berramai dan tangkap lelaki itu.
Lelaki itu pun dihantar ke mahkamah. Semua orang terkejut melihat orang Alim itu ditangkap. Tetapi hukum tetap hukum, dia pun dihukum mati.
"Astaghfirullah "
Baru dia mula menyesal. Dia mengambil nafas lalu mengharap keampunan dari Allah. Tiba-Tiba lelaki asing itu datang di depan nya. Dan berkata..
"Kau nak tau tk? Semua ini adalah memang aku rancangkan. Kau nak tau tk? Aku lah yang membawa wanita itu lalu depan kau dan menghasut kau untuk buat zina. Aku lah yang menghasut kau untuk bunuh wanita itu selepas zina itu. Dan apabila kau sedang menanam mayat dia. Aku lah yang memberi tahu kepada orang kampung..."
"Kau nk tau tk aku siapa?"
"Aku lah iblis "
Berkata lelaki itu. Lelaki yang Alim tadi terus menjadi marah lalu jerit
"Celaka kau iblis !"
Apabila dia kata gitu, dia pun dipancung. Nauzubillah ! Mati dalam kufur. Tidak sempat untuk dia taubat.
Allahu Akbar. Siapa sangka seorang yang Rajin ibadah mati dalam kufur? Semoga Allah selamatkan kami Dan mati kan kami dalam iman.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah ra bahawasanya beliau berkata:
Bahawasanya telah bersabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada orang yang beramal dengan amal ahli syurga pada waktu yang lama,kemudian dia mengakhiri amalnya itu denagan amal ahli neraka,dan sesungguhnya ada orang yang beramal amal ahli neraka pada waktu yang lama,kemudian ia menutup amalnya itu dengan amal ahli syurga."
Bahawasanya telah bersabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada orang yang beramal dengan amal ahli syurga pada waktu yang lama,kemudian dia mengakhiri amalnya itu denagan amal ahli neraka,dan sesungguhnya ada orang yang beramal amal ahli neraka pada waktu yang lama,kemudian ia menutup amalnya itu dengan amal ahli syurga."