Rabu, 8 Januari 2014



Tajuk : Bekam Sunnah Rasulullah.

-Apa itu bekam?
  "Bekam ialah mengeluarkan darah dari kulit dengan cara menghisap, kemudian melakukan sayatan nipis pada permukaan kulit, kemudian disedut lagi agar darah boleh keluar dan menimbulkan kesembuhan dengan izin Allah s.w.t."

Proses pengubatan bekam mempunyai 3 peringkat iaitu :
1)Penyedutan
2)Penyayatan
3)Pengeluaran darah.

-Sejarah Bekam
         Penggunaan bekam pertama kali oleh manusia ialah pada zaman Nabi Lut a.s, kaum Nabi Lut a.s apabila ada orang asing lalu dikawasan mereka, mereka akan melempari kepala orang itu dengan batu sehingga mengalirkan darah, lantas mereka mendatangi orang tersebut dengan meminta bayaran daripadanya sebagai upah atas darah kotor yang telah mereka keluarkan.
          Kisah ini mengisyaratkan sudah lama penggunaan bekam sebagai cara pengubatan sejak zaman itu sehingga zaman Rasulullah s.a.w dan pada masa kini.

-Bekam Merupakan Pengubatan Yang Dipakai Oleh Rasulullah s.a.w

    Sabda rasulullah s.a.w :
"Penyembuhan itu terdapat pada tiga hal, minum madu, torehan alat bekam, kay (bakar dengan api) sesungguhnya aku melarang umatku dari 'kay'."
(HR Bukhari)

"Jika ada yang terbaik pada ubat-ubat kamu maka ia terdapat pada alat torehan bekam, minum madu atau 'kay', tetapi aku tidak suka berubat dengan api."
(HR Bukhari)

-Janji Rasulullah s.a.w Bahawasanya Bekam Di Satu Titik Sekitar Kepala Sahaja Dapat Menyembuhkan 72 Jenis penyakit.

     Sabda rasulullah s.a.w.:
"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di Qomahduah (satu titik dibahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit."
(HR Thobroni)

-Penduduk Langit Menganjurkan Supaya Penduduk Bumi Berbekam.

Sabda Rasulullah s.a.w. :
"aku tidak berjalan dihadapan sekumpulan malaikat pada malam ketika aku diisrakan kecuali mereka (para malaikat) berkata : Wahai Muhammad! Perintahlah umatmu berbekam"
(HR Tarmizi & Baihaqi)

Daripada kedua-dua hadis tersebutndapat difahaminbahawa bekam ini merupakannsatu kaedah pengubatan yang sangat ampuh bagi umat manusia sejagat.

-Bekam Adalah Sunnah Nabi s.a.w Dan Merupakan Mukjizat Perubatan.

"Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah s.w.t tidak menciptakan sesuatu penyakit, kecuali dia menciptakan ubat baginya... Diketahui bagi yang mengetahui dan tidak diketahui bagi yang tidak mengetahui."

Dari Jabir r.a beliau berkata Rasulullah s.a.w bersabda :
"setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujudlahnkesembuhan dengan izin Allah taala"
(HR Muslim)

Dapat difahami daripada hadis tersebut,bahawasanya berubat adalah merupakan perintah syariatndan juga merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.

-Manfaat dan kelebihan bekam
1)Dapat mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w
2)Meningkatkan daya tahan tubuh badan.
3)Mencuci darah
4)Dapat mengatasi kemalasan dan kelesuan
5)Sangat berkesan mengatasi racun.
6)Bermanfaat mengatasi luka-luka berdarah.
7)Dapat mengatasi sakit kepala dan sakit gigi.
8)Mengatasi gangguan tekanan darah.
9)Merawat pelbagai jenis penyakit yang tidak boleh diubati dengan kaedah rawatan moden.

Sekian sahaja perbincangan Usrah ini.
Wallahu alam :)

credit by Irfan Hakim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan