Rabu, 8 Januari 2014

Nabi Hud a.s: Kebinasaan Kaum Hud(IRAM ZAT AL-IMAD)


Tajuk : Nabi Hud a.s: Kebinasaan Kaum Hud(IRAM ZAT AL-IMAD)

*Mukadimah
          Allah mengutuskan Nabi Hud a.s menyeru kaum Aad untuk membetulkan segala kesilapan dan kesesatan mereka. Baginda mengajak mereka supaya menyembah Allah. Menasihati mereka supaya berkasih sayang sesama manusia dan meninggalkan perbuatan yang kasar dan ganas. Nabi hud juga menasihati mereka supaya tidak menyakiti orang lain serta tidak lagi meletakkan tanda tanda jalan yang palsu untuk menyesatkan musafir dan pedagang yang lalu berhampiran tempat itu. Mereka ingkar dan mengejek Nabi Hud a.s sehingga Allah datangkan angin ribut yang membinasakan mereka.
*Kaum Aad
          Kaum Aad tinggal diselatan negeri Yaman berdekatan dengan laut. Tempat itu merupakan sebuah lembah yang dikelilingi oleh bukit-bukit pasir. Di samping itu, air mata air sentiasa terpancut dan mengalir dari perut buminya. Dengan itu suburlah kebun-kebun dan ladang-ladang mereka. Haiwan dan burung-burung suka membiak ditempat itu. Jadilah tempat mereka seolah-olah sebahagian dari syurga.
              Penduduknya pula membina sebuah kota yang indah. Kota itu merupakan yang tercantik didunia pada waktu itu. Di kota itu dibina jalan-jalan yang luas dan kota itu dilengkapi dengan taman-taman dan hiasan-hiasan yang cantik. Mereka menamakan tempat itu "Iram Zatil Imad" (Iram yang mempunyai bangunan yang tinggi).
*Kerosakan Kaum Aad
           Penduduk kota itu adalah dari keturunan Nabi Nuh yang sangat kuat,gagah dan perkasa. Dikota itu mereka membina bangunan, benteng dan kilang-kilang untuk mengukir batu-bata. Mereka juga membuat senjata dan sebagainya. Dengan kekuatan yang ada pada mereka, mereka merasa besar diri(bangga)

             Dipadang pasir yang mengelilingi kota tersebut, mereka letakkan papan tanda sebagai panduan untuk menunjukkan jalan. Tetapi tanda-tanda jalan yang mereka letakkan itu adalah palsu belaka. Tujuan mereka adalah semata-mata untuk memperdayakan orang yang lalu dipadang pasir sambil mentertawakan mereka.

              Kadang-kadang mereka keluar untuk menceroboh dan menyerang musafir atau pedagang yang lalu disitu tanpa belas kasihan. Mereka juga mengukir batu-batu kemudian dijadikan berhala untuk disembah. Mereka berkata,"Inilah Tuhan."
*Nabi Hud Berdakwah kepada Kaum Aad
           Nabi Hud pergi kepada kaumnya dan berkata kepada mereka,"Wahai kaumku,sesungguhnya aku adalah Rasul yang diutuskan kepada kamu. Bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepada aku. Aku tidak meminta sebarang upah dari kamu. Tiada ganjaranku melainkan dari Tuhan sekalian alam."

            Kaumnya tidak mahu menerima ajakan Nabi Hud itu. Sebaliknya mereka mempersendakan Nabi Hud, menuduh Nabi Hud bodoh dan penipu. Mereka mencabar Nabi Hud dengan berkata,
"Hud! Pergilah engkau dan beritahu Tuhan engkau supaya menghantar kepada kami kebinasaan seperti mana ancaman kau pada kami itu. Kami ingin melihat bagaimanakah caranya dia mengalahkan kami. Pergilah engkau! Kami tidak akan mempercayai kata-kata engkau yang sia-sia itu. Jika engkau mempunyai mukjizat maka tunjukkanlah kepada kami. Kami sedang menunggu engkau wahai Hud!"

           Dalam waktu yang sama Nabi Hud tidak jemu jemu menyeru kaumnya supaya beriman kepada Allah. Namun kaumnya tetap angkuh dan mengingkarinya.
*Nabi Hud Mengadu Kepada Allah
         Nabi Hud tahu kaumnya yang ingkar itu tidak akan beriman kerana hati mereka telah menjadi keras. Nikmat yang banyak membuatkan mereka lupa kepada Tuhan hinggakan mereka menyangka Allah tidak berkuasa untuk mengalahkan mereka!

         Dengan mengangkat dua tangannya ke langit, Nabi Hud memohon kepada Allah supaya membantunya menghadapi kaumnya itu kerana mereka telah jauh dalam kesesatan.

           Allah memperkenankan doa Nabi Hud itu. Allah tidak menurunkan hujan kepada kaum Nabi Hud. Setelah beberapa lama hujan tidak turun, tanaman pun menjadi kering lalu mati. Haiwan-haiwan ternakan habis kelaparan dan menjadi kurus kerana tiada tanaman untuk dimakan.
*Tanda Hendak Hujan
        Sewaktu kaum itu sedang asyik dengan kegembiraan mereka, bertiuplah angin yang sangat kencang memusnahkan pokok-pokok,memecahkan pagar kota seisi rumah, menerbangkan anak-anak batu dan pasir sertan melontarkan ke muka-muka mereka serta membutakan mata-mata mereka. Angin yang bertiup itu sangat sejuk. Kesejukannha meresap hingga ke tulang dan menjadikan anggota badan seperti tangan,kaki,telinga dan hidung keras membeku.

        Kaum Nabi Hud yang ingkar itu berteriak sambil memukul-mukul muka mereka. Angin terus bertiup kencang selama lapan tujuh malam hinggalah segala-galanya musnah. Tiada lagi manusia dan haiwan yang bernyawa. Tanaman dan buah-buahan habis rosak, manakala bangunan indah yang didirikannruntuh semuanya. Tidak ada apa yang tinggal melainkan dahan-dahan pokok yang telah musnah di samping anggota badan manusia yang hancur bercerai berai.

          Suatu hari, mereka melihat awan hitam pekat dilangit sedang mara kearah mereka. Maka bersoraklah mereka kegembiraan sambil mereka berkata, "Itu dia awan membawa hujan. Tidakkah kamu lihat awan itu hitam pekat. Tuhan-tuhan kita telah memperkenankan permintaan kita dan menghantarkan kepada kitanawan yang besar itu yang akan melimpahkan air di ladang dan memberi haiwan ternakan kita minum."

           Sebahagian dari mereka ada yang mula membajak tanah, menyemai biji benih sambil menunggu hujan lebat yang bakal turun menyirami bumi mereka dan menyuburkan tanaman mereka. Sementara itu,ada yang menari-nari dan menyanyi di hadapan "tuhan" mereka sambil bertepuk tangan dan bersorak gembira.
*Sisa Kebinasaan Kaum Aad
        Nabi hud dan orang-orang beriman diselamatkan oleh Allah. Segala-galanya telah selesai. Tiada apa yang tinggal melainkan bekas-bekas rumah kediaman yang rosak binasa. Sisa-sisa bangunan itu bagaikan berkata "Disinilah tinggalnya kaum Aad. Mereka adalah kaum yang berbadan besar dan kuat. Merekanmembina Iram yang mempunyai bangunan yang tinggi yang tiada tolok bandingnya pada zaman itu. Mereka telah dimusnahkan oleh angin yang sangat kencang. Allah mengirimkan angin itu kepada mereka selama lapan hari tujuh malam berturut-turut. Lalu engkau lihat kaum itu mati terdampar seperti pohon kurma yang tumbang dan kosong didalamnya. Adakah engkau melihat ada yang tinggal diantara mereka."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan