Jumaat, 10 Januari 2014

AMALAN Mengangkat AZAB


 



SETIAP amalan kita tidak sia-sia, in shaa Allah. Renungi dan hayati hadis ini untuk penjelasannya :
 Daripada Abdul Rahman B Samurah katanya: suatu hari Rasulullah SAW keluar dan bersabda: "sesungguhnya aku telah bermimpi sesuatu dan ajaib malam semalam. Aku melihat seorang daripada ummatku didatangi Malaikat Maut untuk mengambil nyawanya, maka Malaikat itu telah terhalan oleh KETAATANNYA kepada kedua ibu bapanya"

"Aku melihat juga seorang ummatku hampir menerima seksa kubur, maka dia telah diselamatkan oleh WUDHU'nya"

"Aku melihat juga seorang ummatku dikerumuni syaitan syaitan, maka dia telah dibebaskan daripada bahanya kerana ZIKRULLAH"

"Aku melihat seorang daripada ummatku diseret oleh Malaikat Azab, maka segera datang SOLATNYA membebaskannya dari tangan mereka" 
"Aku melihat juga seorang daripada ummatku yang amat dahaga, setiap kali dia mendatangi sebuah perigi, dia dihalang daripada meminum airnya, maka segera datang PUASANYA dan memberinya minum sehingga puas"
"Aku melihat seorang daripada ummatku yang mengunjungi kumpulan para Nabi sedang duduk berkumpul, setiap kali dia mendekati mereka, dia diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUBNYA sambil memimpinnya ke kumpulanku dan menunjukkannya supaya duduk di sisiku"
"Aku melihat seorang daripada ummatku diselubungi suasana gelap gelita. Duhadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di atas kepalanya gelap dan di bawahnya juga gelap dan dia dalam keadaan bingung. Maka datangalah HAJI & UMRAHNYA lalu mengeluarkannya dari suasana gelap itu dan memasukkannya ke dalam suasana yang terang benderang"
"Ake melihat seorang daripada ummatku berbicara kepada kaum mukmin, tetapi tidak seorang pun daripada mereka yang mahu membalas tegurannya, maka datanglah SILATURRAHIMNYA dan menyeru orang orang itu dan berkata "Wahai Kaum Mukminin, sambutlah bicaranya" lantas mereka pun bercakap kepadanya.
"Aku melihat seorang daripada ummatku sedang menepis nepis bahan api dan percikannya dari mukanya, maka segera datang SEDEKAHNYA menjadi tabir muka dan kepalanya daripada bahaya api itu"
"Aku melihat juga seorang daripada ummatku sedang diseret oleh Malaikat Zabaniah ke merata tempat, maka datanglah AMAR MAKRUF NAHI MUNKARNYA menyelamatkannya dari cengkamannya dan menyerahkannya kepada Malaikat Rahmat"
"Aku melihat seorang daripada ummatku sedang merangkak rangkak, antaranya dengan Tuhan terdapaat hijab yakni tabir, maka datanglah BUDI PEKERTINYA dan memimpinnya sehingga dibuka hijab itu dan masuklah dia ke hadrat Allah Ta'ala"
"Aku melihat seorang daripada ummatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catatannya, maka datanglah PERASAAN TAKUTNYA KEPADA ALLAH menukar buku catatan itu ke arah kanan"
"Aku melihat juga seorang daripada ummatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah ANAK ANAKNYA YANG MATI KECIL lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat"
"Aku melihat seorang daripada ummatku berdiri di pinggir jahannam, maka datanglah PERASAAN GERUNNYA TERHADAP SEKSA ALLAH membawanya jauh dari tempat itu"
"Aku melihat seorang daripada ummatku terjerumus ke dalam api neraka, maka datanglah AIR MATANYA YANG MENGALIR KERANA TAKUT ALLAH TA'ALA lalu menyelamatkannya daripada api neraka itu"
"Aku melihat seorang daripada ummatku sedang meniti titian as sirat sedangkan tubuhnya bergoncang seperti bergoncangnya ditiup angin, maka datanglah BAIK SANGKANYA TERHADAP ALLAH TA'ALA lalu menenteramkannya dan memudahkannya meniti hingga ke hujung titian itu"
"Aku melihat juga seorang daripada ummatku juga meniti titian as sirat, kadangkala diaa merangkak kadangkala dia meniarap, maka datanglah SOLATNYA menyeru kepadaku, lalu aku pun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri lalu meniti hingga ke penghujung titian itu"
"Aku melihat seorang daripada ummatku sudah hampir tiba di pintu syurga, dan tiba tiba pintu itu ditutup, maka menjelmalah PENYAKSIANNYA BAHAWA TIADA TUHAN SELAIN ALLAH lalu terbuka pintu pintu syurga itu untuknya sehingga dia dapat memasukinya"
"Aku melihat juga ramai yang digunting gunting lidahnya, lalu aku bertanya Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab "Mereka itulah orang orang yang suka membawa mulut ke sana ke mari" dan aku melihat juga orang orang yang digantung dengan lidah lidah mereka, maka aku bertanya Jibril siapa gerangan mereka itu, lalu Jibril menjawab "Mereka itulah orang orang yang melempar tuduhan terhadap kaum mukminin dan mukminat tanpa bukti""

Hadis ini disebut oleh imam As Sayuti di dalam kitabnya Syarhus Syudur.

Masha Allah betapa bergunanya amalan amalan yg kita buat di dunia ini walau ianya kecil tp di akhirat sangat besar pertologannya. Maka persiapkan awal awal bekalan untuk dibawa ke sana in shaa Allah amalan itu akan membantu kita. aamiin~


  
Seorang ukhty~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan