Sabtu, 11 Januari 2014

Tika Air Mata Gugur


Tika air mata gugur ke bumi
Aku bersendirian menyepi
Tiada siapa di sisi
Melainkan Tuhanku, Ya Ilahi.


Aku duduk keseorangan di jendela. Merenung jauh. Memandang ke arah bulan. Malam yang penuh syahdu. Bunyi ombak memukul kuat jadi peneman.

----------

"Am perlu kuat. Demi ummi,abi dan yang paling utama demi Ilahi." Kata-kata ummi masih disimpan rapi. Demi pengubat rinduku pada ummi dan abi. 5 tahun berlalu. Am rindu ummi. Am rindu abi. Pemergian mereka seolah mencabut segala kudrat yang ada. Sungguh diri ini perit. Terlalu perit. Insan yang paling aku sayang, dijemput Ilahi. 

--------

Diriku terlalu banyak bergelumang dengan dosa. Kata ummi dan abi tak pernah ku dengar. Dosaku terlalu banyak. Apa yang aku tahu hanya berhibur. Hanya tahu meminta duit pada ummi dan abi. Aku tahu mereka terkilan dapat anak sepertiku. Arrrhhh! Kenapa perlu fikir soal mereka. Aku orang muda. Hidup perlu enjoy. 
Ummi hanya seorang suri rumah. Abi pula bekerja sebagai pemotong rumput. Setiap hari Abi akan pergi rumah ke rumah untuk memotong rumput dan membersihkan laman. Hidup kami bertiga tidak terlalu senang. Aku mengambil keputusan untuk tinggalkan ummi dan abi karna aku terlalu lemas hidup dalam kesusahan.

Tangisan ummi diendahkan. Apatah lagi kata-kata abi.

Hidup bersama kawan memang menyeronokkan. Lagi-lagi apabila tempat tinggal, segala makan minum ku ditanggung. Duit belanja juga diberi. Hidupku terlalu bebas ketika itu. Tanpa ummi dan abi di sisi, hidup ini seperti syurga. Aku mula terjebak kepada perkara mungkar. Aku mula pergi ke kelab malam. Dimana semua perempuan di situ berpakaian tidak mengikut syara'. Aku mula meminum arak. Aku mula melakukan maksiat. Aku suka dengan kehidupanku pada tika itu. Pada suatu aku saat, aku mula terlanjur dengan seorang perempuan yang bernama Rina. Bagi kawan-kawanku itu adalah perkara biasa. "Kau tidur dengan banyak perempuan pun tak ada siapa yang marah. Tidurlah dengan seribu perempuan pun. Kau juga yang puas." Kata-kata mereka mula menusuk di hati. Tetapi aku tidak sanggup menduakan cinta Rina. Dialah kekasih ku yang aku sayang. Mana mungkin aku berbuat sebegitu. Aku ingin mengahwini Rina. Aku meluahkan hasrat hatiku kepada Rina bersaksikan kawan-kawanku. Mereka gelak besar dan begitu juga Rina. Aku terperanjat. " Sejak bila kau jadi baik ni Am? Kenapa nak kahwin?" kata salah seorang kawanku. "I tak nak jadi bini you. I nak hidup bebas. Lagipun, you nak tidur dengan siapa pun I tak kisah. I pun dah tidur dengan ramai lelaki. So fair la kan." Kata Rina.

Terduduk.

Kata-kata Rina betul-betul menyakitkan. Aku amat mencintai dia. Aku hanya menginginkan seorang gadis.
Rina.

-----------

Aku mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut. Aku tiada hala tuju. Sekarang aku baru sedar, Aku terlalu jauh pada Sang Pencipta. Hati ini terlalu merindui ummi serta abi. Bagaimanakah nasib mereka? Ya Allah.Dosaku terlalu menggunung. Aku terlalu mengejar dunia. Ampuni daku wahai Ilahi.
Sungguh aku malu untuk pulang. Aku hanya mampu menangis semahu mungkin di tepi bahu jalan. Kemudian, hadir seorang pakcik yang menegurku. Aku mendongak memandang tepat pada wajahnya. Mirip mukanya seperti abi. Terlalu tenang memandang wajah pakcik itu. Berpakaian serba putih dililit juga serban di kepala. Benar-benar mirip abi.
"Anak buat apa menangis di sini? Dah nak masuk azan Asar. Kita pergi solat dulu. Masjid dekat depan tu. Mari." ajak pakcik tersebut sambil menghulurkan tangannya. Aku capai tangan pakcik tersebut dengan lemah. MasyaAllah. Tangannya lembut seperti tangan abi. Sampai sahaja di ruang solat. Langkahku terhenti.
"Mari. Allah itu Maha Pengampun. Jangan takut." kata-kata pakcik tersebut seolah menenangkan hati. Aku kian melangkah laju. Saat diri ini mengangkat takbir, hati ini terlalu sebak. Aku tidak dapat menahan air mataku yang deras gugur. Aku malu Ya Allah. Aku malu. Aku tinggalkan ummi dan abi kerana menginginkan kemewahan. Aku menangis semahu yang mungkin. Jemaah sudah berangkat keluar dari masjid. Yang tinggal hanya aku dan pakcik tersebut. 

"Menangislah nak. Menangislah sekarang karna masih ada masa untuk mu bertaubat. Selepas ini, kamu pulanglah. Pulang kepada ibu dan ayah kamu." kata-kata pakcik tersebutseolah ada maksud yang tersirat. "Allah itu Maha Mendengar. Maha Pengasih. Jika hari ini kamu menangis kerana dosa, hari esok kamu akan semakin kuat dan tabah menghadap dunia."tambahnya lagi.

Aku mendongak ke atas kerana kata-kata pakcik tersebut seperti aku pernah dengar. Ya. Itulah nasihat dari abi. Aku tercari-cari kemana pakcik itu menghilang. Ke mana pakcik itu pergi? Pelbagai tanda tanya bermain di minda.Wajah dan kata-katanya benar-benar mirip abi. 

---------

Aku pulang ke teratak ummi dan abi. Yang tinggal hanyalah lalang yang panjang. Rumah yang usang. Kemana mereka pergi? 
Aku pergi ke rumah Makcik Salmah yang berdekatan untuk bertanya keadaan ummi dan abi. Makcik Salmah hanya mengeluarkan kata-kata yang pedas. Aku tidak mengerti kenapa Makcik Salmah bersikap sebegitu. "Dah setahun kamu pergi tinggalkan ummi dan abi. Kamu memang anak yang tak sedar diuntung. Ummi kamu dah meninggal sebulan yang lalu. Ummi kamu terlalu rindukan kamu. Ummi kamu meninggal pada sujud yang terakhir." Air mataku mula jatuh deras. "Abi mana?"tanya aku dengan lemah. "Abi kamu dah pergi teman ummi kamu 3 hari yang lepas. Abi accident masa dia on the way nak pergi solat Asar dekat masjid." kata Makcik Salmah.
'Am, ni surat untuk Am." celah Makcik Salmah dengan munghulurkan sepucuk surat. Aku mengambilnya dengan wajah yang basah dek air mata. Hati ini terlalu sepi tanpa mereka berdua.

----------

Assalammualaikum anakanda Ummi dan Abi. 

Keadaan Am bagaimana? Sihat? Ummi dan Abi selalu doakan Am. Ummi rindukan Am. Baliklah nak. Ummi rindu nak masakkan untuk Am. Am suka ayam masak lemak cili api bukan? Balik lah nak. Abi juga rindukan Am. Abi juga rindu nak pergi solat Subuh bersama Am. Ummi dan Abi sentiasa doakan kebahagiaan Am. Ummi dan Abi ingin mohon maaf kerana tak boleh berikan yang terbaik untuk diri Am. Ummi dan Abi tak mampu nak. Tapi kami akan cuba sedaya upaya untuk gembirakan hati Am. 

Nak, jangan lupa Ummi dengan Abi ya. Ummi dengan Abi beruntung dapat anak sebaik Am. Am jadi anak yang soleh ya nak. Am kena kuat. Saat Am dapat surat ini, mungkin Ummi dan Abi sudah pergi jauh dari dunia ini. Bukan kehendak Ummi dan Abi, tapi inilah janji Ilahi. Am jangan putus asa nak. Walaupun jasad Ummi dan Abi tiada di sisi Am, yakinlah nak. Kasih sayang kami pada Am tidak pernah luntur. Tidak sekelumit pun. Am, ingat pesan Ummi dan Abi ya. Ummi dan Abi halalkan makan minum Am. Saat Am rasa Am seorang diri, ingatlah bahawa Allah sentiasa ada di sisi Am. Am kena percaya. Jika hari ini Am menangis, menangislah nak semahu mungkin. Hari esok sudah pasti Am semakin kuat dan tabah menghadap dunia.
Selamat tinggal anakku.

Salam Sayang dari Ummi & Abi.

---------
5 tahun berlalu. Surat terakhir Ummi dan Abi masih aku simpan. Setiap kali aku membaca surat itu kembali, hati ini akan dihimpit rasa hiba. Saat Abi pergi, mungkin Allah ingin tunjuk kepadaku dengan menghadirkan seorang pakcik yang wajahnya persis mirip Abi. Kata-katanya juga persis sama dengan Abi. 

Aku terus mendongak ke langit yang semakin gelap.

Benar, dulu aku pernah terdetik alangkah indahnya jika Ummi dan Abi tiada di sisi. Tiada yang mengongkong. Tapi sekarang, aku menyesal. Insan yang paling aku sayang sudah pergi jauh. 

Air mata kerap kali gugur. 
Tanda keinsafan. Tanda kejahilan. Tanda kebodohan.

Kini aku sedar. Allah masih sayangkan aku. Ya. Dia amat menyayangi aku. hari demi hari, aku semakin kuat menghadap dunia. Semakin tabah. Walau hati ini merindui Ummi dan Abi, aku tahu mereka sedang tersenyum kerana melihat satu-satunya anak mereka sudah kembali ke pangkal jalan.

Ummi.
Am rindukan Ummi.
Abi.
Am rindukan Abi.
Am sentiasa titipkan doa buat Ummi dan Abi.
Andai kata di dunia ini Am tak dapat berbakti, Am janji. Am akan sentiasa cuba jadi anak yang soleh buat Ummi dan Abi. 

--------

Sekian.

Written by AmrQamar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan