Ahad, 29 Disember 2013

Lelaki Alim yang buat zina


Seperti janji Iblis yang kufur kepada Allah,  sudah berjanji untuk menyesatkan anak Adam hingga hari kiamat. Dia laknatullah akan menghasut untuk melakukan kejahatan di dalam hati anak Adam supaya ingkar kepada Allah. Oleh itu, tidak hairan jika seorang yang dekat dengan Allah akan digoda oleh syaitan. Malah apabila seorang Anak Adam semakin dekat dengan Allah maka syaitan yang menggoda akan lebih tinggi pangkatnya.

Seperti pernah dikisahkan tentang seorang yang suka beribadah telah masuk di dalam zina!

Penah dikisahkan ada seorang abid (ahli-ibadah) yang hebat di sebuah kampung. Dia memang cukup sangat terkenal sebagai lelaki yang kuat ibadah. Semua orang kampung di situ kenal dan segan dengan dia.

Lelaki ini akan mengabdikan dirinya hanya untuk Allah setiap hari di masjid. Dia akan menghabiskan masanya hanya dengan bersujud, berzikir dan ibadah semata-mata kerana Allah. Apabila dia berasa lapar, dia akan makan sedikit dan sambung balik ibadah. Apabila dia berasa ngantuk, dia akan rehat sebentar dan sambung ibadah selepas bangun. Itu lah kerja harian dia.

Sampai lah satu hari, ketika dia sedang ibadah di masjid ada seorang lelaki duduk di sebelah dia. Lelaki itu tidak penah dilihat oleh lelaki beriman itu. Tetapi dia hiraukan lelaki asing itu.

Sedang dia beribadah, lelaki asing itu pub beribadah. Malah, ibadah dia lebih kusyuk. Lelaki asing itu sujud dan ibadah dalam tangisan. Lelaki yang alim tadi rasa sedikit cemburu sebab lelaki asing ini lebih hebat dari dia. Apabila sudah masuk waktu malam, lelaki Alim itu pun hendak pergi ke tidur buat sebentar. Apabila dia sedar, dia melihat lelaki asing itu tetap ada di tempat yang sama. Tetap beribadah dalam tangisan. Tk tidur ke? Bisikan hati lelaki Alim itu. Tetapi dia hiraukan, dan sambung ibadah. Ketika Masuknya waktu untuk makan, lelaki Alim itu berhenti seketika untuk makan. Setelah itu, apabila dia pergi ke tempat tadi. Lelaki asing itu tetap di situ! Tk lapar ke?

Ini sungguh menghairankan dia. Hebat sungguh. Tiba-tiba, perasaan cemburu timbul di hatinya.

"Aku adalah seorang yang hebat di kampung ini. Ini tidak boleh jadi... Tidak ada orang yang boleh hebat lagi aku."

Ini lah Bisikan hatinya.

Lalu, lelaki Alim ini memberanikan dirinya untuk tanya dengan lelaki asing itu.

"Boleh ke aku bertanya ? Aku sudah lama perhatikan kau. Aku lihat kau tidak tidur dan makan. Tk ngantuk dan lapar ke?"

Dia pun menjawab 

"Aku ini banyak dosa. Aku tidak Ada masa untuk berhenti. Sungguh aku telah rasa kemanisan taubat."

Lelaki Alim itu terdiam seketika dan lalu berkata .

"Dosa apakah kau telah buat sama okay dapat rasa kemanisan taubat itu?"

Kalau dia jawab 

"Aku buat terlalu banyak dosa. Oleh itu, Aku telah merasakan kemanisan taubat. Dimana, aku tidak ingin untuk tidur atau pun makan."

Lelaki Alim itu rasa lagi cemburu sebab tidak rasa itu kemanisan taubat. Lalu dia tanya lagi .

"Bagaimana aku hendak merasakan itu?"

Dia pun menjawab, 

"Kalau kamu ingin maka buat lah dosa seperti aku buat."

"Dosa apa itu?" Lelaki Alim itu tanya

"Aku telah buat zina, Minum arak Dan membunuh orang."

"Bagaimana aku hendak buat itu semua? Sedangkan aku ni seorang yang dikenali sebagai ahli ibadah."

Hujah lelaki Alim itu

"Baik lah. Aku cadang kau untuk pergi ke satu tempat yang jauh di sini. Di situ memang tempat maksiat. Kau pergi ke sana dan kau cuma minum setitik arak sahaja. Lepas tu kau kembali ke sini, Dan minta ampun. Pasti kau akan merasai kemanisan taubat itu."

Lelaki Alim itu pun mengikut arahan nya semata-mata hendak jadi hebat lagi dia.
Dia pun pergi ke tempat maksiat itu. Dan minum setitik arak seperti disuruh. tetapi kerana itu adalah kali pertama dia minum arak itu, dia terus jadi mabuk sebab tidak biasa.

Tiba-tiba, seorang wanita yang cantik pun lalu dia. Terus nafsunya tergoda, lalu ajak perempuan itu untuk zina. Nauzubillah! Selepas mereka buat zina, lelaki yang tadi alim sudah berasa bersalah. Dia rasa malu. Bukan mula dengan Allah, tetapi dengan manusia! Malu jika mereka tahu dia buat zina.

Oleh itu, lelaki itu pun membunuh wanita tadi sebab takut nanti wanita ini akan hamil. Lepas tu, dia tarik wanita ini di  hutan dan tanam supaya tidak orang tahu. Tiba-tiba orang kampung datang berramai-berramai dan tangkap lelaki itu.

Lelaki itu pun dihantar ke mahkamah. Semua orang terkejut melihat orang Alim itu ditangkap. Tetapi hukum tetap hukum, dia pun dihukum mati.

"Astaghfirullah "

Baru dia mula menyesal. Dia mengambil nafas lalu mengharap keampunan dari Allah. Tiba-Tiba lelaki asing itu datang di depan nya. Dan berkata..

"Kau nak tau tk? Semua ini adalah memang aku rancangkan. Kau nak tau tk? Aku lah yang membawa wanita itu lalu depan kau dan menghasut kau untuk buat zina. Aku lah yang menghasut kau untuk bunuh wanita itu selepas zina itu. Dan apabila kau sedang menanam mayat dia. Aku lah yang memberi tahu kepada orang kampung..."

"Kau nk tau tk aku siapa?"

"Aku lah iblis "

Berkata lelaki itu. Lelaki yang Alim tadi terus menjadi marah lalu jerit 

"Celaka kau iblis !"

Apabila dia kata gitu, dia pun dipancung. Nauzubillah ! Mati dalam kufur. Tidak sempat untuk dia taubat.

Allahu Akbar. Siapa sangka seorang yang Rajin ibadah mati dalam kufur? Semoga Allah selamatkan kami Dan mati kan kami dalam iman. 

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah ra bahawasanya beliau berkata:

Bahawasanya telah bersabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada orang yang beramal dengan amal ahli syurga pada waktu yang lama,kemudian dia mengakhiri amalnya itu denagan amal ahli neraka,dan sesungguhnya ada orang yang beramal amal ahli neraka pada waktu yang lama,kemudian ia menutup amalnya itu dengan amal ahli syurga."

Jumaat, 27 Disember 2013

" Makna Bacaan Solat "


" Credit by Nor Muhammad Ammar Bin Norazam "
" Twitter - @AmmarRainism "  



Solat ! Sejak kecil lagi ramai diantara kita yang melakukannya tapi kita faham atau tak bacaan solat kita ?

Macam Mana Nak Kusyuk kalau kita tidak faham bukan ?

Baiklah Biar Kami Share dan lepas ni korang boleh faham maksud solat dan lebih kusyuk kan 

" Awesome and excited bukan " 

Baiklah

  " Doa Iftitah "

" Surah Al Fatihah "

" Maksud Bacaan Doa Qunut " 

" Maksud Bacaan Rukuk "


" Makna Bacaan i'tidal


" Maksud Bacaan Sujud "


" Makna Bacaan Duduk antara dua sujud "


" Maksud Tahiyyat Awal "


" Maksud Tahiyyat Akhir "











" Credit by Nor Muhammad Ammar Bin Norazam "
" Twitter - @AmmarRainism "
" Source - My Utus Kini . Com dan i -production "

13 Sifat Orang yang diberi Martabat tinggi di Syurga





 






Siapakan orang yang akan dibalasi dengan martabat yang tinggi di Syurga? Mereka akan disambut pula dengan penghormatan dan ucapan selamat. Mereka juga akan kekal tinggal di Syurga, yang merupakan sebaik baik kediaman.


    Di dalam Surah Al-Furqan : 63-75, Allah SWT menjelaskan sifat sifat mereka yang bertuah ni. Ianya adalah :

  1. Orang yang berjalan di muka bumi ini dengan rendah hati. Apabila ditegur oleh orang jahil, mereka mengucapkan kata kata yang baik yang mengandungi keselamatan.
  2. Rajin solat malam atau tahajjud semata mata kerana Allah SWT.
  3. Berdoa agar dihindaridari Neraka kerana yakin dengan kewujudannya dan takutkan azab Allah. "Ya Allah, jauhilah azab Jahannam daripada kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal".   
  4.  Bersederhana dalam berbelanja. Mereka tidak  berlebihan dalam berbelanja tapi mereka tidak kedekut.
  5. Tidak menyembah Tuhan lain di samping Allah.
  6. Tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan alasan yang benar.
  7. Tidak berzina.
  8. Jika melakukan dosa, mereka bertaubat nasuha yakni bertaubat bersungguh sungguh, beriman dan mengerjakan amal soleh agar Allah SWT menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan.
  9. Tidak beri persaksian palsu.
  10. Menjaga kehormatan diri dengan tidak terikut ikut dengan orang orang yang mengerjakan perbuatan tidak berfaedah.
  11. Peka apabila diberi peringatan dengan ayat ayat Allah. Mereka tidak degil, mereka mendengar dan melihat peringatan peringatan tersebut.
  12. Orang yang memohon "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri isteri kami dan keturunaan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang orang yang bertakwa.
  13. Bersabar dalam melaksanakan perintah perintah Allah ini dan meninggalkan segala larangan-NYA. 









  

 Seorang Ukhty~










Muadzin Pertama : Bilal Bin Rabbah

Terima Kasih kepada sesiapa yang mengunjungi Blog kami ini. Hari ini ana hendak sampaikan kisah Para Sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Bilal bin Rabbah.
Baiklah dengan namaMu Ya Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.Bismillah.


PROFIL SAHABAT:
Bilal bin Rabbah dilahirkan diMakkah. Ibunya bernama Hamamah dan beliau telah berkahwin dengan saudara perempuan kepada Abdul Rahman bin Auf. Beliau merupakan hamba kepada Umayyah bin Khalaf.

Beliau merupakan orang yang pertama memeluk Islam daripada kalangan Hamba. Beliau memeluk Islam secara rahsia kerana bimbang diketahui oleh tuannya. Beliau telah diseksa oleh tuannya apabila mengetahui pengislaman beliau. Bilal telah dijemur ditengah padang pasir dibawah matahari yang terik dengan keadaan tangan dan kakinya diikat, manakala seketul batu besar diletakkan diatasnya.

Beliau dibebaskan oleh Abu Bakar al-Sidddiq. Selepas dibebaskan, Bilal merupakan seorang hamba Allah yang taat pada perintah Allah, kuat iman dan ikhlas dalam melakukan apa jua pekerjaan. Sifat sabar Bilal dapat dilihat apabila beliau disiksa teruk oleh Umayyah. Walaupun demikian, beliau masih tetap dengan pendiriannya untuk berada dalam Islam.

Banyak peperangan yang beliau sertai bersama Rasulullah s.a.w seperti perang Badar, Uhud, Khandak dan lan-lain lagi. Sumbangannya terhadap Islam amat banyak apabila beliau membantu Rasulullah s.a.w menyebarkan dan mengembangkan ajaran Islam.

Bilal merupakan muazin pertama kepada Rasulullah s.a.w. Terdapat dua orang muazin; dua orang muazin di Madinah ialah Bilal bin Rabah dan Amru bin Ummu Maktum, dua lagi di Makkah iaitu Abu Mahzurah Aus dan Sa'd al-Qarz di Quba.


AZAN TERAKHIR BILAL..
Setelah wafat Rasulullah s.a.w dan Saiyidina Abu Bakar r.a menjadi pemimpin umat Islam, Bilal Bin Rabbah bertemu khalifah tersebut lalu berkata, "Wahai khalifah Rasulullah, aku mendengar Rasulullah bersabda, "'Amalan terbaik bagi seorang Muslim adalah jihad dijalan Allah.'"

Abu Bakar bertanya kepadanya, "Jadi apakah yang kamu inginkan Bilal?" Bilal berkata,"Aku ingin berjihad dijalan Allah sehingga aku mati."

Tanya Abu Bakar lagi,"Dan siapakah yang akan melaungkan azan untuk kami?" Jawab Bilal,"Aku tidak akan melaungkan azan untuk sesiapa selepas kewafatan Rasulullah." Abu Bakar cuba memujuknya,"Teruslah laungkan azan untuk kami Bilal."

Bilal memberitahu Abu Bakar."Jika kamu membebaskan aku untukmu, aku akan lakukan apa yang kamu inginkan,tetapi jika kamu membebaskanku demi Allah, biarlah aku dengan dia, yang keranaNya aku dibebaskan."

"Aku bebaskanmu kerana Allah, Bilal," kata Abu  Bakar. Dengan itu, Bilal menyerahkan seluruh saki baki hidupnya untuk berjuang demi Islam dengan keyakinan bertemu dengan Allah dn Rasul-Nya.
Suara lunaknya melaungkan azan tidak lagi kedengaran kerana setiap kali menyebut perkataan yang bermaksud "Aku bersaksi Muhammad itu pesuruh Allah." didalam azan Bilal pasti akan terkenangkan Nabi s.a.w. Dia akan menangis dan suaranya hilang dalam kesedihan.

Azan terakhir Bilal ialah pada zaman Saiyidina Umar Al-Khattab. Ketika itu khalifah Islam itu melawat Syria dan Muslim merayu agar Bilal melaungkan azan untuk mereka. Begitu juga Umar turut memujuk. Akhirnya Bilal bersetuju.

Apabila azan dilaungkan oleh Bilal dan secara tiba-tiba Bilal menangis apa bila menyebut perkataan yang bermaksud "Aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah". Umar dan para sahabat yang mengiringinya sayu dan menangis.

Bilal bin Rabbah meninggal dunia di Syria. Berjuang dijalan Allah seperti yang diidamkannya. Beliau disemadikan di Damsyik. Allahuakbar :')


Alhamdulillah akhirnya ana selesai berkongsi tentang para sahabat yang sangat menyayangi nabi sehinggakan menangis apabila menyebut nama baginda :') berbanding dengan kita? Sedangkan segelintir masih tidak mengetahui siapakah Muhammad s.a.w :'( Nauzubillah.

Ana selesai. Syukran kepada kamu semua baca sehingga habis kisah yang ana sampaikan. Semoga bermanfaat didunia mahupun diakhirat. Jika salah ana minta maaf kerana yang baik datang daripada Allah s.w.t dan yang buruk semuanya daripada diri ana sendiri. Assalamualaikum

Credit by Akhi Irfan Hakim bin Abd Malk.



Khamis, 26 Disember 2013

IBARAT DAUN KERING BERGUGURAN




Bismillahirramanirahim. 
Pada suatu hari, Abu Uthman dan Salman Al-Farisi yang merupakan sahabat baik sedang berada di bawah sepohon pokok. Sedang mereka berbual-bual, tiba-tiba Salman memegang sebatang dahan kering dan menggongcangnya.
Lalu, daun-daun kering di dahan tersebut berguguran sehelai demi sehelai.
Abu Uthman memerhatikan keadaan tersebut dengan penuh minat. Salman berpaling ke arah rakannya sambil bertanya: "Wahai Abu Uthman, mengapa engkau tidak bertanya sebab apa aku melakukan sebegini?"
Abu Uthman segera menjawab: "Beritahulah sebab engkau melakukan sebegitu."
Salman berkata: "Kerana beginilah yang pernah Rasulullah S.A.W lakukan di hadapanku." . 
Beliau menyambung: "Kami berada di bawah sebatang pokok. Baginda S.A.W mengambil sepohon dahan kering dan telah menggongcangnya sehingga semua daun berguguran.
Kemudian Baginda bertanya: " Wahai Salman, tidakkah kamu mahu bertanya sebab aku lakukan begini?"
Aku bertanya: "Beritahulah sebab tuan melakukan seperti itu."
Baginda bersabda: 'Sesungguhnya, apabila seseorang Muslim mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian menunaikan solat fardhu lima waktu, maka gugurlah dosa-dosanya sebagaimana gugur daun-daun tadi.'

Lalu, Rasulullah S.A.W membaca ayat 114 surah Hud yang bermaksud:
"Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang iaitu pagi dan petang dan pada waktu permulaan malam iaitu Maghrib dan Isyak. Sesungguhnya, amal-amal kebajikan terutama solat menghapuskan kejahatan. Perinta-perintah Allah tersebut menjadi peringatan bagi orang yang mahu beringat."
(Riwayat Ahmad)
Hadis ini bertaraf sahih li ghairih.
Dipetik dari kitab Syeikh Latif al-Rahman al-Bahra'jiy iaitu Kitab Tahqiq al-Maqal fi Takhrij Ahadith Fadha'il al-A'mal.
Daripada hadis di atas, apa yang kita boleh simpulkan. 
Banyak perkara yang boleh dipelajari.
Antara berikutnya:
1. Menyampaikan Ilmu
Betapa kasihnya para sahabat  kepada Baginda S.A.W. Setiap detik dan waktu mereka dapat berdamping dengan Baginda. Ini merupakan detik-detik yang sangat dihargai dan terpahat segar di hati mereka. Malah, dalam setiap peluang yang ada mereka akan menyampaikan apa-apa yang diperoleh kepada orang lain dengan penuh rasa cinta.
MasyaAllah. Hebat sungguh cinta mereka pada Nabi Muhammad S.A.W.
2.Perbicaraan yang Bermanfaat
Rasulullah S.A.W dan para sahabat telah menunjukkan satu piawaian yang patut diiukuti dalam kehidupan seharian kita. Daripada cerita yang saya tulis di atas, Lihat! Walaupun hanya duduk bersantai di bawah pokok, namun perbicaraan mereka amat bermanfaat. Perbualan mereka mampu mendorong antara satu sama lain untuk semakin hampir dengan Allah, hubungan hati semakin erat dengan Allah dan diri berasa semakin dekat dengan akhirat. Fikirkan! Perbualan antara Abu Uthman dengan Salman al-Farisi bukan hanya berlaku di masjid atau majlis ilmu, tetapi hanya di bawah sepohon pokok.
Subhannallah. Tabarakallah.
Berbeza sekali dengan perbualan kita pada hari ini. Berbeza sama sekali. Kita hanya berbicara soal dunia. soal rumah, pakaian mahal, melancong dan sebagainya.
Allahu Rabbi!
3.Diampunkan Dosa.
Hadis ini memberi khabar gembira berkenaan rahmat Allah S.W.T amat besar untuk umat ini. Tawaran agar dosa-dosa diampunkan dibuka seluas-luasnya. Siapakah antara kita yang bersih dari khilaf dan dosa?
Sedar atau tidak, setiap detik kita bergelumang dengan dosa serta khilaf.
Renung-renungkanlah.
Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa kesungguhan seseorang menjaga solat fardhu lima waktu dapat mengampunkan dosa-dosa kita.
Akhir Kata.

Semai cinta Ilahi
Dengan solat seikhlas hati
Pasti bahagia di akhirat nanti.

Written by AmrQamar.

Hawa Nafsu



"IKUT NAFSU, KAU LESU!"


Ketika seorang hamba melihat dengan akalnya tanpa terpengaruh oleh hawa, maka segala sesuatu akan tampak sebagaimana hakikatnya. Namun jarang yang dapat melihat dengan cara demikian, kerana hawa terlalu menguasai nafsu, dan nafsu sangat sulit untuk melepaskan diri dari kekuasaan hawa. Bahkan kerana demikian tersembunyi dan susah difahami, maka manusia tidak dapat merasakan kehadiran hawa. Hanya orang-orang yang berakal unggul (superior) yang dapat mengetahui keberadaan hawa dalam nafsunya.
Hawa adalah makanan nafsu. Hal ini membuat nafsu sangat bergantung dan sulit melepaskan diri dari cengkeraman hawa. Oleh kerana itu, jauhilah hawa dan bebaskanlah nafsumu darinya. 
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini; iaitu kecintaan kepada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga).” (Ali Imran: 14)
Menerusi ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa hikmah Allah s.w.t menciptakan nafsu keinginan dalam diri manusia ialah dengan tujuan untuk mendorong manusia mendapatkan apa juga perkara yang menjadi kemaslahatan dirinya atau kesinambungan zuriatnya. Keadaan nafsu yang menginginkan pelbagai perkara ini bukanlah satu kesalahan. Yang dicela dan salah ialah jika seseorang itu berusaha untuk mendapatkan keinginannya menerusi jalan yang tidak disyariatkan, atau menyebabkannya berpaling daripada mentaati perintah Allah s.w.t.

Imam al-Ghazali rahimahullah pernah berkata: “Sesungguhnya hawa nafsu ialah suatu bentuk keinginan yang tidak terpuji. Adapun keinginan yang terpuji adalah datangnya daripada panduan Allah s.w.t, yakni kekuatan ataupun dorongan yang menyebabkan manusia mahu menggerakkan dirinya untuk mendapat sesuatu perkara yang bermanfaat, sama ada untuk dirinya, keturunannya ataupun kedua-duanya sekali.”

Tips menahan hawa nafsu:
  1. Jaga mata kita dari hal-hal yang berbau menimbulkan syahwat dalam diri. Misalkan, melihat kucing sedang kahwin. Maka segeralah Istighfar, kerana dengan istighfar akan lebih menenangkan diri dan inshaAllah diampuni dosa-dosa kita.
  2. Perbanyaklah zikir, zikir adalah mengingat Allah. Ketika kita akan melakukan perbuatan hawa nafsu inshaAllah Allah akan menjaga kita dari perbuatan itu dengan cara kita mengingat-Nya dan tidak jadi melakukan perbuatan itu.
  3. Hindarilah menceritakan orang lain terutama soal aib. Lebih baik diam daripada ikut bercerita.
  4. Menahan Marah. 
  5. Rajinlah besenam. Dengan bersenam maka fikiran-fikiran kotor akan jauh dari kita. 
  6. Berhentilah bercakap kosong, seperti anjing dan kawan-kawannya. Kerana kalau tidak ditahan hal ini akan semakin memperkuat nafsu amarah yang bergelojak.
  7. Jaga solat. Perbanyakkan baca Al-Quran.
  8. Berdoalah seyakin-yakinnya kepada Allah agar kita dijauhkan dari perbuatan hawa nafsu dan diberi kekuatan supaya boleh menahan hawa nafsu yang laknatullah.

Penulis: @FitriNabihah
Rujukan: Buku Menangkis Bisikan Jahat (Syeikh Abdul Qadir Jailani)

Selasa, 24 Disember 2013

1000 tahun dalam kubur






Awan sedikit mendung ketika kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan untuk ke tanah perkuburan. Baju merahnya yang besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ais krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulut untuk dijamahi. Sementara tangan kirinya digenggam erat oleh ayahnya.
Yani dan ayahnya memasuki kawasan tanah perkuburan menuju ke pusara neneknya. Kemudian mereka duduk di atas tembok nisan yang bercatatan;
Hjh Aisyah Binti Marlia 19-10-1915 : 20-01-1965
“Nak, ini pusara nenekmu. Mari sayang… kita berdoa untuk nenek.”
Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yang diangkat ke atas dan dia ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Dia khusyuk mendengar ayahnya berdoa walaupun dia masih belum mampu memahami sepenuhnya setiap baris doa yang dititipkan.

“Ayah, nenek meninggal semasa umur 50 tahun ya?”alt
Ayahnya mengangguk dan tersenyum sambil memandang pusara ibunya.
“Hmm, bererti nenek sudah meninggal 48 tahun ya, Yah?” Kata Yani sambil lagak matanya mengira dan jarinya menghitung.
“Ya, nenekmu sudah di dalam kubur selama 48 tahun sayang… “
Yani menoleh kepalanya dan memandang sekelilingnya. Banyak pusara di sana . Di samping pusara neneknya terdapat pusara tua yang sudah berlumut.
Muhammad Zaini 19-02-1882 : 31-01-1910
“Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 103 tahun yang lalu ya Yah?” jarinya menunjuk nisan bersebelahan pusara neneknya itu.
Sekali lagi ayahnya mengangguk dan tangannya mengusap kepala anak tunggalnya itu.
“Ya nak. Benar katamu sayang. Mengapa?” tanya si ayah sambil menatap mata anaknya yang redup.
“Hmmm, semalam ayah beritahu jika kita meninggal dan banyak dosa. Kita akan diseksa di kubur. Iya kan yah?” kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya.
Ayahnya tersenyum dan menggangguk.
“Benar, lalu?” tanya si ayah meminta penerangan si anak.
“Iya… kalau nenek banyak dosanya, bererti nenek sudah diseksa 48 tahun di kubur ya ayah? Kalau nenek banyak pahalanya, bererti sudah 48 tahun nenek bahagia dikubur. Betul tak ayah?” Mata Yani bersinar ingin tahu.
Ayahnya tersenyum, namun sekilas menampakkan keningnya yang berkerut dan perasaannya yang cemas.
“Iya nak, kamu pintar sayang,” kata ayahnya pendek.
Pulang dari tanah perkuburan, ayah Yani kelihatan gelisah di atas sejadahnya. Dia memikirkan perkara yang telah diperkatakan oleh anak kesayangannya tadi.
“… 48 tahun hingga sekarang… kalau kiamat datang 100 tahun lagi…148 tahun diseksa .. atau bahagia dikubur?” Dia bermonolog sendirian.
Lalu dia tertunduk dan menitiskan air mata.
“Kalau dia meninggal dan banyak dosanya – kiamat masih 1000 tahun lagi, bererti dia akan diseksa 1048 tahun?..’Innalillaahi wa inna ilaihi rooji’un’… “
Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah dia diseksa selama itu.
“Itu kalau benar kiamat lagi 1000 tahun tetapi kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itukah  dia akan diseksa di kubur? Mampukah dia bertahan dengan tiap seksaan? Padahal melihat adegan pukul di salah satu rancangan televisyen pun dia sudah tidak tahan untuk melihatnya?” Jiwanya penuh dengan monolog.
“Ya Allah…”
Dia semakin menunduk. Tangannya diangkat dan air matanya semakin membanjiri pipinya.
“Allahumma as aluka khusnul khootimah.”
“Ya Allah, kurniakanlah aku pengakhiran kehidupan yang baik.”
Berulang kali dibacanya doa itu sehingga suaranya serak dan terhenti sejenak apabila terdengar batuk Yani. Dihampirinya anak kesayangannya yang sudah terlena dan membetulkan selimutnya.
Yani terus tertidur tanpa mengetahui betapa ayahnya amat berterima kasih kepadanya kerana telah menyedarkannya erti sebuah kehidupan dan kehidupan hakiki yang akan datang di hadapannya.
“Ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku…”

Nabi Idris di langit keempat





Mukadimah :
Nabi Idris merupakan Rasul pertama yang diutuskan kepada keturunan Qabil , anak kepada nabi Adam yang derhaka . Beliau mengingatkan mereka supaya bertaubat dan berkelakuan baik sebagaimana yang dikehendaki syariat . Pengikutnya sedikit , beliau ditentang lalu beliau dan pengikutnya meninggalkan Mesir . Nabi Idris menumpukan perhatiannya kepada ibadah disamping mengajar pengikutnya ajaran kebaikan . Suatu hari , berlaku peristiwa beliau bertemu dengan malaikat maut yang memberinya banyak pengalaman . Sehingga akhirnya beliau menetap di langit keempat dan tidak turun lagi ke dunia sampai hari kiamat .

Kerasulan Nabi Idris :
Nabi Idris dilahirkan di Mesir. Pada waktu kecil ia belajar kepada Nabi Syis anak nabi Adam . Setelah dewasa , Allah menurunkan wahyu kenabian kepadanya . Kemudian , ia menjalankan tugas kenabiannya melarang anak cucu nabi Adam dari berbuat dosa . Beliau mendapat tentangan daripada mereka . Hanya sedikit sahaja  yang mengikutinya . Oleh kerana mendapat tentangan yang hebat , Nabi Idris dan pengikutnya meninggalkan Mesir . Beliau dan pengikutnya terus berkelana menyampaikan agama Allah . 

Bertemu Malaikat Maut :
Nabi Idris kembali juga ke Mesir , tetapi kaumnya tetapi kaumnya yang ingkar tetap degil dan mengganggunya .Untuk meperolehi ketenangan dan menghindarkan diri daripada gangguan kaumnya , Nabi Idris a.s . pergi ke suatu tempat yang sunyi setiap pagi . Disana , beliau beribadat bersendirian sehingga petang kemudian barulah pulang . Begitulah yang dilakukan setiap hari . Suatu hari dalam perjalanan ke tempat ibadahnya , terdapat seorang lelaki mengekorinya . Apabila beliau berhenti , orang itu turut berhenti . Apabila beliau berjalan , orang itu berjalan . Nabi Idris hairan lalu bertanya siapa orang itu dan apa tujuannya berbuat begitu . Orang itu memberitahu bahawa dia malaikat maut yang mana bersahabat dengannya .

Nabi Idris ingin merasai mati :
Nabi Idris menerima pemuda itu (malaikat maut) bersahabat dengan senang hati . Mereka berdua berjalan menuju ke tempat beribadah Nabi Idris . Suatu hari Nabi Idris meluahkan perasaannya kepada malaikat maut . "Saya teringin untuk merasai bagaimana nyawa dicabut ," kata Nabi Idris kepada malaikat maut . Malaikat maut terkejut mendengarnya , kerana selalunya orang takut hendak merasai mati . Malaikat maut bersujud kepada Allah . dan Allah memperkenankannya . Nabi Idris baring dan malaikat maut mencabut nyawanya . Setelah itu , nyawa nabi Idris dimasukkan kembali ke dalam tubuhnya . 

Ingin melihat Neraka :
Nabi Idris menceritakan keadaan beliau dicabut nyawa . Sakitnya bagaikan seluruh kulit seperti disiat . Seolah olah bintang bintang dilangit jatuh berguguran dan langit runtuh menimpa bumi dan beliau rasa tertimbun didalamnya . Seterusnya Nabi Idris merayu pula untuk melihat keadaan Neraka . Sekali lagi malaikat maut hairan akan permintaannya itu . Lalu Allah memperkenankan permintaanya . 

Memakai terompah Neraka :
Malaikat Malik Zabaniah penjaga Neraka menyambut kedatangan mereka berdua . Menceritakan hajat Nabi Idris untuk melihat neraka lalu dibuka pintu neraka dan nabi Idris melihat terompah dari besi yang dipakai oleh penghuni neraka yang berkeadaan mendidih otaknya Lalu meninggalkan tempat itu . 

Ingin melihat Syurga :
Nabi Idris menyatakan hasratnya kali ketiga untuk melihat syurga pula . Malaikat maut memohon keizinan Allah s.w.t lalu mereka menuju ke syurga . Dari jauh nabi Idris sudah tercium keharuman bauan syurga dan bunyi bunyian yang merdu . Malaikat maut memberi salam kepada Malaikat Ridzuan yang merupakan penjaga syurga . Nabi Idris sangat hairan akan keindahan yang mengatasi segala keindahan didunia . Bangunan yang amat cantik dan terdapat menara yang tinggi , Sungai sungainya besar dan airnya terdiri dari madu , susu , arak dan sebagainya . Kebun buah buahan teratur , rendang dan lebat buahnya . Taman - taman bunganya indah dengan bau yang sungguh semerbak . 

Nabi Idris tidak mahu pulang :
Nabi Idris dipelawa duduk diatas kerusi yang sangat empuk berlantaikan permaidani yang sangat indah . Pelayang syurga yang membawakan makanan dan buah buahan yang pelbagai bentuk serta minuman yang lazat . Sambil menikmati hidangan , beliau mendengar lagu yang merdu . Ketika itu , Nabi Idris memohon kepada Allah dan menyatakan hasratnya tidak mahu pulang ke dunia . Allah pun mengizinkannya untuk tinggal dilangit keempat sehingga menjelang kiamat . Wallahualam :)

Isnin, 23 Disember 2013

La Tahzan Sayang




Ambe nim baru first time nop post dekat blog ni . So agak gementar sikit . Kalau ada salah mohon tegur deh . Hoho. Hari ni ambe nak cakap pasal dugaan, ujian, rintangan, ribut taufan, or pape jelah yang tuan ambo semua panggil . Sebelum tu, ambe nak mintak maaf sikit deh . Sebab ambe ni reti tulis yang santai . Kalau nak berceramah or bagi ilmu macam akhi dan ukhti lain, memey ambe dop mampu. Ilmu pum sikit sangat lagi ni :'3 And ana lebih banyak bercerita berdasarkan pengalaman ana sendiri . Hm, teruknya ambe -.- Tapi ambe nop cita jugok . Kalau dop suka , hmmm ambe letak jawatan deh xD
La Tahzan, jangan bersedih . Allah Yufhimu, Allah understand you. Qawi lillahi taala, stay strong because of Allah . Ujian ? Itu memang dah sinonim dengan hidup kita . Ye dop ? Manada manusia dalam dunia ni yang takde masalah . Semua ada masalah tersendiri . Bila ditimpa masalah, kita kenalah bersabar dan selesaikan dengan baik . Apa orang kata , profesional . Kot . Ambe pun dah lupa -.- 
Yang penting, ingat Allah . Dia bagi ujian tu sebab dia sayangkan kita . Dia tanak kita jatuh . Dia nak kuatkan hati kita yang rapuh ni haaa . Mung tokse deh ghoyak Allah dop sayang kito . Sebab Dia sayanglah dia bagi ujian . And kekadang , Dia bagi ujian sebab dia rindukan kita . Dia rindu nak dengar kita merintih memohon pertolongannya . Sedar dop ? Cuba check balik, lepas mung solat mung mohon dop ke Dia ? Mung doa dop ke Dia ? Mung bersyukur dop ke Dia bila mung senang ? Kalau mung buat apa yang ambe cakap tu, Alhamdulillah . Tapi kalau mung dop buat, mung memey kurang pandai deh . Semua yang antum miliki dekat dunia ni, datang daripada Allah . Tau tak ? Kalau tak tahu, ana nak bagi antum tahu sekarang . Kalau baca balik ana tulis " Semua yang antum miliki dekat dunia ni, datang daripada Allah" , akan ada segelintir yang kata , "Ye ke. Duit ni atas usaha aku sendiri. Bos aku yang bagi gaji." lepas tu "Bila aku sakit aku makan ubat. Then, aku sihatlah balik." takpun "Takde maknanya . Ambe selama hari ni tak penah doa pun hidup senang je." Kalau ada di antara pembaca yang ana hormati ni cakap camtu, mohon pegi solat taubat . Jangan angkuh sayang .
Haaaa, cane kalau Allah tido ? Mung nak buat apa pun semua dop jadi . Dunia ni akan huru-hara . Sekejap je, mung pi try bawak kereta then mung tido . Tak payah lama. Dalam 3 minit cenggitu pun jadi . Haaaaa, masuk lombong lah kereta antum . Tak caya ? Pi ah try . Tapi make sure tido betul-betullah . Jangan tido ayam -.- Kalau mung selamat, maksudnya ajal mung jauh lagi. Hoho . Sorry to say lah . Kebanyakan umat akhir zaman ni, bila diuji sikit dah murtad . Bila diuji sikit, dah benci Allah bagai . Kepala tu betul ke dop ? Ambe dah cakap , la tahzan . Jangan sedih kalau diuji . Jangan sedih bila sakit . Kalau antum sakit, tu salah satu kifarah dosa yang antum buat . Haaa, patutnya bersyukur . Sebab Allah hapuskan dosa antum . Bila ditimpa musibah tu, pi ah berdoa . Mohon Allah tunjukkan jalan penyelasaian . Jangan bongkak . Semua ni pinjaman je . Sikit masa lagi Allah tarik lah satu persatu . Allah yufhimu . Jangan cakap takde sorang pun yang fahami antum . Bila semua orang takdop, Allah ada . Dia sentiasa ada untuk hambanya . Mengadu lah dekat dia . Tak payah nak pegi cari orang lain . Duk atas sejadah, ceritalah dekat Allah . Dia maha mendengar . Mung nak cerita 24 jam pun takpe . Dia akan dengar . Kalau manusia ? Manusia ni mudah bosan . Kalau mung bercerita setengah jam pun kekadang dia dah bosan . Kan ? Bila ditimpa musibah, ingatlah ada yang diuji lebih teruk dari diri antum . Kalau antum tak dapat anak yang baik, antum akan dikurniakan isteri yang baik . Kalau antum tak dapat kereta mewah, antum dikurniakan dengan kereta yang tak selalu buat hal . Tak silap ambe camtulah lebih kurang . Ambe dah lupa -.-
Heh. Kesimpulannya sekarang, jangan bersedih . Ingat yang Allah sentiasa ada untuk antum semua . Berdirilah teguh kerana Allah . Kerana agama . Bila takdop hala tuju, kembalilah kepada Dia . Maksud ambe, solatlah . Solat tu kan tiang agama ^^ Doa bebanyak . Allah suka hamba dia meminta . Lagi banyak meminta, lagi dia suka . Kalau tuan ambo ? Mintak sikit pun dah merungut . Ye dop ? Hoho . 
Sampai sini je deh ambe menulis . Maaflah banyak merepek . Ana ni ilmu cetek lagi . Tak macam antum . Wallahua'lam.  Keep calm and La Tahzan. 
 




Soal Jawab Kuliah UAI




Semua ini diambil dari Sesi soal jawab di kuliah Ustaz Azhar Idrus. Oleh kerana, jawapan yang diberikan oleh UAI sangat panjang. Saya telah mencuba untuk meringkaskan nya dan mengubah suai sedikit. Oleh itu, cara jawapan yang ditulis bukan semestinya sama seperti cara UAI Sampaikan. Walau bagaimana pun, hukum yg dikhabar oleh beliau yg dikhabar adalah tetap sama.

1. Soalan "Lepas SOLAT Baru Perasan AURAT Terbuka"

J: Jika selepas dia beri Salam Dan perasan bahawa Seluar dia koyak dan auratnya terbuk. Maka solat dia tidak sah Oleh itu mesti ulang Balik. 

2. Soalan "saya telah berzina dulu. Jika suami baru sya paksa saya untuk jawab saya penah zina ke tk. Mcm mana?"

J: Kata "tidak" walaupun buat. Ini tipu Sunat sebab tidak membesarkan masalah.

3. Soalan "ambil wudu secara bogel. Sah?"

J: sah sebab memakai pakaian bukan dalam syarat sah wudu'. Syarat sah wudu' mcm menggunakan air mustamal dll.

4. Tauhid 20 sifat atau Tauhid Ruhubiyyah, Uluhiyyah dan asma wa sifat. Mana yg betul?

J: Dua-dua itu betul sebab mereka dari ulama'. Ini cuma cara kite belajar Tauhid dgn mudah. Yg penting kite dapat tauhid kan Allah.

5. Betul ke membaca yasin x3 pada malam nisfu Syaban bukan dari Sunnah?

J: Tidak Ada sembarang hadis yang menyuruh kita untuk membaca yasin. Oleh itu, kite tidak boleh niat ikut Sunnah. Kalau nk buat, niat kite hanya nk membaca Quran. Siapa yg amalkan akan diberikan pahala.

6. Apa hukum buat rancangan tv "pilihan Ustazah"?

J: mmg tk boleh sebab menunjukkan wanita tu walaupun dia tutup aurat. Orang lelaki yg tengok plak tu. Jadi lain pulak

7. Apa hukum mewarnakan rambut ?

J: syarat nk warnakan rambut ada 2.
1. Rambut itu mesti beruban dlu
2: Pastikan pewarna itu tidak menghalang rambut dari air.

Jika tidak ada uban maka tidak boleh. Bagi perempuan yg beruban, Sunat warnakan rambut sebab mencantikkan untuk suami. Haram kalau buat untuk Tarik perhatian ajnabi.

8. Apa hukum plastic surgery?

J: Kalau kerana kemalangan, ulama' kata harus. Tetapi jika dah molek dan nak beri lagi cantik, haram hukumnya sebab mengubah ciptaan Allah.

9. Apa hukum sedekah kepada orang kafir?

J: Kalau sedekah itu tidak menyumbang kepada perkara yg haram, maka hukumnya harus. Lebih afdal jika kepada Muslim. Yang haram contoh nya mcm sedekah kepada temple2.

10. Apa hukum cukur rambut bagi perempuan?

J: Haram bagi perempuan yang sudah dewasa. Boleh bagi kanak2. Yang haram bagi dewasa adalah kerana ia menyerupai lelaki. Melainkan, darurat seperti hendak Buang penyakit.

11. Apa hukum sujud lama ketika solat jemaah?

J: Katakan dia sedang solat jemaah. Bile sujud terakhir, imam pun bangun Dan duduk tasyahud Akhir. Tetapi dia sedang sujud. Kalau imam tu sudah baca tasyahud Akhir sampai "Ash hadu alla ilahaillah." Batal solat dia. Kenapa? Sebab sengaja melambatkan. Oleh tu, cepat2 la bangun.

12. Apa nk buat kalau kite sedang solat zuhur di Akhir waktu, lalu apabila sedang solat azan Asar masuk? Nk batal kan atau terus kan?

J: Ulama' kata haram batalkan solat tu walaupun sudah masuk waktu. Sekiranya apabila dia sedang solat zuhur di rakaat yg ketiga lalu Asar masuk. Maka teruskan seperti biasa. Solat dia telah sah dan solatnya itu tunai. Tetapi Sekiranya dia sedang solat zuhur Dan belum lagi dapat satu rakaat. Maka niat harus tukar ke qadha. Wallahualam 

13. Sah tk wudu kalau ambil wudu sedangkan muka berminyak? Adakah minyak tu menghalang air itu?

J: Sah wuduknya sebab minyak itu dimaafkan. Minyak yang tidak boleh adalah minyak yang macam minyak Masak.

14. Apa hukum jimak dengan 4 isteri sekaligus?

J: Ulama' seperti imam Nawawi kata bahawa hukumnya haram. Oleh kerana, jimak memerlukan membuka aurat. Walaupun suami Dan isteri tidak ada aurat. Tetapi isteri dan madunya, wajib menjaga aurat mereka.

15. Sah tk solat kalau baca seperti tasyahud awal ketika tasyahud Akhir?

J: Bacaan tasyahud awal adalah hingga "Allahumma solli ala Muhammad." Maka jika dia membaca tashahud awal ketika tasyahud Akhir maka solatnya sah. Sebab rukun sah solat adalah membaca selawat atas Nabi saw sebelum Salam. Dan, Selawat "Allahumma solli ala Muhammad" sudah cukup. Tapi sunat kalau sambung hingga Selawat atas Nabi Ibrahim dan "fil alamina innaka hamidum majid"

16. Apa hukum bayar hutang bank? Wajib tk?

J: Tidak wajib bayar kalau tidak mampu. 

17. Apa hukum wanita muslimah muda baik tua pakai seluar jeans?

J: Wanita tidak haram memakai Seluar. Tetapi wanita wajib elak dari 2 perkara
1. Nampak warna kulit. Walaupun tidak ketat, tetapi kalau Jarang. Kalau Ada lubang? Tetap Haram
2. Seluar itu mengikut bentuk tubuh. Ketat. Maka hukumnya haram. 

Kalau dia elak ini 2 perkara maka hukum nya harus memakai Seluar.

18. Apa hukum wanita muslimah yang memakai jubah dan tudung labuh tetapi berwarna warni?

J: Hukumnya harus melainkan baju itu jarang dan boleh dilihat warna kulitnya. Atau pun ketat. Cuma ulamak galakkan memakai warna yang pudah-pudah supaya tidak menarik perhatian ajnabi.

19. Apa hukum orang kafir masuk masjid?

J: Hukumnya harus jikalau mengikuti dua syarat.
1. Dibenarkan masuk Oleh orang Islam.
2. Menjaga adab

20. Adakah wajib bagi orang yang baru masuk islam untuk solat?

J: wajib bagi dia untuk solat dengan apa yang dia tahu. Contoh, nk solat 5 waktu 
Tapi tk geti baca. Ulama Kata wajib dia berdiri, paling sedikit 5 minit. Kalau dia tahu baca tetapi ada banyak kesempurnaan maka itu dimaafkan.

21. Ibubapa bawak anak kecil ke surau. Lepas tu anak kecil tu buat bising, siapa tanggung dosa?

J: hukum membawa anak yang belum  mumayiz (belum tahu halal dan haram) adalah harus. Tetapi ibubapa tu harus menjaga dengan baik.

22. Wajib tak taat ibubapa yg kafir?

J: wajib selagi perintah ibubapa tu harus di hukum syarak. Tidak boleh taat kalau ibubapa tu suruh perkara yang haram . (Contoh: minum arak). Anak tu juga wajib hormat ibubapa nya walaupun kafir.

22. Adakah Adik beradik yang kafir juga dikirakan mahram?

J: Ye. Mahram itu tk kira agama. Wudhu tak akan batal kalau sentuh dengan ibu yang kafir. Hubungan dia dengan ibunya kekal sampai akhirat.

22. Apa hukum buat Tazkirah di tengah2 solat terawih? 

J: memang tidak sembarang hadis yang Nabi saw buat di tengah2 solat terawih. Walau bagaimana pun tidak Ada sembarang hadis yang melarang itu. Juga, Tazkirah adalah perkara yang baik maka hukumnya harus.

22. Batal tk solat kalau terketawa dalam solat?

J: Kalau sedikit maka dimaaf di sisi syarak. Tetapi kalau banyak sangat maka batal solatnya.

22. Apa hukum meminjam wang di bank yang Ada interest (riba')?

J: Hukumnya haram tetapi jika pinjaman itu darurat maka hukumnya boleh. Walau bagaimana pun, cuba lah ikhtiar untuk mengelak dari pinjaman itu. 

23. Apa hukum menerima duit rasuah?

J: yang memberi Rasuah Dan menerimanya dua dua dalam Api neraka.

24. Apa hukum simpan gambar bukan mahram

Harus kalau untuk keperluan kerja. Haram kalau simpan sebab nk hilangkan rindu bila tengok atau nk ambil kesedapan.

Akan ditambah lagi inshaAllah 

Wallahualam.